Dato' Dr. Mohd. Shafie Abdullah
KETUA BAHAGIAN WANGSA MAJU YANG BARU

Dari Kiri: Dato' Zainal Nazeri, Datuk Astaman dan Dato' Norza Zakaria
ANTARA TIGA DATUK YANG TERSISIH DI WANGSA MAJU
---------------------------------------------------------------------------------
.
Dato' Zainal Nazeri Zainuddin akhirnya menghilangkan diri, Datuk Astaman Abd. Aziz pula ditewaskan untuk jawatan Timbalan Ketua Bahagian, Dato' Norza Zakaria tidak mendapat apa-apa pencalonan, manakala Datuk Manan dan Datuk Osman Bakar pula belayar malam bersama-sama dengan kapten kapalnya.
Lima Datuk sekapal dengan Dato' Zainal
Demikianlah menariknya episod lima orang Datuk di Bahagian Wangsa Maju yang dikatakan berada dalam satu kapal bersama Dato' Zainal Nazeri yang tidak kesampaian ke detinasi masing-masing untuk merempuh benteng pertahanan Dato' Mohd. Shafie Abdullah yang sudah lama berakar tunjang di Wangsa Maju. Kesemua Datuk-Datuk yang berkenaan secara kebetulannya tidak menetap di dalam kawasan Parlimen Wangsa Maju, kecuali Dato' Shafie telah disisih dan kecundang di dalam musim pemilihan jawatan di peringkat Bahagian Wangsa Maju baru-baru ini.
Setiausaha Bahagian, Bendahari dan
Ketua Penerangan dilantik
Nama-nama mereka juga tidak tersenarai ketika pengumuman Ketua UMNO Bahagian melantik jawatan-jawatan Setiausaha Bahagian, Bendahari Bahagian dan juga Ketua Penerangan Bahagian. Sebaliknya Dato' Dr. Shafie Abdullah telah mengumumkan perlantikan Ramli Manan daripada UMNO Cawangan Kg. Puah Bahagia sebagai Setiausaha UMNO Bahagian, Abd. Sani Ahmad Ketua UMNO Cawangan Kg. Wira Jaya sebagai Bendahari Bahagian dan Mohd. Radzi Mustapha Ketua UMNO Cawangan Taman Danau Kota pula sebagai Ketua Penerangan Bahagian.
Habib, Pegawai Khas Ketua Bahagian
Sementara itu, Saudara Habib orang kuat Dato' Shafie daripada cawangan Taman Setapak telah dilatik sebagai Pegawai Khas kepada Ketua UMNO Bahagian. Jawatan-jawatan lain seperti ahli jawatankuasa Bahagian yang dilantik oleh Ketua Bahagian masih belum diumumkan oleh Dato' Shafie
Pasukan Wangsa Maju Mantap
Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Wangsa Maju yang berlangsung pada 8 November lalu telah menyaksikan keunggulan Dato' Shafie membentuk sebuah pasukan yang mantap untuk memikul amanah akar umbi yang menuntut agar Parlimen Wangsa Maju yang kini terlepas ke tangan PKR dirampas semula ke tangan UMNO. Selama dua penggal UMNO kehilangan kerusi Parlimen Wangsa. PRU11 (2004) menyaksikan UMNO telah memberikan laluan kepada MCA dengan kemenangan YTL.
Begitu juga UMNO sekali lagi dilihat tidak berupaya untuk menuntut kembai kerusi Parlimen Wangsa Maju ini daripada MCA dan akhirnya MCA ditolak oleh pengundi dengan memberikan kemenangan kepada PKR di dalam PRU12 (2008). Kini Wangsa Maju telah dikuasai oleh parti pembangkang akibat persengketaan dalaman UMNO Wangsa Maju yang tidak berupaya untuk mencari noktahnya.
Ketepikan sentimen rampas semula Wangsa Maju
Kini ahli-ahli UMNO di Wangsa Maju harus mengenepikan segala sentimen keperibadian pemimpinnya dan berani menuntut supaya saf kepemimpinan UMNO yang diketuai oleh Dato' Shafie hari ini merangka satu agenda bersepadu untuk merakyatkan perjuangan UMNO. Sentuhan UMNO kali ini biarlah sampai ke lubuk hati sehingga terpancar semula keyakinan rakyat akar umbi kepadanya.
Jangan Kaya Rayakan Pemimpin Sahaja
UMNO jangan dilihat sebagai platform untuk mengkaya rayakan pemimpinnya sahaja, sedangkan rakyat masih menderita dengan pelbagai tekanan yang menghimpit kehidupan mereka. UMNO hari ini juga mesti bijak untuk menentukan keutamaan dalam misi perjuangannya. Rakyat yang tidak menjadi ahli UMNO juga harus tidak diketepikan dalam perjuangan membela agama, bangsa dan negara. Pendekata, di dalam sebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi berparlimen seperti Malaysia ini. parti UMNO mestilah dilihat relevan untuk semua.
