Seri Wani yang begitu bergaya dengan 14 pencalonan yang diperolehinya sebelum ini telah dikejutkan dengan kehadiran Siti Fatimah yang juga Ketua Puteri Cawangan Taman Setiawangsa Fasa Satu secara tiba-tiba, setelah dirinya berjaya mendapat dua pencalonan daripada Puteri UMNO Cawangan Kelumpuk Bunga Raya yang bersidang pada 9 Ogos lalu dan satu lagi pencalonan daripada cawangannya sendiri yang bersidang pada 10 Ogos lalu.
Seri Wani menjangkakan dirinya akan dicalonkan sebagai Ketua Puteri oleh Puteri Cawangan Kelumpuk Bunga Raya, tetapi telah berlaku pula pertukaran di saat-saat akhir, di mana cawangan tersebut telah mencalonkan nama Siti Fatimah untuk menyertai saingan ini. Mengesahkan lagi penyertaan Siti Norfatimah ialah setelah dirinya memperolehi kelayakan dua pencalonan daripada cawangan sendiri.
Keresahan mulai timbul di wajah Seri Wani yang mengharapkan dirinya tidak menghadapi sebarang tentangan untuk beliau menggantikan Roziana yang akan berpindah ke alam Wanita UMNO. Walaupun bilangan cawangan yang masih berbaki bakal menampilkan sokongan kepadanya namun dua pencalonan yang diterima oleh Siti Fatimah itu dikatakan telah melayakkan dirinya untuk menentang Seri Wani.
Sebelum ini Pergerakan Pemuda dan Wanita Bahagian Setiawangsa juga dilihat terjebak dengan perebutan jawatan Ketua masing-masing. Anggapan menyatakan bahawa Pergerakan Puteri Setiawangsa tidak mudah diperkotak katikkan oleh pencatur politik untuk kepentingan kabilah-kabilah tertentu, kini hampir menjadi kenyataan.
Walaupun frequency ini bukanlah menggambarkan suatu perpecahan akan berlaku di dalam Pergerakan Puteri, namun jika ia tidak dibendung aliran politik ini akan memerangkapkan wadah perjuangan Pergerakan Puteri menjadi 'tidak suci lagi'. Idealisme perjuangan untuk menawan hati generasi muda supaya menyertai UMNO akan menjarakkan lagi minatnya untuk berbuat demikian.
Kemungkinan mereka ini betambah jelik untuk terlibat dalam persengketaan politik merebut jawatan sehingga menghalalkan fitnah untuk memalukan pihak tertentu yang tidak sekandang dengannya. Budaya percambahan minda untuk segarkan UMNO, kemungkinan tidak lagi popular mengisi agenda perjuangan Puteri. Janganlah hendaknya arena Puteri ini dicemarkan dengan unsur-unsur yang tidak mencerminkan akal budi yang sihat.
Kita juga bimbang penyertaan golongan ini dalam Pergerakan Puteri akan menyongsangkan mentaliti mereka terhadap UMNO, kerana mereka menjadi keliru melihat gelagat 'pakcik-pakcik' dan 'makcik-makcik' di dalam UMNO yang bercakaran sesama sendiri sehingga lupa untuk menjadi teladan kepada generasi baru di dalam UMNO.
Diharapkan siapa juga yang meneraju Pergerakan Puteri di Bahagian ini agar dapat mengambil iktibar daripada pergelutan merebut jawatan yang berlaku sekarang ini. Pergerakan Puteri seharusnya fokus kepada objektif asalnya iaitu untuk mendorong dan mendidik generasi muda supaya terlibat di dalam gerak kerja kemasyarakatan untuk perkukuhkan politik UMNO, demi survival bangsa, agama dan negara.


21 comments:
Tidur satu bantal, mimpi lain lain, hehe....
