13 calon Bebas perdayakan BN atau PKR?
Sejak bermulanya kempen pilihan raya kecil di Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Ai pada 29 Mac yang lalu, hanya pada hari keempat (1 April) saya berkesempatan untuk menjengahkan muka, bermula di kawasan pilihan raya DUN N.25 Bukit Selambau di Kedah.(Gambar sebelah: Dato' S. Ganesen, calon BN)
Sebagaimana biasa, apabila berlakunya pilihan raya kecil setiap Perhubungan UMNO Negeri akan diberikan tanggungjawab untuk menjadi ' Negeri Angkat' khusus untuk membantu jentera pilihan raya di kawasan berkenaan. Saya terpanggil ke Bukit Selambau kerana Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan merupakan 'Negeri Angkat' kepada N.25 Bukit Selambau bersama-sama dengan dua negeri yang lain iaitu Pulau Pin ang dan juga Perlis.
Saya tidak keseorangan ke Bukit Selambau, kerana saya juga ditemani sahabat seperjuangan saya Rosli Mohammad iaitu Ketua UMNO Cawangan Kelumpuk Bunga Raya dari Bahagian Setiawangsa dan juga seorang lagi sahabat dari UMNO Bahagian C heras, Sdra Saiful Azman Shaari.
di Bilik Gerakan UMNO Wilayah Persekutuan di Bukit Selambau
Kehadiran kami di Bukit Selambau telah saya maklumkan kepada Haji Ahmad Hashim SUS Dato' Sri Zulhasnan Rafique (Menteri Wilayah Per sekutuan) yang juga Pengerusi Perhubungan UMNO WP. Begitu juga saya telah memaklumkan kepada Naib Ketua Bahagian Setiawangsa Dato' Ahmad Fauzi Zahari dan sempat juga kami bersarapan pagi dengan beliau sebelum meneruskan perjalanan ke Bukit Selambau.Sebaik tiba di Bilik Gerakan ini kami telah melaporkan diri de ngan Cikgu Ahmad Laili Tajul Arus (Foto - di tengah) yang menjadi 'Penyelaras Urusetia'
(Gambar sebelah: Penulis di kiri dan Sdra Rosli di kanan sekali)
Selain darpada Cikgu Mat Laili yang bertugas di Bilik Gerakan ini, kami juga melihat beberapa orang sahabat seperjuangan daripada UMNO Bahagian Wangsa Maju dan juga UMNO Bahagian Setiawangsa. Diantaranya ialah Samad Saim, Muner Nasution (Kedu a-duanya daripada UMNO Bahagian Setiawangsa) dan juga Abang Jo daripada UMNO Bahagian Wangsa Maj u. Mereka ini baru saja pulan g dari tugasan di luar menemui pengundi-pengundi yang terdapat di sekitar Peti Undi Taman Ria, di Sungai Petani.
Hj Ahmad Hashim, A.Rahman Hashim, Rosli Mohamad & Saiful Azman
Peti Undi di sini merupakan kawasan hitam kerana BN pernah tewas di Peti Undi ini dalam PRU12 yang lalu. Jadi, apabila terdengar sahabat-sahabat saya itu membuat laporan rambang kepada Cikgu Mat Laili tentang reaksi dan kecenderungan pengundi-pengundi yang telah ditemui itu sebagai positif, maka saya merasakan seolah-olah Peti Undi di sini telah menampakkan perubahan sikap di kalangan pengundinya.
Sememangnya berbagai andaian dan pelbagai desas desus yang kedengaran mengenai DUN N.25 Bukit Selambau ini. Kemunculan 13 calon-calon Bebas yang begitu ghairah menyertai pilihan raya kecil DUN Bukit Selambau ini telah menyaksikan kemeriahan kepada karnival demokrasi yang sedang berlangsung di Bukit Selambau.
Lambang kapal terbang yang digunakan oleh calon Bebas Chandararajan (Lihat Fot0) telah menampakkan serinya, kerana poster yang berwarna kuning ini hampir menenggelami wajah Datuk Ganesen calon BN yang kelihatan agak kekurangan terutamanya di jalan-jalan utama yang menghala ke Bandar Sungai Petani.
