assalamualaikum Pictures, Images and Photos

Friday, July 15, 2011

NAJIB LIHAT SENDIRI 'WELCOME YELLOW' UNTUKNYA DI LONDON..??

Oleh Abdul Rahman Hashim

Perhimpunan BERSIH 2.0 yang bergelombang di Kuala Lumpur pada 9 Julai lalu bukan sahaja telah berjaya menghimpunkan lebih 50 ribu penyokong-penyokong mereka, malah penyokong baju kuning ini juga terdapat di Kota London.

Walaupun bilangannya tidak seramai dengan suasana perhimpunan di Kuala Lumpur, namun Dato' Sri Najib Tun Razak yang sedang dalam rangka lawatan resminya di negara United Kingdom itu mungkin tidak menduga sama sekali kedatangannya kali ini telah disilaukan dengan sinaran kuning yang tidak disukai oleh Menteri Dalam Negerinya, Hishammuddin Tun Hussein Onn.

Datuk Seri Hishammuddin yang turut serta dalam lawatan PM ke UK selama 5 hari itu mungkin terkedu apabila melihat segerombolan rakyat Malaysia telah menunggu kehadiran Perdana Menteri di hadapan Mansion House di Kota London dengan berpakaian baju kuning sebagai simbolik sokongan mereka terhadap perjuangan BERSIH. Mereka juga kelihatan memegang palakat dan sepanduk mendesak kerajaan Malaysia membebaskan tahanan EO semasa ops BERSIH 2.o 9 Julai lalu.

Bezanya suasana di sana ialah pihak polis tidak melakukan provokasi dengan melepaskan tembakan gas pemedih mata untuk menyuraikan penunjuk perasaan itu yang mungkin tidak wajar dilakukan terhadap Perdana Menteri yang sedang melakukan lawatan resminya di negara orang putih itu.

Oleh kerana tidak berlakunya semburan air pemedih mata itu, maka para penunjuk perasaan itu telah dapat mengawal perasaan mereka sehingga tidak tercetus sebarang keajadian huru hara, apatah lagi untuk menggari dan memukul mereka yang terlibat. Keadaan aman itu tidak berlaku di Kuala Lumpur, kerana puluhan ribu yang berhimpun telah dihambat dengan serbaneka tindakan sehingga ada yang dkasari.

Mereka yang berbaju kuning BERSIH telah ditahan kerana BERSIH dikatakan sebuah pertubuhan HARAM. Namun mereka yang berbaju merah PATRIOT tidak pula diHARAMkan. Tindakan sedemikian menyebabkan pihak polis dikecam, kerana teralu memberikan perlindungan kepada UMNO, sedangkan yang tidak pro dengan kerajaan begitu mudah dipersalahakan untuk diambil tindakan.

Kenyataan-kenyataan pihak berkuasa polis juga dilihat amat cenderung untuk menekan sesuatu pihak sehingga terkabur untuk memperlihatkan integriti dan keadilan polis untuk semua. Sindrom penafian pihak tertentu kononnya tidak berlaku kekasaran terhadap orang awam juga hendaklah dibuat dengan jujur, kerana rakyat kini mampu menunjukkan bukti bahawa penafian itu adalah TIDAK JUJUR.

Kita mengharapkan pihak kerajaan akan menjadi lebih bijak dan lebih cermat untuk menguruskan isu-isu yang melibatkan hati nurani rakyat. Rakyat Malaysia bukan sahaja terdapat dari kalangan UMNO, malah rakyat 1Malaysia juga terdapat di bawah bumbung PKR, PAS, DAP dan NGO yang lainnya.

FOTO-FOTO DARI KOTA LONDON


Corat-coret kekuningan di Kota Lon
don menyambut lawatan
Dat
o' Sri Najib di United Kingdom...kalau di Malaysia tentunya mereka akan
berhadapan dengan tindakan...

Ratu Elizabeth II berpakaian gaun kuning sewaktu menerima menghadap
Perdana Menteri kita
di Istana Buckhingam. Setakat gaun kuning takpe kot...tapi
jangan ditulis perkataan BERSIH pada baju itu..

Suasana mesra di Istana bersama Ratu Elizabeth II. Mungkin
DS Najib sendiri boleh mengagak betapa gaun kuning Ratu Eliazbeth
akan menjadi isu politik angkara pengharaman baju kuning BERSIH.

Najib sewaktu turun dari pesawatnya tanpa hamparan permaidani merah?
Kenapa ini terjadi?

Perdana Menteri, DS Najib sebaik tiba di Mansion House di London
untuk bertemu tokoh perniagaan Britain...beliau juga disambut
oleh puluhan penunjuk perasaan berbaju kuning...

Puluhan penunjuk perasaan yang terdiri daripada rakyat Malaysia dan juga asing berkumpul di Mansion House di London sejam sebelum ketibaan Perdana Menteri Malaysia yang dijadual mengadakan pertemuan dengan tokoh perniagaan Britain.

4 comments:

Amirul Izzat said...

ni ade tajaan amerika...pasti ada..ni ade rncgn di sebalik bersih

UMNO BANGANG said...

Takde kena-mengena dgn tajaan amerika...ni la dia kepala otak UMNO sama mcm Abu Jahal setelah melihat sendiri dengan mata kepala mukjizat Rasulullah tapi slps itu dikatakan Rasulullah gunakan ilmu sihir...yg kes BERSIH yg berlaku di UK dikatakan agen asing...korang ni nak aku kata bebal marah...tapi mmg bebal. Aku yakin dlm kepala otak korang juga pasti ada yg tak setuju beberapa perkara yg Allah Haramkan...sbb tu aku tgk ramai org UMNO yg tak jaga solat dgn sempurna..ada yg mendedahkan aurat termasuk bini menteri2 UMNO...

BERSIH said...

aku setuju tu...sttment yg tepat. UMNO ni sendiri pun tajaan penjajah..dah lupa sejarah ke. Oh ye aku lupa...org UMNO mana yg suka baca sejarah kalau ada pun sejarah yg dah terpesong dr cite sbnr...Tak kan lah org mcm A Samad Said bodoh...dia pun ada sama dlm perhimpunan BERSIH tau...pada hal apa lah yg dia dpt...tak kaya pun ikut pembangkang ni tp disbbkan nak menuntut keadilan beliau sedia hadapi rintangan walaupun terpaksa dipenjarakan...nilai la sendiri wahai org UMNO yang aku tak tau nak kata apa lagi...bodoh tak abis-abis...

Anonymous said...

kalau ada golongan pelajar tajaan kerajaan, elok la di berentikan saja dan tarik jer kerakyatan mereka,, tak kenang budi,,, ingat la mereka pergi sana bukan kerana pandai , tp kerana kouta saja oleh kerajaan.. lps tu nak tunjuk perasaan lawan kerajaan.. kpd mereka di london tu, tarik jer kerakyatan mereka,, biar mereka hidup di negara yg lebih bersih kpd mereka... buat apa jadi rakyat malaysia.. tak p[ayah nak pening kepala