assalamualaikum Pictures, Images and Photos

Monday, July 18, 2011

WARGA TITIWANGSA KEHILANGAN SEBUTIR MUTIARA LO' LO'

Oleh Abdul Rahman Hashim

Allahyarham Dr. Lo' Lo' Dato' Mohd. Ghazali
sebutir mutiara dan serikandi PAS

YB Dr. Lo' Lo' Bt. Dato' Mohd. Ghazali, Ahli Parlimen Titiwangsa (P.119) telah kembali ke rahmatullah kira-kira jam 10.15 malam bersamaan 17 Julai 2011, di Hospital Selayang. Allahyarham Dr. Lo' Lo', 53 tahun lahir pada 2 Ogos 1957 merupakan anak seorang bekas Mufti Negeri Perak telah memenangi kerusi Parlimen Titiwangsa dalam PRU12 yang lalu atas tiket PAS dengan menewaskan calon BN Dato' Aziz Jamaludin dengan majoriti 1,972.

Pemergiannya merupakan satu kehilangan besar kepada Parti PAS kerana Allahyarham Dr. Lo' Lo' merupakan aktivis Dewan Muslimat parti itu yang dianggap sebagai serikandi dan juga sebutir mutiara yang disifatkan oleh Mursyidul Am PAS sebagai seorang mujahidah yang istiqamah memperjuangkan Islam.

Jenazahnya akan disembahyangkan di Masjid Al-Akram, Dato' Keramat (Dalam Kawasan Parlimen Titiwangsa) dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Dato' Keramat kira-kira jam 10.30 pagi, 18 Julai 2011.

Sebagai Wakil Rakyat Allahyarham amat dihormati dan disayangi oleh warga Titiwangsa. Beliau turut memainkan peranan penting dalam perjuangan memartabatkan Kampung Baru sebagai penempatan Melayu di kosmopilitan Kuala Lumpur.

Mengimbas kembali semasa persidangan Dewan Rakyat yang diadakan pada bulan Mac lalu, YB Dr. Lo'Lo' telah menghantar nota kepada Timbalan Speaker Dewan itu, Donald Kiandee supaya beliau diberikan peluang untuk berucap. Menurutnya mungkin kali ini merupakan peluang terakhir untuknya berucap di Dewan Rakyat kerana beliau menyedari dirinya dalam keadaan yang kurang sihat.

Allah Taala lebih menyayanginya, maka pemergiannya hendaklah diredhakan. Kita mendoakan semoga jasa dan khidmat bakti selama Allahyarham menjadi Wakil Rakyat Titiwangsa dapat dimanfaatkan oleh penduduk di kawasan yang diwakilinya, seterusnya kita mendoakan agar rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang yang solehah dan beriman.

Kehilangannya diratapi oleh kalangan yang menjiwai perjuangan murninya. Kematiannya tidak akan menyebabkan berlakunya pilihan raya kecil di kawasan Parlimen itu, kerana ia sudah melewati tempoh sebagaimana yang ditetapkan oleh akta pilihan raya yang tidak memungkinkan pilihan raya kecil diadakan.




Alfatihah.........

Sunday, July 17, 2011

DR. LO LO DALAM KRITIKAL

Oleh Abdul Rahman Hashim

YB. Dr. Lo Lo Bt Datuk M
ohd. Ghazali, Ahli Parlimen Titiwangsa

Ahli parlimen Titiwangsa, Dr Lo'Lo Mohd Ghazali dikatakan kini dalam kritikal daripada penyakit kanser yang dialami oleh pemimpin PAS tersebut.

Anggota keluarganya kini berkumpul menemani beliau. Penulis sebelum ini terlihat twitter Cikgu Bard salah seorang pemimpin PKR yang menyatakan Dr. Lo Lo sudah meninggal dunia, namun begitu beliau kemudiannya telah memohon maaf kerana tersalah menerima maklumat.

Dr. Lo'Lo adalah anak perempuan bekas mufti Perak, Datuk Mohd Ghazali Abdullah.

Beliau sangat aktif dalam Dewan Muslimat PAS tetapi sejak 8 Mac 2008, kini beliau banyak menumpukan perhatiannya kepada parlimen Tititwangsa yang dimenanginya dalam pilihan raya umum 2008 dengan menewaskan calon BN, Aziz Jamaluddin Mohd Tahir dengan majoriti 1,972 undi.



