assalamualaikum Pictures, Images and Photos

Saturday, September 13, 2008

Sikap 'double Standard' UMNO Bahagian semakin mencelarukan...

Memang berlaku 'double standard' yang cukup memualkan dan menjijikkan setelah UMNO Bahagian Setiawangsa mengiktiraf persidangan HARAM tanpa kehadiran Ketua dan Ahli Jawatankuasa Cawangan malah tanpa bernotis daripada jawatankuasa cawangan berkenaan.
cukup rencah
Insiden ini berlaku kepada UMNO Cawangan Rumah Pangsa Setapak Jaya 1A dimana persidangan asalnya pada 10 Ogos lalu yang cukup rencah dengan notisnya, juga sarat dengan kehadiran ahli yang melebihi korum, dan telah berlaku juga proses pertandingan merebut jawatan Ketua Cawangan yang cukup sengit yang telah disahkan oleh wakil jawatankuasa UMNO Bahagian, tiba-tiba diarahkan supaya bersidang semula semata-mata adanya bantahan daripada ahli yang tewas bertanding.

Persidangan 10 Ogos adalah sah
Walaupun Jawatankuasa Pengurusan MT UMNO telah membuat arahan melalui UMNO Bahagian supaya cawangan ini bersidang semula pada 13 September, namun cawangan Rumah Pangsa Setapak Jaya 1A telah mengemukakan rayuannya kepada Setiausaha Agung UMNO supaya persidangan semula itu tidak diadakan, kerana Ketua Cawangannya berpendapat bahawa persidangan yang diadakan pada 10 Ogos lalu adalah sah dan memenuhi kehendak peraturan persidangan dan juga perlembagaan UMNO.
pencabulan terancang
Tetapi malangnya telah berlaku juga pencabulan terancang yang dikatakan direstui oleh UMNO Bahagian, setelah mereka meneruskan juga persidangan kali kedua itu tanpa sebarang notis yang dikeluarkan oleh pemegang tampuk UMNO Cawangan Rumah Pangsa Setapak Jaya 1A, dan ianya juga tidak dihadiri oleh barisan kepimpinan jawatankuasa cawangan berkenaan. Walaupun sebilangan ahli telah hadir untuk diadakan persidangan itu, tetapi kehadiran mereka itu tanpa diundang kerana notis tidak dikeluarkan untuk tujuan tersebut. Persoalannya, kenapakah pihak UMNO Bahagian sendiri yang mengendalikan persidangan haram itu, sedangkan mereka tahu UMNO Cawangan telah mengemukakan rayuan dan bantahan untuk tidak mengadakan persidangan tersebut?
persidangan tanpa notis
Apakah persidangan tanpa notis, tanpa pembentangan laporan tahunan oleh jawatankuasa cawangan boleh diterima pakai oleh UMNO Bahagian? Jika demikian, kenapa pula persidangan Cawangan KLSC yang diadakan pada 16 Ogos lalu tanpa kehadiran Pemangku Ketua Cawangannya yang mempertikaikan status notis yang dikeluarkan itu sebagai TIDAK SAH, lalu diarahkan supaya bersidang semula?
perlakuan sumbang
Inilah dia perlakuan sumbang yang berlaku di dalam sistem pentadbiran UMNO Bahagian Setiawangsa yang jelas memperlihatkan sikap 'double standard' yang memalukan sehingga menaikkan api kemarahan UMNO Cawangan yang terbabit. Suasana menjadi lebih sulit lagi kerana terdapat dua pihak mendakwa diri mereka berhak untuk menerajui cawangan ini. Satu pihak telah menunaikan tanggungjawabnya secara sah, sedangkan terdapat satu pihak lagi yang mendakwa persidangan haram mereka itu telah disahkan oleh UMNO Bahagian.
Demikianlah celarunya UMNO di akhir zaman ini.

25 comments:

Anonymous said...

Pak Lah telah banyak memalukan Dato' Zulhasnan. Dia sepatutnya tidak lagi menjadi Setiausaha Bahagian selepas ini. Mengarut lah dia tu..

