
Tak pasal pasal lilin pula menjadi isu politik. Dr. Zambery MB Perak telah mencabar Tuan Guru Nik Aziz supaya keluarkan fatwa terhadap perbuatan Nizar yang turut memegang lilin di dalam upacara mengingati si mati Teoh Beng Hock beberapa hari yang lalu.
Apabila beliau membuat cabaran itu, tentunya di dalam benak fikirannya berkata bahawa Nizar telah melakukan sesuatu yang haram di sisi Islam, cuma Zambry tidak mahu berkata begitu kerana beliau lebih berminat untuk menunggu fatwa Nik Aziz yang mengharamkan tindakan Nizar memegang lilin.
Nik Aziz di dalam reaksi cabaran terhadapnya pula telah menempelak Zambery dengan berkata bahawa dirinya bukanlah seorang mufti yang boleh mengeluarkan fatwa sewenang-wenangnya, tetapi beliau telah memberikan pandangannya bahawa upacara memasang lilin itu bukanlah satu upacara keagamaan sebaliknya ia adalah upacara tradisi (adat) sebagaimana kelaziman upacara menyala dan meniup lilin ketika menyambut hari jadi, sambil menyanyi lagu Selamat Hari Jadi.

Najib menyalakan pelita Deepavali

Nizar (Kiri) memegang lilin bersama pemimpin DAP
Jika Zambery atau sesiapa pun yang pernah menyambut hari jadi dengan upacara meniup lilin yang dicucuk di atas kek, apakah boleh kita mendakwanya telah menyimpang daripada ajaran Islam? Jika meniup lilin mengingati si mati berkehendakkan fatwa Nik Aziz, maka kita juga bimbang sindrom ini akan berjangkit kepada tradisi menyambut hari jadi yang menyalakan lilin dan meniupnya berkehendakkan juga fatwa....mungkin mufti Perak Harussani Zakaria boleh serasikan fatwanya mengikut selera Menteri Besarnya, Zambry?
Dahulu pun mufti ini pernah mengeluarkan fatwa bahawa 'sure heboh' itu haram di sisi Islam, tetapi kesudahannya karnival tV3 itu tidak menjadi haram apabila pertunjukkan tersebut diadakan di Lumut, Perak baru-baru ini. Adakah Zambery terlupa bahawa muftinya itu sering berubah-ubah fatwanya sehingga terkeliru umat Islam dibuatnya? (Lihat foto Zambery dengan muftinya, Harussani)
Bukan itu saja, kalau tak silap saya Majlis Fatwa Kebangsaan juga pernah mengeluarkan fatwanya bahawa upacara meletakkan kalungan bunga di Tugu Peringatan yang diadakan pada setiap tahun Hari Pahlawan itu sebagai 'haram', namun demikian upacara itu masih tetap dijalankan sehingga hari ini. Fatwa itu telah diketepikan, seolah-olah ianya hanya 'Fatwa Pujangga' (nyanyian S. Afendi)?
Demikianlah malangnya jika perkara remeh temeh dijadikan isu politik sehingga menuntut ianya difatwakan dan akhirnya fatwa itu menjadi bahan persendaan. Inilah padahnya jika ulamak sering menari mengikut rentak yang dipalu oleh umaraknya.
Nampaknya episod lilin yang dicanangkan oleh Zambery tidak mengena sasaran, sebaliknya dilihat telah membakar diri. UMNO hendaklah berhati-hati jika hendak bertikam dengan musuhnya. Pastikan di rumah sendiri tidak berlaku kecurangan sebelum menuding jari kepada orang lain. Lilin bukan sahaja dinyalakan oleh Nizar, tetapi pemimpin kita juga sering diundang ke upacara menyalakan lilin di Hari Deepavali.
PAS tidak mejadikannya sebagai isu mungkin kerana mereka menganggapkan bahawa itu adalah adat resam dan budaya Hindu. Orang Islam pun memasang pelita ketika menyambut malam tujuh lekor. Jadi, kenapa faktor lilin yang menjadi pilihan Zambery untuk berpolemik dengan musuhnya?
Apabila beliau membuat cabaran itu, tentunya di dalam benak fikirannya berkata bahawa Nizar telah melakukan sesuatu yang haram di sisi Islam, cuma Zambry tidak mahu berkata begitu kerana beliau lebih berminat untuk menunggu fatwa Nik Aziz yang mengharamkan tindakan Nizar memegang lilin.
Nik Aziz di dalam reaksi cabaran terhadapnya pula telah menempelak Zambery dengan berkata bahawa dirinya bukanlah seorang mufti yang boleh mengeluarkan fatwa sewenang-wenangnya, tetapi beliau telah memberikan pandangannya bahawa upacara memasang lilin itu bukanlah satu upacara keagamaan sebaliknya ia adalah upacara tradisi (adat) sebagaimana kelaziman upacara menyala dan meniup lilin ketika menyambut hari jadi, sambil menyanyi lagu Selamat Hari Jadi.

