assalamualaikum Pictures, Images and Photos

Thursday, July 7, 2011

AMBIGA, ANWAR IBRAHIM, IBRAHIM ALI, KJ, HADI AWANG, MAT SABU ANTARA 91 NAMA TAK BOLEH MASUK KL SABTU INI

Pasangan 2 sejoli, Ibrahim Ali & Ambiga
di larang memasuki Kuala Lumpur?

Suasana kekuningan BERSIH pada tahun 2007

Ambiga, Anwar Ibrahim, Ibrahim Ali, Khairy Jamaludin, Hadi Awang, Mat Sabu adalah di antara 91 nama yang disenarai hitamkan sebagai individu yang tidak dibenarkan memasuki Kuala Lumpur pada 9 Julai ini.

Polis memperoleh perintah mahkamah melarang 91 individu yang berkaitan dengan BERSIH 2.0, Pemuda UMNO dan PERKASA daripada memasuki Kuala Lumpur Sabtu ini, kerana dibimbangi akan berlaku kejadian yang tidak diingini dalam perhimpunan tersebut akibat provokasi yang mungkin membarakan penunjuk perasaan yang dijangka berhimpun di Ibu Kota.

Persoalan yang timbul ialah kenapa hanya 91 orang sahaja yang tidak dibenarkan memasuki Kuala Lumpur pada hari itu? Jika hanya 91 orang sahaja yang disenarai hitamkan, maka ini bermakna selain mereka, orang ramai terutama penyokong-penyokong kumpulan terbabit tidak menghadapi masalah untuk berduyun-duyun menyertai perhimpunan BERSIH?

Selain itu, perintah juga diperoleh untuk menutup sebanyak jalan yang mungkin — langkah yang dillihat akan melumpuhkan usaha mengadakan perhimpunan yang dijadualkan pada 9 Julai ini. Orang ramai juga dilarang berhimpun di tempat-tempat seperti Sogo, Dataran Merdeka, Masjid Negara, Maju Junction, kawasan sekitar Kompleks The Mall termasuk di Istana Negara. Difahamkan banyak jalan-jalan utama sekitar Kuala Lumpur juga akan ditutup bertujuan untuk mengelakkan kemasukan gelombang kuning ke kota raya Kuala Lumpur menjelang perhimpunan itu pada 9 Julai ini.

BERSIH dijangka akan meneruskan perhimpunannya di Stadium Merdeka walaupun mendapat larangan daripada pihak kerajaan. Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin berkeras untuk tidak membenarkan perhimpunan ini kerana beliau menganggap BERSIH adalah sebuah pertubuhan haram. Namun begitu Ambiga menyatakan bahawa BERSIH hanya merupakan nama aktiviti kempen yang dianjurkan oleh 62 pertubuhan yang berdaftar dengab ROS.

Manakala Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar meminta pihak penganjur BERSIH segera memohon permit mengadakan perhimpunan atas nama mana-mana pertubuhan atau individu tertentu, tetapi beliau menggesa supaya perhimpunan itu tidak diadakan di Stadium Merdeka. Beliau menyarankan agar pihak BERSIH mengadakan perhimpunan itu di luar Kuala Lumpur, antaranya di Stadium Shah Alam.

Berikut ialah senarai nama mereka yang dilarang memasuki ibu negara pada Sabtu ini.

PERKASA
  1. Datuk Ibrahim Ali
  2. Datuk Ab Rahman Abu Bakar
  3. Syed Hassan Syed Ali
  4. Irawah Fahmi Ideris
  5. Ruslan Kassim
  6. Sharifuddin Abd Hamid
  7. Dr Zubir Harun
  8. Ameir Hassan
  9. Datuk Ahmad Saad
  10. Ahmad Zaini Ismail
  11. Muhammad Zaid Md Arip
  12. Abdullah Mansor
  13. Zaira Jaafar
  14. Norkhaila Jamaludin

PEMUDA UMNO
  1. Khairy Jamaluddin Abu Bakar
  2. Datuk Megat Firdouz Megat Junid
  3. Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican
  4. Megat Zulkarnaian Omardin
  5. Rizalman Mokhtar
  6. Tengku Azman Tengku Zainol Abidin
  7. Lokman Noor Adam
  8. Datuk Abdul Azeez Rahim
  9. Ungku Saleh Ungku Jamal
  10. Arman Azha Abu Hanifa
  11. Tun Faisal Ismail AzizBold
BERSIH

