Dato' Mohd. Shafie Abdullah
Datuk Astaman Abd. AzizSetakat hari ini, Dato' Zainal Nazeri Zainuddin yang hanya memangku jawatan Ketua Bahagian Wangsa Maju telah jauh ketinggalan di belakang Dato' Mohd. Shafie Abdullah setelah 21 cawangan mengadakan persidangan masing-masing bermula sabtu lalu (19 Julai 2008). Dato' Zainal Nazeri Zainuddin hanya dicalonkan oleh tiga buah cawangan sebagai 'Ketua Bahagian' manakala Dato' Shafie Abdullah telah berjaya dicalonkan oleh 18 buah cawangan bagi jawatan tersebut.
Sementara itu Datuk Astaman Abd. Aziz yang pernah memimpin UMNO Bahagian ini masih belum lagi mendapat pencalonan untuk melayakkan dirinya bertanding bagi jawatan nombor satu UMNO Bahagian Wangsa Maju; dan rata-rata penggiat politik UMNO di Bahagian ini menjangkakan Datuk Astaman berkemungkinan besar tidak berkelayakan bertanding, kerana beliau dikatakan terlalu sukar untuk merentasi kuota pencalonan secara 'berkongsi' dengan Dato' Zainal Nazeri, setelah melihat bilangan cawangan berbaki yang masih belum mengadakan persidangannya.
Daripada 42 buah cawangan UMNO di Wangsa Maju ini, sebanyak 21 cawangan daripadanya telah pun selesai mengadakan persidangan masing-masing pada hari sabtu dan ahad yang lalu. Manakala 21 buah cawangan lagi dijangkakan akan bersidang selepas ini juga bakal menyaksikan larian pecut Dato' Shafie akan berada lebih terkehadapan di litar lumba, seterusnya bakal dinobatkan sebagai pemenang 'Pingat Emas' bagi jawatan 'Ketua Bahagian'.
Daripada 21 buah cawangan yang belum bersidang ini, Dato' Zainal Nazeri dikatakan hanya mampu mendapat pencalonan simpati daripada empat atau lima cawangan sahaja, termasuk cawangannya sendiri, itupun jika Cawangan Taman Setapak Indah Fasa Dua itu tidak lagi mengulangi episod lalu yang telah memalukan Pemangku Ketua Bahagian itu, kerana persidangan cawangannya sendiri telah dibatalkan akibat tidak mencukupi korum.
Difahamkan terdapat beberapa buah cawangan yang sebelum ini didakwa sebagai penyokong kuat Dato' Zainal Nazeri juga akan 'memusing' mengikut jejak langkah Cawangan Pinggiran Wardieburn dan Cawangan Wangsa Melawati yang telah mencalonkan Dato' Mohd. Shafie Abdullah sebagai Ketua Bahagian. Jika keadaan ini berlaku, apakah yang masih dapat ditinggalkan untuk Dato' Zainal Nazeri dan juga Datuk Astaman?
Rata-rata daripada penggiat politik UMNO di Wangsa Maju masih teringat dengan janji manis Dato' Zainal Nazeri yang dikatakan hanya berminat untuk mempertahankan jawatan Timbalan Ketua Bahagian dan akan menyokong untuk melonjakkan Dato' Shafie Abdullah sebagai Ketua Bahagian pada musim kali ini. Persefahaman politik diantara kedua-dua mereka ini telah menyebabkan berlakunya penyingkiran juak-juak Datuk Astaman seperti Zulkapli Husin, JP telah dilucutkan jawatannya sebagai Setiausaha Bahagian dan digantikan kepada Cikgu Hamdan. Manakala Fauziah Omar juga disingkirkan daripada jawatan Setiausaha Kerja Bahagian.
Semuanya ini berlaku kerana Dato' Zainal Nazeri yang memangku jawatan Ketua Bahagian pada masa itu tidak yakin dengan kekuatan dirinya. Pengikut-pengikut setia Dato' Zainal Nazeri terlalu kecewa dengan tindakan 'cium mulut' diantara Dato' Zainal Nazeri dengan Dato' Shafie ini. Secara diam-diam mereka ini memakan hati, kerana Dato' Zainal Nazeri dilihat telah mengenepikan penyokong-penyokong setianya selama ini malah tidak nampak kebolehan yang ada di kalangan pengikutnya, seperti Allahyarham Aziz Basri yang dilihat berpengalaman sebagai Setiausaha Bahagian juga telah disisihkannya.
Percumbuan mereka rupanya tidak bertahan lama, kerana Dato' Zainal Nazeri menyedari bahawa inilah peluang keemasannya untuk mendaki jawatan setakuk lagi sebagai Ketua Bahagian, lalu berlakulah percaturan sumbang yang dikatakan cuba mengkhianati diantara satu sama lain.