Anonymous said...

Arahan Ketua Bahagian sebenarnya kot?. Takkan berani SU buat tanpa arahan KB

Anonymous said...

yelah kan, takkan lah Pak Lah tu berani keluarkan arahan camtu.. entahlah

Anonymous said...

Apa kata mesyuarat agung bahagian nanti kita calonkan saja Dato Najib sebagai Presiden, Muhyiddin Yasin sebagai Timbalan Presiden...kita nak tengok juga sokongan Zulhasnan dan Dato' Halim. Semua orang tahu Izudin pasti sokong Najib.

Anonymous said...

Zulhasnan akan relai tanpa instinct Pak Lah. Bersedialah untuk relaikannya akan datang. Kita menangkan Izudin Naib Ketua Bahagian, kemudian kita angkat dia sebagai bakal pemimpin ganti Zulhasnan. Apa kata...?

Anonymous said...

ye, lepas tu kita naikkan anak perempuan Kak Jai jadi Naib Ketua Puteri yang dia idam idamkan tu.

Anonymous said...

siapa? Mai? suruh dia qatam quran dulu baru fikir nak bertanding... bawa bawa berfikir kenapa orang orang mcm dia ni tidak disukai ramai di Titiwangsa.

Anonymous said...

HIDUP DATO' PADUKA IZUDIN

Anonymous said...

suruh mai jaga kelakuan mak dia, barulah fikir nak bertanding ke. Jangan biarkan perangai mak di Pej. Bhg tu memalu kan diri awak sendiri.. Orang dah naik muak tengok muka mak awak 24jam di pejabat tu. ada jawatan ke yang memerlukan mak awak duduk disitu 24/7?
kalau dah betul, baru lah bertanding ye anak oiii....

Anonymous said...

kami setuju dengan luahan anda. kami dah naik menyampah tengok seorang yang berumur menunjukkan perangai yang sumbang sumbang yang membawa kepada fitnah. kalau hebah kan tak ada apa apa yang berlaku, semua orang di situ ada mata dan telinga. sila lah tunjuk kan teladan yang baik untuk orang orang muda yang menanggung dosa dengan membiarkan perkara ini berlaku. byk cerita yang kita dengar, tak manis jika orang luar yang dengar. bukan awak aja yang terbabib, seluruh ahli umno setiawangsa juga terlibat sama...

Anonymous said...

sape yg giler nak naikkan izuddin jd ketua bhgn?? tak cukup ke apa die dah buat kat pemuda setiawangsa??? Lagi2 org darulnaim yg dpt projek,tak pasal2 ada pulak gerangan CIKGU paling kaya di malaysia. Jangan nak hancurkan lagi Setiawangsa yg dah hancur ni... TOLONGLA!!!!

Anonymous said...

mintak maap ye kalau sy masukkan bab pemuda. Kpd calon2 yg nk btanding KP jgn la nak bg panas keadaan. Eqhwan... nape nak bawa citer yg Azmi tak nak btanding mula-mula? Mana dpt berita bodoh ni? Apa yg sy dgr dr mulut calon KP yg lain pulak Eqhwan yg nak tarik diri..... betul ke? Masalahnye dah ramai yg sebut benda ni. So, sama2 la kita berjuang utk pemuda setiawangsa yg dah dua penggal TERBIAR ni. Tak kira la sapa yg menang nanti pastikan kebajikan dan ekonomi semu KP cawangan terjaga...

Anonymous said...

Jawatan Timbalan Ketua Bahagian, aku akan pangkah Shuib, Naib Ketua Bahagian aku akan pangkah Zainal Mahmood.

Presiden UMNO aku akan undi Najib, Timbalan Presiden aku akan undi Muhyiddin Yasin.

Jom pakat kita sayonara kepada Pak Lah Badawi dan Pak Lah Mat...

Anonymous said...

