Tiga pilihan raya kecil yang berjalan serentak mulai 29 Mac menyaksikan Barisan Nasional akan ditentang hebat oleh calon-calon daripada Pakatan Rakyat. BN yang kalah di dua PRK sebelum ini, iaitu di Permatang Pauh dan di Kuala Terengganu bertekad TIDAK MAHU kalah lagi di tiga-tiga buah kawasan pilihan raya kecil, iaitu di Parlimen Bukit Gantang (Perak), DUN Bukit Selambau (Kedah) dan juga DUN Batang Ai (Sarawak).
Di Parlimen Bukit Gantang, calon BN Ismail Sapian tak semena-mena telah ditentang oleh Dato' Seri Ir. Mohd. Nizar Jamaluddin yang menjadi calon PAS, yang pernah menjadi Menteri Besar Perak selama 10 bulan sebelum digulingkan secara kudeta oleh UMNO/BN pada 6 Februari lalu. Seorang calon Bebas, Kamarul Amizu juga turut bertanding merancakkan lagi pilihan raya kecil Bukit Gantang ini. (Lihat Foto)Manakala di Kawasan DUN Bukit Selambau pula telah mencatatkan satu sejarah dimana 15 calon yang akan berentap. Calom BN Dato' S. Ganesan dari MIC akan ditentang oleh calon PKR S. Manikumar dan 13 calon BEBAS yang lainnya yang terdiri daripada L. Sasila, T. Chandrajan, R. Loganathan, A. Jayagopal, S. Moganakumar, Vanesen Michael, Tan Hock Kuat, Mohd. Fazil Abd. Wahab, Anuar Abd. Hamid, Husaini Yacob, Abd. Rahim Abu, Radzi Md. Lazim dan Khamis Awang.
Di DUN Batang Ai pula menyaksikan satu lawan satu diantara calon BN Malcom Mussen Lamoh dari PRS ditentang hebat oleh calon PKR Jawah Gerang yang pernah menjadi Ahli Parlimen Lubok Antu sejak beberapa penggal sebelum ini.
Apa yang menarik daripada ketiga-tiga pilihan raya kecil ini ialah ianya diadakan serentak sebaik saja UMNO selesai mengadakan perhimpunannya yang menyaksikan berlakunya peralihan kuasa di dalam parti itu. Pak Lah yang juga Perdana Menteri secara resminya tidak lagi menjadi Presiden UMNO, kerana Dato' Sri Najib Tun Razak (Foto) telah dinobatkan sebagai Presiden UMNO yang ke-7 sekaligus bakal menjadi Perdana Menteri menggantikan Pak Lah.Perhimpunan Agung UMNO yang baru berlalu ini dikatakan telah menyuntik semangat baru kepada parti terbesar orang Melayu yang menjadi teras kepada BN, yang telah kehilangan kuasa di negeri Kedah, Kelantan, Selangor, Pulai Pinang dan juga di Perak semasa PRU12. Namun Perak telah kembali semula ke tangan UMNO setelah berjaya melepasi 'daya muslihat' yang tidak dipersetujui sendiri oleh Tun Dr. Mahathir dan juga Ku Li. Perak yang rapuh di tangan BN kini terpaksa berhadapan dengan gelombang kemarahan rakyatnya di dalam pilihan raya kecil di Parlimen Bukit Gantang 7 April ini.
Apakah Ismail Sapian (Calon BN) mampu merampas kembali kerusi P.059 Bukit Gantang ini setelah BN dikalahkan oleh Allahyarham Roslan Shaharum daripada PAS dalam PRU12 yang lalu? Mampukah Ismail Sapian mempengaruhi rakyat di kawasan Parlimen Bukit Gantang untuk menolak 'Nizar' yang didakwa oleh UMNO sebagai penderhaka kepada Sultan Perak itu?
Sesungguhnya rakyatlah yang berhak menjadi 'Raja' demokrasi apabila berlakunya pilihan raya kecil seperti ini. Walaupun Najib berkata bahawa pilihan raya kecil seperti ini bukanlah ukuran sebenar kehendak rakyat terhadap sesuatu parti, namun kesannya amat menikam kalbu jika BN terus ditolak olek rakyat di dalam pilihan raya kecil di dua Bukit dan satu Batang ini.
Jika suntikan semangat yang telah diperolehi di dalam Perhimpunan Agung UMNO juga gagal membawa kemenangan kepada BN di dalam pilihan raya kecil kali ini, tentunya akan membawa bencana kepada UMNO yag baru saja mendapat pemimpin barunya.
