assalamualaikum Pictures, Images and Photos

Wednesday, August 13, 2008

Zulhasnan terus 'dominan' ketuai Bahagian Setiawangsa.

Dato' Sri Zulhasnan Rafique, Menteri Wilayah Persekutuan yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan dilihat semakin selesa dan terus mendominasi pencalonan untuk mengekalkan beliau di tampuk jawatan nombor satu UMNO Bahagian Setiawangsa pada musim ini.

Setakat 35 cawangan daripada jumlah keseluruhan 48 cawangan di Setiawangsa yang sudah bersidang, jelas memperlihatkan penguasaannya tanpa sebarang cabaran, walaupun di peringkat jawatan Timbalan Ketua dan juga Naib Ketua di Bahagian ini terus bergelut.

Dato' Sri Zulhasnan Rafique yang baru saja memenangi semula kerusi 'Parlimen Setiawangsa' di dalam pilihan raya umum ke -12 baru-baru ini bakal dinobatkan semula sebagai Ketua UMNO Bahagian Setiawangsa, kerana jumlah cawangan yang berbaki yang masih belum bersidang dikatakan semuanya bakal memberikan pencalonkan kepada beliau, sekaligus akan mengulangi rekod 'menang tanpa bertanding' yang dicatatnya pada musim lalu (2004). Di dalam Perlembagaan UMNO Fasal 15.5 menyebutkan bahawa quota pencalonan Ketua Bahagian ialah 20 peratus daripada jumlah keseluruhan cawangan di dalam Bahagian berkenaan.

Diantara cawangan-cawangan yang akan meneruskan misi pencalonan Ketua Bahagian kepada Zulhasnan ialah seperti Cawangan Bukit Setiawangsa, Cawangan AU5D Lembah Keramat, Cawangan Jalan Semarak, Cawangan Kg. Semarak, Cawangan Jln Padang Tembak, Cawangan Jalan Pahang, Cawangan Rampai Town, Cawangan KLSC, Cawangan Seksyen 5 Wangsa Maju, Cawangan Seksyen 6 Mutiara, Cawangan Dataran Sg. Bonus dan juga Cawangan Bukit Wangsa.

Rata-rata Ketua-Ketua Cawangan berkenaan yang ditemui telah menyatakan ikrar masing-masing untuk mencalonkan Dato' Sri Zulhasnan Rafique sebagai Ketua UMNO Bahagian Setiawangsa. Menurut kata mereka, Zulhasnan wajar dikekalkan menerajui Bahagian ini sebagai tanda sokongan padu ahli-ahli UMNO kepada Menteri Wilayah Persekutuan itu. Lagipun kata mereka, Zulhasnan berkemampuan untuk meneruskan visi memperkukuhkan semula keyakinan orang-orang Melayu di kawasan ini khasnya kepada UMNO yang dikatakan merudum pengaruhnya di dalam pilihan raya umum lalu.

Sewaktu saya bersama-sama dengan Rosli Mohammad menemui Dato' Sri Zulhasnan di kediamannya bulan lalu, masih segar di dalam ingatan saya betapa beliau begitu optimis untuk merakyatkan program-program UMNO di peringkat akar umbi yang akan dilaksanakan oleh UMNO di peringkat Cawangan. Beliau menyatakan perkara ini kepada kami berasaskan kepada pengamatannya setelah berlangsung pilihan raya umum lalu, yang memperlihatkan betapa UMNO perlu diperkasakan terus menerus dengan mendekatkannya di hati rakyat.

Beliau juga yakin bahawa semua pemimpin UMNO Cawangan di Bahagian Setiawangsa akan menyahut pendekatan ini yang bakal dilaksanakan selepas selesai musim persidangan cawangan, Bahagian dan juga Perhimpunan Agung nanti.

