assalamualaikum Pictures, Images and Photos

Saturday, September 6, 2008

UMNO dalam kemelut disuruh bersidang semula??

Adakah patut dalam suasana UMNO sedang dilanda kemelut dan menghadapi krisis kepercayaan akar umbi, tiba-tiba berlaku pencabulan untuk menyulitkan lagi urusan persidangan yang sudah selesai, sehingga terpaksa diarah bersidang semula, semata-mata terdorong untuk melayani aduan yang tidak berasas yang dibuat oleh kelompok tertentu yang tertewas semasa didakan pertanding merebut jawatan Ketua Cawangan.

Awaludin Zaharin yang menentang Ramli Jaafar (Gambar) sebagai Ketua Cawangan telah mengemukakan aduan dan bantahannya menerusi sepucuk suratnya bertarikh 13 Ogos 2008 yang dialamatkan kepada Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, Setiausaha Agung UMNO.
Menghalang Ramli Jaafar

Di dalam aduannya itu, Awaludin juga telah meminta persidangan cawangan ini diadakan semula di pejabat UMNO Bahagian Setiawangsa dan undian hendaklah dijalankan secara sulit, manakala beliau dengan angkuhnya meminta Setiausaha Agung UMNO supaya menghalang Ramli Jaafar (Ketua Cawangan) dan Syed Abu Bakar Syed Ab. Rahman yang telah mempengerusikan persidangan lalu daripada menyertai persidangan yang hendak diadakan semula itu.

UMNO Cawangan Rumah Pangsa Setapak Jaya 1A merupakan salah satu cawangan di dalam Bahagian Setiawangsa yang diarahkan oleh Jawatankuasa Pengurusan Majlis Tertinggi UMNO supaya mengadakan persidangannya semula yang akan dipantau sepenuhnya oleh UMNO Bahagian. Selain cawangan tersebut, UMNO Cawangan KLSC dan UMNO Cawangan Jalan Pahang juga turut diarah bersidang semula.

Ramli Jaafar semasa ditemui telah mengesahkan bahawa beliau telah menerima surat daripada Setiausaha UMNO Bahagian Setiawangsa yang memaklumkan arahan yang dibuat oleh Ibu Pejabat UMNO itu, dan UMNO Bahagian pula telah menetapkan 13 September yang akan datang ini sebagai tarikh untuk diadakan semula persidangan berkenaan.

Namun begitu, Ramli Jaafar enggan membuat ulasan samada beliau akan mengadakannya semula sebagaimana yang diarahkan. Sebagai Ketua Cawangan yang telah mendapat mandat semula oleh ahli-ahli di dalam persidangan yang diadakan pada 10 Ogos lalu, Ramli menyatakan rasa kesalnya di atas keputusan yang dibuat oleh Ibu Pejabat UMNO itu, kerana proses undian telah berjalan lancar dimana semua pihak telah menerima keputusan undian tersebut. Beliau percaya, seandainya keputusan memihak kepada Awaludin sudah tentu perkara yang diragukan itu tidak berbangkit.
Sudah kalah baru nak protes

Ramli Jaafar juga mempersoalkan kenapa perkara yang dibangkitkan itu tidak dikemukakan semasa diadakan persidangan itu? Oleh kerana perkara sedemikian tidak dibangkitkan sebelum diadakan pengundian, maka isu kesahihan persidangan ini sepatutnya tidak berbangkit lagi. Kenapakah rumah sudah siap pahat masih berbunyi? Mengapakah sudah kalah baru nak protes?

Persidangan tersebut yang juga disahkan oleh dua orang wakil Bahagian iaitu Sakandar Khan dan Azhar Kassim juga mencukupi korum dengan kehadiran 119 ahli daripada 355 ahli yang menjelaskan yurannya pada tahun ini.

