Isu Wan Farid Wan Salleh yang dikatakan menjadi calon terbaik Barisan Nasional di Kuala Terengganu, begitu rimas diperkatakan oleh rata-rata warga pengundi di sana.
Saya tidak menjadi pelik jika calon BN ini ditolak oleh penyokong-penyokong Pakatan Rakyat khususnya daripada parti PAS, tetapi saya menjadi 'terkejut biawak' kerana Ketua UMNO Bahagian Kuala Terengganu ini masih mempunyai ramai musuh dalamannya yang begitu cenderong untuk melihat bekas Timbalan Menteri Dalam Negeri ini tergolek di gelanggang sendiri.
Terkulai layu
Mereka ini tidak rasa bersalah langsung kepada Barisan Nasional untuk melihat Wan Farid yang dkatakan oleh Dr. Mahathir sebagai calon pilihan yang paling buruk, terkulai layu di negeri keropok lekor yang baru saja menghadapi kemelut perlantikan Menteri Besarnya. Isu puak dan kabilah di dalam UMNO di negeri ini begitu menebal sekali diperkatakan di dalam kehangatan berkempen di Kuala Terengganu ini.
Pengikut-pengikut setia kabilah tertentu di dalam UMNO negeri ini begitu cenderong untuk melihat faktor kekalahan Wan Farid nanti adalah berpunca daripada 'calon pilihan paling buruk' ini.
Pakai topi/Vest BN tapi caci calon BN
Mereka juga seolah-olah bersetuju dengan pendapat mantan Perdana Menteri yang juga menganggap Wan Farid sebagai calon proksi Pak Lah yang tidak lagi dicalonkan sebagai Presiden UMNO di dalam Perhimpunan Agung UMNO Mac ini.
Inilah isu yang didendangkan sepanjang saya berada di Kuala Terengganu sejak hari sabtu yang lepas. Singgah berminum dan makan di beberapa buah warung kopi di sepanjang pantai Batu Burok hingga ke Bandaraya Kuala Terengganu telah menganggui selera saya untuk menikmati nasi dagang yang begitu saya idamkan apabila ke Kuala Terengganu ini. Bukan sahaja orang PAS yang menolak Wan Farid, tetapi orang-orang yang pakai topi dan vest BN pun turut bercakap-cakap tentang penolakan orang di sini terhadap Wan Farid.
bookie
Kedengaran juga pengundi-pengundi Cina begitu berminat untuk bertaruh memihak kepada calon PAS yang dikatakan bakal memenangi maraton pilihan raya kecil ini. Kehadiran Anwar yang telah menarik lautan manusia ketika mengetuai ceramah mega Pakatan Rakyat pada 6 Januari telah memikat sebahagian besar 'bookie' daripada rakan-rakan pengundi Cina yang melihat calon BN ini akan ditolak oleh pengundi-pengundi Melayu yang tidak berpuas hati dengan
calon pilihan Pak Lah ini.
Kempen Ezam memualkan
Mengikuti ceramah-ceramah yang dadakan oleh BN, terutama ceramah yang disampaikan oleh penyimpan 6 kotak perasuah pemimpin kerajaan BN (Ezam Mohd. Noor) dan konco-konconya yang pernah menelanjangkan kemunkaran pemimpin-pemimpin UMNO suatu ketika dahulu, adalah sesuatu yang yang memualkan. Mereka ini lebih berminat untuk mencaci mantan sifunya sendiri (Anwar Ibrahim) , seolah-olah mereka tuli betapa Anwar begitu berpengaruh daripada mereka ini di Kuala Terengganu.