Friday, July 15, 2011

NAJIB LIHAT SENDIRI 'WELCOME YELLOW' UNTUKNYA DI LONDON..??

Oleh Abdul Rahman Hashim

Perhimpunan BERSIH 2.0 yang bergelombang di Kuala Lumpur pada 9 Julai lalu bukan sahaja telah berjaya menghimpunkan lebih 50 ribu penyokong-penyokong mereka, malah penyokong baju kuning ini juga terdapat di Kota London.

Walaupun bilangannya tidak seramai dengan suasana perhimpunan di Kuala Lumpur, namun Dato' Sri Najib Tun Razak yang sedang dalam rangka lawatan resminya di negara United Kingdom itu mungkin tidak menduga sama sekali kedatangannya kali ini telah disilaukan dengan sinaran kuning yang tidak disukai oleh Menteri Dalam Negerinya, Hishammuddin Tun Hussein Onn.

Datuk Seri Hishammuddin yang turut serta dalam lawatan PM ke UK selama 5 hari itu mungkin terkedu apabila melihat segerombolan rakyat Malaysia telah menunggu kehadiran Perdana Menteri di hadapan Mansion House di Kota London dengan berpakaian baju kuning sebagai simbolik sokongan mereka terhadap perjuangan BERSIH. Mereka juga kelihatan memegang palakat dan sepanduk mendesak kerajaan Malaysia membebaskan tahanan EO semasa ops BERSIH 2.o 9 Julai lalu.

Bezanya suasana di sana ialah pihak polis tidak melakukan provokasi dengan melepaskan tembakan gas pemedih mata untuk menyuraikan penunjuk perasaan itu yang mungkin tidak wajar dilakukan terhadap Perdana Menteri yang sedang melakukan lawatan resminya di negara orang putih itu.

Oleh kerana tidak berlakunya semburan air pemedih mata itu, maka para penunjuk perasaan itu telah dapat mengawal perasaan mereka sehingga tidak tercetus sebarang keajadian huru hara, apatah lagi untuk menggari dan memukul mereka yang terlibat. Keadaan aman itu tidak berlaku di Kuala Lumpur, kerana puluhan ribu yang berhimpun telah dihambat dengan serbaneka tindakan sehingga ada yang dkasari.

Mereka yang berbaju kuning BERSIH telah ditahan kerana BERSIH dikatakan sebuah pertubuhan HARAM. Namun mereka yang berbaju merah PATRIOT tidak pula diHARAMkan. Tindakan sedemikian menyebabkan pihak polis dikecam, kerana teralu memberikan perlindungan kepada UMNO, sedangkan yang tidak pro dengan kerajaan begitu mudah dipersalahakan untuk diambil tindakan.

Kenyataan-kenyataan pihak berkuasa polis juga dilihat amat cenderung untuk menekan sesuatu pihak sehingga terkabur untuk memperlihatkan integriti dan keadilan polis untuk semua. Sindrom penafian pihak tertentu kononnya tidak berlaku kekasaran terhadap orang awam juga hendaklah dibuat dengan jujur, kerana rakyat kini mampu menunjukkan bukti bahawa penafian itu adalah TIDAK JUJUR.

Kita mengharapkan pihak kerajaan akan menjadi lebih bijak dan lebih cermat untuk menguruskan isu-isu yang melibatkan hati nurani rakyat. Rakyat Malaysia bukan sahaja terdapat dari kalangan UMNO, malah rakyat 1Malaysia juga terdapat di bawah bumbung PKR, PAS, DAP dan NGO yang lainnya.

FOTO-FOTO DARI KOTA LONDON


Corat-coret kekuningan di Kota Lon
don menyambut lawatan
Dat
o' Sri Najib di United Kingdom...kalau di Malaysia tentunya mereka akan
berhadapan dengan tindakan...

Ratu Elizabeth II berpakaian gaun kuning sewaktu menerima menghadap
Perdana Menteri kita
di Istana Buckhingam. Setakat gaun kuning takpe kot...tapi
jangan ditulis perkataan BERSIH pada baju itu..

Suasana mesra di Istana bersama Ratu Elizabeth II. Mungkin
DS Najib sendiri boleh mengagak betapa gaun kuning Ratu Eliazbeth
akan menjadi isu politik angkara pengharaman baju kuning BERSIH.

