Perhimpunan BERSIH 2.0 yang bergelombang di Kuala Lumpur pada 9 Julai lalu bukan sahaja telah berjaya menghimpunkan lebih 50 ribu penyokong-penyokong mereka, malah penyokong baju kuning ini juga terdapat di Kota London.
Walaupun bilangannya tidak s
eramai dengan suasana perhimpunan di Kuala Lumpur, namun Dato' Sri Najib Tun Razak yang sedang dalam rangka lawatan resminya di negara United Kingdom itu mungkin tidak menduga sama sekali kedatangannya kali ini telah disilaukan dengan sinaran kuning yang tidak disukai oleh Menteri Dalam Negerinya, Hishammuddin Tun Hussein Onn.
Datuk Seri Hishammuddin yang turut serta dalam lawatan PM ke UK selama 5 hari itu mungkin terkedu apabila melihat segerombolan rakyat Malaysia telah menunggu kehadiran Perdana Menteri di hadapan Mansion House di Kota London dengan berpakaian baju kuning sebagai simbolik sokongan mereka terhadap perjuangan BERSIH. Mereka juga kelihatan memegang palakat dan sepanduk mendesak kerajaan Malaysia membebaskan tahanan EO semasa ops BERSIH 2.o 9 Julai lalu.
Bezanya suasana di sana ialah pihak polis tidak melakukan provokasi dengan melepaskan tembakan gas pemedih mata untuk menyuraikan penunjuk perasaan itu yang mungkin tidak wajar dilakukan terhadap Perdana Menteri yang sedang melakukan lawatan resminya di negara orang putih itu.
Oleh kerana tidak berlakunya semburan air pemedih mata itu, maka para penunjuk perasaan itu telah dapat mengawal perasaan mereka sehingga tidak tercetus sebarang keajadian huru hara, apatah lagi untuk menggari dan memukul mereka yang terlibat. Keadaan aman itu tidak berlaku di Kuala Lumpur, kerana puluhan ribu yang berhimpun telah dihambat dengan serbaneka tindakan sehingga ada yang dkasari.
Mereka yang berbaju kuning BERSIH telah ditahan kerana BERSIH dikatakan sebuah pertubuhan HARAM. Namun mereka yang berbaju merah PATRIOT tidak pula diHARAMkan. Tindakan sedemikian menyebabkan pihak polis dikecam, kerana teralu memberikan perlindungan kepada UMNO, sedangkan yang tidak pro dengan kerajaan begitu mudah dipersalahakan untuk diambil tindakan.
Kenyataan-kenyataan pihak berkuasa polis juga dilihat amat cenderung untuk menekan sesuatu pihak sehingga terkabur untuk memperlihatkan integriti dan keadilan polis untuk semua. Sindrom penafian pihak tertentu kononnya tidak berlaku kekasaran terhadap orang awam juga hendaklah dibuat dengan jujur, kerana rakyat kini mampu menunjukkan bukti bahawa penafian itu adalah TIDAK JUJUR.
Kita mengharapkan pihak kerajaan akan menjadi lebih bijak dan lebih cermat untuk menguruskan isu-isu yang melibatkan hati nurani rakyat. Rakyat Malaysia bukan sahaja terdapat dari kalangan UMNO, malah rakyat 1Malaysia juga terdapat di bawah bumbung PKR, PAS, DAP dan NGO yang lainnya.
Walaupun bilangannya tidak s
eramai dengan suasana perhimpunan di Kuala Lumpur, namun Dato' Sri Najib Tun Razak yang sedang dalam rangka lawatan resminya di negara United Kingdom itu mungkin tidak menduga sama sekali kedatangannya kali ini telah disilaukan dengan sinaran kuning yang tidak disukai oleh Menteri Dalam Negerinya, Hishammuddin Tun Hussein Onn.Datuk Seri Hishammuddin yang turut serta dalam lawatan PM ke UK selama 5 hari itu mungkin terkedu apabila melihat segerombolan rakyat Malaysia telah menunggu kehadiran Perdana Menteri di hadapan Mansion House di Kota London dengan berpakaian baju kuning sebagai simbolik sokongan mereka terhadap perjuangan BERSIH. Mereka juga kelihatan memegang palakat dan sepanduk mendesak kerajaan Malaysia membebaskan tahanan EO semasa ops BERSIH 2.o 9 Julai lalu.
Bezanya suasana di sana ialah pihak polis tidak melakukan provokasi dengan melepaskan tembakan gas pemedih mata untuk menyuraikan penunjuk perasaan itu yang mungkin tidak wajar dilakukan terhadap Perdana Menteri yang sedang melakukan lawatan resminya di negara orang putih itu.
Oleh kerana tidak berlakunya semburan air pemedih mata itu, maka para penunjuk perasaan itu telah dapat mengawal perasaan mereka sehingga tidak tercetus sebarang keajadian huru hara, apatah lagi untuk menggari dan memukul mereka yang terlibat. Keadaan aman itu tidak berlaku di Kuala Lumpur, kerana puluhan ribu yang berhimpun telah dihambat dengan serbaneka tindakan sehingga ada yang dkasari.
Mereka yang berbaju kuning BERSIH telah ditahan kerana BERSIH dikatakan sebuah pertubuhan HARAM. Namun mereka yang berbaju merah PATRIOT tidak pula diHARAMkan. Tindakan sedemikian menyebabkan pihak polis dikecam, kerana teralu memberikan perlindungan kepada UMNO, sedangkan yang tidak pro dengan kerajaan begitu mudah dipersalahakan untuk diambil tindakan.
Kenyataan-kenyataan pihak berkuasa polis juga dilihat amat cenderung untuk menekan sesuatu pihak sehingga terkabur untuk memperlihatkan integriti dan keadilan polis untuk semua. Sindrom penafian pihak tertentu kononnya tidak berlaku kekasaran terhadap orang awam juga hendaklah dibuat dengan jujur, kerana rakyat kini mampu menunjukkan bukti bahawa penafian itu adalah TIDAK JUJUR.
Kita mengharapkan pihak kerajaan akan menjadi lebih bijak dan lebih cermat untuk menguruskan isu-isu yang melibatkan hati nurani rakyat. Rakyat Malaysia bukan sahaja terdapat dari kalangan UMNO, malah rakyat 1Malaysia juga terdapat di bawah bumbung PKR, PAS, DAP dan NGO yang lainnya.
FOTO-FOTO DARI KOTA LONDON
Corat-coret kekuningan di Kota London menyambut lawatanDato' Sri Najib di United Kingdom...kalau di Malaysia tentunya mereka akan
berhadapan dengan tindakan...
Ratu Elizabeth II berpakaian gaun kuning sewaktu menerima menghadapPerdana Menteri kita di Istana Buckhingam. Setakat gaun kuning takpe kot...tapi
jangan ditulis perkataan BERSIH pada baju itu..
Suasana mesra di Istana bersama Ratu Elizabeth II. MungkinDS Najib sendiri boleh mengagak betapa gaun kuning Ratu Eliazbeth
akan menjadi isu politik angkara pengharaman baju kuning BERSIH.
Perdana Menteri, DS Najib sebaik tiba di Mansion House di Londonuntuk bertemu tokoh perniagaan Britain...beliau juga disambut
oleh puluhan penunjuk perasaan berbaju kuning...

Puluhan penunjuk perasaan yang terdiri daripada rakyat Malaysia dan juga asing berkumpul di Mansion House di London sejam sebelum ketibaan Perdana Menteri Malaysia yang dijadual mengadakan pertemuan dengan tokoh perniagaan Britain.






























