
Ulasan saya:
Nabi Noh A.S dahulu ketika menjalankan tugas dakwahnya lebih 1000 tahun, tidak pernah pun mengeluarkan kata-kata nista "pergi jahanamlah kaum ku".
Nabi Noh A.S dahulu ketika menjalankan tugas dakwahnya lebih 1000 tahun, tidak pernah pun mengeluarkan kata-kata nista "pergi jahanamlah kaum ku".
Abu Hurairah pernah berkata, Rasulullah SAW telah bersabda maksudnya, "...seorang muslim adalah saudara kepada seorang muslim yang lain, tidak boleh membiarkan saudaranya dihina oleh orang lain..cukuplah seseorang itu dianggap jahat apabila ia menghina sesama muslim..." (Riwayat Muslim).
Kita perhatikan pula Firman Allah di dalam surah Al-Hujrat ayat 11 yang bermaksud, "....Janganlah sesuatu kaum itu mengejek-ngejek akan sesuatu kaum yang lain, kerana mungkin kaum yang diejek itu lebih baik daripada yang mengejek..."
Ertinya, orang yang suka mengejek dan menghina orang lain ialah orang yang dianggap oleh Allah dan RasulNya mempunyai ciri-ciri seorang yang jahat dan zalim. Rasanya tidak tergamak untuk saya melabelkan Tok Guru Nik Aziz Nik Mat seorang ulamak PAS, seorang naqib kepada parti itu yang dikatakan mempunyai "Gaya kepimpinan Nabi" (Warasatul Anbia') tetapi tidak memiliki akhlak seorang Tok Guru.
Tok Guru dari parti PAS ini begitu bongkak apabila menuduh parti UMNO sama sahaja dengan komunis malah mengandaikan parti terbesar umat Melayu Islam di negara ini sebagai ajaran sesat seperti ajaran 'Ayah Pin'.
Terbaharu, beliau telah menempelak...."pergi jahanam, UMNO". Beginikah sifat sabar, zuhud, seorang yang berilmu dan berakhlak agama? Inikah ayat-ayat dakwah yang paling sesuai untuk menghina saudara seIslam kita daripada UMNO?
Nik Aziz nampaknya semakin menjaga hati DAP daripada menjaga hati umat Islam di dalam UMNO. Mungkinkah beliau sedang mencari-cari dalil naqli dan juga aqli yang mengharuskan dirinya untuk terus mengecam UMNO yang disifatkannya sebagai ...jahanam..?
Benarkah firman Allah yang menyuruh kita berdakwah secara bijaksana (hikmah) dan berlemah lembut itu sebagai 'tidak sesuai' untuk UMNO? Jika ianya tidak sesuai, apakah kaedah (uslub) yang paling bijaksana untuk PAS menyatakan bahawa Islam bukan lagi milik UMNO?
Pada saya jika PAS istiqamah dengan pendapat nyanyuk ini, benarlah firasat saya bahawa parti PAS lah lebih sesat daripada UMNO. Rasanya agak keterlaluan jika nak dilabelkan parti ini sebagai NYANYUK...tetapi hanya orang nyanyuk sahaja yang keliru sehingga tidak dapat membandingkan diantara orang yang beriman kepada Allah dengan orang yang tidak beriman. PAS dan UMNO hanyalah perkakas dunia untuk mencurahkan khidmat bakti sesama insan, tetapi bukanlah sebagai 'agama' sehingga menyesatkan aqidah umat Islam.
Orang PAS dan orang UMNO sama-sama akan dihisab di hari akhirat, kerana solat orang UMNO dengan solat orang PAS semua sama kiblatnya. Ayat 'pergi jahanam UMNO' sebenarnya telah membuka pekung kerosakan akhlak ulamak PAS berkenaan. Sehina-hina UMNO yang dilabelkan itu, janganlah kita terikut-ikut dengan akhlak ulamak jahat itu. Dia bukannya MALAIKAT. Dia insan kerdil yang bukan MAKSUM seperti Nabi yang kita imani. Dosa pahala yang ditanggung olehnya sama sahaja seperti orang lain yang beriman kepada Allah. Allah dan Rasul bukan hanya milik PAS tetapi untuk rahmat sekelian alam.


7 comments:
apa nak hairan ulamak pas menghalalkan maki hamun bukan setakat kat luar tetapi kat dalam masjid pun di halalkan termasuk menghalalkan pukul orang dalam masjid...kalau tidak tak kan lah imam masjid S41 (masjid dalam setiawagsa) sanggup maki pegawai masjid dgn perkataan "muka macam tahi babi" di khalayak ramai dan nak tempeling siak serta pukul pengerusi juga di khalayak ramai kalao tidak membenarkannya mengadakan taskirah anti kerajaan nya..ini lah pendakwah akhir zaman yang gilakuasa dan pangkat dengan pengarah yg hanya suka MENUNGGANG KUDA tak jaga orang bawahnya .... renungkan lah..
Saya begitu kesal kerana Tuan memanggil Nik Aziz sebagai Tok Guru.
Kenyataan NA sekarang secara tersirat adalah lebih berMusuh kpd perpaduan Islam. Tak saya hairan kalau NA ini dianggap Musuh Islam nombor satu.
setuju benar dengan SiamangBukit
salam sobat,,sungguh panjang ya dakwahnya nabi NUH sampai lebih dari sekian th.
trims sudah berkunjung dan follow di ALJUBAIL.S.A,,saya juga sdh follow ,,salam kenal juga.
pendapat pribadi maybe.ni la bila kerana nila setitik rosak susu sebelanga.dia bukan nabi untuk tidak melakukan kesalahan.maafkan?hmm.
kalau dia mengaku ulamak bermakna dia tu ulamak gila.....
Yang membezakan Islam Pas dan Umno ialah orang2 Umno pergi karoake dan orang2 Pas tidak...pergi karaoke tu kata Abdul Rahman Hashim
Post a Comment