Najib sewaktu turun dari pesawatnya tanpa hamparan permaidani merah?
Kenapa ini terjadi?

Perdana Menteri, DS Najib sebaik tiba di Mansion House di London
untuk bertemu tokoh perniagaan Britain...beliau juga disambut
oleh puluhan penunjuk perasaan berbaju kuning...

Puluhan penunjuk perasaan yang terdiri daripada rakyat Malaysia dan juga asing berkumpul di Mansion House di London sejam sebelum ketibaan Perdana Menteri Malaysia yang dijadual mengadakan pertemuan dengan tokoh perniagaan Britain.

Sunday, July 10, 2011

SEKATAN JALAN RAYA TAK MAMPU SEKAT 100 RIBU PERHIMPUNAN BERSIH

Oleh Abdul Rahman Hashim

RTM & TV3 tidak sanggup seperti wakil media ini untuk
membuat liputan berita sebenar. Media arus perdana kita
melaporkan perhimpunan BERSIH dihadiri sekitar 5 ribu orang sahaja.

Kalau nak tahu...MARINA MAHATHIR juga sertai perhimpunan BERSIH

Anwar turut tercedera, tapi Ketua Polis Negara menafikan
bahawa Anwar tidak cedera, kerana menurutnya tidak berlaku
semburan gas pemedih mata di Jln Pudu, sedangkan kejadian
terhadap Anwar itu berlaku di KL Sentral...KPN tidak menerima
maklumat yg tepat dari anggotanya sendiri...

Ambiga di kawal rapi...namun dia tertangkap juga dan di bawa
ke IPK, Jln Hang Tuah

Suasana tegang di KL Sentral...Anwar dan Hadi dihalang polis di KL Sentral
sebelum Hadi di tangkap, manakala Anwar tercerdera.

Suasana melaut di hadapan Maybank/Pudu Raya

Khairy Jamaludin menjadi hero PATRIOT Pemuda UMNO

Pasukan FRU mengekang kemaraan BERSIH

Penyokong PATRIOT di Bukit Bintang

Hj Hadi Awang dikawal rapi, tapi tetap di tahan polis

Lautan manusia di Jalan Tun Perak

Anak-anak muda di dalam BERSIH di Jln Tun Perak

Pertembungan BERSIH & POLIS..

Di Jalan Tun Perak


Friday, July 8, 2011

KJ MARAH DIHALANG MASUK KL...WHAT THE F*****?

Oleh Abdul Rahman Hashim

Polis melarang Ketua Pemuda UMNO masuk KL.
KJ marah...What The F*****

Khairy Jamaluddin mendakwa polis Kuala Lumpur hari ini menyemarakkan ketegangan berkaitan Bersih 2.0 dengan menggunakan perintah mahkamah melarang beliau dan 90 yang lain daripada memasuki ibu negara Sabtu ini.

Ketua Pemuda Umno ini yang pulang dari menyertai misi kemanusiaan ke Gaza petang ini mendapati dirinya telah diharamkan dari bandar raya beliau tinggal.

Khairy telah menghantar mesej di Twitter bahawa beliau baru sahaja mendarat di Kuala Lumpur selepas cuba mengatasi halangan Israel di Gaza, tetapi mendapati “saya dihalang memasuki Kuala Lumpur. Maaf, kalau saya katakan ‘WTF’?”

Apa Maksud WTF tu??? Ramai yang tak paham la !!! ....Kalau disebut WTF dalam bahasa singkatan, memang ramai tak faham apa maksudnya.

WTF military slang, Internet slang, text messaging bagi What the f****.

Waaahh....nampaknya Ketua Pemuda UMNO amat berang sekali bila polis menyenaraikannya sebagai individu yang diharamkan masuk Kuala Lumpur pada Sabtu ini, 9 Julai 2011. Dalam artikata lain, jika KJ berkeras juga untuk memasuki KL pastinya beliau akan ditangkap dan didakwa mengikut akta yang diperuntukan.

Jika beliau ditangkap, apakah stand Pemuda UMNO? KJ ditangkap oleh pihak polis kerana menyertai pehimpunan walaupun tak pakai baju kuning. Ketua Pemuda UMNO kini disenarai hitamkan oleh Menteri Dalam Negeri yang pernah mengucup keris ketika beliau menjadi Ketua Pemuda UMNO sebelum ini.