Kehadiran orang ramai yang kurang daripada 200 orang di pentas Ezam dan konco-konconya pada 10 Januari lalu tidak dapat mengatasi kebanjiran ribuan manusia di pentas YB Nurul Izzah Anwar yang diadakan pada malam yang sama. Lokman yang mengiringi Ezam di dalam majlis ceramah yang diadakan di Kg. Kolam, Jalan Sultan Sulaiman itu hanya mampu berseloka dengan pengalamannya ketika berada di dalam tahanan ISA. Ezam masih dengan retoriknya berdendam dengan bos lamanya (Anwar) dan tidak berani menceritakan semula betapa jijiknya perasuah-perasuah di dalam kerajaan BN yang pernah disemboyankan di serata pelusuk tanah air.
Tendang ke gawang sendiri
Ezam dan konco-konconya kelihatan tidak mampu untuk menarik simpati pengundi di Kuala Terengganu, sebaliknya serangan yang dilakukan oleh mereka ini banyak yang tersasar ke dalam gawang BN sendiri. Dirasakan juga betapa mereka ini tidak perlu lagi menyertai kempen di Kuala Terengganu yang masih berbaki lima hari ini, kerana track record mereka tidak membawa keuntungan kepada Wan Farid yang semakin risau melihat gerafnya dikatakan merudum.
Dakyah dan juga propaganda BN yang menyebut betapa Dr. Syed Azman ADUN Batu Burok daripada PAS begitu kecewa kerana tidak terpilih menjadi calon PAS di Kawasan Parlimen Kuala Terengganu ini dilihat tidak menjadi, malah ianya memakan diri sendiri. Penolakan ketara yang dibuat oleh pengikut-pengikut kabilah tertentu di dalam UMNO Bahagian Kuala Terengganu terhadap Wan Farid, sebenarnya lebih berjaya tertonjol daripada sentimen kononnya Syed Azman menolak Wan Farid.
Dengan meneruskan sentimen seumpama ini akan mengundang pihak PAS untuk menyatakan betapa kecewanya Zubir Embong yang dikehendaki oleh pihak tertentu di dalam UMNO, tetapi ditolak kononnya Pak Lah yang berkehendakkan sangat Wan Farid ini.
Golongan desperado Kuala Terengganu
Golongan tertentu yang dikatakan menjadi 'desperado' di dalam UMNO Kuala Terengganu yang pro Allahyarham Datuk Razali Ismail dilihat tidak mampu untuk menyembunyikan perasaan kecewa dan marahnya mereka, kerana Kekanda Wan Farid sendiri telah bertanding mengalahkan Datuk Razali Ismail bagi jawatan Naib Ketua Bahagian Kuala Terengganu baru-baru ini.
Isu penurunan harga minyak yang terpampang di dalam kain-kain rentang BN juga dilihat tidak begitu menyengat, kerana mereka berkata Anwar sudah pun memperkatakannya terlebih
awal sewaktu kerajaan BN menaikkan harga minyak dahulu. Menaikkan harga minyak yang keterlaluan sebelum ini dilihat oleh mereka betapa kerajaan BN tidak bijaksana, sehingga mengakibatkan keperitan rakyat yang tertekan dengan kenaikan harga barangan lain yang tidak diturunkan.
Apa pun, diharapkan jentera BN dapat mencari formula yang boleh diterima oleh sebahagian besar pengundi yang kini begitu cenderong untuk menyaksikan Wan Farid tertiarap di dalam pilihan raya kecil ini.
Penebus maruah BN
Kemenangan Wan Farid di dalam pilihan raya kecil ini amat diperlukan untuk menjadi suntikan semangat dan penebus maruah kepada BN yang telah dimalukan di dalam pilihan raya umum yang baru lalu. Diharapkan juga Datuk Wan Farid lebih bersikap terbuka dan akur betapa rakyat akar umbi hari ini begitu meluat terhadap pemimpin-pemimpin UMNO yang digenangi dengan banyak masalah.
Janganlah Wan Farid tergolong daripada kalangan mereka yang telah tercemar ini. Sesungguhnya UMNO hari ini perlu berbanyak-banyak muhasabah untuk berani melakukan perubahan demi menggilapkan semula UMNO yang dikatakan berkarat ini.