Yamin lagi boleh deliver dan orang lama dlm politik. Perangai sederhana dan approachable. Lain calon NK dah ada track rekod, nak kasi 1 daripada 10 pun susah. Zainal pilih bulu, geng tau sama tau sudah, nak dapat pencalonan pun kena rayu pertolongan. Yang tak sokong Yamin tu dapat masuuuk baru boleh. About Jai (betina) n anaknya - simple. Setiap manusia yg datang jumpa SU mesti ada betina tu bersama. Habis ape anggapan orang?. Masa eye of malaysia pun yng kontrol edar tiket adalah betina tu. Bercelaru sampai hampir semua org UMNO yg dtg bawa anak, bini, suami marah kerna tak dapat peluang. Hasim botak anak2nya ber roound2 naik eye of malaysia sampai ada jualan black market murah2 kpd awam. Necaya akan datang UMNO bhg buat aktivti pasti sambutan dingin. Baru2 ini betina buat kahwin anaknya diBhg. Tak malu. Tanah empunya Dato Seri n Isteri sendiri.UMNO hanya tumpang. Betina tu kutuk dan mengata-ngata Datin Seri sepanjang masa galakan KW Bhg. tapi apabila kahwin anak, pakai tanah Datin Seri. TAK MALU, TAK ADA MARUAH, JALANG.....

Anonymous said...

Sokong Anonymous cakap pasal KP Setiawangsa, Eqhwan kalau nak menang pun biarlah cara sihat, dok burukkan orang je, orang boroi la, banyak masalah la, apasal... dah xde isu ke, kalau dia tak boleh hormat senior Pemuda sekurang-kurangnya belajar la hormat Ketua Cawangan, patut dia belajar dari "Yusaini", kepada Yusaini tolonglah nasihatkan Calon Ketua Pemuda dari anda ini, tak kira sapa menang atau kalah yang penting adalah perjuangan kita bersama..... Sekalung hormat & syabas kepada Calon-Calon KP senior Sdra Zulfadhil, Sdra Azmi Badarudin & Sdra Ghazali yang bertanding secara sihat walaupun kadang-kadang batuk & selsema....huhu

Anonymous said...

Bro lempoyang, batuk ngan selsema x pe lagi bro, Nih bisul pun ader ler :-).....

Anonymous said...

azmi tu kempen sihat???baru baru ie aku nampak dia maki orang sana sini sebab tak calon kan dia apa hal??

Anonymous said...

Ismet ulam raja hehe....cubalah faham maksud kadang-kadang " batuk dan selsema " tu..

Anonymous said...

KAMI MENYOKONG KEPIMPINAN ABG EQHWAN. MOGA2 IMPIAN MENJADI KENYATAAN.

Anonymous said...

PU3 SW yg nak ikwan tengah cari jodoh agaknye.

Anonymous said...

wahai kawan kawan jgn gunakan blog ini untuk bantai org.Bahasa jaga sikit.Tuhan nampak siapa buat. Kan bulan Ramadan ni.Selamat bertanding

Anonymous said...

saya sokong nasehat tu.Gunakan blog ini untuk umum manifesto lagi baik.Semua calun yg nak bertanding sila beri sebab mengapa nak jadi Tim Ketua Bhg, kenapa nak sandang Naib Ketua hg. Kenapa nak jadi pemimpin sayap . Mudahkan perwakilan jadi hakim. Jangan lupa bagi duit raya

Anonymous said...

Untuk Renungan Bersama ........

Kepada : Calon2 yg brtanding dan untuk semua ahli UMNO ........

Haram Mengumpat & Suruhan Menjaga Lidah

Setiap manusia di dunia ini tidak terlepas dari melakukan kesalahan & kesilapan. Kebanyakan kesalahan manusia biasanya berpunca dari lidah. Lidah yg tidak dikawal dgn baik akan menyebabkan berlakunya perpecahan, permusuhan dn pergaduhan. Sbb itu Islam melarang umatnya mengumpat krn ia akan memberi kesan yg buruk kpd hubungan silaturrahim sesama manusia.