Dato' Zainal Nazeri tidak lagi melihat faktor Dato' Shafie sebagai kawan politik yang baik, sebaliknya telah wujud sindrom keraguan di antara dua kumpulan ini dan kelihatan rentak politik Dato' Zainal Nazeri telah menjurus kepada 'tarian sumbang', lalu beliau telah merombak sekali lagi kabinetnya dengan menyingkir pula Cikgu Hamdan daripada jawatan Setiausaha Bahagian untuk digantikan kepada Tuan Haji Ghazali Shamsudin, JP. Dato' Zainal Nazeri juga telah melantik Sulaiman Saleh yang dianggap sebagai 'cek tendang' daripada UMNO Cawangan Pinggiran Wardieburn sebagai Ketua Penerangan Bahagian yang baru.
Sulaiman Saleh bukan sahaja tidak diterima oleh sebilangan besar ketua-ketua cawangan di Bahagian ini, bahkan dari kalangan penyokong-penyokong Dato' Zainal Nazeri juga merungut dan mempersoalkan atas kelebihan apakah orang ini dibawa masuk. Jelas terbukti bahawa Dato' Zainal Nazeri tidak mempunyai penyokong yang mencukupi untuk memperkuatkan kepimpinannya.
Beliau terpaksa mengenepikan tokoh-tokoh cawangan yang lainnya dan hanya mampu melonggokkan orang tertentu daripada cawangan yang sama membarisi kabinetnya. Selain Sulaiman Saleh daripada UMNO Cawangan Pinggiran Wardiebun, Ahmad Amirudin @ Joe Abdul Hamid, Ketua Cawangan ini juga merupakan seorang ahli jawatankuasa Bahagian.
Bukan itu sahaja, Dato' Zainal Nazeri juga dilihat dilanda ketandusan penyokong, apabila melantik seorang lagi tokoh daripada UMNO Cawangan Pinggiran Wardieburn, iaitu Puteri Indah yang juga Ketua Puteri cawangan itu menduduki barisan ahli jawatankuasa yang dilantik sebagai gantian kepada Puan Normah (Wakil Wanita Bahagian) yang telah dipecatnya. Manakala bagi jawatan Bendahari Bahagian pula beliau telah melantik Dato' Osman Bakar seorang ahli UMNO di cawangannya sendiri. Dato' Zainal Nazeri kehilangan punca untuk meyakinkan dirinya terhadap ketua-ketua cawangan yang lain yang dianggapnya tidak layak berada di dalam barisan ahli jawatankuasa Bahagian. Jelas terbukti bahawa Pemangku Ketua Bahagian ini telah tenggelam punca untuk meletakkan dirinya sebagai seorang pemimpin yang dianggap berwibawa.
Nampaknya Dato' Zainal Nazeri terpaksa bekerja kuat untuk meraih sokongan daripada ketua-ketua cawangan yang telah disisihkannya sebelum ini. Mungkin segalanya telah terlambat, beliau bukan sahaja gagal menambahkan kekuatannya, malah dua tiga orang penyokong kuatnya juga telah 'swing' menyokong Dato' Shafie.
Dalam artikata yang lain, Dato' Zainal Nazeri telah cuba mengatur strategi untuk mendekatkan semula dirinya dengan kabilah Datuk Astaman, kononnya masalah Datuk Astaman yang telah dikenakan tindakan disiplin oleh Ibu Pejabat UMNO, tidak memungkinkan Astaman kembali semula di Bahagian ini. Dato' Zainal Nazeri yang tidak mempunyai kekuatan di Bahagian ini mencongakkan bahawa orang-orang Astaman akan memihak kepadanya dan mampu berhadapan dengan kekuatan Dato' Shafie untuk merebut jawatan Ketua Bahagian. Dato' Zainal Nazeri juga dilihat begitu yakin dengan sokongan yang diberikan oleh Dato' Sri Zulhasnan Rafique, Pengerusi Perhubungan UMNO Wilayah Persekutan yang digembar gemburkan sebagai 'pendorongnya' seterusnya untuk menyekat kemaraan Dato' Shafie Abdullah daripada merangkul jawatan Ketua Bahagian.
Malangnya, permainan selamat (play safe) yang ditunjukkan oleh Dato' Zainal Nazeri itu telah memperlihatkan betapa dirnya tidak mempunyai penyokong tersendiri yang mampu menyekat kehendak akar umbi ahli-ahli UMNO di Wangsa Maju yang sedang menjulang nama Dato' Shafie Abdullah sebagai calon Ketua Bahagian. Dato' Shafie dilihat berjaya mengukir nama sebagai seorang pemimpin yang gigih, dinamik, vokal dan memiliki kebijakan mengatur strategi untuk mejadikannya seorang tokoh pemimpin yang akan mewarisi takhta Ketua UMNO Bahagian Wangsa Maju.