BANGGA...UMNO WILAYAH PERSEKUTUAN TURUT MEMBANTU WAN FARID
Sebagai salah seorang AJK Bahagian Setiawangsa di Wilayah Persekutuan, saya turut merasakan kebanggaan apabila melhat dengan mata kepala sendiri betapa dedikasinya komitmen yang ditunjukkan oleh Jentera Bilik Gerakan Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan yang menggunakan sebuah rumah banglo yang terletak di Lorong Haji Husein di dalam Kawasan DUN Bandar di Kuala Terengganu ini (Lihat Foto di atas).
Saya bersama rakan-rakan yang ikut serta iaitu Zulkernain (Bendahari UMNO Cawangan Bukit Wangsa), Awaludin (AJK Cawangan Bukit Wangsa) dan Mazlan Hamid@Penghulu daripada UMNO Bahagian Wangsa Maju yang tiba di Kuala Terengganu kira-kira pukul 5.00 pagi, telah memulakan kunjungan awal kami di Bilik Gerakan UMNO Wilayah Persekutjan pada jam 10.30 pagi.
(lihat gambar di bawah)
Kami amat berbangga dan berterima kasih kerana kunjungan kami telah mendapat layanan mesra daripada para petugas yang ada di situ. Kemesraan ini menjadi lebih akrab kerana Ketua Sekretariatnya Cikgu Ahmad Laili Tajul Arus adalah rakan karib saya. Yahya Tahir salah seorang AJK Bahagian Setiawagsa juga turut kelihatan bersama-sama dengan Romy Abd. Rahman yang juga merupakan petugas di bilik gerakan ini.
Syabas kepada semua petugas di Bilik Gerakan UMNO WP kerana cabaran getir mereka yang akan berhadapan dengan 4,665 pengundi yang terdiri daripada 2,932 pengundi Melayu dan 1,630 pengundi Cina dan 96 pengundi India.
Kesemua 4,665 jumlah pengundi yang berada di bawah pemantauan UMNO WP merupakan purata jumlah undi yang berada di dalam dua peti undi, iaitu Peti Undi Paya Bunga yang mengandungi 2,516 pengundi, dan Peti Undi Pantai yang mempunyai 2,149 pengundi.
Kecekalan hati petugas-petugas yang diketuai Cikgu Mat Laili terbukti telah menggalas banyak cabarannya. Maklum sajalah, di dalam kehangatan dan karenah pengundi yang masih berbelah bahagi untuk menerima calon BN yang penuh kontroversi ini, namun petugas-petugas BN daripada Bilik Gerakan UMNO WP tetap cekal dan menelan sahaja apa yang telah dilemparkan terhadap Barisan Nasional.
Tugas dan tanggungjawab untuk menggalas kejayaan tetap di hati mereka. Mereka kelihatan tidak berputus asa, kerana masih ada masa untuk mengatur langkah meyakinkan pengundi di dua peti undi ini.

Saya angkat topi dengan sahabat saya Datuk Kamarudin Ambok, Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO WP yang 
dilihat begitu 'humble' tetapi sentiasa bertegas dengan tanggungjawab yang digalas.
Sewaktu kehadiran saya di Bilik Gerakan ini, kelihatan Datuk Kamarudin Ambok begitu teliti memerhatikan segala dokumen perangkaan mengenai
kecenderungan pengundi sambil beliau

memberikan nasihat yang berguna kepada para petugas untuk mengemaskinikan lagi jentera di Bilik Gerakan UMNO WP. (lLihat foto).
Kita doakan kejayaan buat BN yang sememangnya memerlukan kemenangan kali ini. Kita juga mendoakan supaya entiti kekuatan dalaman UMNO tidak mudah diperkotak katikan oleh pihak lawan sehingga kita terlupa untuk mencari noktah kedamaiannya. Perlakuan cah keting sesama sendiri sungguh tidak menguntungkan, kerana dengan gejala inilah yang mengakibatkan UMNO dilihat bercemperana, dan tidak lagi digemari oleh generasi hari ini.