  1. Datuk Ambiga Sreenevasan
  2. Mohamad Sabu
  3. Hishamuddin Md Rais
  4. Khairul Anwar Ahmad Zainuddin
  5. Maria Chin Abdullah
  6. Chua Tian Chang
  7. Kamarulzaman Mohamad
  8. Dr Mohd Hatta Md Ramli
  9. Syed Shahir Syed Mohamud
  10. Syed Ibrahim Syed Noh
  11. Teresa Kok Suh Sim
  12. Badrul Hisham Shaharin
  13. Shamsul Iskandar bin Mohd Akin
  14. Arutchelvam A/L Subramaniam
  15. Wong Chin Huat
  16. Ong Boon Keong
  17. Enalini A/P Elumalai
  18. Haris Fathillah Sathiasingam bin Mohd Ibrahim
  19. Datuk Khalid
  20. Datuk Zulkifli Noordin
  21. Dr Zubir Harun
  22. Datuk Seri Abd Hadi Awang
  23. Datuk Seri Anwar Ibrahim
  24. Lim Kit Siang
  25. Nik Abdul Aziz bin Nik Mat
  26. Nurul Izzah Anwar
  27. Kohila Yanasekaran
  28. Zaid Kamaruddin
  29. Khoo Teng Swee
  30. Fadiah Nadwa Fikri
  31. Yap Swee Seng
  32. Salahuddin Ayub
  33. Datuk Mahfuz Omar
  34. Nasrudin Hasan
  35. Mazlan Aliman
  36. Dr Syed Azman Syed Nawawi
  37. Dr Dzulkifli Ahmad
  38. Dr Mujahid Yusof
  39. Khalid Abd Samad
  40. Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin
  41. Azman Shapawi Abd Rani
  42. Suhaizan Kaiat
  43. Nor Azli bin Musa
  44. Mohd Firdaus Jaafar
  45. Loke Siew Fook
  46. Lau Wen San
  47. Mohd Azmin Ali
  48. Mat Shuhaimi Shafie
  49. Satipul Bahari Amamt
  50. Wan Hassan Mohd Ramli
  51. Mohamad Izzudin Hilmi Mohd Zaini
  52. Mohd Shazni Munir Mohd Ithnin
  53. Muhammad Hilman Idham
  54. Mohd Shukri Che Ab Razab
  55. Mohd Syukri Kamaruddin
  56. Ahmad Syazwan Muhammad Hasan
  57. Choo Chon Kai
  58. Sarasvathy Muthu
  59. Soh Sook Hwa
  60. Nurul Izham Nurul Anuar
  61. Abd Rahim Osman
  62. Mohd Sibri Ismail
  63. Mohd Lukam Muda
  64. Datuk Prof Kamaruddin Kachar
  65. Datuk Mohd Noor Nordin Abdullah

4 comments:

Fithri said...

assallammualaikum abang rahman, cuba check nama d senarai BERSIH iaitu Dr Zubir Harun ada disitu..jugak dia ada di senarai PERKASA. Dua dua nama ada di dua senarai yg berbeza.? Mintak penjelasan? Jugak setahu saya Datuk prof Kamarduddin Kachar tak pernah masuk BERSIH punya group. Dia nie orang PERKASA. Cuba check semula mungkin saya salah.

Anonymous said...

masukkkkkk kl pun di haram....ikut sejarah dulu UMNO pernah haram....apa dah jadi dengan system negara kita nie...

Syuaib said...

Bahawasanya tindakan yang dilakukan ini hanya akan menambahkan kebencian rakyat terhadap Umno. Sekalipun yang bertindak ialah polis, tetapi semua pihak mengetahui bahawa alat kawalan jauhnya dipegang oleh Perdana Menteri yang mengetuai kerajaan yang juga merupakan Presiden Umno. Padahal, apa masalahnya dengan berhimpun?

Bukankah Presiden Umno baru saja mengumpulkan sejuta belia beberapa minggu yang lalu tanpa ada sedikitpun halangan? Sejuta belia yang dikhabarkan hadir dengan penuh layanan mesra oleh pihak berkuasa tiba-tiba hari ini hanya untuk mengumpulkan 300 ribu orang dibalas dengan gari dan semburan gas? Bukankah orang yang sama juga pernah menjanjikan bahawa himpunan akan dibenarkan jika dibuat di dalam stadium bahkan diberikan keizinan untuk ‘melalak sampai pagi’?

Irsyad said...

Kita semua harus yakin, apa yang berlaku pada hari ini hanya akan menaikkan kemarahan rakyat kepada Umno. Buatlah setakat mana yang boleh dibuat, sesungguhnya kezaliman yang boleh dilakukan ini hanya setakat kehidupan di dunia sahaja. Di akhirat, setiap tangan yang digari, tubuh yang disakiti dan maruah yang dicalari akan dituntut bayar di hadapan Allah SWT. Kepada mereka yang dizalimi hari ini, jangan lupa menuntut balasannya di hadapan Allah SWT nanti. Umno barangkali tidak tahu bahawa orang yang dizalimi mempunyai senjata yang ampuh iaitu doa.

Saya menyeru kepada semua umat Islam agar marilah bersama-sama berdoa di dalam sujud kita kepada Allah SWT agar dilaknat kezaliman yang dilakukan pada hari ini. Yakinlah, perjuangan menuntut keadilan ini pasti akan berjaya. Umno pasti akan jatuh tersembam juga akhirnya. Tentangan dan penindasan ini hanyalah tanda perjuangan keadilan akan berjaya. Umpama layang-layang yang tidak akan terbang melainkan dengan melawan angin, begitu juga dengan perjuangan, tidak akan berjaya melainkan dengan menghadapi tentangan!