Setia Perkasa
Saya berkeyakinan penuh Dato' Shafie mampu untuk melakukan sentuhan ini, kerana saya mengenalinya sebagai seorang pemimpin yang gigih, tidak kenal berputus asa, memiliki ketahanan dan berdaya fikir, berketrampilan, berdedikasi, punyai jati diri dan sarat dengan pengikutnya yang setia perkasa. Beliau juga bijak berkata-kata sehingga mampu mempengaruhi dan memikat hati kawan dan juga lawan.
Zulhasnan pernah dilonjakkannya
Kekuatan dinastinya berputik sejak era Azman Atar di Bahagian Batu lagi. Azman Atar pernah bergelut dengannya, Dr. Kamal Salih juga pernah menghadapi laluan sukar untuk berhadapan dengannya, begitu juga dengan Dato' Sri Zulhasnan Rafique yang pernah dilonjakkannya sehingga mampu bertapak dalam gelanggang politik semasa di Wangsa Maju dahulu. Sememangnya tidak siapa boleh menafikan fakta-fakta yang saya sebutkan itu. Saya berani menyatakan demikian, kerana saya sendiri pernah berada dan terlibat dalam sepak terajang politik bersama-sama dengannya. Jika kita nakkan kekuatan politik di Wangsa Maju, kita jangan perkecilkan pengaruh Dato' Shafie di sana! Mengenepikannya bermakna menyongsang arus.
Permata Wangsa Maju
Sememangnya kejayaan beliau hari ini bukanlah datang bergolek. Shafie telah merentasi segala onak dan duri yang menjadikannya semakin matang. Beliau adalah permata di Wangsa maju yang bakal menyinari seluruh warganya.


16 comments:
Tanda-tanda dah diberi, pesanan dah disampaikan, sudah bersiap sediakah anda, Mac 2009 tak lama,siapa makan cili dia terasa pedas....
Salam '
ST Songkok Tinggi .
Tahniah Ketua UMNO Bahagian Wangsa Maju Dato Hj. Shafie Bin Abdullah yang menang tanpa bertanding pada pemilihan UMNO Bahagian Wangsa Maju .
Tahniah juga kepada setiap mereka yang menawarkan perkhidmatan dalam parti UMNO ketika pemilihan diaadakan .
Misi dan Visi PRU 13 menjadi Fokus,
sudah tentu menjadi perhatian dan tumpuan gerak kerja pemimpin parti bagi menawan semula hati pengundi menjelang PRU yang akan mendatang .
ST juga mengenali perjuangan Dato' dan pernah di rekrut oleh beliau ketika dizaman pemuda .
Keinginan dan keazaman yang kuat jelas ada pada tokoh seperti beliau.
Bagi menjayakan misi menawan kembali Barisan Nasional diWangsa Maju yang kini dipertanggungjawabkan kepada beliau yang mengepalai Parti UMNO Di Wangsa Maju sudah tentu memerlukan kerjasama sepenuhnya dari diri setiap diantara kita .
FOKUS PRU 13
Salam Perjuangan .
Salam perjuangan,
Pastikan matlamat perjuangan kita tercapai. Misi PRU-13 metilah diselesaikan. Rampas kerusi parlimen daripada tangan pihak pembangkang. Pemuda IKS tidak nampak apa jua perubahan dalam komuniti serta infrastruktur di Parlimen Batu. Tian Chua macam kayu!
"Memperkasa Generasi Baru"
Pergerakan Pemuda
UMNO Cawangan Taman IKS
Bahagian Batu WP
http://pemudaiks.blogspot.com
Salam ,
ST....
Dimana Prof Dr.Fitri...
Munkin Sibuk dan munkin deringan loceng wangsa tidak begitu kuat....
Nampaknya En. Rahman hashim kena kuatkan bunyi LOCENG WANGSA .
Apa pon rakan - rakan lain tidak kurang taringnya dalam menyambut hujah yang jelas menampakkan kematangan dan berilmu .
Salam .
Dato' Zainal elok hijrah semula ke cawangan Bukit Wangsa, Datuk Astaman masuk ke cawangan Rampai Town - kedua-duanya dalam Bahagian Setiawangsa. Mereka berdua ramai pengikut dan masih berpengaruh di Bhg itu. Apa komen Abg Rahman dan Abg Mat Yahya?
Difahamkan Dato' Zainal telah mengadakan pertemuan dengan Dato' Najib, yang diaturkan oleh adik beliau - Dato' Shafie turut hadir.