Puteri Kelumpuk Bunga Raya mencalonkan Siti Fatimah, tapi mereka geng dengan Wani.
gimik politik hahahahahahaha
gimik pun gimik lah, tapi jgn duduk selesa je
Tidur satu bantal,,mimpi lain lain,,ni lah kalau mak cik ketua wanita nak kan PUTERI satu kepala dengan beliau dengan tarian kara oooook poco poco..tu lah si gedik gelek ranggi si siti ni di tajaa..Seri Wani yang bersifat taqwa keibuaan nak di tolak..Kami puteri puteri pohon kakak kakak wanita tolak lah ketua wanita ni yang porak peranda kan bahagian setiawangsa..amin
ini cabaran pertama wani.betulke ct nak tanding.berpakatlah.saya sayang both
ape Tun kate tu ade betul nye. tapi ketakwaan dan keibuan tidak dinilai dr luaran. bg sy Siti Fatimah Amir adalah calon terbaik utk mejadi KETUA PUTERI SETIAWANGSA. yg penting skarang ni kita nak cari org yg berkaliber, yg mampu menaikkan Puteri Setiawangsa bukan cari org yg gile kuasa, yg main banyak kolam. of all u know silap hari bulan dia yg di taja. hehehehehe
Saya setuju sangat dengan tun,memang ketua wanita ni dah lah di gelar AVON dan yang aneh nyer dia ni suka ikut perlembagaan keling...MESYUARAT SOROK LARI dan TERBANG..serperti tertera di bawah ni..saya cuba jermah,,ALIF TENDANG WAU``SARKES``
º¡ù£œ ñˆFò ܬñ„ê˜ ºóªê£L ñ£øQ¡ 74õ¶ Hø‰î ÷ º¡Q†´, ªê¡¬ùJ™ Üõó¶ C¬ô‚° ºî™õ˜ è¼í£GF, ñˆFò, ñ£Gô ܬñ„ê˜èœ ñ£¬ô
Siti Fatimah lebih berkaliber.
Reaksi pu3 stwngsa lebih matang daripada Pu3 Wmju. U all tengok komentar Pu3 Wmju apabila digeletek, lebih 200 komen boleh dibaca, dan jelas mereka tidak silu lagi caci mencaci sesama sendiri. Tapi Pu3 stwngsa tidak begitu, lebih profesional.
Syabas locengwangsa kerana berjaya ketengahkan idea bernas untuk menjadi renungan semua.
Tahniah 2 all Pu3 Setiawangsa..tak melatah dan sentiasa menjaga kehormatan orang lain. Tidak perlu kita memburuk2kan keperibadian orang..itu bukan cara kita. Sekarang ni bukan 2 penjuru tp dah 3 penjuru daah. Apapun harap2 Pu3 dapt memilih yang terbaik utk Pu3 Setiawangsa. Jawatan ini bukan sekadar dipenuhi utk nak tahu siap kuat or siap yg paling gah atau yg paling glamour. Niat mesti betul kita nak perjuangkan agama, bangsa n negara. Ini bknye tpt nak "glamour". Tahniah 2 Kak Wani,Ct n Razmalina (ntah tetiba aje muncul). Actually setahu kami most Pu3 Bhgn dah setuju nak menerima Kak Wani as KPU3 n CT 4 Naib Ketua Puteri tapi tetiba meletup jd lain lak. tapi anyway "Good LucK". Meh tunjuk kat Bahagain lain yang kita ni bersatu...dulu ramai yg respect Pu3 Setiawangsa coz kebesatuannye...jgn bila sayap Pemuda n Wanita berperang kita pun nak terikut2. Sayang semua blh buat kerja...Klu kita satukan kan lagi baguih baru Pu3 Setiawangsa POWER....But I'm proud 2 b PU3 Setiawangsa.Actually klu peralihan kuasa dibuat secara aman n baik benda ni semua tak jd...tp ada lak dalang yg menyibuk..rasanye yang nak gi ke wanita tu pergilah dgn baik n terhormat biarlah Pu3 tidak ditinggalkan dengan keaadaan yg kelam-kabut. "Kita lemah bkn sebab kita tak kuat atau org luar lg kuat tp dalaman kita yang tak berapa kukuh". Good Luck kpd yang bertanding.....