Liku-liku perjuangan dan sirah politiknya tidaklah bermula dengan jalan yang mudah. Pengalamannya yang bermula di Cawangan Taman Setapak sekitar tahun 1989, 1990 telah melonjakkan namanya sebaris dengan hirarki kepimpinan Pemuda UMNO Bahagian Batu pada masa itu, dimana beliau merupakan Pen. Setiausaha Pemuda Bahagian tersebut yang dilihat begitu agresif dengan vokal lantangnya yang membela perjuangan masyarakat Melayu di Bahagian tersebut. Beliau juga pernah menjadi Ketua Pemuda UMNO Bahagian Wangsa Maju semasa Bahagian ini dipimpin oleh Datuk Dr. Kamal Salih sekitar tahun 1994/1995.
Sikap berterus terangnya kadangkala tidak disenangi oleh pihak-pihak tertentu terutamanya ketika memperjuangkan yang hak, yang menyentuh solidariti bangsa Melayu. Kadangkala keberaniannya itu telah menyebabkan beliau terhantuk dan dilihat telah menyinggung kepimpinan UMNO Bahagian. Beliau begitu berani meletakkan dirinya sebagai 'melawan arus' semata-mata mempertahankan prinsip perjuangannya. Dato' Shafie merelakan dirinya dibenci kerana beliau tidak mahu dilabelkan sebagai 'pengampu bodek' yang akhirnya melupakan prinsip perjuangan yang sebenar.
Beliau yang kini menjadi Naib Ketua di Bahagian Wangsa Maju sejak tahun 2001 juga merupakan Setiausaha Politik kepada Menteri Pertahanan Malaysia, Dato' Sri Najib Tun Razak. Berdasarkan kepada pengalaman dan kegigihannya dalam arena politik tempatan khususnya di Bahagian Wangsa Maju ini, Dato' Shafie Abdullah dilihat sebagai calon 'favourite' yang bakal menerajui jawataan nombor satu dalam UMNO Bahagian ini.
Kehadirannya memimpin UMNO Bahagian Wangsa Maju nanti, dikatakan akan memberi petunjuk dan harapan baru untuk beliau terus mempelopori perjuangan mengembalikan semula hak UMNO untuk menjadi calon BN bagi Kawasan Parlimen Wangsa Maju di dalam pilihan raya akan datang. Lazimnya adat berjuang jika bersulamkan keikhlasan dan beriltizam dengan sedaya kudrat yang ada, Insya Allah Tuhan akan merestuinya dan UMNO Wangsa Maju akan terus diperkasakan.

Hendaknya, janganlah ada lagi persengketaan yang berpanjangan sehingga masing-masing tidak terjumpa noktahnya. Ingatlah, jika kita bergaduh sesama sendiri apa yang direbut akan berciciran akhirnya.

4 comments:
Dato' Zainal juga nak tunjuk terlampau pndai dengan menyuruh Datuk Manan bertukar cawangan, daripada cawangan Tmn Setapak Indah Fasa 2 kepada Cawangan Pinggiran Wardieburn.
Ingatkan Datuk Manan dapat jadi ketua cawangan di cawangan yang baru ini, tetapi Datuk Manan juga kehilangan semuanya. Lupakanlah niat dulu nak bertanding Naib Ketua Bahagian. Kena belajar dulu selok belok politik Wangsa Maju. Jangan perkecilkan kebolehan Abang Jo, dia ada kelebihannya, tapi Dato' Zainal tak perlukan dia sangat, sebaliknya Dato' Zainal lebih pentingkan Abang Md. Zin yang dilihat menjadi penasihat politiknya.
Syabas Abang Rahman, kerana berjaya mengupas 'senda politik' UMNO Wangsa Maju. Dato' Zainal hebat semasa dengan saudara....
