Datuk Shafie Abdullah telah menang tanpa bertanding sebagai Ketua UMNO Bahagian di Wangsa Maju. Sekalung tahniah kepada beliau yang telah berjaya memaksa Dato' Zainal Nazeri Zainuddin mengundurkan diri secara terhormat dalam masa 24 jam sebelum litar pertandingan dibuka. Agak mengejutkan juga apabila Dato' Zainal Nazeri tidak hadir di dalam mesyuarat agung bahagiannya, tanpa meninggalkan amanat sebelum berundur. UMNO Bahagian Wangsa Maju telah mengadakan persidangan perwakilannya 8 November lepas.
Shafie sudah lama berakar umbi
Shafie sudah lama berakar umbi
Locengwangsa sejak awal-awal lagi memang sudah menjangkakan betapa Datuk Shafie begitu kental degan pengaruhnya yang sudah berakar umbi begitu lama dalam arena politik di Wangsa Maju.
Dato' Zainal Nazeri yang hanya muncul dalam arena politik di Wangsa Maju pada tahun 2001 dilihat tidak sehebat sewaktu kemunculan awalnya dalam tahun berkenaan. UMNO Cawangan Bukit Wangsa merupakan tapak permulaannya dalam arena politik sehingga berjaya melakukan 'first timer' memenangi jawatan Timbalan Ketua Bahagian Wangsa Maju yang direbutnya bersama-sama dengan Ahmad Yahya Yaakob yang terkejut biawak dan akur dengan kekalahan yang menimpa dirinya di musim pemilihan jawatan pada tahun 2001.
Zainal pernah digeruni
Dato' Zainal Nazeri yang hanya muncul dalam arena politik di Wangsa Maju pada tahun 2001 dilihat tidak sehebat sewaktu kemunculan awalnya dalam tahun berkenaan. UMNO Cawangan Bukit Wangsa merupakan tapak permulaannya dalam arena politik sehingga berjaya melakukan 'first timer' memenangi jawatan Timbalan Ketua Bahagian Wangsa Maju yang direbutnya bersama-sama dengan Ahmad Yahya Yaakob yang terkejut biawak dan akur dengan kekalahan yang menimpa dirinya di musim pemilihan jawatan pada tahun 2001.
Zainal pernah digeruni
Dato' Zainal Nazeri sebenarnya seorang yang amat pemurah dan senang didekati, malah beliau juga pernah digeruni oleh Dato' Sri Zuhasnan Rafique dan juga Datuk Astaman Abd. Aziz yang begitu tidak senang dengan kemunculan segera Dato' Zainal Nazeri.
Zainal Nazeri pernah bergandingan dengan Zulhasnan dan juga Shafie pada tahun 2001 ketika berhadapan dengan kabilah Datuk Astaman Abd. Aziz yang menyaksikan Zulhasnan kecundang apabila tertewas bertanding Ketua Bahagian di tangan Datuk Astaman yang beregu dengan Ahmad Yahya Yakob bagi jawatan Timbalan Ketua Bahagian yang bertembung dengan Dato' Zainal Nazeri.
Zainal pernah tewaskan Ahmad Yahya
Zainal Nazeri pernah bergandingan dengan Zulhasnan dan juga Shafie pada tahun 2001 ketika berhadapan dengan kabilah Datuk Astaman Abd. Aziz yang menyaksikan Zulhasnan kecundang apabila tertewas bertanding Ketua Bahagian di tangan Datuk Astaman yang beregu dengan Ahmad Yahya Yakob bagi jawatan Timbalan Ketua Bahagian yang bertembung dengan Dato' Zainal Nazeri.
Zainal pernah tewaskan Ahmad Yahya
Walaupun Zulhasnan tewas ketika itu, namun Zainal Nazeri lebih diterima jika dibandingkan dengan Ahmad Yahya Yaakob. Begitu juga Shafie ketika itu telah menang bertanding bagi jawatan Naib Ketua Bahagian mengalahkan Sulaiman Saleh yang berada dalam kabilah Datuk Astaman.