Menjelang dini hari, saya melihat pula poster berwarna kemerahan yang muncul dengan lambang ikan dan tidak kurang juga poster calon bebas yang menggunakan lambang bas telah memenuhi sepanjang jalan utama di bandar ini. Saya percaya mungkin terdapat banyak lagi poster-poster calon bebas yang terdiri daripada berbagai lambang itu akan menyemarakkan lagi suasana kempen yang akan berakhir pada 7 April nanti.
Pada hari keempat ini, saya juga tertanya-tanya apa dah jadi dengan calon PKR Manikumar dimana poster wajahnya hampir tidak kelihatan seolah-olah PKR tidak lagi bermaya dengan kemunculan ramai calon-calon bebas terutama yang berketurunan India.
Calon PKR ini dikatakan tidak diterima oleh masyarakat India di kawasan ini setelah wujudnya perselisihan dalaman yang agak serius sehingga berlakunya konflik keluar parti yang boleh menjejaskan keupayaan PKR untuk menang kali ini.
Anwar Ibrahim yang dikatakan akan memberikan ceramah perdananya di hujung minggu ini di Bukit Selambau dilihat sedang mencari formula untuk memperbaiki imej partinya yang sudah menampakkan retak membawa belah.
Kecenderungan untuk memenangkan calon bebas juga dilihat bakal menjunamkan parti itu dan juga BN. Benarkah pengundi Melayu di sini tidak begitu berminat untuk mengundi Ganesen dan Manikumar? Apakah kerana mereka itu India maka pengundi Melayu Bukit Selambau merasakan 'tidak wajar' memangkah calon BN yang bernama Ganesen dan juga calon PKR yang bernama Manikumar?
Jika sentimen itu yang merunsingkan pengundi Melayu, apakah UMNO gagal untuk meyakinkan ahli-ahlinya dan pengundi Melayu lainnya supaya tidak terlalu perkauman? Apakah kerana pucuk pimpinan tidak meletakkan calon Melayu dari UMNO yang bertanding kali ini, maka UMNO yang diterajui oleh Presiden barunya, Dato' Sri Najib harus me
mejamkan sebelah mata memberi isyarat lampu hijau kepada pengundi Melayu UMNO secara senyap mengundi saja calon bebas berbangsa Melayu, kononnya jika calon ini menang maka dirinya akan diterima masuk menjadi ahli UMNO atau setidak-tidaknya calon bebas itu walaupun enggan memasuki UMNO, tetapi sudah memadai sekiranya dia menyokong Barisan Nasional persis Osman Jailu, Jamaludin Radzi di Perak.Terdapat salah seorang daripada calon bebas yang dulunya ahli UMNO tetapi telah bertindak keluar dari parti itu mengikuti jejak langkah Tun Dr. Mahathir dikatakan mampu meraih undi dari kalangan pengundi Melayu yang tidak sukakan Datuk Ganesen. Jika itulah teorinya, maka kehadiran Tun Dr. Mahathir yang dikatakan akan turun berkempen di Bukit Selambau nanti akan memberi kredit kepada calon bebas berkenaan yang teramat pro kepada Dr. Mahathir.
Walau pun UMNO tidak akan membenarkan ahlinya mengundi calon bebas dari kalangan Melayu itu, namun dalam PRU12 yang lepas terbukti ramai pengundi Melayu yang tidak mengundi calon BN sebaliknya mereka telah mengundi calon bebas Arumugam dimana akhirnya Arumugam telah bertindak memasuki PKR seterusnya dilantik sebagai Exco Kerajaan Negeri Kedah sebelum dirinya meletakkan jawatan.
Undi berbentuk protes itu telah terbukti mampu mengalahkan calon BN, dan tidak pelik jika perkara ini juga bakal berulang kali kedua? Jika pun andaian ini tidak berlaku kepada BN, namun dianya juga tidak pelik akan juga berlaku kepada PKR. Siapa tipu siapa?
sama-samalah kita menyaksikan lambang kepala harimau, ayam jantan, ikan, mata, kunci, kerusi, bas, kelapa sawit, payung, buku, kapal terbang dan juga lambang jam yang masuk gelanggang menyertai pilihan raya kecil di Bukit Selambau untuk melakukan tipu daya samada kepada BN atau memperdayakan PKR?

