Bermula dengan pertemuan itulah, Zainal membayangkan akan menarik diri, dan mengharapkan win-win itu menjadi...?
kita ni kalau berpolitik setakat nak glamor saja saya rasa tak payahlah. rakyat perlu pembelaan. kalau pemimpin shok sendiri dan dengan kumpulan serta pengikutnya maka takkan kemanalah umno akan datang. jadi fikirlah sendiri.
Salam,
Jangan memuji melambung melangit kelak jatuh tersembam menyembah bumi. Kemenangan Dato' Shafie di Wangsa Maju bukanlah kebanggaan tetapi dek tekanan kepada Dato' Zainal. Buat apa menang kalau tidak berlawan. Dendam kepada cawangan yang tidak menyokong ingin membenam individu dan cawangan yang menjadi persaingan akan menyumbang kepada kekalahan kelak di PRU ke 13 kita akan jadi pembangkang.
PerwakilanWM
Masitah,
Dato' Shafie menang kerana yang berlawan menyerah diri. Kalau gentleman kenapa Dato' Zainal tarik diri, maknanya dia yang takut berlawan dan tak tahan diuji dengan cabaran.
Tahniah Dato Shafie.Kpd kawan kawan jgnlah kita terus membincang perkara yg telah berlalu.Cara mana Dato Shafie menang tidak perlu dipertikai.Dato Shafie memang bijak berpolitik.Ini adalah masa untuk memperkukuhkan UMNO.Kpd Dato Shafie kita harap beliau dapat menmbantu Dato Zul memperkasakan UMNO Perhubungan seperti Beliau membantu Dato Zul menguatkan UMNO WangMaju pada tahun 1999 dulu.Mereka berdua saya percaya boleh menjayakan perjuangan UMNO WP
Salam Perjuangan Buat Semua,
Suka tak suka, rumah dahpun siap...
Suka tak suka, mengapa pahat masih berbunyi...
Suratan tetap tingggal sebagai tinta siratan. Dato' Pie menang tak bertanding, bukannya bertanding tak menang...
Sidang perwakilan cawangan ke bahagian, seluruh keluarga besar UMNO Wangsa Maju dan pemerhati dari dalam mahupun luar bahagian Wangsa Maju perlu akur dan membantu Dato' Pie untuk melaksanakan agenda keramat UMNO Bahagian Wangsa Maju - mengembalikan semula kerusi calon BN pulang ke tangan UMNO dan sekaligus merampas kembali kerusi ahli parlimen dari tangan Wee Choo Keong (yang senang membesar sementara masak di tangkai untuk dituai dalam masa maksima lima tahun empat bulan - Mac 2013) dalam PRU 13 akan datang.
Jikalau kita terus mempersoalkan itu dan ini, berfikiran negatif menyuarakan bisikan dendam cawangan yang tidak menyokong dan sebagainya yang mungkin sudah, sedang atau akan dipersoalkan lagi selepas ini, kompas perjuangan kita dikhuatiri akan tersasar jauh.
'Peluru berpandu - "Selamat Jalan Wee Choo Keong"' yang kita bina atas titisan keringat, darah dan airmata pejuang-pejuang semasa UMNO mahupun bukan UMNO (termasuk NGO) pelbagai peringkat dikhuatiri akan meletup di laman sendiri.
Saya dengan rasa rendah diri memohon agar para pejuang Locengwangsa mengutuk dengan sekeras-kerasnya pihak yang cuba mengkhianati fokus juang UMNO Bahagian Wangsa Maju dalam merampas kembali kerusi keramat calon BN dalam PRU 13 yang akan berlangsung tidak lebih dari empat tahun empat dari hari ini.
Dato' Pie manakan mampu untuk mengagahi perjuang ini berseorangan diri... ayuh bangkitlah, hentikan sentimen negatif ini dan 'gunting dalam lipatan' laksana 'musun dalam selimut' agar LAMUNAN PKR TERHENTI.
Jika dan jika berupaya melaksanakan tanggungjawab ini membenteras pergerakan Pakatan Rakyat dengan menyokong penuh tidak berbelah bagi apa jua rancangan politik parti bahagian dan seterusnya; serta jika semua pejuang di parlimen masing-masing seluruh Malaysia memainkan peranan yang sama agar anak, adik dan cucu kita akan terus menikmati apa jua situasi kehidupan hasil perjuang kita hari ini.
ITULAH WARISAN PERJUANGAN...
JANGAN SAMPAI YANG DIKEJAR TAK DAPAT, YANG DIKENDONG BERCICIRAN...