Kehadiran tersebut jelas membuktikan betapa proses demokrasi telah berjalan dengan baiknya di hari persidangan tersebut, sekaligus menyaksikan pertandingan merebut jawatan ketua cawangan telah dapat berjalan secara 'gentleman' dan demokratik. Ramli Jaafar telah memenangi jawatan Ketua Cawangan ini dengan perolehan 62 undi, manakala Awaluddin Zaharin yang menentangnya telah memperolehi 54 undi.

UMNO dan BN tertiarap

Ketika saya menulis rencana ini, UMNO yang sudah memerintah 51 tahun dikatakan sedang diperhatikan oleh seluruh dunia akibat kemelut yang dihadapinya. Pilihan raya umum ke-12 yang lepas telah menyaksikan ramai calon-calon BN termasuk calon UMNO tertiarap, sehingga UMNO tidak mampu lagi bertahan di lima buah negeri termasuk juga di Wilayah Persekutuan, manakala di peringkat persekutuan pula BN kehilangan majoriti 2/3 di Dewan Rakyat.

Tun Dr. Mahathir Mohamad pemimpin agung UMNO yang lepas pula telah meminta Pak Lah meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri dan Presiden UMNO. Keengganan Pak Lah untuk melepaskan jawatannya, telah mendorong Dr. Mahathir keluar daripada UMNO dan hanya akan kembali ke dalam UMNO jika Pak Lah tidak lagi menerajui UMNO dan kerajaan.

Mukhriz anak Tun Mahathir tidak ikut jejak langkah ayahnya, tetapi beliau secara konsisten telah menjelajah ke seluruh negara meminta supaya tekanan terus diasak supaya Pak Lah tidak lagi meneruskan egonya untuk memimpin UMNO dan juga kerajaan. Penulis sendiri pernah mengikuti ucapan-ucapan Mukhriz di beberapa tempat dimana beliau telah berhujah untuk menggesa Pak Lah meletakkan jawatannya.

Tengku Razaleigh Hamzah tokoh veteran UMNO dari Gua Musang yang pernah menentang Dr. Mahathir sebagai Presiden UMNO pada tahun 1987, juga sedang kuat mengasak kepimpinan Pak Lah dan telah mempertaruhkan dirinya sekali lagi untuk menjadi calon penyelamat menentang Pak Lah sebagai Presiden UMNO di dalam Perhimpunan Agung kali ini.

Siri lawatan dan pertemuan yang dilakukan oleh Pak Lah dan Najib ke seluruh negara juga kedengaran suara-suara lantang dari akar umbi yang mahukan UMNO melakukan perubahan drastik untuk memulihkan semula keyakinan rakyat yang dikatakan sudah muak dan jelak dengan gelagat pemimpin-pemimpin UMNO hari ini.

Gelombang Anwarisme

Gelombang 'Anwarisme' juga menjadi faktor yang kuat sehingga rakyat melihat karismatiknya lebih menonjol dan menenggelami Pak Lah yang dikatakan 'pemimpin lowbatt' masa kini. Sogokan 'Sumpah Laknat' Saiful Bukhari dan beberapa lafaz sumpah yang dibuat di Permatang Pauh, termasuk 'Sumpah Najib' yang tidak kenal 'Altantuya' juga telah memakan diri. Semacam serba tak kena segala strategi yang dirancang untuk mempengaruhi rakyat yang sudah meluatkan pemimpin UMNO.

Sedarlah, UMNO yang menerajui perjuangan kemerdekaan ini semakin ditolak dan amat dibimbangi akan dipusarakan akibat gelombang tsunami 'Anwarisme' yang dikatakan bakal meragut kekuasaan yang ada di tangan Pak Lah.

KJ beban kepada UMNO

Khairy Jamaludin (KJ) begitu optimis untuk kuburkan karier politik Anwar di Permatang Pauh, rupa-rupanya niat jahat itu kian menjadi faktor kepada kehancuran UMNO. KJ dikatakan menjadi 'beban' kepada UMNO sehingga rakyat marhain pun tahu bahawa KJ bertindak lebih sudu daripada senduk. Malang sungguh nasib UMNO, akibat nila setitik rosak susu sebelanga.