UMNO Dekat Di Hati

Sebagai respon kepada kesungguhan azam Dato' Sri Zulhasnan itu, sukacita saya mengesyorkan supaya program ilham Ketua UMNO Bahagian ini dinamakan sebagai 'UMNO DEKAT DI HATI'. Program 'UMNO Dekat Di Hati' ini boleh dilaksanakan secara merakyat dengan melibatkan Ketua-Ketua Cawangan mengikut pecahan 'Zon Peti Undi' supaya terbentuk sebuah jawatankuasa penyelaras zon berkenaan yang akan dipantau oleh Jawatankuasa UMNO Bahagian, di mana Dato' Sri Zulhasnan sebagai Wakil Rakyat akan turun padang bermesra dengan rakyat menerusi aktiviti-aktiviti yang disusun rapi.

Diantara pengisian program 'UMNO Dekat Di Hati' hendaklah meliputi kecerakinan dan penglibatan aktif golongan muda lelaki dan wanita juga yang menembusi golongan pelajar, intilektual, masyarakat peniaga di samping tidak melupakan program amal di masjid dan surau serta bekerjasama dengan PIBG sekolah-sekolah. Badan-badan bukan kerajaan yang terdapat di Bahagian ini seperti persatuan-persatuan penduduk, Jawatankuasa Rukun Tetangga juga perlu dilibatkan supaya hati-hati mereka turut tergerak untuk menyokong kita. Yayasan Amal Wangsa boleh bertindak sebagai 'Penaja' untuk merealisasikan program ini.

Sudah tentu perlaksanaannya akan melibatkan implikasi kewangan yang bukan sedikit, namun ianya bukanlah suatu faktor yang tidak mampu diusahakan oleh peneraju-peneraju UMNO Bahagian ini, kerana mereka juga begitu arif sewaktu berkempen untuk memenangi hati perwakilan supaya tertawan memilihnya sebagai pemimpin. Mustahil pemimpin ini akan hilang kebijakannya setelah berjaya berhempas pulas untuk menjadi pemimpin bahagian, kemudian menghilangkan diri takut untuk berhadapan dengan tanggungjawab kepada rakyat akar umbi.

Pemimpin yang hanya bijak melobi jawatan, tetapi dangkal menjiwai hati rakyat hendaklah DITOLAK supaya mereka tidak lagi menjadi beban kepada UMNO. Pemimpin bermusim jenis ini hanya muncul di khalayak menunjukkan kehebatannya dengan segala 'daya helah' memancing hati supaya memilihnya, tetapi tidak berdaya pula untuk merakyatkan UMNO secara berterusan.

Pemimpin Hitech

Begitu juga UMNO hari ini perlu disinergikan dengan gandingan kepimpinan yang dinamik dan tahu betapa dirinya perlu segera melepaskan baton kepada orang yang lebih bertenaga untuk membantu Ketua Bahagian memperkasakan UMNO. Malang sungguh nasib UMNO jika masih dibebani dengan 'tongkat usang' yang hanya menjadi penghias untuk dipuja. Zaman yang beredar pantas ini, harus dipersadakan dengan pemimpin yang 'hitech', bukan lagi yang menghadapi masalah 'low-battery'. Tidak bermakna yang usang dan lowbatt ini tidak diperlukan lagi, cuma UMNO perlu segera diperkuatkan untuk berhadapn dengan frequency baru yang berkehendakkan 'tuning' perjuangan UMNO memenuhi selera semasa.

Mudah-mudahan UMNO Bahagian Setiawangsa yang diterajui oleh Dato' Sri Zulhasnan ini terus mara ke hadapan dengan penampilan agenda mendekati rakyat sebagai persiapan awal untuk menghadapi cabaran pilihan raya akan datang. Ingatlah, kita menyertai UMNO kerana kita mahukan UMNO terus menjadi pemerintah di negara ini. Tidak guna kita bermegah menjadi ahli UMNO, tetapi tidak bijaksana untuk menjadikan UMNO sebagai jaksa di negara ini.


