assalamualaikum Pictures, Images and Photos

Thursday, December 11, 2008

UMNO BAHAGIAN SETIAWANGSA ADAKAN MESYUARAT AJK YANG PERTAMA 14 DISEMBER INI...

UMNO Bahagian Setiawagsa akan mengadakan mesyuarat ahli jawatankuasa yang pertama pada hari Ahad ini, 14 Disember 2008, jam 9.00 malam, bertempat di Bilik Mesyuarat Pejabat UMNO Bahagian.

Notis mesyuarat tersebut yang ditandatangani oleh Abdullah Mat (Foto) Setiausaha UMNO Bahagian telah pun diedarkan kepada semua ahli jawatankuasa Bahagian minggu lepas. Saya sendiri telah menerima notis berkenaan.

Difahamkan Dato' Sri Zulhasnan Rafique Ketua UMNO Bahagian akan mengumumkan beberapa perlantikan pegawai dan juga ahli jawatankuasa sebagaimana yang diperuntukkan di dalam Perlembagaan UMNO.
Apa yang sudah pasti ialah jawatan Setiausaha Bahagian telah pun diketahui, kerana notis mesyuarat yang dikeluarkan itu telah pun ditandatangani oleh 'Abdullah Mat' sebagai Setiausaha UMNO Bahagian Setiawangsa. Selain akan mengumumkan perlantikan pegawai dan ahli jawatankuasa yang lainnya, nama Pak Lak yang sudah diketahui sebagai Setiausaha Bahagian juga akan diumumkan dengan resminya (endorsement) di dalam mesyuarat 14 Disember nanti.
Jika Samsuri Shahrom selama ini mengidamkan jawatan Setiausaha Bahagian bagi menggantikan Pak Lah, adalah lebih baik beliau melupakan sahaja idaman itu, kerana jawatan itu telah pun diisi dengan Pak Lah yang telah dilantik semula oleh Dato' Sri Zulhasnan Rafique.

Namun begitu, Samsuri juga pernah berkata kepada saya bahawa beliau juga idamkan jawatan 'Ketua Penerangan Bahagian' untuk menggantikan Haji Ahmad Hashim..? Apakah jawatan itu akan tersinggah ke pundak Samsuri kali ini? Sama-samalah kita tunggukannya pada 14 Disember nanti.




6 comments:

Anonymous said...

Terima kasih En Rahman kerana memberitahu pembaca locengwangsa harapan dan keinginan saya.Saya amat berSyukur kehadrat Allah diatas segala yg saya telah perolehi. Saya amat berterima kasih kpd Yb Datuk Sri Zul yg telah memberi peluang kpd saya untuk berkhidmat kpd nya dan kpd parti UMNO yg saya sayangi.Berkenaan dgn jawatan, sesiapa pun yg merasakan dirinya mampu menjalankan tanggongjawab dan tugas tugas yg diberikan sudah pasti berminat untuk menjawatnya.Kalau lah ada borang permohonan untuk memohon jawatan jawatan berkenaan,saya percaya ramai akan memohon tetapi ini tidak.Jawatan ini adalah kuasa mutlak Datuk Sri Ketua Bhg sendiri.Sekali lagi saya nyatakan bahawa saya amat berSyukur dgn apa yg saya telah perolehi.Saya hanya berdoa semoga Allah menambahbaik dan memberi saya kefahaman yg lebih tentang apa yg telah dikurniakan kpd saya supaya saya boleh memberi dan berkhidmat dengan lebih baik kpd Agama,Bangsa dan Negara.Akhirkata kalau dilantik sebagai AJK pun saya bersyukur.

Anonymous said...

Hehe... UMNO adalah parti politik tapi dengan kawan-kawan janganlah politik lebih-lebih, yang dah tahu mainan politik setiawangsa mungkin faham, yang tak tahu baik jangan amik tahu......

Anonymous said...

Tak habis habis sibul hal orang lain

Anonymous said...

Alahai Rahman Hashim....

Sapa yang idamkan jawatan ...? Awak atau Shamsuri ..? Nampak tak sesuai la tulisan Sdr Rahman Hashim kali ini, cakap hal orang macam ada "personal interest" je, kalau pun betul, awak tak terfikir ke apa perasaan En. Sam & Pak Lah ? hmm... orang lain pun ada air muka...

Anonymous said...

1. Perdana Menteri pertama yang diangkat menjadi wakil rakyat BUKAN kerana potensi peribadinya tetapi kerana mengenang jasa arwah bapanya.

2. Perdana Menteri pertama yang mempunyai sejarah “duda mengahwini janda”.

3. Perdana Menteri pertama yang dikaitkan dengan konspirasi pembunuhan zalim warga Mongolia.

4. Perdana Menteri pertama yang tidak merasa malu atau rasa bersalah mengizinkan isterinya berlaku sumbang bersama pelakon lelaki Bollywood di hadapan orang ramai.

5. Perdana Menteri pertama yang dikaitkan dengan perbuatan rasuah bernilai ratusan juta ringgit.

6. Perdana Menteri pertama yang didakwa berlaku sumbang dengan seorang artis wanita tempatan di Port Dickson.

7. Perdana Menteri pertama yang melakukan penyembunyian wakil rakyat demi menjatuhkan sebuah kerajaan negeri pilihan RAKYAT.

8. Perdana Menteri pertama yang didakwa melakukan perhubungan sulit dengan wanita Mongolia yang kemudiannya mati dibunuh.

9. Perdana Menteri pertama yang diketahui umum terlalu menurut telunjuk isteri.

10. Perdana Menteri pertama yang telah diperakukan melalui ‘Akuan Bersumpah’ telah menggunakan khidmat bomoh Hindu untuk tujuan tertentu.

Anonymous said...

Salam Abdul Rahman Hashim...baliklah ke pangkal jalan...semua kawan-kawan tunggu..sertailah PKr dan pakatan rakyat