Nampaknya Ketua Pemuda UMNO tidak dibenarkan untuk menyatakan bantahannya terhadap perhimpunan BERSIH pada sabtu ini. Mungkinkah penunjuk perasaan PATRIOT berbaju merah akan mempertahankan ketuanya daripada terhumban dalam black maria semata-mata KJ tidak mematuhi arahan pihak polis supaya tidak berada di Kuala Lumpur 9 Julai ini?

Ambiga, Anwar dan semua individu yang disenaraihitamkan itu, juga tidak berganjak akan menersukan penyertaan mereka di dalam perhimpunan BERSIH. Yang pasti ialah 91 tokoh yang dinamakan itu bakal ditangkap jika polis mendapati mereka berdegil. Kedegilan nampaknya bukan sahaja di pihak BERSIH, malah kedegilan juga menebal di pihak Pemuda UMNO dan juga PERKASA.

Difahamkan PERKASA akan mengadakan perhimpunan GERAK AMANnya esok di Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur. Saya sendiri telah diundang untuk menyertai perhimpunan itu menerusi sms yang dihantar oleh sekretariat PERKASA, namun saya tidak dibekalkan baju GERAK AMAN seperti PATRIOT yang akan berbaju merah, manakala BERSIH pula akan memakai baju kuning.

Baju merah bernasib baik, kerana warna itu tidak menjadi alergik kepada pihak kerajaan dan juga pihak polis walaupun perhimpunan mereka tidak mendapat permit, sedangkan PATRIOT dan GERAK AMAN juga bukanlah sebuah pertubuhan yang berdaftar dengan ROS. Baju kuning yang BERSIH menjadi silau kepada pihak polis, kerana pihak polis menerima arahan untuk mencekup sesiapa juga yang berbaju kuning BERSIH walaupun BERSIH dianjurkan oleh 62 pertubuhan NGO yang berdaftar dengan ROS.

Demikianlah satira pihak-pihak yang bertelegah yang telah mengotori maruah mereka masing-masing akibat tersasar menangani isu BERSIH.


Thursday, July 7, 2011

AMBIGA, ANWAR IBRAHIM, IBRAHIM ALI, KJ, HADI AWANG, MAT SABU ANTARA 91 NAMA TAK BOLEH MASUK KL SABTU INI

Pasangan 2 sejoli, Ibrahim Ali & Ambiga
di larang memasuki Kuala Lumpur?

Suasana kekuningan BERSIH pada tahun 2007

Ambiga, Anwar Ibrahim, Ibrahim Ali, Khairy Jamaludin, Hadi Awang, Mat Sabu adalah di antara 91 nama yang disenarai hitamkan sebagai individu yang tidak dibenarkan memasuki Kuala Lumpur pada 9 Julai ini.

Polis memperoleh perintah mahkamah melarang 91 individu yang berkaitan dengan BERSIH 2.0, Pemuda UMNO dan PERKASA daripada memasuki Kuala Lumpur Sabtu ini, kerana dibimbangi akan berlaku kejadian yang tidak diingini dalam perhimpunan tersebut akibat provokasi yang mungkin membarakan penunjuk perasaan yang dijangka berhimpun di Ibu Kota.

Persoalan yang timbul ialah kenapa hanya 91 orang sahaja yang tidak dibenarkan memasuki Kuala Lumpur pada hari itu? Jika hanya 91 orang sahaja yang disenarai hitamkan, maka ini bermakna selain mereka, orang ramai terutama penyokong-penyokong kumpulan terbabit tidak menghadapi masalah untuk berduyun-duyun menyertai perhimpunan BERSIH?

Selain itu, perintah juga diperoleh untuk menutup sebanyak jalan yang mungkin — langkah yang dillihat akan melumpuhkan usaha mengadakan perhimpunan yang dijadualkan pada 9 Julai ini. Orang ramai juga dilarang berhimpun di tempat-tempat seperti Sogo, Dataran Merdeka, Masjid Negara, Maju Junction, kawasan sekitar Kompleks The Mall termasuk di Istana Negara. Difahamkan banyak jalan-jalan utama sekitar Kuala Lumpur juga akan ditutup bertujuan untuk mengelakkan kemasukan gelombang kuning ke kota raya Kuala Lumpur menjelang perhimpunan itu pada 9 Julai ini.

