
Dato' Sri Zulhasnan Rafique (Foto Kanan) merupakan salah seorang menteri di dalam kabinet Pak Lah yang telah menang sebagai Ahli MT UMNO tidak disenaraikan dalam saf jemaah menteri Najib yang diumumkan 9 April lalu. Raja Nong Chik (Foto kiri) yang menggantikannya sebagai Menteri Wilayah Persekutuan bukanlah seorang Ahli MT yang menang bertanding, dan bukan juga 'Wakil Rakyat' bagi kawasannya di Lembah Pantai. Apakah puteri Anwar Ibrahim, Nurul Izzah mampu sekali lagi menewaskan bakal calon BN Lembah Pantai yang kini menjadi Menteri Wilayah Persekutuan ini?Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin naik mendadak dan beliau 'placing' dengan kehendak dan restu Perdana Menteri tanpa bersusah payah untuk menang dalam pilihan raya dengan melantiknya sebagai 'Senator' sebelum mengangkat sumpah jawatan Menteri Wilayah Persekutuan hari ini (10 April).


Tengku Adnan & Dr. Suleiman Mohamed
Zulhasnan satu-satunya Ahli Parlimen BN yang menang di WP Kuala Lumpur juga merupakan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO dan BN Wilayah Persekutuan. Beliau tidak perlu berdukacita dan gundah gulana malah tidak wajar rasanya untuk dirinya menuding jari kepada sesiapa pun di atas penyingkiran ini.
Dato' Seri Dr. Suleiman Mohamed yang pernah menerajui UMNO WP juga pernah disingkirkan, begitu juga dengan Tengku Adnan Mansor yang pernah menang Ahli MT juga digugurkan sebagai Pengerusi UMNO WP, malah jawatan menterinya juga tercabut. Difahamkan penyingkiran terhadap dirinya sebagai Setiausaha Agung UMNO juga semakin menjadi tuntutan, akibat terlalu banyak kecelaruan yang berlaku semasa musim persidangan UMNO yang lalu.
Kini giliran Raja Nong Chik pula diberikan tempat untuk menjadi Menteri Wilayah Persekutuan, dan mungkin bakal menjadi Pengerusi Badan Perhubungan UMNO WP menggantikan Zulhasnan selepas ini. Apakah Ketua UMNO Bahagian Lembah Pantai ini mampu untuk mempertautkan semula 'retak-retak' yang sedang berlaku di dalam UMNO WP? Tentunya Dato' Sri Najib merasakan ada kesaktian yang dimiliki oleh anak raja ini untuk menawan semula hati-hati pengundi di Wilayah Persekutuan kepada UMNO dan BN.
Rasanya lebih bijak jika Raja Nong Chik dapat menawan hati-hati Ketua UMNO Bahagian di Wilayah Persekutuan ini terlebih dahulu sebelum meneruskan xpdc menawan hati rakyat yang berduka lara terhadap UMNO selama ini. Syed Ali dalam komentar blognya dilihat begitu positif terhadap Raja Nong Chik, dan beliau yakin Raja Nong Chik mampu untuk melakukan perubahan untuk masa depan Wilayah Persekutuan.
Sebagai mantan Menteri Wilayah Persekutuan, Zulhasnan pula hendaklah sentiasa berlapang dada dan menerima hakikat bahawa 'langit tidak selalunya cerah'. Bukan Zulhasnan sahaja seorang menteri yang menang sebagai Ahli MT tetapi tidak kekal di dalam jemaah menteri yang baru ini, malah penyingkiran juga berlaku terhadap Menteri Kerja Raya Dato' Seri Mohd. Zin Mohamed yang senasib dengan Dato' Sri Zulhasnan Rafique.
Dato' Seri Khaled Nordin dan Datuk Seri Utama Dr. Rais Yatim juga calon yang telah dikalahkan sebagai Naib Presiden UMNO, tetapi dikekalkan dalam jemaah menteri. Datuk Seri Syed Hamid Albar dan Mat Taib juga telah dikalahkan tetapi diri mereka terus disisihkan.