Sabda Rasulullah SAW : Tidak akan lurus keimanan seorang hamba sehingga lurus pula hatinya, dn tidak akan lurus hatinya sehingga lurus pula lidahnya. Dan seorang hamba itu tidak akan masuk syurga selagi tetangganya belum aman dari kejahatannya.

Firman Allah SWT : Dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan dan keaiban orang, dan janganlah setengah kamu mengumpat akan setengah yang lain. Sukakah sseorang dari kamu makan daging saudaranya yang telah mati, maka tentulah kamu jijik kepadanya. (Al-Hujurat : 12)

Diantara sifat yg dikeji oleh Islam ialah umpat mengumpat. Ia termasuk dlm dosa2 besar dan hukumnya haram. Pembalasannya amat pedih di akhhirat kelak - neraka jahannam. Tidak semua manusia mempunyai sifat yg sempurna dlm serba serbi. Oleh itu setiap manusia perlu insaf bahawa mereka mempunyai kekurangan dan kelebihan masing-masing yg dikurniakan oleh Allah SWT. Oleh itu kekurangan ini jgnlah dijadikan bahan umpatan. Umpatlah keaiban diri sendiri sebelum mengumpat keaiban org lain.

Dosa mengumpat bukan sahaja terletak kepada orang yg mengumpat sahaja malah orang yg turut mendengar juga turut terlibat sama. Oleh itu wajiblah org yg mendengar umpatan itu menasihati org yg mengumpat itu supaya tidak berbuat demikian. Sekiranya usahanya tidak berhasil maka hendaklah meniggalkan majlis atau tempat tersebut. Itu lebih baik baginya.

Firman Allah SWT : Dan Apabila mereka mendengar perkataan2 yg sia-sia, mereka berpaling daripadanya sambil berkata "Bg kami amal kami dan bg kamu pula amal kamu, selamat tinggallah kamu, kami tidak ingin berdamping dengan orang-orang yg jahil" (Al-Qassas : 55)

Setiap orang Islam dilarang dari mengumpat, menceritakan keaiban orang lain, berbalah-balahan sesama sendiri, menghina atau menjatuhkan maruah seseorang, mendusta, mengadu domba, bermuka-muka, mengejek, melaknat, bersenda gurau yg berlebihan, bercakap kotor dan keji, berbual-bual perkara kebatilan, bercakap perkara yg tidak melulu dan lain2 yg ditegah oleh Allah SWT.

Islam menyuruh umatnya supaya sentiasa bersifat amanah, bercakap benar, ikhlas, jujur, menunaikan janji dan berbincang mengenai sesuatu dengan cara yg baik dan berhikmah apabila timbul sesuatu masalah.

Setiap percakapan hendaklah berasaskan kepada kebenaran dan kenyataan kerana percakapan yg tidak berasaskan kepada perkara tersebut akan membawa kepada kedustaan dan kebinasaan. Apakah mereka menafikan tentang adanya malaikat pencatit "Kiraman Katibin" di kanan kiri mereka ???

Firman Allah SWT : "Tidak ada sebarang perkataan yang dilafazkan (atau perbuatan yang dilkakukan), melainkan ada disisinya malaikat pengawas yang sentiasa sedia (menerima dan menulis)" (Khaf : 18)

SEMOGA RAMADHAN KALI INI MEMBERI SERIBU PENGERTIAN KEPADA KITA SEMUA... AMIN YA RABALALAMIN.

Anonymous said...

saya tak fahamlah orang umno ni suka sangat rebut jawatan, dah dapat tak buat kerja,gzwfta yang dia buat adalah kerja yang mengutungkan diri mereka saja.

Anonymous said...

semua nya bolih selesai jika ahli umno sendiri jujur dan tidak makan duit. kita tendang saja siapa saja yang tidak buat kerja dengan jujur. kita mesti berani,jangan pasal duit seribu dua kita sokong dia sedangkan mereka buat duit berjutapjuta. fikir-fikirkan lah