Nampaknya Pak Lah masih leka dengan laporan-laporan yang mengatakan UMNO semakin kuat. Pak Lah dilihat semakin terlena dengan sokongan yang diterimanya, yang hanya membawa rebahnya UMNO. Benarlah kebanyakan orang berkata bahawa Pak Lah masih mendengar maklumat dan nasihat daripada mereka yang telah menjadi beban kepada UMNO. Rintihan dan keluh kesah masyarakat akar umbi telah dimanipulasikan oleh juak-juak yang hanya pandai mengampu bodek untuk kepentingan tertentu sahaja.

Sindrom Minta Maaf

Ingatlah, ketuanan Melayu yang digembar gemburkan oleh UMNO hari ini telah diperlekehkan oleh komponen parti BN sendiri. MCA dan Gerakan kerap menggunakan isu ini untuk mencabar keperkasaan UMNO yang dilihatnya sedang dipimpin oleh pemimpin yang lemah. Mereka tidak berani mengangkat suara semasa zaman Dr. Mahathir, tetapi hari ini UMNO sedang berhadapan dengan sindrom takut dan sindrom meminta maaf apabila hendak bercakap mengenai entiti dan integriti kemelayuan.

Pemuda UMNO semakin lesu tidak bermaya. Ketuanya kini sedang asyik berkempen untuk bertanding Naib Presiden pula. KJ yang dikatakan akan menawarkan diri bertanding jawatan Ketua Pemuda dilihat semakin menjadi beban kepada UMNO. Begitu juga dengan Khir Toyo yang berminat untuk menjadi Ketua Pemuda, juga dikatakan berselaput dengan berbagai isu sehingga Selangor kehilangan kuasa daripada tangannya sendiri.

Musim pemilihan jawatan di dalam UMNO pada tahun ini dilihat bakal meranapkan lagi pendominasian UMNO untuk terus bertakhta. Cacian, cercaan, penghinaan dan segala rupa bentuk gelagat UMNO akan terpercik ke muka sendiri, kerana maruah UMNO dikatakan bakal ditelan zaman. UMNO hanya akan lenyap dengan kelakuan tidak senonoh pemimpin-pemimpinnya yang hanya mementingkan pangkat dan darjat sehingga lupa kapal akan pecah dan akan tenggelam bila-bila masa bersama-sama dengan kemegahannya selama ini.



10 comments:

Unknown said...

