UMNO Cawangan KLSC di Bahagian Setiawangsa yang diarah supaya bersidang semula oleh Jawatankuasa Pengurusan Majlis Tertinggi pada hari ini (13 September) telah ditangguh lagi kerana menghadapi masalah tidak mencukupi korum. Persidangan semula yang diadakan di Pejabat UMNO Bahagian Setiawangsa (Lihat Gambar Pejabat) pada hari ini hanya dihadiri oleh seramai 27 ahli sahaja, sedangkan korum yang diperlukan ialah seramai 53 orang. UMNO Cawangan KLSC yang diketuai Pemangkunya Dr. Zainul Fithri mempunyai keahlian seramai 212 orang ahli.
Jawatankuasa Pengurusan Majis Tertinggi telah mengarahkan supaya UMNO Cawangan ini bersidang semula setelah menerima bantahan yang dibuat oleh Profesor Dr. Zainul Fithri yang menyatakan persidangan yang diadakan pada 16 Ogos lalu sebagai tidak sah, kerana beliau mendakwa notis persidangan yang dikeluarkan itu bukannya arahan beliau.
Di dalam persidangan yang diadakan pada 16 Ogos itu, Norsiah Kamaruddin yang juga Ketua Wanita Cawangan telah dipilih sebagai Ketua UMNO Cawangan oleh ahli-ahli yang hadir. Manakala wakil UMNO Bahagian, Muner Nasution dan Mohd. Rawi Hashim yang bertugas pada hari berkenaan telah membacakan watikah pengesahan persidangan tersebut, tanpa menyebut masalah teknikal yang tidak mewajarkan persidangan itu diadakan.
Inilah 'trendy' yang berlaku dimana wakil jawatankuasa UMNO Bahagian yang bertugas di sesuatu persidangan cawangan sepatutnya memantau agar tidak berlakunya perlanggaran dari aspek aturan peraturan persidangan dan juga perlembagaan parti. Jika wujud keraguan yang memungkinkan ketidak sahihan persidangan berkenaan, sepatutnya menjadi tanggungjawab wakil UMNO Bahagian yang bertugas untuk memberikan pandangan dan juga nasihat serta teguran membina supaya ianya dituruti oleh UMNO Cawangan tersebut.
Agak melucukan, persidangan Cawangan KLSC yang diadakan di pejabat UMNO Bahagian pada 16 Ogos lalu telah DISAHKAN oleh wakil jawatankuasa UMNO Bahagian yang berkenaan, dan difahamkan Setiausaha UMNO Bahagian juga turut berada di pejabat UMNO Bahagian pada hari tersebut, tetapi tidak 'peka' untuk menasihati Norsiah supaya tidak meneruskan persidangan yang meragukan itu.
Agak memalukan juga, kerana persidangan yang diadakan semula ini telah menumpulkan semangat sebahagian daripada ahli yang hadir, dan mereka juga kesal dengan keadaan yang berlaku ini, ditambah pula dengan situasi sekarang ini yang menyaksikan percakaran peringkat tertinggi UMNO yang semakin meruncing.
Difahamkan wujudnya persefahaman yang bakal memulihkan semula UMNO KLSC. Dr. Zainul Fithri dikatakan akan berbuat sesuatu secara positif dengan mengemukakan rayuannya agar persidangan yang diadakan pada 16 Ogos itu sebagai boleh diterima pakai. Jika benar ini berlaku, tentunya kita angkat topi kepada Dr. Zainul Fithri yang telah sanggup mengenepikan kepentingan dirinya sendiri semata-mata untuk melihat UMNO Cawangan yang pernah dipimpinnya itu tidak dilanda masalah. Syabas Dr. Fithri!


7 comments:
inilah beza antara intelectual person & non-intelectual... tak perlu jadi K.Caw untuk tunjuk yang kita bagus...
Askm. Berita Terkini mengenai KLSC. Saya tahu bahawa ramai yang suka membaca blog ini oleh itu saya akan memberitahu berita terkini supaya ianya tidak diceritakan oleh orang lain yang tidak bertanggungjawab dan akan memutar belitkan fakta yang sememangnya tidak harus berlaku.
Pagi ini saya telah di pejabat UMNO Pusat di PWTC menara Dato' Onn. Saya menunggu hampir selama 3 jam untuk berjumpa dengan General dato Hussaini. Saya telah membawa mandat ahli dan keluh kesah ahli kepadanya dan menerangkan apa yang telah berlaku sewaktu persidangan UMNO KLSC pada hari Sabtu lepas.
Setelah saya menyatakan hasrat ahli dan saya sendiri maka SUK UMNO telah mengatakan bahawa beliau akan menunggu laporan dari Bahagian UMNO Setiawangsa kemudian akan membuat keputusan berasaskan lapuran dan juga peruntukan perlembagaan UMNO itu sendiri.
Beliau akan maklumkan keputusan beliau kepada pihak Bahagian Setiawangsa dengan kadar segera. Hanya 5 minit sahaja yang diberikan kepada saya bertemu beliau. Sejurus selepas saya bertemu SUK UMNO Dato', saya telah menalipon Kak Norsiah untuk menerangkan apa yang telah saya lakukan mengikut janji saya ketika permusyawarahan diantara saya, kak norsiah, pengerusi tetap UMNO KLSC dan 3 lagi ahli UMNO KLSC yang lain. Begitu juga saya mengambil pedoman dari nasihat yang diberikan oleh Abang Sam yang juga wakil bahagian ke persidangan UMNO KLSC agar dapat menyelamatkan UMNO KLSC.
Apa jua keputusan yang akan dibuat, saya berharap keputusan itu untuk kebaikan UMNO secara keseluruhan. Saya hanya seorang ahli biasa sahaja yang sayangkan UMNO dan mencuba sedaya upaya yang boleh untuk memperkukuhkannya. Untuk makluman pembaca semua, menurut SUK UMNO Dato', persidangan UMNO KLSC yang diadakan pada hari sabtu lepas adalah persidangan yang pertama dan bukan persidangan semula seperti yang difahami oleh pembaca blog ini. Sekian terima kasih.
yalah tu...
Wow, wah waduh, waduh tijah. SU kerja lebih berkuasa. SU Agung, pengerusi pengurusan, mt simpan je laaah. Rubber stamp.
Askm para pembaca, saya kebetulan dapat berbuka puasa semeja dengan SUK UMNO Dato' di kediaman Dato Sri Najib semalam. Saya telah bertanyakan perkara mengenai KLSC sekali dengan beliau. Beliau masih memberikan jawapan yang sama iaitu beliau akan memberikan jawapan tersebut kepada UMNO Bahagian Setiawangsa. Saya tidak meneruskan perbualan mengenai perkara ini dan akur kepada jawapan yang diberikan oleh SUK UMNO Dato'. Setakat ini sahaja lapuran yang boleh diberikan kepada para pembaca locengwangsa ini. Selamat berbuka puasa, dan selamat bersahur.
sebenarnya SU bahagian, SUK UMNO, semuanya buat kerja tak ikut perlambagaan/peraturan. Buat ikut suka hati mereka saja. SU bahagian sebab masuuuuuk.
sebenarnya SU bahagian, SUK UMNO, semuanya buat kerja tak ikut perlambagaan/peraturan. Buat ikut suka hati mereka saja. SU bahagian sebab masuuuuuk.
Post a Comment