Astaman dan Zainal Nazeri bertukar cawangan untuk ke Wangsa Maju
Semasa berlakunya persempadanan semula kawasan parlimen pada tahun 2004, Datuk Astaman telah dilantik menjadi Ketua Penaja Bahagian Wangsa Maju, manakala Dato' Sri Zulhasnan Rafique yang masih menjadi ahli parlimen Wangsa Maju ketika itu dilantik menjadi Ketua Penaja Bahagian yang baru iaitu Bahagian Setiawangsa. Keahlian Datuk Astaman di Cawangan Setiawangsa Fasa II yang berada dalam Bahagian baru terpaksa dipindahkan ke Cawangan BB Wangsa Maju yang berada dalam Bahagian Wangsa Maju.
Dato' Zainal Nazeri Zainuddin juga terpaksa dipindahkan keahliannya daripada Cawangan Bukit Wangsa yang berada dalam Bahagian Setiawangsa, ke Cawangan Setapak Indah Fasa II yang kekal di Bahagian Wangsa Maju; bagi membolehkan beliau dilantik menjadi Timbalan Ketua Penaja Bahagian tersebut.
Pada waktu itu, Datuk Shafie Abdullah merupakan Naib Ketua Penaja Bahagian Wangsa Maju, sedangkan beliau sepatutnya dilantik menjadi Ketua Penaja Bahagian itu jika berasaskan kepada kekananannya dalam hirarki UMNO Bahagian Wangsa Maju. Rupa-rupanya beliau telah ditakdirkan untuk mengetuai Bahagian Wangsa Maju dengan penuh bergaya pada tahun ini, 2008.
Zulhasnan dominan di Bahagian Setiawangsa
Hari ini segala-galanya telah berubah, Dato' Sri Zulhasnan bukan sahaja dominan sebagai Ketua Bahagian di Setiawangsa malah beliau kini begitu bergaya dengan kedudukannya sebagai Menteri Wilayah Persekutuan. Di musim pemilihan jawatan di dalam UMNO hari ini, Zulhasnan juga dikira layak untuk memasuki litar pertandingan Majlis Tertinggi. Kita mengharapkan beliau mendapat sokongan padu daripada seluruh perwakilan UMNO di Wilayah Persekutuan yang diketuainya.
Tahniah juga kepada Jaafar Arifin dan Cikgu Hamdan
Locengwangsa juga mengucapkan tahniah kepada Hj Jaafar Arifin yang berjaya memenangi jawatan Timbalan Ketua Bahagan menewaskan Datuk Astaman Abd. Aziz. Begitu juga kepada sahabat saya Cikgu Hamdan Yusof yang menang bertanding jawatan Naib Ketua Bahagian Wangsa Maju menewaskan Haji Zainuddin Othman. Saya tidak lupa mengucapkan tahniah kepada sahabat-sahabat saya seperti Abang Jo, Sani Ahmad, Habib yang juga telah memenangi dengan penuh bergaya bagi jawatan-jawatan yang ditandingi mereka.
Rampas semula kerusi Parlimen Wangsa Maju untuk UMNO
Segala-galanya sudah menjadi muktamad. Yang menang kenalah bekerja untuk mengatur langkah merampas semula kerusi Parlimen Wangsa Maju daripada tangan PKR kepada UMNO. Jangan kita bercakaran lagi sesama sendiri, akibatnya kuasa di tangan akan terlepas kepada orang lain. Saya yakin Dato' Dr. Mohd. Shafie Abdullah, Ketua UMNO Bahagian Wangsa Maju yang baru ini akan berbuat sesuatu mengukuhkan semula UMNO Bahagian yang dipimpinnya, dan sememangnya beliau mampu untuk melakukannya.