Semua 13 UMNO Bahagian di Pulau Pinang mempertahankan Ketua UMNO Bahagian Bukit Bendera, Datuk Ahmad Ismail dan bersetuju dengan pendirian beliau untuk tidak memohon maaf berhubung dakwaan beliau terhadap masyarakat Cina.
Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri sah berkata apa yang diperkatakan oleh Ahmad mengenai ‘orang Cina adalah menumpang’ merupakan satu fakta sejarah yang tidak patut diragui mana-mana pihak.
“Ahmad tidak keseorangan dalam hal ini dan bersama-sama dengan 12 UMNO Bahagian yang lain di Pulau Pinang yang mewakili kumpulan Melayu dan Islam, kami mengambil tanggungjawab terhadap apa-apa kesan yang perlu ditanggung oleh beliau,” pada sidang akhbar yang dihadiri ketua atau wakil 13 UMNO Bahagian di Pulau Pinang di sini hari ini.
Ahmad yang turut hadir pada sidang akhbar itu bersama-sama para penyokongnya melaungkan ungkapan ‘Hidup Melayu’. Para pemimpin UMNO Pulau Pinang itu juga mengetuk meja secara serentak tanda menyokong Ketua UMNO Bahagian Bukit Bendera tersebut.
Semasa satu ceramah di Permatang Pauh pada 23 Ogos lepas, Ahmad didakwa mengeluarkan kenyataan bahawa masyarakat Cina hanyalah ‘menumpang’ di negara ini dan adalah mustahil untuk mereka mendapat hak yang sama dengan kaum bumiputera.
Semalam, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi meminta Ahmad tampil memberi penjelasan berhubung kenyataannya yang didakwa bersifat hasutan terhadap masyarakat Cina.
Menurut Perdana Menteri, langkah itu sejajar dengan kehendak pelbagai pihak yang mahu pemimpin UMNO itu menjelaskan kekecohan yang timbul ekoran kenyataannya.
Menurut Abdul Rashid, dalam ceramah menjelang pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh itu, Ahmad menerangkan mengenai zaman sebelum kemerdekaan apabila British membawa masuk orang Cina dan India untuk bekerja di lombong serta ladang di Tanah Melayu.
Katanya, fakta sejarah itu dipermudahkan oleh Ahmad dan tidak boleh dianggap sebagai kenyataan berbaur perkauman.
“Dalam Barisan Nasional (BN) sendiri ada parti komponen malah setiap wakil rakyat UMNO memberikan khidmat kepada orang Cina serta India, jadi apa yang dibangkitkan oleh surat khabar itu adalah tidak tepat,” katanya.
Kenyataan Ahmad itu dilaporkan oleh sebuah akhbar Cina pada 26 Ogos lalu.
Dalam pada itu, Bendahari Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Zainal Abidin Osman berkata, UMNO Pulau Pinang telah membuat keputusan untuk membiayai kos guaman sekiranya Ahmad disiasat di bawah Akta Hasutan 1948.
“Kalau beliau disiasat, kita akan sediakan senarai peguam untuk membantunya, malah kalau perlu kita akan kutip (sumbangan) daripada ahli-ahli UMNO,” tegasnya.
Sementara itu, Ketua UMNO Bahagian Bukit Mertajam, Datuk Musa Sheikh Fadzir berkata, Ketua-Ketua UMNO Bahagian di negeri ini menyokong Ahmad dan menganggap beliau tidak perlu meminta maaf.
“Sepatutnya pemimpin siasat dahulu dan jangan sebab nak jaga hati bangsa lain, maka mereka buat kenyataan yang menyakiti hati orang Melayu.
“Apa salahnya orang Melayu bangun? Kalau kita cakap sekali, riuh se-Malaysia. Jangan ingat orang Melayu lemah,” katanya.
Ketua UMNO Bahagian Bayan Baru, Datuk Mohd. Zain Omar pula berasa pelik kerana hanya seorang pemberita yang menulis mengenai perkara berkenaan sedangkan pemberita lain tidak melaporkannya.
“Saya nak beri tahu... orang Melayu ini jangan diusik selalu. Ini tidak, sehinggakan kedaulatan raja-raja Melayu juga nak diusik.
“Saya bercakap mewakili orang Melayu, kalau UMNO tidak mahu (terima) pun tidak apa,” tegasnya.
Sementara itu, Setiausaha Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Azhar Ibrahim mempersoalkan mengapa pemberita terbabit tidak menemu ramah Ahmad sebelum menyiarkan berita tersebut.
“Apa yang ditimbulkan itu boleh menyebabkan bunuh-membunuh. Pemberita itu harus bertanggungjawab terhadap apa yang ditulis.
