assalamualaikum Pictures, Images and Photos

Wednesday, August 5, 2009

ZULHASNAN TERUS MENERIMA SOKONGAN PADU AKAR UMBI DI SETIAWANGSA

Dato' Sri Zulhasnan Rafique, Ahli Parlimen Setiawangsa yang digugurkan jawatan menterinya di dalam kabinet Najib baru-baru ini dilihat tidak menghadapi masalah untuk menerima sokongan daripada ahli-ahli UMNO yang dipimpinnya di Bahagian Setiawangsa.

Beliau yang telah menjadi Ahli Parlimen sejak tahun 1999 merupakan satu-satunya calon UMNO yang telah menang mempertahankan kerusinya di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, selain Tengku Adnan di Parlimen Putrajaya dan juga di Parlimen Labuan. Di dalam PRU2 lalu kerusi-kerusi UMNO di Parlimen Lembah Pantai dan Titiwangsa telah kecundang dengan mengejutnya di tangan PKR (Nurul Izzah) dan juga PAS (Dr. Lo' Lo').

Ketua Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Setiawangsa, Puan Hairunisha Ismail (Kak Ani) semasa menyampaikan ucapan aluannya di dalam persidangan perwakilan Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri Bahagian itu pada 1 Ogos lalu, telah menyatakan ikrar dan sokongan padu ahli-ahli Wanita terhadap kepimpinan Dato' Sri Zulhasnan Rafique.

Kak Ani dengan nada yang tulus telah menyatakan tidak menjadi masalah kepadanya untuk meneruskan sokongan memperkasakan UMNO yang dipimpin oleh Dato' Sri Zulhasnan di Setiawangsa. Jelasnya lagi, walaupun Dato' Sri Zulhasnan tidak lagi berjawatan menteri namun bukanlah pangkat dan darjat yang menjadi ukuran untuk kita menampilkan sokongan secara konsisten terhadapnya.


Foto Atas: Dato' Halim (duduk) bersama-sama dengan Shuib Ibrahim (Dua dari kanan) dan Ahmad Hashim (Tiga dari kiri).
Foto Bawah: Dato' Ahmad Fauzi Zahari (Berdiri kiri sekali) bersama-sama Abd. Rahman Hashim (Berdiri kanan sekali)


Untuk tujuan itu, Kak Ani dengan nada yang penuh bersemangat telah mengajak semua ahli UMNO di Setiawangsa supaya bersatu hati, selenggang dan sehayun untuk mempastikan kerusi Parlimen Setiawangsa yang disandang oleh Zulhasnan (UMNO) hari ini dapat dipertahankan di dalam PRU13 nanti.

Salah seorang perwakilan daripada UMNO Cawangan Air Madu, Roselan Abdul Rahman juga sependapat dengan saranan Ketua Pergerakan Wanita itu, dimana menurutnya sudah tiba masanya UMNO tidak lagi terjebak dengan isu-isu dalaman yang boleh melemahkan kekuatan parti.

Dimyati Jaffar, Ketua UMNO Cawangan Seksyen 10 Wangsa Maju pula mahukan supaya kepimpinan UMNO di semua peringkat diberikan suntikan semangat baru untuk memperkuatkan jenteranya di peringkat akar umbi. Beliau yang juga ahli jawatankuasa UMNO Bahagian Setiawangsa bertekad untuk bekerja keras bersama-sama dengan kepimpinan yang diketuai oleh Dato' Sri Zulhasnan untuk memantapkan lagi perjuangan memenangi hati rakyat dalam menghadapi PRU13 nanti.

Radzi Jaafar daripada UMNO Cawangan Kg. Loke Yew ketika menyampaikan ucapan penangguhannya di persidagan perwakilan UMNO Bahagian Setiawangsa juga mahukan supaya UMNO tidak membiarkan fenomena perpecahan menjadi punca kepada kelemahan untuk kita mempertahankan kerusi di Parlimen Setiawangsa.

Sementara itu, Ketua Penerangan UMNO Bahagian Setiawangsa, Haji Ahmad Hashim ketika berucap mewakili ahli jawatankuasa UMNO Bahagian telah mengemukakan beberapa garis panduan untuk mengemaskini jentera penerangan yang membabitkan program-program seperti sudut pidato, siri penerangan isu semasa dan juga program bersemuka dengan rakyat untuk menjana kekuatan parti.