Datuk Seri Awang Adek yang ditolak oleh pengundinya di Bachok, Kelantan dalam PRU12 lalu, kini dimasukkan semula sebagai Timbalan Menteri Kewangan. Kejayaannya sebagai Ahi MT baru-baru ini dilihat lebih bernasib baik jika dibandingkan dengan kejayaan yang sama yang diperolehi oleh Zulhasnan dan Md. Zin. Apakah dengan perlantikan Awang Adek sebagai Timbala
n Menteri boleh mempengaruhi rakyat Kelantan untuk menumbangkan Tuan Guru Nik Aziz? Apa relevannya Awang Adek untuk negeri Kelantan itu?Nampaknya Perdana Menteri yang baru ini tidak terdorong untuk melantik mereka yang menang di dalam Majlis Tertinggi UMNO sebagai pra syarat untuk berada di dalam pasukannya kali ini. Kita lihat sahaja Khairy Jamaludin yang menang jawatan Ketua Pemuda UMNO Malaysia tetapi terhalang untuk menyertai 'Kabinet Satu Malaysia' yang digagaskan oleh Presiden UMNO yang baru ini.
Sememangnya Pemuda UMNO patut berdukacita kerana Ketuanya itu dilihat tidak selayak untuk berada di dalam jemaah menteri, sebaliknya Najib terpanggil pula untuk menjemput calon Ketua Pemuda yang kalah iaitu Datuk Mukhriz Tun Dr. Mahathir sebagai Timbalan Menteri MITI, malah Presiden UMNO itu juga telah bertindak sebagai melangkah bendul apabila melantik Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Dato' Razali Ibrahim sebagai Timbalan Menteri Belia dan Sukan.
Lebih menghiriskan hati Pemuda UMNO ialah apabila Dato' Seri Shahrizat Jalil, Ketua Wanita UMNO Malaysia yang tewas dalam PRU12 lalu telah dimasukkan semula di dalam jemaah menteri sebagai Menteri Pembangunan Wanita. Begitu juga Ketua Puteri UMNO, Dato' Rosnah tidak menerima nasib malang seperti Khairy Jamaludin, kerana beliau juga telah direstui oleh Najib apabila dilantik sebagai Timbalan Menteri Kesihatan.
Kesongsangan yang berlaku ini dilihat bakal mengundang kecelaruan yang juga telah merendahkan martabat seorang Ketua Pemuda UMNO yang telah dipilih oleh majoriti perwakilannya. Nasib baik Najib tidak terdorong pula untuk melakukan kerja songsang ini kepada Timbalannya Tan Sri Muhyidin Yassin.
Walaupun Najib telah berterus terang kepada KJ tentang alasannya tidak melantik Ketua Pemuda UMNO itu di dalam barisan kabinet, namun KJ telah memperlihatkan kematangannya dengan berterima kasih kepada Najib kerana telah melantik Naibnya sebagai Timbalan Menteri.
Mungkin Najib merasakan Naib Ketua Pemuda UMNO itu lebih layak untuk berada dalam barisan kabinetnya, manakala KJ dikatakan telah ditugaskan oleh Najib supaya menumpukan sahaja tanggungjawabnya di dalam Pemuda UMNO. Persoalannya kenapa Khairy saja dan tidak pula kepada Shahrizat? Ramai yang berkata, hanya Dr. Mahathir saja yang boleh menjawabnya bagi pihak Najib.


14 comments:
Sapa berani mahu lawan Mahathir? Najib sudah tentu tak nak jadi seperti Pak Lah yang hari2 kena belasah oleh Mahathir.
Saya meramalkan BN akan tumbang lebih cepat di bawah pemerintahan Mahathir sebagai PM de facto.
Mahathir perlu segera bersara wajib, ikutlah seperti Tun Lah yang sekarang tengah berseronok menjaga cucu tersayang di samping berkebun dan bersiar2 dengan memandu kereta.
Berilah peluang kepada DS Najib untuk membawa Malaysia mengikut haluannya yang tersendiri.
Asskum Sdr Rahman;
Sbgai ahli akar umbi saya amat bersimpati dgn YB Dato Seri Zulhasnan tapi dlm politik kita harus menerima hakikat bahawa
" One should expect that life is a series of ups and downs. But if u are someone who believes in hard work and if u persevere against all odds, then whenever u come across any adversity, u are able 2 ride through the storm & able 2 put urself back on track. u have got 2 appreciate and understand that there are times when u face difficulties"(memetik kata2 YAB PM)
Kpd YB Dato' Zul perkuatkanlah UMNO Setiawangsa dengan memperkemaskan jentera pentadbiran dengan memastikan para pegawainya mempunyai kredibiliti, integriti, dan mesra rakyat. (sekarang ini lebih sudu dari kuah).
tk
Alo Bro Rahman....
Kawan berpendapat, salah satu punca Zulhasnan jatuh, adalah pasal blog Locengwangsa ni juga.
Bagus juga sebab kawan mmg suka semua cerita dalam kain diperdengarkan kepada semua orang.
Bagus juga sekurang2nya Bro Rahman hilang tempat nak membodek...
