"Tok Guru ni seorang yang lurus. Kalau dia nak pergi (menunaikan haji), dia tak payah cerita daripada mana dia dapat duit, kita pun tahu dia ada duit" demikian sebahagian daripada ulasan Dato' Seri Nazri Aziz, Menteri di Jabatan Perdana Menteri selepas beliau menemui Tok Guru Nik Aziz 18 November lalu di pejabat Menteri Besar Kelantan di Kota Bharu.“Tidak ada masalah sesiapa pun nak menaja Tok Guru pergi ke Makkah, tetapi kedudukannya sebagai Menteri Besar,” ujarnya kepada wakil media yang berada di pejabat Menteri Besar itu.
Tuan Guru Nik Abdul Aziz telah membatalkan hasrat menunaikan haji disebabkan ada pihak yang telah memperbesarkan isu tajaannya untuk ke Makkah.
Nazri juga berkata, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selaku badan bebas melakukan siasatan berdasarkan laporan dalam akhbar dan bukannya melalui mana-mana individu.
Katanya, Tuan Guru Nik Abdul Aziz sendiri mengeluarkan kenyataan beliau ditaja seseorang ke Makkah.
“Pada saya, Nik Aziz mengeluarkan satu kenyataan tanpa rasa bersalah kerana kalau tok guru nak pergi, dia tak perlu cakap, tetapi dalam hal ni dia cakap dan dia sendiri bukan ada niat apa-apa" ujarnya.
Beliau juga berkata, sebagai contoh jika seseorang itu memberikan rasuah dan meletak wang di atas meja tanpa diusik orang yang ingin dirasuah, ia belum boleh dikaitkan dengan rasuah.


No comments:
Post a Comment