Dalam artikata yang lainnya, rata-rata pemimpin cawangan di Bahagian ini mahukan supaya Dato' Sri Zulhasnan meneruskan agenda memperkukuhkan keyakinan rakyat terhadap parti dengan memberikan keutamaan kepada rakyat akar umbi yang memerlukan pembelaan.

Pada mereka elemen adu domba yang membabitkan keinginan pemimpin tertentu di Bahagian ini yang dikatakan akan dilonjakkan untuk bersaing dengan Zulhasnan di dalam pemilihan parti akan datang adalah sesuatu yang tidak sihat yang bakal melemahkan parti. Pecacai politik yang oportunis ini lebih gemar untuk mencaturkan supaya wujudnya pertembungan 'ayam laga' sebagai 'placing' untuk menjadi calon di dalam PRU3 nanti bagi kerusi Parlimen Setiawangsa.

Apakah Dato' Halim Samad, Shuib Ibrahim dan Dato' Izudin Ishak (Lihat foto sebelah) yang dikatakan berada di dalam satu 'Kem Najib' akan bergandingan atau pun akan bersaing sesama sendiri untuk menggantikan Zulhasnan dari tampuk kerusi yang disandangnya hari ini? Sama-samalah kita menyaksikannya siapa... yang menipu siapa?

Pada saya Dato' Ahmad Fauzi Zahari, Naib Ketua UMNO Bahagian Setiawangsa haruslah mencongak dengan segala muhasabah apakah dirinya bakal disisih, walaupun beliau juga mempunyai ambisi untuk melonjak ke hadapan. Beliau dilihat begitu intim dan sinonim untuk bergandingan dengan Zulhasnan jika berlaku pertembungan dengan pakatan Halim/Shuib/Izudin.

Pencapaian jumlah undi G7 yang diperolehi oleh Shuib (125 undi) menggambarkan penggabungan ini telah berlaku, walaupun Dato' Halim & Shuib pernah bertembung dalam merebut jawatan Timbalan Ketua Bahagian pada tahun 2008 yang lalu. Pertikaman diantara mereka berdua ketika bertanding dahulu, walaupun telah mengalami kecederaan namun mereka telah sanggup untuk melupakannya demi untuk mengelakkan diri masing-masing daripada berlawan sesama sendiri di musim akan datang.

Harapan saya janganlah Setiawangsa menjadi medan kedai jahit (tailor) untuk mengukur saiz badan menempah bush jacket, di mana akhirnya yang dikejar tak dapat, yang dikendung keciciran. Jika ini terjadi, bukan sahaja Zulhasnan berjaya disisihkan, malah Halim Samad, Shuib, Izudin dan Fauzi hanya menggigit jari dan bush jacket yang ditempahnya bakal menjadi pakaian resmi untuk menyambut kedatangan calon payung terjun di Setiawangsa. Kah..kah..kah..kah!

38 comments:

NoRuLLiSzA eL FaRiSi said...

salam ziarah
thanks atas kunjungan ke blog dan follow blog ana..
moga rahmat Allah bersamamu selalu..ameen ya Rabb

Pro Perubahan said...

Salam Bro Rahman,

Ehem... Biar la diorang nak buat apa pun, tipu ke, apa ke, kan politik namanya.... Sekurang-kurangnya diorang ada gak cita-cita nak maju kedepan, Bro Rahman yang hari-hari tulis pasal diorang dok kat takuk lama gak, tak gi mana-mana pun....

Anonymous said...

assalamualaikum pembaca semua,
saya juga salah seorang ahli UMNO Setiawangsa, pandangan saya ada diantara ahli jawatankuasa yang layak utk jadi pemimpin di Setiawangsa contohnya saudara Yamin, beliau bukan saja berpendidikan dan rajin membuat kerja amal malah beliau juga bagus berucap, malah dlm PRU yg lepas beliau menjaga jabatan pengangkutan dengan jayanya tanpa melesapkan atau menyalahgunakan wang tetapi sayangnya beliau tidak sepopular yg lain kerana beliau membawa keagamaan kedlm politiknya dimana segelintir tdk dapat menerima dan yang paling utama beliau tak salam berisi atau dlm bahasa lain tak tabur duit jadi beliau tdk disukai oleh sebahagian besar ahli-ahli UMNO Setiawangsa, inilah sikap sebenar SEBAHAGIAN ahli UMNO Setiawangsa yg mana ada duit ada undi....................

