assalamualaikum Pictures, Images and Photos

Sunday, July 20, 2008

Akibat kurang korum, Mesyuarat Agung Cawangan Dato' Zainal Nazeri Zainuddin dibatalkan.

Dato' Zainal Nazeri Zainuddin

Ahmad Amirudin @ Joe Abd. Hamid

Akibat tidak mencukupi korum, mesyuarat agung UMNO Cawangan Taman Setapak Indah Fasa Satu yang diketuai oleh Dato' Zainal Nazeri Zainuddin yang diadakan kelmarin (19 Julai) telah dibatalkan. Dato' Zainal Nazeri Zainuddin yang juga Pemangku Ketua UMNO Bahagian Wangsa Maju dikatakan akan bertanding merebut jawatan Ketua UMNO Bahagian berkenaan di musim ini.

UMNO Cawangan yang dipimpinnya itu mempunyai 281 ahli yang berbayar, di mana korum 25% sebagaimana yang disyaratkan untuk mengadakan mesyuarat agung di peringkat cawangan tidak dapat dicapai kerana kehadiran ahlinya dikatakan hanya sekitar 40 orang sahaja. Jumlah korum yang diperlukan bagi cawangan ini ialah 71 orang.

Oleh kerana korum tidak mencukupi maka mesyuarat agung tersebut akan diadakan semula pada satu tarikh lain yang akan dimaklumkan kemudian. Kegagalan Dato' Zanal Nazeri Zainuddin menyempurnakan mesyuarat agung cawangannya sendiri dikatakan telah mencacatkan peluangnya untuk memenangi jawatan Ketua UMNO Bahagian yang akan ditandingi nanti.

Jawatan Ketua UMNO Bahagian Wangsa Maju dikatakan akan menjadi pertarungan sengit diantara Dato' Zainal Nazeri Zainuddin yang sedang memangku jawatan ini dengan Naib Ketua Bahagiannya Dato' Mohd. Shafie Abdullah yang juga Setiausaha Politik kepada Dato' Sri Najib Tun Razak. Sementara itu, bekas Ketua UMNO Bahagian ini Datuk Astaman Abd. Aziz juga dikatakan akan mencuba nasibnya untuk menyertai pertandingan Ketua Bahagian kali ini.

Sehingga Sabtu 19 Julai, Dato' Mohd. Shafie Abdullah telah mendahului pencalonan Ketua Bahagian dimana beliau telah memperolehi pencalonan daripada lima buah cawangan yang telah mengadakan mesyuarat agungnya masing-masing. Cawangan terakhir yang mencalonkan beliau sehingga malam kelmarin ialah daripada UMNO Cawangan Seksyen 1 CD Wangsa Maju yang juga menyaksikan Ketua Cawangannya Jalaludin Husin telah berjaya mengekalkan kedudukannya untuk tempoh selanjutnya. Khairudin Mohd. Zain, yang disebut-sebut akan menentang Jalaludin Husin bagi jawatan Ketua Cawangan ini telah membatalkan hasratnya itu kerana pengaruh Jalal dilihat begitu kuat dan sukar untuk ditandinginya.

Sementara itu, difahamkan UMNO Cawangan Pinggiran Wardieburn yang diketuai oleh Ahmad Amirudin @ Joe Abd. Hamid akan mengadakan mesyuarat agungnya pada ahad ini, 20 Julai 2008. Berasaskan kepada maklumat yang dihidu, Cawangan ini juga akan memberikan kejutan yang menyaksikan nama Dato' Mohd. Shafie Abdullah akan dicalonkan sebagai Ketua Bahagian, sekaligus mengesahkan 'Abang Jo' bukan lagi penyokong tegar Dato' Zainal Nazeri. 'Shahar Bakar', Ketua UMNO Cawangan Wangsa Melawati juga telah 'swing' menyokong pencalonan Dato' Mohd. Shafie Abdullah sebagai Ketua Bahagian. Sebelum ini beliau dilihat sebagai penyokong Dato' Zainal Nazeri.

Abang Jo dan Shahar Bakar dilihat mampu merobek kekuatan Dato' Zainal Nazeri yang dilihat semakin menguncup, manakala Dato' Shafie pula dilihat akan bertambah perkasa dengan kehadiran 'Abang Jo @ Mat Chicago' dan Shahar Bakar di dalam rangkaiannya.



No comments: