assalamualaikum Pictures, Images and Photos

Thursday, June 26, 2008

Pemuda, Wanita Setiawangsa juga berebut jawatan


Dato' Paduka Izudin Ishak(kiri) & Hairunisa'(kanan)


Pergerakan Pemuda merupakan cabang dan juga ranting kepada badan induknya, UMNO. Semua peringkat UMNO mempunyai Pergerakan Pemudanya, begitu juga dengan Pergerakan Wanita dan yang terkini ialah Pergerakan Puteri. Keempat-empat sayap UMNO ini mempunyai Peraturannya masing-masing yang menjadi sebahagian daripada Perlembagaan UMNO. Di dalam Fasal 21 Perlembagaan UMNO memperjelaskan bahawa Pergerakan Pemuda, Wanita dan juga Puteri di dalam semua peringkat UMNO boleh diwujudkan, di mana Majlis Tertingi berkuasa membuat peraturan-peraturan untuknya.

Ahli-ahli UMNO lelaki yang berumur 40 tahun ke bawah dikategorikan sebagai Ahli Pemuda, manakala ahli-ahli perempuan yang berumur 35 tahun ke atas akan dikategorikan sebagai ahli Wanita, dan ahli Puteri pula adalah mereka yang berumur 35tahun ke bawah.

Suatu keistimewaan telah dimaktubkan di dalam Perlembagaan UMNO ialah bagi jawatan Ketua Pemuda di mana penyandang jawatan ini di peringkat nasional tidak terikat dengan faktor usia 40 tahun, begitu juga bagi jawatan Ketua Puteri di peringkat nasional di mana penyandangnya boleh memegang jawatan tersebut sehingga umur 40 tahun. Datuk Seri Azalina terpaksa melepaskan jawatan Ketua Puteri ketika umurnya mencecah 40 tahun.

Dato' Syed Jaafar Albar, juga dikenali sebagai Singa UMNO merupakan penyandang jawatan Ketua Pemuda yang tertua sekali, kerana beliau telah mengetuai jawatan Ketua Pemuda UMNO Malaysia ketika usianya mencecah 60an. Bagi jawatan Ketua Wanita UMNO pula tidak dihadkan umurnya, maka sebab itu Opah Rafidah Aziz amat liat sekali untuk melepaskan jawatannya walaupun usianya kini di takuk usia emas. Datuk Seri Shahrizat Jalil tidak berpeluang menjadi Ketua Wanita UMNO Malaysia kerana beliau sendiri merelakan Opah Rafidah terus menerajui wanita selagi beliau mahu. Sepatutnya jawatan Ketua Wanita UMNO juga patut dilakarkan garisan penamatnya, supaya boleh diganti kepada orang lain.

Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein Onn yang sudah pun melepasi umur 40an juga boleh meneruskan kepimpinnnya sebagai Ketua Pemuda UMNO Malaysia, tetapi beliau mungkin akan meninggalkan gelanggang pemudanya kerana dikatakan berminat untuk bertanding jawatan Naib Presiden UMNO pada bulan Disember nanti. Sepatutnya Opah Rafidah Aziz juga harus merancang untuk meninggalkan gelanggang Wanita UMNO supaya beliau dapat bertanding bagi jawatan yang lebih tinggi di dalam UMNO. Biarkanlah Datuk Seri Shahrizat Jalil pula mengisi kekosongan jawatan Ketua Wanita UMNO itu.

'Locengwangsa' berminat sekali untuk mengalihkan perhatian anda semua kepada gelanggang Pemuda dan Wanita UMNO di Bahagian Setiawangsa. Jawatan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Setiawangsa yang bakal ditinggalkan oleh Datuk Paduka Izudin Ishak kini menjadi rebutan oleh beberapa orang tokoh Pemuda di bahagian ini. Begitu juga Hairunisa' ataupun dikenali sebagai 'Ani Avon' yang kini mengetuai Wanita UMNO Bahagian sejak 15 tahun lalu, juga dikatakan tidak selamat lagi kerana beliau juga bakal ditentang oleh beberapa orang tokoh wanita dalam bahagiannya.

Azmi Badarudin, kini merupakan Naib Ketua Pemuda UMNO Bahagian begitu berkehendak sekali dengan jawatan Ketua Pemuda UMNO Bahagian ini, kerana beliau merasakan 'rank' sebagai Naib Ketua adalah melayakkan untuk dirinya dinaikkan pangkat sebagai Ketua Pemuda Bahagian kali ini.

Datuk Izudin Ishak sendiri dikatakan tidak pernah menamakan bakal penggantinya telah menggusarkan Azmi Badarudin untuk berhadapan dengan calon-calon penentangnya seperti Zulfadhil, Amirul Hafiz dan Ghazali Mohamad di mana kesemua mereka ini sedang bergerak siang dan malam memikat hati pimpinan Pemuda di peringkat cawangan supaya mencalonkan diri mereka sebagai Ketua Pemuda Bahagian. Bahagian Setiawangsa mempunyai 45 buah cawangan Pergerakan Pemudanya.

Begitu juga di dalam Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Setiawangsa, Ani Avon dilihat sebagai calon yang sukar untuk ditandingi, kerana beliau dikatakan tidak berhadapan dengan calon 'heavyweight' yang mampu menumpaskan dirinya. Berasaskan kepada track record, Ani Avon dilihat mampu mengenepikan calon-calon penentangnya seperti Rahana yang juga Naib Ketua Wanita Bahagian, Hamidah dari cawangan AU3, Norsiah dari cawangan KLSE dan Normah Ismail dari cawangan Bukit Wangsa. Rangkaian calon yang hendak menentang Ani Avon pula haruslah bersepakat dan bersatu hati untuk berhadapan dengan Ani Avon yang dikatakan sudah terlalu lama memimpin Wanita Bahagian ini. Ani Avon juga dikatakan pernah menyatakan dirinya hanya untuk sepenggal sahaja lagi ketika di musim pertandingan pada tahun 2004, maka sebab itu beliau diberikan laluan menang tanpa bertanding pada masa itu. Namun begitu era tahun 2004 tidak sama dengan era 2008 ini, dan Ani Avon dikatakan perlu ditunjukkan garisan penamatnya supaya beliau dapat menghabiskan lariannya dengan segera.

Di dalam Pemuda, siapa juga yang bakal menggantikan Datuk Izudin hendaklah melipatgandakan usaha untuk mengaktifkan Pemuda Bahagian ini yang dilihat lesu dan tidak berwajah. Datuk Izudin Ishak gagal menjadikan Pemuda pimpinannya sebagai pelopor barisan hadapan. Beliau dilihat sebagai pemimpin yang 'bermusim durian' sahaja, itupun di musim durian beliau hanya tampil dengan wajah hipokrasinya dan tidak bermaya untuk melakukan sentuhan semangat untuk ahli pemudanya.

Kepimpinan Datuk Izudin sebagai Ketua Pemuda Bahagian tidaklah sehebat Datuk Fauzi Zahari ketika memimpin Pemuda, tetapi kehebatan Izudin yang dikatakan bersalutkan kemewahan ketika menentang Fauzi Zahari suatu ketika dahulu telah berjaya menjadi sentuhan kecundang terhadap kepimpinan Fauzi Zahari. Ahmad Jamil Gazali juga kecundang di tangan Izudin ketika berhadapan satu lawan satu pada tahun 2004 lalu.
Oleh yang demikian, kita mengharapkan pertarungan di dalam Pemuda Bahagian Setiawangsa nanti biarlah sebagai pertandingan persahabatan yang mampu mengembalikan wajah Pemuda Bahagian Setiawangsa setaraf dengan kepimpinan UMNO Bahagiannya yang dikepalai oleh seorang Menteri Wilayah Persekutuan.

Kring..kringgg..Apa pun kita mengucapkan syabas kepada mereka yang hendak menawarkan diri sebagai calon Ketua Pemuda dan calon Ketua Wanita di Bahagian Setiawangsa ini. Janganlah petandingan ini nanti menjadikan pemuda masih berada di takuk lama, yang hanya menguntungkan pemimpinnya sahaja. Kita semua hanya menjilat jari.

9 comments:

Anonymous said...

Berita terkini yang dihidu ialah Datuk Izudin kini berminat untuk bertanding jawatan Timbalan Ketua Bahagian menentang Dato' Halim Samad. Tapi kedua-duanya penyokong kuat Dato' Najib. Takkan berlaga sesama sendiri kot...!

Anonymous said...

Aku geli melihat gelagat pemimpin UMNO yang nak rebut jawatan itu dan ini, tapi di cawangan sendiri pun tak ada apa yang dibuat. Cuba kita selam apa yang Datuk Halim Samad buat di cawangannya di Langgak Bukit, Setapak itu? Begitu juga Datuk Izudin Ishak, dia sendiri pun tak tau apa yang dia dah buat dalam cawangannya iaitu Pemuda Cawangan Seksyen 5 Wangsa Maju. Datuk Fauzi Zahari juga kini cawangannya di Kg Pdg Tembak sudah jadi padang jarak padang terkukur. Semua mereka ini hanya pentingkan perut masing-masing saja. Bila dapat jawatan dia tak bijak menggunakan jawatan tersebut untuk perjuangkan nasib masyarakat di kawasannya sendiri. Kita tolak saja pemimpin UMNO ni...

GERAKAN BELIA 4B SETIAWANGSA said...

jgn lupa, Sdr Eqhwan dari cawangan YB Dato Sri Zulhasnan juga mengintai intai untuk jawatan Ketua Pemuda Bahagian

Anonymous said...

Betul tu sdr Zszuls. Eghwan dikatakan sangat aktif membuat gerakan kempen ketika ini. hampir semua ketua pemuda cawangan ditemuinya dan macam macam jawatan dijanjikan.... ini cara org muda berpolitik, tidak pernah mahu belajar sejarah.... maklumlah darah muda, tapi janganlah hangat seketika lepas tu beku...perlu diingat datang dari cawangan yang sama dengan Ketua bahagian bukanlah satu advantage malah mungkin menjadi satu disadvantage... belajar dulu dari mereka yg dah lama duduk dalam pemuda setiawangsa, jgn anggap menjadi ketua pemuda bahagian itu satu jawatan yg glamour, takut tak terbawak nanti.. Amirul hafiz ni satu nama yg baru kita dengar, anak kapada YBhg Dato' Timbalan Ketua Bahagian, takkan anak beranak nak bertanding kot? Azmi tak perlu gusar,kalau saudara dah lama buat kerja, apa nak ditakutkan, pemuda setiawangsa tahu menilai, zulfadhil pulak agak berdiam diri sekarang, mungkin mahu melihat lihat dahulu rentak rakan rakan yg lain. Kepada sdr zulfadhil, sdr ada advantage kerana sebagai SUK Pemuda Bahagian anda sentiasa berhubung rapat dgn pemuda pemuda cawangan, teruskan usaha anda, kami menyokong sdr. kepada sdr ghazali, muncul disaat adanya pertandingan... mana sdr selama ini, jgn fikir semua pemuda setiawangsa boleh dikurkan mata dgn wang ringgit... kepada semua calon, jadikan pertandingan ini sebagai satu medan untuk membentuk satu institusi pemuda yg kuat dan berkerja bukan untuk mengejar jawatan demi memenuhkan kantung masing masing...

Anonymous said...

Wow...meriahlah Setiawangsa kali ini. Keinginan untuk bertanding bukan menjadi faktor pati akan berpecah, sebaliknya parti biarlah terus subur dengan keinginan untuk berbakti kepada agama, bangsa dan negara. Saya harap apa yang diulas oleh 'hamdansemarak' tidak terjadi kepada pemimpin pemuda yang bakal berentap itu. Kita jangan lupa jasa pemimpin terdahulu, kerana mereka juga telah mengajar kita menjadi lebih dewasa dalam sepak terajang politik.

Anonymous said...

Kring, kring....Faiz budah berhingus tu tak berminat ke nak masuk gelanggang? Tapi kalau dia masuk gerenti akan tak sokong. Budak itu ego, tak hormat orang tua, dia tak respek ketua cawangannya sendiri. Orang macamni tak layak jadi ketua kita.

Anonymous said...

camne nak hormat ketua cawangan, kalau ketua cawangan tak didik betul betul.....

Anonymous said...

reply to ahmad. jgn nyatakan sokongan terang-terangan macam tu, pastu condemn calon lain... awak ni menyokong ke nak membunuh..... dalam politik ni kita panggil "ayat bunuh"

Anonymous said...

kepada semua yg nak bertanding, cermin diri sendiri dulu, gemok ke,kurus ke,handsome ke, mampu ke !!!

tengok pencalonan dulu, cukup ke.

Para perwakilan pilihlah yang berkerliber, yg berjasa, yg ikhlas yg ada smangat "Maju Melayu" bukan "Kebas Melayu"

UMNO Parti keramat, tengok apa jadi pada DSAI, tak habis2 !!!