5 comments:

Anonymous said...

syabas locengwangsa dan TAHNIAH YB Datuk Seri Zulhasnan.Harap beliau akan terus memimpin Umno Bhg Setiawangsa dan Perhubungan Umno Wilayah dengan lebih berkesan

Anonymous said...

saya ucap syabas kepada ketua dan ahli ahli Umno cawangan yang telah menunjukan kematangan politik mengekalkan YB Datuk Sri Zulhasnan sebagai Ketua Umno Bahagian.TAHNIAH Datuk Sri

dayak said...

kalangan orang Melayu, di mana pun mereka berada, bahawa mereka adalah anggota dalam satu kesatuan sosiobudaya dan sosiopolitik yang disebut bangsa Melayu atau the Malay nation, kata Raffles.

Empat faktor yang membentuk perpaduan Melayu dan yang berjaya mengekalkan identiti bangsa Melayu sepanjang sejarahnya ialah: Bahasa Melayu, budaya Melayu, Islam, dan keterbukaan minda bangsa Melayu.

Kita tahu bahawa di rantau kita ini terdapat banyak sekali dialek Bahasa Melayu � dialek negeri dan dialek daerah. Tetapi, di atas segala dialek ini telah muncul satu ragam Bahasa Melayu yang kita sebut bahasa persuratan atau sekarang kita sebut Bahasa Melayu kebangsaan. Bahasa inilah yang menyatukan bangsa Melayu, tidak kira di manakah mereka berada, sama ada di Kelantan, di Kedah, di Johor atau di Negeri Sembilan.

Bahasa Melayu kebangsaan inilah yang menjadi bahasa kerajaan Melayu sejak zaman kerajaan Melayu-Islam yang pertama di abad ke-12-13, iaitu kerajaan Samudera-Pasai di daerah Aceh sekarang. Sampai ke zaman pemerintahan Inggeris di Tanah Melayu; Bahasa Melayu tetap kekal sebagai bahasa kerajaan Melayu di samping Bahasa Inggeris.

Faktor lain yang cukup penting dan berpengaruh sebagai pembentuk tamadun dan perpaduan bangsa Melayu sepanjang sejarahnya ialah agama Islam. Kita bernasib baik kerana Islam yang diterima dan diamalkan oleh orang Melayu ialah Islam menurut Sunnah Nabi.

Orang Melayu tidak dipecahkan oleh pelbagai mazhab, khususnya antara mazhab sunni dan �mazhab Syiah�, atau mazhab-mazhab lain seperti yang terdapat di beberapa negara Arab, misalnya di Lubnan, di Iraq, di Iran, bahkan juga di Pakistan yang menyebabkan negara-negara itu sentiasa menghadapi masalah berpecahan antara kaum berdasarkan mazhab; mereka berperang dan berbunuh-bunuhan sesama sendiri. Akibatnya, pembangunan negara mereka terjejas. Kemajuan mereka dalam bidang apa pun terjejas. Negara mereka menjadi lemah dan mudah dijajah oleh kuasa luar.

Bangsa Melayu tidak mengalami masalah ini sepanjang sejarahnya. Walaupun mereka pernah dijajah namun perpaduan mereka, �solidarity� mereka, tidak pecah � pepatah Melayu berkata, �bercerai roboh bersatu teguh�. Inilah semangat kebangsaan Melayu yang menyebabkan mereka dapat bersatu dalam satu gerakan kebangsaan di seluruh Tanah Melayu untuk menentang gagasan atau muslihat Malayan Union dalam tahun 1946.

Orang Melayu juga terkenal sebagai bangsa yang berminda terbuka dan kreatif. Mereka sangat toleran terhadap kaum-kaum lain yang datang dari kawasan di luar �Dunia Melayu�. Ini merupakan ciri penting budaya Melayu. Pengalaman Melayu dalam sejarahnya bertembung dan berinteraksi secara kreatif, tidak secara pasif sahaja dengan tamadun luar dari India, dari dunia Arab-Islam, dari kawasan-kawasan di luar Tanah Melayu dan akhirnya dari Barat, membuktikan hakikat ini.