“Saya mahu polis mencari pemberita itu dan mendapatkan kenyataan daripadanya,”allahuakhbar
Datuk Seri Najib Tun Razak terpaksa memohon maaf kepada kaum Cina Malaysia. Berapa banyak lagi agaknya orang Melayu atau pemimpin UMNO akan memohon maaf atas kesalahan mereka seperti mencabut keris dalam perhimpunan parti politik mereka sendiri, memperjuangkan 'ketuanan' mereka di tanah tumpah darahnya ataupun menjadi organisasi politik mempertahankan Perlembagaan Persekutuan negara mereka lalu dituduh perkauman (racist).
Inilah nasib organisasi politik yang menampakkan kelemahan semangat dan kepimpinan. Tidak lagi berdaya membentuk corak pemikiran bangsa dan menentukan arah tujunya malah dihina pula sebagai organisasi penghasut dan tunduk memohon maaf.
Sayangnya kisah 'menghasut' oleh Ketua UMNO Bahagian Bukit Bendera ini hanya dilaporkan oleh sebuah akhbar Cina dan tidak pun dijelaskan oleh penuturnya, yang sudah pasti amat ketakutan setelah dituduh sedemikian.
Bagi mereka yang faham akan laporan akhbar amat tahu bahawa apa yang diletak dalam tanda petikan kata belum tentu merupakan ucapan sebenar. Seringkali kata-kata dalam tanda petikan kata adalah ciptaan dan tafsiran penulis atau pelapor yang mendengar.
Walaupun seringkali mereka membuat rakaman namun dalam keadaan yang amat bising, bingit dan jauh dalam kempen pilihan raya atau malah ucapan dalam dewan sekalipun, ucapan sebenar belum tentu dapat didengar. Setiap patah perkataan yang diucapkan belum tentu dapat dirakam dengan jelas. Apalagi yang menulis dan merakam itu kurang mempunyai kefahaman bahasa khusus bahasa Melayu maka rakaman dan tafsirannya belum tentu tepat.
Oleh kerana memang sengaja terdesak untuk merakam kata-kata yang berbau hasutan seperti yang dituduh terhadap Ahmad itu maka apa saja didengar oleh pelapor seperti itu akan dicatat seperti yang ingin didengar. Ini memang menjadi suatu prinsip psikologi pendengaran dan pemikiran.
Walau apa pun keadaannya, perasaan dan pemikiran tentang 'keturunan pendatang', ke'pendatangan' dan 'kesamaan' adalah isu-isu yang amat runcing bagi orang Cina Malaysia dan diperkatakan oleh ramai orang Melayu kini.
Di mana-mana berlaku perbincangan tentang hal ini dan dalam pelbagai bentuk. Baik dalam percakapan biasa, perbahasan dan apa lagi dalam kempen pilihan raya.
Barangkali amat wajar diteliti beberapa perkara yang merupakan isu-isu itu untuk mencari kejelasan dan kewarasan. Kenapa ramai orang dan pertubuhan Melayu memperkatakan hal ini? Kenapa pula ramai orang dan pertubuhan Cina mempersoal hal ini?
Barangkali kita sedang menyaksikan proses hukum physic sedang berlaku: 'Bagi setiap tindakan, terdapat reaksinya'. Ini adalah hukum alam. Di mana saja suatu tindakan berlaku akan berlaku tindak balas. Jadi sikap orang Melayu seperti yang dilambangkan oleh Ahmad Ismail ialah reaksi orang Melayu yang membalas tindakan orang Cina mempersoal 'hak istimewa' orang Melayu/bumiputera atau 'kontrak sosial' yang selama setengah abad telah diamalkan dan diterima sebagai asas kehidupan sosial di Malaysia. Jika orang Cina dan bukan Melayu/bumiputera dapat mempersoal 'hak istimewa' Melayu malah menjadikannya sebagai isu kempen Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU12) dan pilihan raya kecil di Permatang Pauh maka sudah pasti orang Melayu akan mempersoal isu yang sama dan sudah lama terlindung oleh undang-undang hasutan.
Justeru, jika prinsip physics tit-for-tat dapat difahami dalam rangka jaringan hubungan sosial yang amat erat dan rapat, malah sentiasa bersemuka pada setiap masa, maka orang Cina mesti sentiasa faham bahawa orang Melayu akan membalas sikap mereka yang amat perkauman juga itu.