Anonymous said...

Saya sependapat dengan Rahman..diantara Halim, Shuib dan Izudin semuanya 'aim' untuk jadi calon PRU13. Tapi hanya 1 kerusi yang nak diisi. Percayalah, mereka ber3 tak bertahan lama, semuanya kelihatan nak tidur setilam tapi sorang tak basuh kaki, sorang terlupa nak baca bismillah dan sorang lg syok sendiri.
Diantara mereka ber3 juga sedang merancang untuk cah keting sesama sendiri.

Unknown said...

bila yang buat kerja tidak disisihkan?kerana ikhlas bekerja?tak korup?

Unknown said...

kalau tipu,menang kejap,tak menang lama?membazir je tipu.

Anonymous said...

Kini ada yang dah ikut pegi mkn ikan bakar di Melaka...nak conform jadi pengikut setia seseorang.

Anonymous said...

Jumlah wakil dlm persidangan perwakilan Bhg setiawangsa baru2 ini ialah 257 orang. Shuib hanya dpt 125 undi, Izudin 119 undi. Ini bermakna 132 orang wakil2 cawangan yang tak undi Shuib dan 138 tak undi Izudin. Siapakah gerangannya yang tak mau Shuib dan Izudin itu? Tapi ada juga org yang tak undi Shuib tapi mengaku mengundi...hai mcm2 la politik ni.

perwakilan setiawangsa said...

Salam bro Rahman,

Kalau saya tak mengundi Shuib, salah ke? Itu hak saya. Dia tak boleh marah. Begitu juga kalau saya yg bertanding, jika Shuib tak mengundi saya, itu hak dia, dan perlukah saya memarahinya?

Nak tau juga bro Rahman selain mengundi diri sendiri, sdra undi dia ke?

ujum Pak Belalang, Rahman Banyak temberang said...

Bro Rahman tak habis habis nak komen benda tak ada diadakan. Typical MO nya dari dulu. Penuh hasad dengki tak boleh orang lain lebih. Walhal dua dua cai Bro Rahman ada nama Izzudin. Ambil duit Izzudin tapi dah pukul pula. Duk puji habis habis Sis Ani dan Zulhasnan. Lambat lagi bertanding dah cubo purak peranda dan komen berbau dengki dan hasutan. Orang macam Bro Rahman maka rosak UMNO. Betul jugak member atas tulis. CV menjela-jela, keadaan begitu juga. Tanding tak pernah menang. Pendapatan nak gigit dan gamit saja. Dulu Arwah Datuk Azman Attar dah sungkit kamu, kemudian bodyguard Zainal Nazeri dah sungkit kamu, dulu kau kencing Kamal Saleh kemudian kau kencing Zulhasnan dan Zainal Nazeri.. Ambil elaun 2K tiap bulan tulis blog puji Zulhasnan. Sekarang cepat cepat jolok Zulhasnan keluar tabung duit kasi Rahman untuk mencacai akan datang. He, He, He.. Kah.,, Kah..,, Kah Hidup Zulhasnan. Sponsor Rahman buat kerja. Kalau tak faham, tak nampak cara Rahman, anak haraam. Nujum Pak Belalang.

Pentadbiran said...

Nak perbetulkan. Yang layak dan berbayar 257 orang. Yang hadir mengundi 217. Undi rosak 49. Ramai yang tak dibayar. Tahun 2008 298 perwakilan hadir mengundi. Menang atau kalah tak boleh dijadikan menjadi pengukur kerana tiada pertandingan jawatan. Bebas dan tak berkumpulan. Ini kenyataan Ketua Bahagian sendiri. Yang undi Shuib tak pakai cermin mata. Kesian.

takmakancili said...