Yang peliknya, mana pegi janji2 Dato Halim yang konon2nya nak tolong Zulhasnan.....
Saudara Rahman;
Salah satu sebab kejatuhan YB Dato' Zulhasnan adalah disebabkan artikel "BUDAK2 KUALA LUMPUR"
yg x habis2 memfitnah pemimpin2 UMNO WP....(dari ku nan, shafie , syed ali, abas, mustafa dan terkini raja nong chik menjadi magsanya....senjata makan tuan
Kepada Pemuda Umno KL,
Tuan2 jangan susah hati kalau Boss Dato zulhasnan tidak terpilih,kita ajak Dato zulhasnan masuk Pakatan Rakyat kita ramai-ramai tinggalkan Umno/Bn ni,Umno/Bn bukan lagi medan untuk seorang pejuang Agama,Bangsa dan Negara tapi tempat mencari kekayaan untuk diri dan kroni amalan rasuah dan salah guna kuasa tidak akan hilangnya jika presiden umno/bn Najib masih berkuasa kerana belaiulah sebenarnya membuat umno/bn jadi hancur dan musnah dari pandangan rakyat jadi tunggu apa lagi kita dalam umno/bn ini,adakah kita masih mahu menangkat PERASUAH dan PENGKHIANAT sebagai pemimpin kita,seluruh rakyat Malaysia baik di desa mahupun kampung sudah tahu siapa yang ada dalam umno/bn adalah perasuah dan pengkhianat pada bangsa,Kita yang duduk kat KL ini spatutnya telah sedar dari dulu lagi tapi tidak masih lagi ikut dan angguk aje apa yang pemimpin umno/bn buat tanpa rasa malu pada tindakan yang keterlaluan...bila di kritik marah bila di tegur merajuk trak sayang bangsalah tak sayang agamalah tak sayang negaralah tapi apa yang pemimpin umno/bn buat kita tak pernah menegur malah menyokong membuta tuli...
Kalau nak berbakti pada Agama, Bangsa dan Negara bukan Umno/Bn sahaja tempatnya banyak parti politik lain juga berjuang untuk Agama,Bangsa dan Negara.
Hanya Ahli umno/Bn yang totok dan jahil yang percaya hanya umno/bn sahaja yang mampu tadbir negara...termasuklah....yang akan kritik tulisan ini nanti..
salam.
hopefully zulhasnan tak pegi ke PR. Maklumla kepala dahi botak dan bersinar dia tu idaman kalbu Bro Anwar Bin Ibrahim.
Tapi kalau nak belajar jadi perasuah besar, PKR la tempatnya. Kalau nak belajar jadi member cantik suara garau kat pertama komplek dan kawasan yang seawaktu dengan nya PKR la tempatnya.
Kalau nak kena khianat sampai PASIR pun jadi isu, PKR la tempatnya.
Kalau nak tengok melayu cium kaki cina dan baring atas Jalan. PAS dan PKR la tempatnya.
Kalau nak tahu macam macam cara utk mengumpat/cucuk belakang/ fitnah antarabangsa dan cium buntut yahudi, PKR la tempatnya.
Kalau dan kalau dan kalau.
dia orang ingat nik aziz ngan anwar tu DEWATA RAYA ke?
salllaaaaammmmm
Bagi la peluang raja nong chik pula... Datuk Zul boleh la menatap datin lama-lama sikit sekarang ni,,, saya nampak datin sekarang ni lesu je,,, tu...
Sdr A. rahman,
Jadi MT sebenarnaya bukanya tiket untuk jadi Menteri. MT jawatan poltik, menteri jawatan executive. Orang politik tidak semestinya boleh mentadbir dengan baik dan sebaliknya. Tetapi ada juga yang boleh kedua-duanya.
Saya amat tidak bersetuju orang yang bertanding jawatan politik mengharapkan jawatan dalam Kerajaan.
sooner or later what goes up must come down..... in this case a lot sooner then expected.... take this as faithed from allah almighty...
Askm Sdr Rahman,
Jangan dipertikaikan apa jua keputusan yg dibuat. Mesti ada rasional barisan menteri yg dilantik dibuat sedemikian rupa.
We are not in the position to question what goes right and what goes wrong. DSN lebih memahaminya dan biarlah beliau rangka game plan dan strategi beliau.
Pertikaian ini sampai bila2 pun takkan habis. Ini juga mungkin pengajaran (lesson learnt) kpd DSZul supaya tidak comfort dengan apa yg telah dicapai. Jadikan ini suatu titik tolak dan cabaran kpd DSZul utk lebih fokus dlm memperkasakan UMNO khususnya di Setiawangsa disamping merapatkan lagi hubungannya dgn rakyat di Setiawangsa.