Setakat ini orang Melayu sudah menunjukkan rasa amat tidak senang, malah marah terhadap sikap mempersoal hak istimewa Melayu, kedudukan Islam dan kontrak sosial yang dinafikan oleh bukan Melayu. Dalam banyak hal, belum ada tindakan melapor kepada polis atau tindakan mahkamah dilakukan kecuali kes Karpal Singh yang mempersoal prerogatives Sultan Azlan Shah. Ternyata orang Melayu/bumiputera masih amat sabar tentang hal itu dan hanya menunjuk perasaan.
Namun kita sudah melihat betapa suhu hangat hubungan kaum dalam negara sudah meningkat sejak beberapa bulan terakhir ini. Tidak dapat tidak, jika orang Cina/bukan Melayu berterusan melakukan pelbagai persoalan yang melanggar Akta Hasutan maka orang Melayu akan juga terus melanggar undang-undang yang sama kerana ternyata pihak berkuasa tidak bertindak sewajarnya terhadap bukan Melayu.
Barangkali persoalan Ahmad berkaitan 'keturunan pendatang' dan 'persamaan' adalah perkara yang orang Cina/bukan Melayu harus sedia untuk menerima komentar dan ulasan itu sebagai petanda betapa tidak puas hati orang Melayu terhadap sikap dan tindakan rasis dan cauvinis mereka. Yang pertama, memang benar orang Cina adalah keturunan pendatang. Ini fakta nyata dan bukan sejarah sahaja. Segala petanda dan jati diri yang dipertahankan adalah identiti dengan ciri-ciri 'keturunan kependatangan' Cina. Baik dari segi nama, bahasa, adat istiadat dan bentuk fizikal semuanya adalah petanda kependatangan dari negara asing.
Dalam hal ini dari China (atau India) dan sebagainya. Apakah orang Cina malu dipanggil Cina maka fakta sejarah itu mahu dilupakan. Ternyata tidak, malah dipertahankan bermati-matian. Jadi, yang menjadi persoalan ialah sebutan 'pendatang' bagi seorang keturunan Cina atau keturunan pendatang, kerana datuk nenek memang pendatang ketika zamannya terdahulu. Bagi keturunan Cina sekarang memang benar mereka bukan lagi' pendatang'. Mereka adalah rakyat Malaysia keturunan pendatang yang lahir di Malaysia, menjadi rakyat dengan perjalanan undang-undang kerana salah seorang daripada ibu bapa mereka merupakan rakyat Malaysia. Justeru, sebutan 'keturunan pendatang' itu tidak salah, memang wajar dan merupakan bukti sejarah. Yang salah ialah menyebut mereka sebagai 'pendatang'. Jadi mempersoal kerakyatan seseorang rakyat Malaysia adalah salah dari segi undang-undang. Namun orang Cina mesti menerima bahawa mereka adalah 'keturunan' daripada golongan pendatang yang berada di sini untuk mencari rezeki atau sebagainya dan kemudian diterima sebagai rakyat dengan perjalanan perundangan.
Jika rakyat daripada keturunan yang mendatang itu tidak sudi mengakui akan kependatangan datuk nenek mereka dan menafikan fakta sejarah itu atau malah mengadakan hujah bahawa mereka tidak terlibat dengan persetujuan oleh datuk nenek mereka itu, maka apakah mereka ingin menafikan keputusan roh datuk nenek mereka untuk menerima undang-undang sedemikian.
Bagi seluruh rakyat Malaysia, kita perlu memahami keadaan sebenar. Pada saat ini hampir semua yang menjadi penghuni negara dan menjadi rakyat adalah atas perjalanan perundangan. Maka semuanya adalah rakyat bagi negara Malaysia. Tidak dapat lagi kita menuduh seseorang yang lahir di sini kini sebagai pendatang, walau dari mana pun keturunan asalnya. Hanya yang baru datang dari segala pelosok dunia kerana desakan ekonomi atau sebagainya maka mereka itu pendatang. Oleh demikian, kita harus berhati-hati tentang sebutan dan tuduhan yang mencabar kebenaran serta jati diri setiap rakyat demi keutuhan bangsa dan negara. Mana-mana pihak tidak boleh mempersoal yang lain seperti yang dilindungi oleh Akta Hasutan tanpa satu reaksi yang wajar dan reciprocal oleh satu pihak lagi.
Maka orang China/bukan bumiputera jangan mempersoal 'hak istimewa Melayu/bumiputera' atau hal-hal lain jika tidak mahu reaksi yang sama beratnya terhadap mereka. Inilah hukum alam yang sangatsangat reciprocal atau saling bertindak sifatnya.allahhuakhbar