Najib, Muhyiddin, Zahid Hamidi, Hishammuddin, Shafie Apdal dan lain-lain pemimpin UMNO yang baru dinobatkan membarisi Ahli Majlis Tertinggi haruslah bermuhasabah dan segera melakukan pembedahan ulangan untuk mengetahui penyakit apakah lagi yang masih membarahi UMNO sehingga ianya ditolak oleh rakyat akar umbi.
Apakah pandangan Dr. Mahathir yang begitu kecewa dengan Pergerakan Pemuda UMNO kerana telah memilih PERASUAH menjadi Ketua pergerakan itu baru-baru ini sebagai beban kepada UMNO/BN sehingga ditolak oleh rakyat, terutamanya di kalangan generasi muda? Benarkah golongan muda di peringkat akar umbi begitu alergik dengan UMNO kerana wujudnya bebanan ini di dalam parti?
Saya lebih yakin bukan saja golongan muda yang berada di luar parti UMNO yang membenci perasuah ini, bahkan di dalam UMNO sendiri dilihat secara terbuka telah mengejek (boo) Ketua Pemuda ini apabila setiap kali namanya disebutkan. Tentu bersebab mereka tergamak memalukan pemimpin muda ini.
Apa pun kita mengharapkan UMNO dan BN segera bertindak untuk menangkis serangan bertubi yang bakal dilepaskan di sepanjang kempen pilihan raya kecil di tiga-tiga buah kawasan ini akibat terlalu banyak bola tanggung yang dihantar sehingga ianya mudah dikilas oleh pihak lawan.


4 comments:
Salam Bro.Rahman,
Dah lama bro. tidak menulis dalam blog ini,pertama sekali saya nak ucapkan tahniah sebab boss bro.Rahman Datuk Zulhasnan dah menang MT umno.
Yang keduanya saya belum nampak perubahan yang berlaku dalam umno/Bn atau pun kerajaan apatah lagi semalam Dtk Hishamuddin ada menyatakan" Apa yang kerajaan PAS telah buat selama setahun pemerintahanya di bukit selambau" ini ungkapan dangkal seorang Naib Presiden UMNo/BN yang lemah bahasa Melayunya sepatutnya belaiu memohon maaf kerana selama 50 tahun pemerintahan kerajaan UMNO/Bn apa yang majunya Bukit selambau?.
Bro. Rahman saya yakin dan penuh rasa tanggungjawab bahawa umno/BN tak akan berubah selagi minda pemimpin umno hanya tahu menyekat apay PR buat untuk rakyat dan tak mahu mengaku kesilapan yang lalu.
PR akan menang di 2 Bukit dan 1 batang. InsyALLAH.
Asskum;
Perubahan di dalam UMNO belum boleh menampakkan impaknya dlm pilihanraya kecil ni berdasarkan fakta2 di bawah ini:-
1. Rata-rata masyarakat Malaysia menggangap bahawa perasuah masih menganggotai saf kepimpinan UMNO. Yang ketara sekali kemenangan Ketua Pemuda masih tidak dapat di terima. Lembaga Disiplin di minta utk membuka semula siasatan ini.
2.Slogan Mesra Rakyat haruslah lahir dari hati nurani yg ikhlas bukan saja mainan di bibir utk memancing undi.
3. Perubahan kepimpinan harus melibatkan semua peringkat.
4.Peluang ekonomi haruslah dapat dikongsi oleh semua rakyat bukan hanya segelintir pemimpin dan proksinya.
Banyak lagi yg harus di teliti ole kepimpinan baru UMNO dalam usaha memenangi hati rakyat. Perubahan bukannya dari segi luaran sahaja.
Terima kasih.
salam bro...bagi yang cakap KP UMNO Malaysia sekarang perasuah...DKT sebelum beberapa jam bermula mesyuarat (waktu subuh)ejen-ejen beliau mula mencari perwakilan2 pemuda utk diberi duit poket sebanyak RM 5 ribu...Mukhriz plak setiap pemuda dia bagi RM 3 ribu...Rizal Merican dia bagi RM 1 ribu....dan tak payahlah nak tuduh menuduh KP sekarang seorang perasuah...aku dpt bang dari DKT, MM dan RM sebab aku ni G2 bang...dan MT pun semua terlibat politik wang bang...bro rahman pun ada jugak main politik wang sebelum2 ni jgn la nak kencing kami.
Nak tunggu Pilihanraya Kecil Bukit Gelugor... bila ye ?
Post a Comment