Juga pengajaran utk Sdr Rahman, krn blog saudara banyak mendedahkan kelemahan UMNO itu sendiri dan mencipta peluang utk Anon2 pembangkang menyeludup masuk dan menyokong blog saudara. Akhbar HARAKAH dan Suara Keadilan sendiri banyak mengutarakan berita2 sensasi yg tidak benar jadi saya tidak nampak mengapa Saudara perlu bersikap baik sehingga sanggup utk membuka Pekung Di dada.
Banyak lagi cara dan berita2/artikel2 yg membina UMNO itu sendiri boleh diutarakan di blog Sdr.
Kpd Anon2 pembangkang, sekotor2 UMNO pun tetapi ia lebih bersih drp PKR dan PAS. PKR yg melaung-laungkan anti rasuah, tetapi TKM PP juga rasuah. PAS pula melaung-laungkan perjuangan agama melebihi segala-galanya tetapi tidak pun dibuat di negeri Kedah yg diperintah oleh Pas. Kedai nombor ekor masih ada, arak juga bebas dijual dimana-mana kedai.
Belum masuk lagi soal pakar gelar-mengelar umat lain yg seagama dgnya. Setahu saya Agama Islam tidak pernah mengajar umatnya utk mencaci org lain apatah lagi bangsa seagama, agama islam juga adalah agama yg konsisten dan tidak boleh diubah-ubah. Nik Aziz lain sikit,dulu menyanyi adalah aurat dan haram utk diperdengarkan tetapi sekarang syahdu dan menangis apabila mendengar suara Amy Search. Dulu konsert tidak dibenarkan, tetapi sekarang dah boleh.
Inilah parti yg memperjuangkan agama semata-mata utk tujuan politik. Suka dengan ayat Datuk Harussani Zakaria, Mufti Perak berkenaan tindak tanduk Pas dalam memperjuangkan politiknya "Halalku Harammu".
Wslm.
aqil
Saudara BelokKiriKanan,
Tak usah lah keep gragging Tun Mahathir dlm all issues related to Najib. What do you Najid is so foolish to follow bawah telunjuk Mahathir? He is not Pak Lah la who was and is under KJ or Kamaruddin or Patrick Lim, Kalimullah, or blah blah blah.. Of course lah Pak Lah wants to berseronok,, he has been that more than 3 years ago.. By not going to MOF office, only once a month.. holidaying without letting the office to know or delegate anyboby to replace him.. How can you compared Tun Mahahir and Pak Lah, like langit dan bumi..
For saudara A. Rahman,
Stop bickering abt cabinet line up,the team needs to be seen as a clean team. I was told that The former WP minister has some issue in clean image.. If you are only joining Umno for a position, then you will always be frustrated cos soon or later you will be replace one day. Think abt what you have achieved due to your inlovement in Umno then you will feel that you will wanna serve Umno for what it has given or made you what you are today..SIncere in your fighting then you will not go wrong in your life..
ALways grateful to gov & Umno..
Sdr Abdul Rahaman sendiri harus berubah cara berpolitik bukan meminta orang lain termasuk pemimpin UMNO.
Harus diingat penulis blog boleh mempengaruhi orang. kalu blog ini blog UMNO, tulislah mewakili UMNO. Kalau nak nasihat tu, nasihatlah jangan perkecil atau pertikai keputusan yang dibuat. Jika ini ini berlaku sampai bila pun UMNO tak akan berubah.
Kena ingat masuk UMNO bukan untuk jawatan tapi berklhidmat kepada masyarakat.
Ehhh...kenapa terasa pulak? saya turut membaca artikel ini, tak ada yang berunsur sindiran pun. Sepatutnya Zulhasnan yang patut terasa kerna Bro Rahman begitu lonjakkan nama Nong Chik. Hairan sungguh kerana org umno takut dikritik. Kita harus positif dengan kritikan kerana ianya membina untuk kita juga.
Slm semua. Sayang sungguh... Sdr Rahman tlh mengunakan blog ini sbg sokong membawa rebah. Bkn menegur UMNO/BN utk memperbaiki tetapi lebih utk mencaci umpama tikus membaiki labu. Blog ini saya ikuti dr awal kewujudannya & yg dikesali adalah carta perlian & cacian Sdr Rahman kpd UMNO/BN semakin terserlah & meninggi. Apa sebenarnya peranan Sdr sbg AJK UMNO Bhgn? Sebelum mengata org, lihatlah diri sendiri dulu. Muhasabahlah diri. Semoga diberi taufiq & hidayah oleh Allah swt.
Post a Comment