Anonymous said...

Bukan 3 cawangan saja yang patut diarah bersidang semula,malah banyak lagi persidangan cawangan yang tidak telus, diadakan secara sembunyi, ada yang dummy on paper saja, tapi telah disahkan oleh wakil UMNO Bahagian. Nampaknya tindakan yang dambil oleh UMNO Bahagian semacam ada double standard dan unfair.

Anonymous said...

umno setiawangsa sekarang harubiru di sebab ketuanya takut untuk bertindak atau buta atau selesa sebab tidak di cabar jadi yang lain pergi mampus dia tak perlu sokong mana-man pihak

Anonymous said...

boleh dikatakan kebanyakan cawangan bersidang cara yg tidak betul tetapi di benarkan, yang betul dibatalkan sebab ada main duit dan pilih kasih. ini lah yang merosakkan umno, ahli jadi bosan di sebab segelitir orang yang hidup mereka bergantung dari duit yang di terima dari umno untuk program-program untuk ahli tetapi di ambil untuk sendiri

Anonymous said...

manusia ni kalau dah biasa dapat duit dengan mudah/menipu sudah tentu tak nak lepaskan jawatan dengan begitu mudah. jadi apa cara sekalipun diguna untuk mempertahankan kedudukan yg ada termasuk membawa lari persidangan tanpa pentahuan ketua cawangan. perkara ini berlaku sebab setiausaha pilah kasih, ketua bahagian pekak dan buta

Anonymous said...

Sememang segala yg telah berlaku di Setapak Jaya Cawangan 1A semasa persidangan pada hari 10hb ogos 2008 mendapat tentangan hebat dari penduduk dan ketua pemuda dan wanita yg faham ideologi beliau yg sama sekali tidak relevan berkenaan percalonan.Saya puji dan bangga sama sekali dengan kebangkitan semangat pemuda-pemuda Setapak Jaya 1A .Percalonan pada hari tersebut sememangnya wujud penyelewengan pengiraan undi dan undi hantu yg tidak sepatutnya hadir pada hari percalonan..percabulan hak asasi telah berlaku.ini tidal adil sama sekali . En Ahmad proton(Blok 10).

Anonymous said...

Jadi ke persidangan Setapak Jaya 1A diadakan semula? Setakat ini macam xada apa-apa pun...Lagipun eloklah berdamai saja, UMNO dah nak karam, kita perkuatkan semula parti untuk hadapi pilihan raya, bukannya bersusah hati macamane nak batalkan mesyuarat agung yang dah siap tu?

Anonymous said...

Pemuda ape?. Mesyt bawak lari, takut kalah. Pakai agen tipu bila kira undi, dah kalah tuduh orang lain pulak. Tiap-tiap pemilihan mesti kumpulan sama lawan dan buat hal. Memanglah kamu boleh berlagak , SU bahagian belakang kamu. Yang si keli.. tu duduk belakang mesyt kasi signal. Massuuuukkk buat dalam surau. Kena takluk si keli... Semua orang tahu dan nampak daaaahhh.

Anonymous said...

kita sokong suib jer,utk semua jawatan-ketua bahagian,timbalan ketua bahagian,naib ketua bahagian,su bhg,ketua penerangan,bendahri, lepas tu lantik jer 25 ajk bahagian tu, letak jer yg dia suka.

meriah 3x !!

yg raman ni pulak suka buat cerita panjang2 letih nak baca langsung tak paham,tak reti2

macmana 20 tahun lepas,macm ni skrg, tak ubah2

Anonymous said...

kalau kj tu beban kepada umno, kenapalah pemuda bodoh sangat, tak usah calon dia, tapi mana bolih, yang sokong dia pun gelap-gelap macam dia. saya rasa sudah tiba masa nya kita tendang yang gelap-gelap ni