BERSIH dijangka akan meneruskan perhimpunannya di Stadium Merdeka walaupun mendapat larangan daripada pihak kerajaan. Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin berkeras untuk tidak membenarkan perhimpunan ini kerana beliau menganggap BERSIH adalah sebuah pertubuhan haram. Namun begitu Ambiga menyatakan bahawa BERSIH hanya merupakan nama aktiviti kempen yang dianjurkan oleh 62 pertubuhan yang berdaftar dengab ROS.

Manakala Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar meminta pihak penganjur BERSIH segera memohon permit mengadakan perhimpunan atas nama mana-mana pertubuhan atau individu tertentu, tetapi beliau menggesa supaya perhimpunan itu tidak diadakan di Stadium Merdeka. Beliau menyarankan agar pihak BERSIH mengadakan perhimpunan itu di luar Kuala Lumpur, antaranya di Stadium Shah Alam.

Berikut ialah senarai nama mereka yang dilarang memasuki ibu negara pada Sabtu ini.

PERKASA
  1. Datuk Ibrahim Ali
  2. Datuk Ab Rahman Abu Bakar
  3. Syed Hassan Syed Ali
  4. Irawah Fahmi Ideris
  5. Ruslan Kassim
  6. Sharifuddin Abd Hamid
  7. Dr Zubir Harun
  8. Ameir Hassan
  9. Datuk Ahmad Saad
  10. Ahmad Zaini Ismail
  11. Muhammad Zaid Md Arip
  12. Abdullah Mansor
  13. Zaira Jaafar
  14. Norkhaila Jamaludin

PEMUDA UMNO
  1. Khairy Jamaluddin Abu Bakar
  2. Datuk Megat Firdouz Megat Junid
  3. Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican
  4. Megat Zulkarnaian Omardin
  5. Rizalman Mokhtar
  6. Tengku Azman Tengku Zainol Abidin
  7. Lokman Noor Adam
  8. Datuk Abdul Azeez Rahim
  9. Ungku Saleh Ungku Jamal
  10. Arman Azha Abu Hanifa
  11. Tun Faisal Ismail AzizBold
BERSIH

  1. Datuk Ambiga Sreenevasan
  2. Mohamad Sabu
  3. Hishamuddin Md Rais
  4. Khairul Anwar Ahmad Zainuddin
  5. Maria Chin Abdullah
  6. Chua Tian Chang
  7. Kamarulzaman Mohamad
  8. Dr Mohd Hatta Md Ramli
  9. Syed Shahir Syed Mohamud
  10. Syed Ibrahim Syed Noh
  11. Teresa Kok Suh Sim
  12. Badrul Hisham Shaharin
  13. Shamsul Iskandar bin Mohd Akin
  14. Arutchelvam A/L Subramaniam
  15. Wong Chin Huat
  16. Ong Boon Keong
  17. Enalini A/P Elumalai
  18. Haris Fathillah Sathiasingam bin Mohd Ibrahim
  19. Datuk Khalid
  20. Datuk Zulkifli Noordin
  21. Dr Zubir Harun
  22. Datuk Seri Abd Hadi Awang
  23. Datuk Seri Anwar Ibrahim
  24. Lim Kit Siang
  25. Nik Abdul Aziz bin Nik Mat
  26. Nurul Izzah Anwar
  27. Kohila Yanasekaran
  28. Zaid Kamaruddin
  29. Khoo Teng Swee
  30. Fadiah Nadwa Fikri
  31. Yap Swee Seng
  32. Salahuddin Ayub
  33. Datuk Mahfuz Omar
  34. Nasrudin Hasan
  35. Mazlan Aliman
  36. Dr Syed Azman Syed Nawawi
  37. Dr Dzulkifli Ahmad
  38. Dr Mujahid Yusof
  39. Khalid Abd Samad
  40. Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin
  41. Azman Shapawi Abd Rani
  42. Suhaizan Kaiat
  43. Nor Azli bin Musa
  44. Mohd Firdaus Jaafar
  45. Loke Siew Fook
  46. Lau Wen San
  47. Mohd Azmin Ali
  48. Mat Shuhaimi Shafie
  49. Satipul Bahari Amamt
  50. Wan Hassan Mohd Ramli
  51. Mohamad Izzudin Hilmi Mohd Zaini
  52. Mohd Shazni Munir Mohd Ithnin
  53. Muhammad Hilman Idham
  54. Mohd Shukri Che Ab Razab
  55. Mohd Syukri Kamaruddin
  56. Ahmad Syazwan Muhammad Hasan
  57. Choo Chon Kai
  58. Sarasvathy Muthu
  59. Soh Sook Hwa
  60. Nurul Izham Nurul Anuar
  61. Abd Rahim Osman
  62. Mohd Sibri Ismail
  63. Mohd Lukam Muda
  64. Datuk Prof Kamaruddin Kachar
  65. Datuk Mohd Noor Nordin Abdullah