Itulah kekuatan yang ada pada bangsa Melayu dalam sejarahnya, iaitu perpaduan. Mereka bersatu melalui bahasa dan budaya yang sama dan melalui agama Islam. Kerana inilah orang Melayu berjaya membentuk diri mereka sebagai suatu bangsa atau nation, dan tidak berpecah kepada suku-suku kaum atau tribes yang mudah dipinggirkan sehingga akhirnya identiti mereka akan mudah dimusnahkan oleh kuasa-kuasa luar. Dato Onn Jaafar membangkitkan semangat Melayu seluruh Semenanjung, termasuk Singapura, berdasarkan seruan Alif, Ba, Ta. Alif bererti Agama Islam, ba bererti Budaya dan Bahasa Melayu, dan ta bererti Tanah Air Melayu. Inilah tiga alat yang ada pada bangsa untuk menentang gagasan dan muslihat Malayan Union.

Jadi, bagi saya usaha untuk membetulkan kesalahan dan kerosakan yang telah dilakukan oleh penjajah Inggeris di Tanah Melayu terhadap minda bangsa Melayu dan terhadap keadaan ekonomi, pendidikan, sosial dan politik atau kuasa mereka di Tanah Air mereka sendiri dan usaha untuk membina perpaduan kebangsaan sebagai asas kemajuan negara tidak akan berkesan jikalau usaha itu tidak didasarkan atas kekuatan bangsa Melayu yang telah ada pada mereka sejak dahulu. Pembangunan bangsa Melayu selepas merdeka tidak berguna kepada bangsa Melayu dan kepada negara jikalau pembangunan itu tidak dapat mengekalkan perpaduan Melayu atau jika pembangunan itu boleh membawa kepada perpecahan kaum Melayu. iklas TunTeja

Anonymous said...

KHALID IBRAHIM YANG BERMAZAHAB SHYIAH MELAYU MENKHINAYAT MELAYU amaran kepada Abdul Khalid supaya jangan cuba menggadaikan hak-hak Melayu yang termaktub dalam perlembagaan negara yang boleh membunuh masa depan anak bangsa.

‘‘Perjuangan yang dilakukan oleh golongan pejuang dan tokoh-tokoh Melayu bagi mendapatkan hak-hak orang Melayu akan menjadi sia-sia jika UITM tidak dibela, malah dikhianati oleh mereka yang sebangsa DARI PARTI KEADILAN RAYAAT YANG MENYUNDALKAN MELAYU.

‘‘Tindakan FIRAUUN KHALID INI umpama anak di rumah mati kelaparan, kera di hutan disusukan. Cadangan yang dinyatakan olehnya FIRAUUN KHALID INI bagai membunuh bangsa MELAYU sendiri dan berunsur politik,’’
isu pendidikan dan UiTM tidak harus dijadikan bahan politik serta barang untuk diniagakan oleh mana-mana pihak terutama pemimpin FIRAUUN KHALID PENKHIANAT Melayu sendiri demi kepentingan peribadi.
cetusan semangat daripada mahasiswa sendiri yang kecewa dan tertipu dengan permainan politik parti pembangkang. kenapa UiTM diganggu sedangkan di negara ini terdapat sebanyak 22 buah universiti kerajaan, 32 universiti swasta dan beratus institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) yang terbuka kepada semua kaum,’bangun lah bangsa ku SUNAH WAL JAMAAH MELAYU SELURUH MALAYSIA TENTANG HABISAN PENKHIANAT MELAYU ..PARTI KEADILAN RAYAAT YANG PENKHIANAT``ROBOH UITM`ROBOH LAH MELAYU``JIKA SEANDAI RABOH MELAYU MAKA ROBOH LAH ``NEGARA``BANGUNLAH BANGSA KU MELAYU SUNAH WAL JEMAAH `PERMATANG PAUH``BANTULAH ANAK MELAYU ``UITM``

Anonymous said...

Syabas dan Tahniah YB Datuk Seri Zulhasnan, Ketua Bahagian yang ada visi dan misi dan kalau ada orang nak langgar gak.... hai tak tahu la apa nak cakap ! pikir la sendiri ...