Najib menyalakan pelita Deepavali

Nizar (Kiri) memegang lilin bersama pemimpin DAP
Jika Zambery atau sesiapa pun yang pernah menyambut hari jadi dengan upacara meniup lilin yang dicucuk di atas kek, apakah boleh kita mendakwanya telah menyimpang daripada ajaran Islam? Jika meniup lilin mengingati si mati berkehendakkan fatwa Nik Aziz, maka kita juga bimbang sindrom ini akan berjangkit kepada tradisi menyambut hari jadi yang menyalakan lilin dan meniupnya berkehendakkan juga fatwa....mungkin mufti Perak Harussani Zakaria boleh serasikan fatwanya mengikut selera Menteri Besarnya, Zambry?
Dahulu pun mufti ini pernah mengeluarkan fatwa bahawa 'sure heboh' itu haram di sisi Islam, tetapi kesudahannya karnival tV3 itu tidak menjadi haram apabila pertunjukkan tersebut diadakan di Lumut, Perak baru-baru ini. Adakah Zambery terlupa bahawa muftinya itu sering berubah-ubah fatwanya sehingga terkeliru umat Islam dibuatnya? (Lihat foto Zambery dengan muftinya, Harussani)Bukan itu saja, kalau tak silap saya Majlis Fatwa Kebangsaan juga pernah mengeluarkan fatwanya bahawa upacara meletakkan kalungan bunga di Tugu Peringatan yang diadakan pada setiap tahun Hari Pahlawan itu sebagai 'haram', namun demikian upacara itu masih tetap dijalankan sehingga hari ini. Fatwa itu telah diketepikan, seolah-olah ianya hanya 'Fatwa Pujangga' (nyanyian S. Afendi)?
Demikianlah malangnya jika perkara remeh temeh dijadikan isu politik sehingga menuntut ianya difatwakan dan akhirnya fatwa itu menjadi bahan persendaan. Inilah padahnya jika ulamak sering menari mengikut rentak yang dipalu oleh umaraknya.
Nampaknya episod lilin yang dicanangkan oleh Zambery tidak mengena sasaran, sebaliknya dilihat telah membakar diri. UMNO hendaklah berhati-hati jika hendak bertikam dengan musuhnya. Pastikan di rumah sendiri tidak berlaku kecurangan sebelum menuding jari kepada orang lain. Lilin bukan sahaja dinyalakan oleh Nizar, tetapi pemimpin kita juga sering diundang ke upacara menyalakan lilin di Hari Deepavali.
PAS tidak mejadikannya sebagai isu mungkin kerana mereka menganggapkan bahawa itu adalah adat resam dan budaya Hindu. Orang Islam pun memasang pelita ketika menyambut malam tujuh lekor. Jadi, kenapa faktor lilin yang menjadi pilihan Zambery untuk berpolemik dengan musuhnya?


7 comments:
salam saudara rahman.
Saya bersetuju dengan pendapat dan komen anda,sebenarnya masih banyak isu-isu orang islam yang wajar di tangani dan mufti-mufti harus bertanggungjawab menegakan hukum ALLAH sebagai contoh:
Sehingga hari ini semua mufti membisu soal menutup aurat bagi wanita islam oleh sebab itu masih ramai permaisuri raja-raja dan isteri-isteri pembesar negara yang tidak menghormati islam sebagai agamanya dengan tidak menutup aurat.siapakah yang harus bertanggungjawab menegur dan meminta arahan ALLAH ini di patuhi.bukankah berdosa besar mufti-mufti ini jika mereka gagal melaksanakan tanggungjawab sebagai khalifah ALLAH.
Shamsul KL
Sdra Shamsul, saya bersetuju dengan pandangan sdr, kelihatannya mufti yang ada hari ini bagaikan musang berjanggut....hingga tak berani nak menegur dan memberi nasihat kepada ulil amrinya. Apakah ada pengecualiannya kepada raja-raja ataupun pemimpin negara sehingga mufti tidak boleh berkata apa-apa jika kemunkaran itu berlaku di kalangan mereka? Sebab itu saya sendiri tak respect kepada Harussani Zakaria yang hanya arif dalam bab hukum membodek saja.
www.pendekarwangsa.blogspot.com
Pemuda Bukit wangsa
memang harussani pernah berkata jom heboh tu haram....jika kita fikir sendiri yang di maksud kan haram itu ialah mengenai konsert nya bercampur bukan muhrim dan melalaikan umat islam sehingga lupa hendak bersolat.......jika kita pandang dari sudut kebaikan ianya adalah baik kerana memberi peluang bukan kepada umat islam sahaja malah semua rakyat malaysia menambahkan pendapatan dengan berniaga di situ dan memberi "keuntungan kemurahan harga" kepada pembeli....jom heboh boleh di adakan jika konsert tidak di adakan.......cuba renung renungkan.......
Brother, bakar lilin untuk hari jadi ada beza dgn bakar lilin untuk peringati kematian. Satu lebih berusul adat (dulu Melayu buat pulut kuning). Bakar lilin dalam memperingati kematian lebih berunsur keagamaan kristian. Ini memang di lakukan dalam keagamaan kristian.
Saya rasa pengunaan perkataan membodek untuk Harussani adalah agak kerterlaluan. Dia dah beri pendapt nya cukup da tu. Takan nk berperang pulak
sdra shamsul kalau isteri tak pakai tudung itu salah suami ... ada faham.... belajar sedikit ugama... mungkin anda tak mengikuti krusus sebelum kahwin......
Post a Comment