TERKINI!! TUN MAHATHIR BIDAS TINDAKAN KERAJAAN BN TERHADAP BERSIH?

Oleh Abdul Rahman Hashim


Tindakan keras yang dilakukan oleh kerajaan terhadap Bersih 2.0 (Gabungan Pilihan Raya Bebas dan Adil) boleh menjejaskan peluang mereka untuk menang dalam pilihan raya umum akan datang, kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau menambah bahawa pengundi mungkin berpaling menentang Barisan Nasional jika mereka merasakan bahawa kerajaan sedang mencabul hak-hak mereka.

"Apa sahaja yang kerajaan lakukan (sekarang), ia akan dipantulkan pada pilihan raya. Jika mereka (pengundi) merasakan bahawa kerajaan ini menindas, mungkin kerajaan akan kehilangan undi," katanya pada sidang akhbar di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

"Tetapi ada beberapa orang yang berfikir bahawa kerajaan terlalu lembut ... contohnya, (ada yang bertanya) "Mengapa mereka harus membenarkan demonstrasi di dalam dewan?"

Mahathir bagaimanapun, mengelak sama ada kerajaan telah keterlaluan dalam tindakan keras ke atas Bersih, sambil berkata "itu sekadar pendapat".

"Saya fikir kerajaan berpendapat mereka perlu mengambil tindakan keras, sesetengah orang berfikir kerajaan tidak seharusnya mengambil tindakan keras. Malah di dalam kerajaan, terdapat beberapa (orang) yang setuju, dan ada beberapa (orang) yang tidak; ini adalah perkara biasa," katanya.

Untuk demonstrasi, Mahathir berkata bahawa mereka hanya boleh dibenarkan jika sudah tidak mempunyai jalan lain.

"Jika anda mahu berdemonstrasi, lakukan apabila sudah tiada cara lain untuk menyuarakan pandangan," katanya, sambil menambah bahawa tuntutan pilihan raya Bersih dapat diselesaikan dengan cara yang lain.

Beliau juga berkata demonstrasi adalah hak kebebasan yang dibenarkan dalam sebuah negara demokrasi.

Walau bagaimanapun, dengan melihat Mesir sebagai contoh, beliau memberi amaran bahawa perhimpunan yang berterusan mungkin mempunyai kesan yang menjejaskan sesebuah negara.

"Anda perlu berhati-hati setiap kali anda melakukan perkara ini. Saya baru pulang dari Mesir ... mereka melakukan demonstrasi besar untuk menumbangkan kerajaan. Tetapi selepas itu, mereka masih melakukan demonstrasi," katanya.

Mahathir menambah bahawa sebagai kesan daripada demonstrasi yang berterusan di sana, negara itu telah mengalami kemerosotan ekonomi.

Beliau juga berkata bahawa dia mengetatkan kawalan demonstrasi dari kedua-dua belah pihak politik ketika beliau berkuasa.

"Pada tahun 1986, apabila Umno mahu menunjukkan kekuatan, mereka mahu membawa masuk 500,000 orang ke Kuala Lumpur. Kami menghalangnya. Bukan sahaja kepada pembangkang, kita juga menghalang walaupun dari pihak kerajaan," katanya.

Bagaimanapun beliau mengelak apabila merujuk kepada komen pedas anak perempuannya Marina Mahathir terhadap penghapusan Bersih.

"Saya tidak selalunya bersetuju dengan anak perempuan saya, tetapi itu adalah haknya. Saya memberikan kebebasan demokrasi. Saya tidak ada pendapat (mengenai dirinya)," katanya sambil ketawa.

*Sumber: Free Malaysia Today