saya setuju dengan statement yang kata... kalau dah nak berhijrah ke wanita tu buat lah dengan elok, jgn tinggalkan perangai buruk awak di Pu3. Beliau sepatutnya lebih kepada mententeramkan, bukannya melagakan lagi. Dia ingat zaman dia dulu orang taknak langgar dia ke? Porahhchitt, itu semua pasal ditahan oleh orang atas aje.. kalau tidak dia pasti tercampak jauh... Jangan buat taik kalau nak tinggalkan Pu3 pun. Nanti adik adik pu3 ni pun akan ke wanita, berjumpa lagi...
Apa dah jadi ngan Pu3 ni...3 penjuru lak tu. Jgnla nak porak porandakan PU3 Setiawangsa. Nak ikutkan seniority Wani yg akan gi bersama naibnya Siti Fatimah..yg lain tu tak payahla..masa panjang lagi ada 3 term lagi tu...hah nak ambik, ambikla tak payah nak gaduh2. sekadar kena cucuk batang hidung tu tak payahla. Kami mahu yang betul2 "genuine" n bukannya yg ada campurtangan pihak luar. Ada lak tu tak tahu stand dia kat mana...mcmana nak jd ketua.Ikutkan yg betul2 dah lama dlm pu3 ni since wangsa maju ni "Wani" la. Dia dr Wangsa maju tak pernah nak langgaq org...Sabaqla Che Wani. InsyaAllah..tak kemana..tempat tu. Org akan menilai sape yg buat keje ngan ikhlas...yg tak mahu glamour n yg setia pd pu3. Dont worry U n Ct akan menjadi pujaan ramai. Yg lain tu syok sendiri aje kekononnye ada backup kuat konon. Korang buat mcmni lg org menyampah. Muda lg beb...blh tgu sat no. Hehehe jgn mare just nak luahkan je.
mana awak tau yang wani tak pernah nak langgar Rozy dulu? cuma ditahan oleh pihak atasan je, jika tidak, kecundang dah si rozy tu
Hidup Jangan Hipokrit.
Semua Ketua tak kira Cawangan, Wanita, Pemuda atau Puteri.... Contohi Shuib, Nurshiah dan Saridah...Berani demi anak bangsa.
teruskan perjuangan demi perkukuhkan UMNO yang mula goyah.
Apa dah jadi dengan "Apple of Dato' Izuddin" Hafizrulllah dah tertonggeng dan berguling...
Orang tua tua cakap jangan biadap dengan guru nanti kena daulat.
kau orang ingat korang bagus sangat ke? kalau ada pun yang dah nak gi ke wanita..ok lah tu...doa dia supaya tenang dan bertambah ketaqwaannya. aku nak tengok korang pimpin puteri. tambah bagus ke atau tambah lembab. atau jadi pemimpin Syok Sendiri. Lu Pikirla sendiri....
Udah-udahla tu...apa yang nak kecohkan. Kita buat kerja masing-masing. Ingat UMNO ni tempat "BERSATU" bukan nak cari gaduh. Bersatulah demi kebaikan semua...HIDUP PUTERI SETIAWANGSA...dulu, kini dan selamanya.
kalau kau ingat kau tayang muka engkau waktu bersidang ni dah bagus, mengekor bontot KPu3 kehulu kehilir baik tak payah...
Kau ada ke kau tak ada ke, tak ada beza nya... Lu pikirlah sendiri..
aku setuju memang betul setakat datang bila pilihanraya lepas tu sibuk pulak nak jadi pencatur untuk puteri macalah terro sangat tak yah lah ko nak tunjuk tero ko jaga diri ko sendiri tak yah nak menyibuk pasal puteri jangan nak cari glamor je ............pakai baju ukur dibadan sendiri ye !!!!!! aku rasa ko ni penghancur bangsa lah
ye betul, org mcm kau ni lah yg patut dihapuskan. duri dlm daging, gunting dlm lipatan.
Post a Comment