assalamualaikum Pictures, Images and Photos

Wednesday, March 18, 2009

NAK DISIPLINKAN UMNO, ALI RUSTAM DIHARAM BERTANDING, KJ DAPAT DISKAUN DIBERI AMARAN, KHIR TOYO PULA TAK BERSALAH DAN RAMAI LAGI YANG KENA GANTUNG..!!

Inilah dia UMNO...sebagai sebuah parti yang besar macam-macam karenah yang berlaku di dalamnya. Bukan tak pernah diingatkan, malah amaran juga telah diberikan berkali-kali, sehingga berbuih-buih mulut, malah bertitisan air mata 'Tun Che' Det' yang sedih dan sebak melihat tingkah laku pemimpin-pemimpin UMNO dalam era mutakhir ini yang sering terjebak dengan gejala politik wang yang sama ertinya dengan perbuatan rasuah, terima duit kopi, masyuk dan juga makan suap.

Semua jenama jijik yang saya gunakan ini begitu tidak asing lagi di dalam Parti Kebangsaan Melayu Bersatu atau UMNO yang dilahirkan untuk menggagaskan perjuangan rakyat bagi sebuah kemerdekaan bangsa dulunya, tetapi kini telah dicemari dengan unsur dagangan sehingga jawatan yang hendak disandang terpaksa dibayar dengan harga yang lumayan.


Sesiapa yang BERWANG akan dilihat sebagai BERUANG yang bakal mendominasi kepimpinan UMNO biar pun dirinya tidak memiliki hala tuju perjuangan yang serasi dengan aspirasi rakyat akar umbi. Rakyat marhain walaupun otak bergeliga tetapi tidak berupaya menjadi BERWANG@BERUANG pasti dirinya kekal sebagai POLITIKUS yang mudah dimamah oleh BERUANG-BERUANG UMNO ini.

Akibat jurang pemisah diantara politikus yang menjadi BERUANG dengan politikus TIDAK BERWANG maka perjuangan hakiki UMNO telah terpalit dengan najis yang ditinggalkan oleh BERUANG UMNO ini.

Maka sebab itu UMNO hari ini dilihat tidak BERDISIPLIN lagi, sehingga memerlukan sebuah 'Lembaga Disiplin' untuk mendisplin pemimpin-pemimpinnya. Rakyat akar umbi hanya mampu menggelengkan kepala setelah melihat dengan penuh kejijikan wajah-wajah pemimpin UMNO di dada-dada akhbar juga dipaparkan di kaca TV yang WANTED sebagai perasuah untuk memikat ahli-ahli marhain UMNO yang mereka kategorikan sebagai pelahap untuk makanan BERUANG ini.

Kita menjadi tidak silu lagi untuk menyatakan kerunsingan terhadap watak BERUANG di dalam UMNO ini. Malah ada di kalangan warga UMNO yang taksub sehingga memarahi 'Guru Disiplin UMNO' Tengku Ahmad Rithauden Ismail yang dikatakan tidak keharuan dalam menyeragamkan tindakannya. Kali ini ada yang melanggar lampu merah tapi hanya diberikan AMARAN sahaja.

KJ menantu Pak Lah sering mendapat keistimewaan, dan kali ini dialah yang dapat DISKAUN AMARAN walaupun dia juga dikatakan terlibat dengan gejala rasuah (Di dalam UMNO lebih manis dinamakan Politik Wang). Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia ini terselamat kerana dia boleh bertanding. Khir Toyo semakin mendabik dada kerana Lembaga Disiplin UMNO mengesahkan dirinya bukan PERASUAH dan sekaligus menjadi calon BERWANG yang bukan BERUANG?

Ali Rustam yang dikambing hitamkan kali ini telah diperdayakan hukumannya dengan MELARANG dirinya bertanding jawatan Timbalan Presiden UMNO, sedangkan Isa Samad juga telah dikambing hitamkan sebelumnya telah DIGANTUNG keahliannya di dalam UMNO selama 6 tahun. Habis semua jawatan politiknya terlucut kecuali jawatan Ahli Parlimen Jempol yang tidak dimangsakan.