7 comments:
Askm, saya mengucapkan tahniah atas kejayaan Dato Shafie baru baru yang diangkat sebagai Ketua Bahagian Wangsa Maju. Kehebatan Dato Shafie memang telah diakui dan kerana keprihatinan beliau menjaga gras root maka tidak haira jika Dato Shafie menjadi KB UMNO Wangsa maju. Saya juga mengucapkan tahniah kepada Dato Zanal kerana begitu gentlemen dan bersikap berani serta berintegriti dengan mengenepikan hasrat dan kepentingan peribadi demi UMNO. Saya Tabik Dato Zainal. Saya berharap Dato Shafie dapat menyatupadukan semula ahli umno wangsa maju dan memastikan agar parlimen wangsa maju menjadi milik umno semula. UMNO WANGSA MAJU MESTI MENJADI PEMIMPIN DI PARLIMEN WANGSA MAJU...WAJIB!!!
Ayuh, warga Wangsa Maju, rapatkan barisan kerana perjuangan sebenar kita baru sahaja bermula...
MAT SIRAT
ANTARA SIRATAN DAN SURATAN
MEDIA / PLATFORM KOMUNIKASI ALTERNATIF ANDA
http://www.siratansuratan.blogspot.com/
Laa..ingatkan Zainal beri laluan rupanya kena paksa supaya jangan bertanding. Maknya Shafie main taktik kotor la yea...
Cayalah Shafie..dapat ketua Wanita kerja drebar bas sekolah. Ketua Puteri dan Ketua Pemuda pulak menganggur.Kemana agaknya Wangsa Maju selepas ni ?
Shafie jadi Ketua di kalangan ahli jawatankuasa Bahagian yang bodoh.Kes BPR tu dah selesai ke belum?
Dengar cerita ada AJK Wanita yang tak tahu menulis dan membaca? Betul ke?
jangan pandang hina pada orang yang tidak berjawatan tinggi. jawatan seseorang itu tidak menjamin yang dia bolih menjadi pemimpin yang baik dan amanah. kita lihat sajalah kepada kebanyakkan pemimpin yang ada semuanya berpelajaran tinggi tapi lihatlah apa yang telah mereka lakukan.yang penting keikhlasan dan kejujuran dalam menjalankan tugas yang diamanahkan kepada kita sebagai pemimpin yang dipilih.
Pernah dengar tak?
Satu jari menunjuk, mengata orang lain bodoh, empat jari lagi menunjuk ke arah diri sendiri...
TOLONG JANGAN KHIANATI PERJUANGAN BANGSA SENDIRI, BANTULAH SELAGI ANDA MAMPU DAN TERDAYA, YE TAK?
MAT SIRAT
PEMBONGKARAN TERSIRAT DALAM SEMATAN SURATAN
ANTARA SIRATAN DAN SURATAN
MEDIA / PLATFORM KOMUNIKASI ALTERNATIF ANDA
http://siratansuratan.blogspot.com/
Askm,
Saudara/saudari Anonymous Nov.13, dari komen anda dapatlah saya rumuskan anda ni seorang yg tidak matang dan berperangai seperti kebudak-budakan walaupun sebenarnya dah lanjut usia.
Nasib baiklah saudara/saudari ni tak terpilih menjadi KB WM yg baru, kalau tidak hancus jadinya.
Yang saudara/saudari sibukkan sangat dengan jawatan, menganggur, tak tahu membaca dan ajk x pandai nie, apehal? Ini fakta ke atau kes buat lawak nie. Ujibakat Raja Lawak baru je mula, kalau berminat?
Saudara/saudari Anonymous Nov. 13, jawatan, latarbelakang pendidikan dan kepandaian bukannya jaminan kepada kekuatan parti. Yang penting disini adalah kesungguhan, kesetiaan, semangat juang yang tinggi, permuafakatan dan semangat kerja berpasukan merupakan kunci dan elemen terpenting bagi memastikan keutuhan dan kekuatan parti.
Bukannya seperti yg digembar-gemburkan oleh saudara/saudari, bakal Raja/Permaisuri Spekulasi.
Wslm.
Post a Comment