MAT SIRAT
PEMBONGKARAN TERSIRAT DALAM SEMATAN SURATAN TAKDIR
ANTARA SIRATAN DAN SURATAN
MEDIA / PLATFORM KOMUNIKASI ALTERNATIF ANDA
http://siratansuratan.blogspot.com/
Shafie selalu cerita pasal dai kena kencing..dia tak cerita pulak yang dia kencing orang lain dan kekawan dia..Tanya dia rumah besar kat Medan Idaman tu..duit siapa? Kereta V6, selain kenderaan rasmi hasil usaha siapa?Sah lah Shafiee ni gila kuasa..kejar jawatan samapi lupa budi kawan2. Masa dia melepek takdak kerja, duit dari mana dia ambil atau minta atau kencing untuk bagi anak bini makan..banyak lagilah buruk pasai Shafiee ni..Najib mungkin tak tak tahu, Rosmah mungkin tak tahu wajah apa yang Shafiee pakai..jual nama Najib merata..jaja jawatan Setpol MOF merata...tipu kanan, tipu kiri..sudahlah Shafie..cukup2lah jadi munafik..bertaubatlah..
Assalamualaikum Sedara,
Sungguh indah bahasa sedara nie yer, sedara dari parti mana yer?
Jika dari Parti UMNO juga, xperlulah sampai begini skali menuduh orang.
x pernah lak plak dgr Tok Pie jaja jawatan dia slama nie. dia seorang pemimpin yang tlalu 'low profile' & "humble". semua org senang dgn karekternya. budinya pada warga Wangsa Maju amat banyak.
Kami di Seksyen 1 (asal usul Wangsa Maju) amat bersyukur dengan Kejayaan Tok Pie baru2 nie. Alhamdulillah.
Anak Jati Wangsa Maju
Top Pie,
Pedulikan apa yang diperkatakan oleh komentar yang cuba membuat andaian buruk dengan mendakwa Tok Pie memperolehi sumber kewangan yang meragukan sehingga menyentuh soal rumahnya di Medan Idaman, kereta V6, malah beliau juga menuduh Tok Pie dulu pernah tidak mempunyai pekerjaan, tapi kononnya ada yang membantu sehingga dia seperti sekarang...Siapa yang bodoh itu yang sanggup keluar duit untuk belikan rumahnya?
Jgn cuba menjadi utusan pembodoh itu. Jaga kawasan sendiri la...Kita nak tengok samada dia menang atau ditolak dlm MT nanti. Silap-silap jawatan Menteri pun terlucut, lepas itu kedudukan dia di SW pun akan terkulai. Sama-samalah kita saksikan nanti.
Salam semua,
Kalah marahkan nyamuk mengapa kelambu dibakar?
Kalau YBhg Mejar (K) Dato' Haji Zainal Nazeri bertindak mengundurkan diri duabelas jam sebelum bertanding, apakah itu kesalahan YBhg Dato' Dr Haji Mohd Shafei?
Cuba saudara mahupun saudari berada dalam keadaan YBhg Dato' Dr Haji Mohd Shafei, adakah anda semua akan kekal dengan idealisma sekarang?
Susah saya nak mempercayainya, minta maaf ye. Apapun, kemenangan MUTLAK YBhg Dato' Dr Haji Mohd Shafei tidak boleh dipertikaikan lagi.
Saya tidak perlu menyentuh dakwaan LIAR LAGI SONGSANG seperti adegan kencing-mengencing, milikan rumah dan kereta, jual beli nama YAB TPM, tipu kiri dan kanan sebagaimana yang diluahkan oleh sahabat-sahabat kita yang ternyata kecewa.
FOKUS WANGSA MAJU kali ini digarap untuk merampas kembali kerusi calon BN dan seterusnya merampas kembali kerusi ahli parlimen Wangsa Maju dari tangan WCK (yang sepatutnya dibelasah oleh saudara-saudara sekelian, bukannya YBhg Dato' Dr Haji Mohd Shafei). Apapun, sebarang tindakan memburukkan beliau adalah sabotaj kepada perjuangan UMNO Bahagian Wangsa Maju. Namakan apa sekalipun, gunting dalam lipatan, musuh dalam selimut, petualang negara dan sebagainya lagi... Jangan diporak-perandakan bahagian yang kini dalam proses menuju kejayaan.
TOLONG JANGAN JADI PENGKHIANAT
TOLONG BANTU KAMI UNTUK KEBAIKAN SEMUA...
Salam,
Saya sokong pendapat Mat Sirat.
Pada mereka2 yg tidak dapat menerima kenyataan dan hakikat kemenangan Dato' Dr Shafei, belajar2 lah untuk membuka minda anda. Pandang ke depan, jangan asyik nak pandang belakang je.
Hidup Dato' Dr Shafei.
Wslm.
Post a Comment