Aduhai...rupa-rupanya ada juga monyet yang terlompat bila diusik...hello Nujum Pak Belalang...muncullah kamu di alam nyata supaya org tau kaulah monyet yang pening lalat. Tak baik cerca orang. Kalau tak betul pandangan Rahman jgn cuba melatah sehingga pembaca tau siapa yang sedang mencerca Rahman. Sya hrp Rahman teruskan penganalisaan anda, biarkan yg mkn cili terasa pedas.

bujanglapok said...

Salam kepada nujum pak belalang,

Kenapa menggelisah sangat apabila membaca artikel bro rahman yang menyebut kepimpinan Zulhasnan semakin mendapat sokongan padu daripada pergerakan wanita? Apakah dia tak suka Zulhasnan lagi? Kalau nak gantikan Zul, siapa? Muncullah kau wahai Nujum Pak Belalang..

Abdul Rahman Hashim said...

Assalamu Alaikum kepada semua pelayar laman blog locengwangsa yang dikasihi sekelian.

Saya menghargai di atas kesetiaan anda melayari blog ini, tetapi saya agak kecewa kerana masih ada yang berminat untuk mencemarkan maruah diri sehingga hilang akal budi, merendahkan akhlak sendiri dengan melabelkan perkataan yang tidak senonoh apabila membuat ulasan balas.

Tidak sewajarnya anda perlu memilih perkataan yang tidak senonoh itu untuk menangkis maksud yang anda sendiri kurang jelas mengenainya. Perbuatan melemparkan kata nista dan fitnah bukannya disukai oleh agama kita, malah Allah melaknatnya.

Cubalah menghindari diri kita daripada terlalu angkuh seolah-olah diri kita tidak terpalit dengan segala sifat kekejian yang melambangkan warna kehidupan diri anda yang sebenranya.

Waspadalah dengan golongan ini yang hanya mahu dipuji tetapi tidak tahan diuji.

Mohon maaf jika teguran saya ini menyinggung perasaan yang terbabit, kerana saya tidak berniat untuk menjatuhkan maruah anda. Saya menulis sekadar untuk memberikan pandangan yang membina berasaskan kepada analisa semasa.

Sekian, wassalam.

ABDUL RAHMAN HASHIM

prorahman said...

Hello,

Sya hrp bro rahman tidak tersentuh hati dengan perangai gile oleh org gile tu..Hei org gile..kalau kau tak suka locengwangsa, lebih baik kau berkawan dengan iblis. Iblis saje yang suka dengan perangai jahat kau itu. Faham?

Semoga Tuhan berikan petunjuk kpd org yang belum mendapat petunjuk.

Sabarudin Tukang Karut said...

Alloooooo...

Nak bermaruah macam mana bro Rahman? setahu saya la,"ADA" org yang menang tahun ni dengan cara bermaruah, maksudnya dengan cara betul dan bukannya cara menipu macam yang lepas....

Aduh... nak menang pun jangan la menipu, nampak sangat lahap nak jawatan...

Bro Rahman pun satu, kalau nak tulis pun pastikan sumber2 dan informer bro betul2 dapatkan maklumat yang tepat bukannya sumber dari cakap2 yang belum tentu sahih lagi... itu namanya "FITNAH"...

Apa2 pun saya berharap sangat UMNO Setiawangsa dapat mengekalkan perpaduan, jangan biar rakyat tengok kita berpecah, macaman rakyat nak sokong kalau kita sendiri berpecah ?

kepada Dato Halim, Dato Fauzi, Dato Izudin dan Bro Shuib.... Rapatkan saf & LAWAN TETAP LAWAN

Jangan buang Masa said...

Bro Rahman kalah tanding G7. Kalau memang, menjela-jela pujian atas diri sendiri.

Rahman, kamu ulas diri sendiri dan komen hentam pengkritik kamu guna nama lain. Nampak sangat cara kamu menulis. Kamu suruh orang tulis cara berhemah, tapi kami tulis macam mana?. Isu-isu yang tak relevan kamu timbulkan. Patut tulis unjur perkasakan parti untuk ketuanan Melayu dibumi sendiri.

