PILIHAN RAYA KECIL DUN PERMATANG PASIR. PENAMAAN CALON 17 OGOS, PENGUNDIAN 25 OGOS.
Terkini. Pilihanraya kecil DUN Permatang Pasir akan diadakan pada 25 Ogos, dan penamaan calon pula pada 17 Ogos. Umat Islam dijangka akan menyambut awal Ramadan pada 22 Ogos ini.
Demikian pengumuman yang dibuat oleh Pengerusi SPR, Tan Sri Datuk Seri Abdul Aziz Mohd Yusof pagi ini. Pengerusi SPR itu berkata, pihaknya memutuskan untuk mengadakan pilihanraya kecil itu dalam bulan puasa "ia merupakan masa yang palng sesuai sekali untuk menyelesaikan secepat yang boleh kerana umat sedang berpuasa".
"Waktu itu juga merupakan masa cuti sekolah," katanya dalam sidang akhbar yang diadakan di Putrajaya hari ini. Pilihanraya kecil kelapan ini diadakan ekoran kematian ADUN tunggal di negeri tersebut, Datuk Hamdan Abdul Rahman pada 31 Julai lalu.
Permatang Pasir adalah satu daripada tiga kerusi negeri dalam parlimen Permatang Pauh yang diwakili ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Dalam pilihanraya umum lalu, Mohd Hamdan memperolehi 11,004 undi untuk menewaskan calon BN dari Umno, Ahmad Sahar Shuib dengan majoriti 5,433 undi. Ahmad Sahar mendapat 5,571 undi.
Kubu kuat PAS ini dipertahankan selama tiga penggal berturut-turut oleh allahyarham sejak pilihanraya umum 1999, sewaktu memuncak kemarahan orang ramai susulan insiden pemecatan Anwar daripada kerajaan dan Umno.
Di dalam perkembangan yang berkaitan, PAS dijangka akan mencalonkan ayam tambatannya 'Mohamad Sabu' untuk bersabung dengan calon UMNO yang bakal diumumkan nanti. Mat Sabu merupakan ahli jawatankuasa pusat PAS. Selain Mat Sabu, Peuruhjaya PAS Pulau Pinang, Salleh Man juga berada di dalam senarai pendek untuk dipertimbangkan sebagai calon di Permatang Pasir.
Pilihan raya kecil ini dijangka sengit, kerana UMNO ingin membuktikan betapa parti ini semakin diterima rakyat setelah pencapaian undi yang diperolehinya di dalam pilihan raya kecil Manek Urai baru-baru ini.


2 comments:
tunggu+lihat?
saksikan slot ceramah saya di Parlimen Larut Perak malam tadi di YouTube.com tajuknya 'MELAYU LARUT BANTAH ANWAR IBRAHIM'. tkasih - Halim Tuah
Post a Comment