Nampaknya Ali Rustam berjaya diselamatkan daripada kehilangan jawatan Ketua Menteri Melaka, Pengerusi Perhubuhgan UMNO Melaka, Ketua UMNO Bahagian Batu Berendam, malah jawatan tertinggi yang disandangnya iaitu Naib Presiden UMNO yang masih berbaki 7 hari lagi, juga terselamat! Ali Rustam bernasib baik kerana hukuman terhadapnya telah diringankan tidak seperti yang dialami oleh Isa Samad.

Ali hanya diharamkan bertanding, namun tindakan yang dihadapinya sudah cukup mengaibkan dirinya yang begitu optimistik untuk menang sebagai Timbalan Presiden UMNO. Kini, impiannya untuk menjadi bakal Timbalan Perdana Menteri telah diselubungi lebai malang. Najib meminta supaya Datuk Ali Rustam menerima tindakan ini secara terbuka dan mengharapkan Ali Rustam terus setia bersama UMNO.

Kini bakal Timbalan Presiden UMNO yang akan menjadi Timbalan Perdana Menteri kelak ialah diantara Tan Sri Muhyiddin Yasin dan juga Tan Sri Muhamad Muhd. Taib yang masing-masing begitu berdebar sambil mencongak apakah semua penyokong Ali Rustam akan memihak kepada mereka. Justeru, penganalisa politik meramalkan siapa juga diantara dua calon Timbala Presiden UMNO yang disokong oleh penyokong-penyokong Datuk Ali Rustam, dialah yang bakal menang!

Ali Rustam walaupun kecewa namun dirinya kini menjadi faktor penentu kepada bakal Timbalan Perdana Menteri yang perlu dimenangkan sebagai Timbalan Presiden UMNO. Ali Rustam kini dianggap kambing hitam yang mampu memenangkan dan meranapkan impian Muhyiddin Yasin dan juga Muhamad Muhd. Taib yang menjadi bakal Timbalan Perdana Menteri Malaysia.

Ali Rustam diharamkan bertanding kali ini, tetapi dia ada hak mengundi. Ali dan kumpulannya akan undi siapa..Muhyiddin atau Mat Taib? Nampaknya Mat Taib lebih cerah untuk diberikan sokongan oleh penyokong Ali Rustam, kerana mereka dikatakan lebih cenderung menuding jari kepada Muhyiddin yang memasang jerat sehingga Ali Rustam yang terperangkap. Nampaknya dendam ini bakal memangsakan Muhyiddin.

Demikianlah episod yang cukup memalukan UMNO yang hendak dirobah oleh bakal Presidennya selepas ini. Najib dikatakan begitu komited untuk melakukan 'reformasi' supaya parti yang dianggap oleh Musa Hitam sebagai sudah tua ini dapat segera ditampankan. Najib akui dan optimis tindakan mendisiplinkan pelaku rasuah di dalam UMNO kini, bakal menjulang kemenangan PRU13.

Seluruh warga UMNO harus mengakui bahawa gejala rasuah yang melilit perjuangan UMNO sejak akhir-akhir ini telah menjurangkan kepercayaan akar umbi terhadap parti yang pernah berjasa memerdekakan negara ini. Ingatlah bahawa UMNO akan hanyut jika pendayungnya masih berselingkuh dan berlagak sebagai BERWANG@BERUANG.

11 comments:

Anonymous said...

asskum...wbt

Perwakilan diharapkan dapat membuat pilihan yg terbaik berdasarkan fikiran yg terbuka dan bukannya emotional. Jika UMNO/BN ingin terus relevan utk masa mendatang, pemimpin yg nak dinobatkan haruslah berwawasan dan berintegriti...tak guna menang sorak kampung tergadai.

Anonymous said...

Salam .

Masih segarkah semangat biduk berlalu kiambang bertaut selepas siri pemilihan .

Keputusan hari ini mengnuntut tanggungung jawab masa depan .

Nampak berani kepada undang - undang parti .

Menghomati keputusan Parti juga tanggunjawab .

Sekian .

Anonymous said...

Anony...

"Berfikiran terbuka dan bukan emosional,jika umno/bn ingin terus relevan utk masa mendatang...."

Umno umpama sepohon pokok yang rimbun dan lebat daunnya di tebang MBI tempoh hari,masalah bukan dari akar umbinya masalah datang dari pucuk yang duduk hujung sekali iaitu (presiden parti),kalau pucuk sendiri tercemar dari kesan toksik dan berkulat maka jangan haraplah ia akan sembuh begitu saja kecuali akar dan umbi membuang pucuk tertinggi...harap saudara faham maksud saya.

lan kajang.