Lihat ayat-ayat terakhir komen kamu kah, kah kah.... Macam itu ke penulis blog yang berhemah? Tambah lagi 1) 'siapa tipu siapa' 2) 'Kena keting' 3) 'bush jacket' 4) 'gigit jari' 5) 'ambisi' 6) 'gandingan halim/shuib/izudin' dan banyak lagi. Isi-isi dan isu-isu lebih pentingkan kepentingan sendiri dan bukannya isu-isu nasional atau pelajaran untuk membimbing pembaca-pembaca.

Ternyata menunjukkan Sdr. Rahman hendak mempengaruhi pihak tertentu untuk kepentingan apa??. Guna ayat-ayat saperti budak darjah rendah atau senang kata 'grade rendah'. Mana nak maju sedangkan guna perkataan yang tak berhemah. Kalau banding dengan penulis blog lain-lain, jauh lagi 'standard' kamu Rahman. Sepatutnya pihak berkuasa adakan 'grade' atau' kategori penulis blog.

UMNO Setiawangsa tahu bahawa Dato Halim, Shuib dan Izudin setakat ini tidak sehaluan dan Dato Halim sangat taat dan rapat dengan Dato Zulhasnan. Begitu juga Dato Fauzi yang mempunyai track rekod yang bagus, muda dan sangat taat dan rapat dengan Dato Zulhasnan/Dato Halim. Kenapa ditimbulkan perkara-perkara ini seolah-olah kamu bertujuan tertentu. Kenapa kita tidak mengambil langkah unjurkan persatuan Dato Zulhasnan, Dato Halim, Shuib dan Izudin jika betul kata kamu. Apa pentingnya mereka-mereka berbanding ahli-ahli UMNO Setiawangsa yang lain. Adakah kerana mereka berduit?, bergelar Dato-Dato?, orang PMlah, orang TPM lah .... Kamu semua tak belajar ke dari keputusan pilhan raya PRU12 tahun lalu. Terpenting kemenangan UMNO dan perkasa parti UMNO supaya menjadi saperti dahulu dimana kita bangga memakai baju UMNO.

Sekarang kamu komen dan angkat komen-komen kawan-kawan kamu sahaja. Mengapa terserlah sangat pujian atas Ani walhal kita tahu bagaimana dia dengan Dato Zulhasnan belakang-belakang. Apa relevannya komen-komen Dimyati Jaafar, Roselan (Siapa dia ni? dan bila masa dia berucap dipersidangan?),Radzi Jafar dll. Orang banyak puji kita selalu ada maksud lain.

Maaf komen saya kerana saya pun bukan pakar menulis tapi naik meluat gelagat orang yang hanya tahu mempecah belah kan perpaduan. Kamu kritik orang tapi bila dikritik balik - marah, makan cili pedas, monyet dll.... Tapi umum warga UMNO Setiawangsa tahu kamu dan sahabat-sahabat rapat kamu mencaci orang bukan main lagi.
Kamu semua yang patut di beri petunjuk.

Tuduh nak jadi wakil rakyat, ketua bahagian... Apa bende lah lu..... Nampaknya geng-geng kamu 'aim' Halim/Shuib/Izudin je???? Kenape agaknya??? Fauzi??? Zulhasnan nak semula??? Astaman???? Kamu bukannya tak layak!!!! Jangan hujan tengahhari sudah.

Lepas ni gerenti saya dah tak layari blog ni. Buang masa, takde standard (Macam Anwar Ibrahim) Ala CIA Amerika. GUna blog dan guna nama lain kritik balik dan kritik pengkritik.....

Kalaulah kerajaan boleh kuatkuasa ahli-ahli komen saperti talipon mudah alih pra-bayar maka kita tahu sebenarnya. Termasuk identiti saya. hehehehehe

Elok tengok blog Tun M. Penuh isi dan profesional.

Terakhir - Rahman macam tak senang aje!!!!! Jangan dengki, tak baik. Hasad tak ape!!!

Abdul Rahman Hashim said...