Senario politik Wangsa Maju akan berubah dengan ternobatnya Dato'Dr.Hj Shafie Abdullah sebagai KETUA UMNO BAHAGIAN pada pemilihan UMNO Bahagian Wangsa Maju bulan september ini..maka dengan sendirinya akan terkubur nama Dato' Zainal Nazeri dan Datuk Astaman Abd Aziz dipersada UMNO Bahagian Wangsa Maju..ini bukanlah andaian tetapi FAKTA yang harus diterima oleh semua pihak..yang pastinya memberi kesedaran kepada warga UMNO Wangsa Maju betapa penting memberi tumpuan pada ciri-ciri kepimpinan seorang pemimpin parti yang akan menerajui kepimpinan UMNO Bahagian Wangsa Maju yang KEHAUSAN kepimpinan nombor satu peringkat Bahagian yang selama ini memilikan pemimpin yang RAKUS dan SOMBONG dengan gaya pemimpin yang HIPOKRIT.Kepada semua warga UMNO dan PERWAKILAN CAWANGAN inilah ruang dan peluang terbaik untuk memberi pendedahan dan penjelasan yang tepat untuk lebih mendekati seorang pemimpin yang berwibawa dan telus serta punya daya ketokohan kepimpinan yang jitu yang kita perlukan untuk dinobatkan sebagai KETUA UMNO BAHAGIAN WANGSA MAJU 2008/2011..apapun SYABAS saya kepada sdr. Rahman Hashim pemilik laman blog LOCENGWANGSA..JASAMU TETAP DIKENANG UNTUK SELAMANYA..SLM SAYANG BUAT WARGA UMNO WANGSA MAJU..
Saya terpanggil untuk memberi komen sdr.Rahman..istilah 'cek tendang ' kepda sulaiman saleh memang tepat sekali..dan istilah 'cium mulut' yang sebenarnya Dato'Shafie memang dari dulu lagi dah tau mulut dato zainal berbau tapi dato' shafie nak jugak cium mulut..maaflah petang camni saya buat lawak politik..
Tahniah dan syabas saya ucapkan kepada semua ahli UMNO Wangsa Maju kerana berani membuat pilihan dengan memilih calon Ketua UMNO Bahagian yang dapat memberikan prkhidmatan pada ahli UMNO dan warga wangsa maju.
Setelah membaca beberapa berita mengenai perkembangan terkini UMNO Wangsa Maju, maka saya sebagai "orang luar" ingin menyatakan rasa "TABIK" (Solute) saya pada ahli UMNO Wangsa Maju.
Saya hanya ingin megesahkan bahawa saudari/i telah membuat pilihan yang tepat dengan memilih Y.Bhg Dato' Shafie Abdullah sebagai Ketua UMNO Bahagian wangsa Maju.
Ibarat disebut dalam pantun melayu:-
Kalau hendak menari zapin,
Biar menari beralas lantai
kalau hendak mencari pemimpin,
carilah yang cerdik lagi pandai
Bila menari di atas lantai
hati tak bimbang kalau terjatuh
Bila pemimpin cerdik dan pandai
Ibarat rimbun tempat berteduh
Untuk makluman sahabat-sahabat UMNO di Wangsa Maju, Kali terakhir saya bertemu dengan Dato' Shafie Abdullah ialah pada tahun 1984 ketika sama-sama di Kolej Ketiga Universiti Malaya. Selepas dari itu saya tidak pernah lagi bertemu beliau sehinggalah saya dimaklumkan oleh kawan-kawan mengenai perkembangan Dato' Shafie.
Kepada Warga UMNO Wangsa Maju, saya ingin mengesahkan bahawa apa yang disuarakan oleh ahli-ahli UMNO dalam "comments" bahawa Dato' Shafie lebih mudah mesra dan "sempoi" adalah benar dan sangat benar. Sehingga kini kawan-kawan seangkatan beliau masih senang dan tidak merasa jurang apabila berjumpa atau bercakap melalu telefon dengan beliau. Dato' Shafie tidak akan malu-malu malah dengan bangga akan mengigatkan kisah-kisah semasa menjadi penghuni Kolej Ketiga di UM termasuk apabila menyertai team menjual periuk berjenama yang hingga kini masih boleh digunakan.
Kesimpulannya : Beruntunglah Tuan-Tuan mendapat seorang ketua bernama Dato' Shafie Abdullah. Saya percaya Wangsa Maju akan berubah dan Dato' Sahfie akan memimpin Tuan-Tuan untuk memartabatkan semula BN di Wangsa maju apabila orang Melayu di Wangsa Maju merasa mereka terbela.
Kepada Dato' Shafie Abdullah, saya ucapkan syabas dan Tahniah serta pesanan bahawa style "sempoi", selamba dan sikap mudah mesra Dato' sejak dari dulu lagi amat menyenanangkan hati kawan-kawan dan kini hati ahli-ahli UMNO Wangsa Maju.InsyaAllah sikap ini juga akan menyenangkan hati pengundi Wangsa Maju menjelang PRU 13 untuk memilih Dato' sebagai wakil BN.
Salam ingatan 24 Tahun.
Haji Zakariah Md Sam
Post a Comment