Anonymous said...

Senang aje bagi perwakilan. Pilih yg mana-mana benar boleh contribute. Jangan yg boleh bagi habuan aje. Klu calon nak bagi sangat, ambil. Ada calon yg dengar2, paling popular sekarang, pasal bagi fulus. Asalnya dulu langsung tak kenal, tiba2 jadi popular. Guna jentera agensi kerajaan dan ringgit kasaorga. Klu org sebegini di pilih, hancur UMNO.

Anonymous said...

Pada tahun 1983 dan 1991, Mahathir berdepan dengan pihak Raja dan Sultan dengan membuang kuasa veto Raja dan imuniti mereka dari dihukum. Sebelum pindaan ini, setiap Bil yang akan menjadi undang-undang dikehendaki mendapat persetujuan Agung. Dengan pindaan tersebut, bil yang diluluskan oleh Parlimen akan menjadi undang-undang selepas 30 hari tanpa mendapat persetujuan Agung. Bagaimanapun, perkara ini hanya untuk undang-undang sekular dan Sultan masih berkuasa dalam undang-undang Islam yang berada dibawah bidang kuasa mereka.

Pada tahun 1988, apabila UMNO diisytiharkan haram oleh Mahkamah Agung, Mahathir dipercayai merencanakan pemecatan Ketua Hakim Negara, Tun Salleh Abas dan tiga orang lagi hakim Mahkamah Agung yang cuba untuk menghalang kes tersebut. Siri insiden 1988 ini dilihat sebagai titik hitam sejarah perundangan negara Malaysia yang sepatutnya bebas dari campur tangan pihak eksekutif.Mahathir selaku ketua badan eksekutif telah mencampuri urusan badan kehakiman ketika itu.
Tengku Razaliegh (Ku Li) pernah mencabar dan hampir-hampir menyingkirkan Tun Dr. Mahathir Mohamed dalam pertempuran yang sangat sengit pada tahun 1987 sehingga mewujudkan Team A dan Team B dan membawa kepada pengharaman UMNO melalui proses mahkamah.MMmm KU LI tabur...mahathir pun tabur...



[sunting] Pemecatan

Anonymous said...

Keadaan politik sekarang cukup membosankan. Orang Melayu jangan merasakan mereka sudah kuat dan boleh mandiri. Orang Melayu masih lemah. Orang Melayu nampak kuat kerana Kerajaan yang Melayu adalah dominan.
SEDARLAH. Dulu semasa Kerajaan yang PM nya kuat dan pandai, maka Orang Melayu kelihatan hebat. Carilah pemimpin yang kuat dan cerdik seperti atau hampir seperti Tun M.
Ini pndangan orang yang tiada kepentingan politik tetpai mempunyai jati diri Melayu.

UMNO PARTI PENJARA said...

Dapat diskaun..
Ada pulak yang dapat bonus :-)






+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Azam Baru – Semangat Baru UMNO
http://TeamPemudaUMNO.blogspot.com
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Anonymous said...

KEMANA MENGHILANG SDR RAHMAN HASHIM..

Anonymous said...

Salam '
Terima kasih kepada perwakilan yang telah mengundi calon MT . 22 '

Tahniah kepada calon yang telah berjaya .

Semoga segar budaya biduk berlalu kiambang bertaut dalam pemilihan Parti UMNO .

Marilah kita terjemahkan kerjasama
pada Pilihan raya kecil di Bukit Selambau dan Bukit gantang juga di batang AI

Sekian .

Anonymous said...

KITA PASTIKAN 2 BUKIT DAN 1 BATANG MILIK BN PADA PRK 7/APRIL NANTI..INILAH MASANYA KITA KEMBALIKAN MARUAH KITA YANG HAMPIR TERCEMAR DAN DICEMARKAN..KITA HANYA TINGGAL MARUAH YANG SAMESTINYA DIPERTAHANKAN..KITA JADIKAN MELAYU ITU UMNO/BUMIPUTRA ITU UMNO..

Anonymous said...

salam ,

Lama berehat Loceng Wangsa .
Boleh saya bantu .

Peninat LW

dari KL .