Kpd 'Jangan buang masa',
Terima kasih kerana anda masih melayari blog saya ini. Setakat ini lebih daripada 38,000 telah melayari blog saya, dan saya menulis di dalam blog ini tidak pernah menyembunyikan nama saya, malah terpapar gambar saya di dalamnya. Apabila saya menulis, saya bertanggungjawab terhadapnya. Oleh itu tidak benar andaian sdra yang mendakwa semua yang membuat komen itu adalah saya.
Saya tidak mudah terpengaruh dengan tuduhan-tuduhan yang dibuat oleh sdra itu sehingga tergamak menidakkan komentar org lain yang juga bebas membuat ulasan di dlm blog ini.
Saya harap anda yang sering membuat ulasan di dlm blog ini tidak berkecil hati dengan pengulas yang tersinggung itu. Nampaknya dialah yang tidak berani tampilkan dirinya apabila nak menyinggung orang lain.
Oleh itu sebaik-baiknya jika hendak membuat ulasan krtis di dlm blog ini, sebutkan nama (ID)anda supaya lebih bertanggungjawab.
O.K!

ABDUL RAHMAN HASHIM

Anonymous said...

kalau tetap harap duit baru nak sokong pemimpin alamat sampai bila pun umno tak kemana dan akan kalah lebih teruk dalam pilihan raya akan datang....... renong lah ....

skinny jeans said...

mind blowing blog, colors suites perfectly.

Anonymous said...

Ini kah sifat orang orang UMNO yang nak menang dalam PRU 13 nanti bergaduh sama sendiri. Bro Rahaman pun satu jangan lah di juluk sarang tebuan. Tulis lah pekara yang menaafat kepada UMNO Setiawangsa, pekara telus dan memberi keuntungan. Nampak sangat Bro ni penulis upahan yang membodek Pembayar upah.

Jangan Bro menjadi pelacur politik yang menutup cerita sebenar yang belaku di Bahagian ini. Ketidak puasan ahli ahli Umno kepada kepimpinan Bahagian hendaklah di suarakan dan Bro memberi peluang kami meyuarakannya di dalam Locengwangsa.Kita hendak lah bersama memberikan buah fikiran supaya UMNO mendapat kemenangan yang mutlak di dalam PRU13 nanti.Seperti kata PM kita kalau nak menang buat lah perangai orang nak menang.

Sekali saya sebagai orang tua dalam UMNO Setiawangsa ni meyeru kepada Bro Rahman dan juga penulis penulis dalam blog ni mari lah kita berdamai dan beri lah buah fikiran yang bernas untuk kebaikan UMNO kerana kita yakin dan percaya pejuangan untuk mempertabat orang Melayu ialah melalui UMNO.Walaupun ada kesilapan di sana sini ianya bolih di perbaiki, yang penting nya masa depan umat Melayu.

Anonymous said...

Kepada Nujum Pak Belalang sabar lah sikit jangan ikut hati yang panas. Rahaman kena angkat bos dia dan kena nampak buat kerja kalau tak nanti tak masssuuuk. Kalau nak suruh dia puji engkau senang aja up ajalah apa yang Datuk Zul bagi.

locengwangsa.blogspot.com said...

Salam,

Rasanya tidak bermaruah seseorang penulis jika tulisannya didorong oleh 'sang pengupah'jauh sekali menjadi mata duitan. Secara tulus saya nyatakan di sini bahawa saya menulis artikel ini tidak diupah oleh sesiapa pun.

Jika ada yang membuat andaian buruk itu, diharapkan jgnlah mengaitkan diri saya, melainkan jika saya berada di posisi 'bawah dagu' seseorang pemimpin ataupun saya di bayar gaji/elaun bulanan olehnya.

Sesungguhnya andaian yang dibuat itu tidak menepati sasarannya.

Terima kasih.

ABDUL RAHMAN HASHIM
0i78091469/0128844169/045791983
Tel Pejabat: 082-250069
Fax: 082-233069
Emel: arhskuad69@gmail.com

Anonymous said...

yea ke....hmmmm.....

Anonymous said...

Bawah Dagu ke Bawah Lutut ? Jangan lah kami diborak-borakkan....

Anonymous said...

penulis di beli dengan duit.... baru ada cerita angkat boss ... perwakilan pun di beli dengan duit... baru menang orang tertentu... tak habis habis... rasa nya buat tender terbuka utk jawatan dalam parti lagi baik.....renong lah.....

Anonymous said...

tak ada bayaran ke En Rahman.....

Anonymous said...

nak renong apa member .... duit punya pasal sanggup pilih siapa saja..letak kambing kurap pun di pilihnya ...janji masuuuuk.... itu lah dia ahli kita..........betul tak En Rahman.....

