
Akibat hujan lebat yang berterusan sejak beberapa hari ini telah menyebabkan tiga kejadian tanah runtuh berlaku di sekitar ibu negara, satu daripadanya berlaku di Ulu Yam, Selangor yang telah meragut dua nyawa adik beradik.
Selang beberapa hari sahaja, terjadi satu lagi runtuhan di Jalan Semantan dekat Damansara yang menimpa 14 buah kereta. Nasib baik tidak ada yang terkorban.
Kawasan Bukit Antarabangsa, Ulu Klang sekali lagi telah menyaksikan kejadian tanah runtuh berlaku. Kejadian yang menyayat hati ini telah berlaku secara tiba-tiba diantara jam 3.00 - 4.00 pagi, yang menyebabkan 14 buah banglo di Taman Bukit Mewah dan Taman Bukit Utama ranap. Setakat berita ini ditulis pasukan penyelamat telah menemui empat mayat yang tertimbus, dan gerakan mencari beberapa orang lagi yang dipercayai masih tertimbus sedang diperhebatkan. Diharapkan mereka yang tertimbus ini masih ada harapan untuk diselamatkan
Sementara itu, Datuk Thajudeen Abdul Wahab (Foto) Ketua Setiausaha Sulit Perdana Menteri mengucapkan syukur kerana terselamat daripada kejadian itu. Salah sebuah banglo yang terlibat adalah miliknya, dan semasa kejadian itu berlaku beliau bersama keluarganya tidak berada di rumah tersebut kerana tidur di rumah ibunya di Kg. Bharu. Datuk Thajudeen terperanjat apabila melihat kejadian ini berlaku yang telah melibatkan banglonya.Di dalam satu perkembangan lain pihak berkuasa telah mengarahkan lebih 3000 penduduk yang tinggal di lokasi berdekatan supaya berpindah segera, kerana bimbang kejadian susulan tanah runtuh ini akan berulang lagi.
Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang melawat ke tempat kejadian juga telah mengarahkan semua projek di kaki bukit sekitar Bukit Antarabangsa dihentikan sementara menunggu selesai kajian kestabilan tanah.
Sila lihat gambar-gambar kesan tanah runtuh di Bukit Antarabangsa:



Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang melawat ke tempat kejadian juga telah mengarahkan semua projek di kaki bukit sekitar Bukit Antarabangsa dihentikan sementara menunggu selesai kajian kestabilan tanah.
Sila lihat gambar-gambar kesan tanah runtuh di Bukit Antarabangsa:






5 comments:
assalamualaikum.. sedih melihat peristiwa ini. Mungkin ini satu pengajaran yang sangat besar.. Membina rumah di kawasan tinggi melambangkan kedudukan tapi dalam agama perkara itu dilarang.. Kuasa Allah adalah kuasa yang sebesar-besarnya.. Jangan diingkari perintahnya .. sebab sekali bala diturunkan tiada yang dapat menghalangnya...wallahualam..
Bagi keluarga yang ditimpa bencana ini, bersabarlah.. ini dugaan danpengajaran daripadaNYA
Salam ST,
Terima kasih kepada setiap insan yang menghulurkan bantuan dan tenaga sokongan juga mereka yang mendoakan agar mereka yang lain dilindungi dari kejadian bencana sebegini .
Pandangan saya secara pribadi dan ikhlas ini, melihatkan kawasan kejadian yang kali ke3 akibat tanah runtuh sudah tentu menunjukan kawasan ini tidak selamat untuk didiami lagi . kepada yang terselamat pada saya mereka itu lebih bernasib baik .
Fikir-fikirkan lah .
salam.
Rumah dato zulhasnan juga terletak di tepi bukit....beliau pun kena berjaga-jaga.
itulah dia kekuasaan Allah , saya ingin berkata bahawa sedarlah anda sebelum anda disedarkan janganlah anggap wang dan kedudukan sebagai 1 kebanggaan . kpd manusia yg ckp pasukan rela tak buat kerja tu masih tak cukup faham , kalau nak angkat barang2 dia tu angkat la sendiri macam takde tangan . dala menumpang d negeri org sekali kena cepuk ngan hantu raya baru tau . ingat ya ...............
1. Perdana Menteri pertama yang diangkat menjadi wakil rakyat BUKAN kerana potensi peribadinya tetapi kerana mengenang jasa arwah bapanya.
2. Perdana Menteri pertama yang mempunyai sejarah “duda mengahwini janda”.
3. Perdana Menteri pertama yang dikaitkan dengan konspirasi pembunuhan zalim warga Mongolia.
4. Perdana Menteri pertama yang tidak merasa malu atau rasa bersalah mengizinkan isterinya berlaku sumbang bersama pelakon lelaki Bollywood di hadapan orang ramai.
5. Perdana Menteri pertama yang dikaitkan dengan perbuatan rasuah bernilai ratusan juta ringgit.
6. Perdana Menteri pertama yang didakwa berlaku sumbang dengan seorang artis wanita tempatan di Port Dickson.
7. Perdana Menteri pertama yang melakukan penyembunyian wakil rakyat demi menjatuhkan sebuah kerajaan negeri pilihan RAKYAT.
8. Perdana Menteri pertama yang didakwa melakukan perhubungan sulit dengan wanita Mongolia yang kemudiannya mati dibunuh.
9. Perdana Menteri pertama yang diketahui umum terlalu menurut telunjuk isteri.
10. Perdana Menteri pertama yang telah diperakukan melalui ‘Akuan Bersumpah’ telah menggunakan khidmat bomoh Hindu untuk tujuan tertentu.
Post a Comment