Anonymous said...

ahli umno dapat duit sesiapa pun boleh jadi pemimpin.......... memalukan saja.... orang yg macam ini lah sebenarnya pengkhianat dan penjahanam bangsa.....

pak yah said...

pak yah rasa memang betul cakap saudara tu... apa komen sdra Rahman..

Anonymous said...

Sebenarnya UMNO Setiawangsa ni memang teruk. Semua bolih buat.Mesyuarat tak ikut peraturan pun bolih lulus asalkan bayar wakil bahagian yang hadir tak percaya tanya Ketua Cawangan En.Zainal atau Wakil Bhg. Mesyuarat dirumah yang dihadir empat lima orang termasuk pembantu rumah pun bolih diluluskan. DiSetiawangsa semuanya bisa diatur kalau kita baik dengan orang yang pegang jawatan tertentu di Bahagian. Bro Rahman renung-renungkanlah.

penyokong shuib AHLI PARLIMEN P118 said...

seronok baca komen2 org setiawangsa nih. bernas sungguh.

sebagai penyokong tegar shuib...saya tetap bersama shuib. inilah calon Ahli Parlimen Setiawangsa P118 yang baru. tidak ada sangsinya lagi.

yang lain sila ketepi dan beri laluan. seorang ahli politik MANTOP akan tampil di setiawangsa. zulhasnan...tidak relevan lagi. suruh dia jadi MP London. dekat sikit dengan anak dia. boleh main kuda selalu.

shuib lain...shuib adalah yg terbaik. yg mampu mengembalikan kegemilangan umno di setiawangsa. pozi Naib yang ala2 lelaki 'ayu dan lembut' itu...lupakan sahajalah.

Jangan hantuk said...

Yang kata penyokong Shuib tu bukan penyokong tu. Kaki hantuk. Takda penyokong Shuib sebenarnya. Semua penyokong Dato Zulhasnan. Dia Ketua Bahagian Kita. Wakil rakyat lebih baik Dato Zulhasnan sambung. Kalau Dato Zulhasnan tak minat maka lebih baik ambil yang muda. Dato Izudin, Dato Ahmad Fauzi, Dato Azmi (Akan Datang) Dato' Seriwani?? Berilah jawatan kepada yang berminat. 50% masalah selesai.

SETIA...WANG...SAJA said...

Tertarik dengan komen "PENYOKONG SHUIB" .... kalau nak jatuhkan orang pun janganlah sampai mempergunakan nama.... (tak pernah dibuat penjenayah kalau membunuh, mayat diletak diluar rumah sendiri)kalau ye pun nak melaga-lagakan orang, menipu tu biar lah logik....

Psst... menipu budak sekolah boleh la atau menipu undi.

PI LAH RAHMAN, KAKI TEMBERANG said...

Pada Setia Wang Saja

Mainan rahman tahu sajalah. Penulis upahan, dengki macam dia terror sangat. Betul kata penulis jangan buang masa. Kita boleh ungkit segala apa yang dia buat. Tunggu masa. Buat blog ada tujuan. Lain penulis blog takde angkat diri tapi Bro Rahman. Tengok ahli jawatan kuasa penulis blog dia ROSLI kah, kah, kah kah

pak yah said...

Yang pelik kat setiawangsa ni orang gaji dari indon pun boleh dikira sebagai perwakilan cawangan ... ahli pun tak cukup nak mesyuarat...... yg lebih pelik orang2 besar bahagian pun turut hadir tetapi tutup mata... mesyuarat siap buat kat rumah lagi BUNIAN H W lah kata kan... mana punya undang2 mereka pakai pun tak tahulah ... semuanya kerana ... GILA KUASA ... betul tak En Rahman?????

Anonymous said...

yang tak habis habis nak marah kat suib ni kenapa....

Anonymous said...

yang semua orang berangan nak jadi YB ni kenapa .... buat lah keja ... pastikan yang umno itu mempunyai penyokong utk menang pilihan raya akan datang .... dan siapa calun tidak di persoalkan... yg penting buat kerja... bukan cari Tender... bukan cari favour dgn PM atau TPM....BUAT KEJA !!! ada faham.....betul tak En Rahman????