assalamualaikum Pictures, Images and Photos

Monday, April 13, 2009

Mengenali Raja Nong Chik yang kurang dikenali...

Saya difahamkan hari ini (Isnin, 13 April 2009) Menteri Wilayah Persekutuan yang baru, Senator Datuk Raja Nong Chik Bin Dato' Raja Zainal Abidin akan memulakan tugasnya setelah mengangkat sumpah jawatan itu di hadapan Yang diPertuan Agung pada hari jumaat yang lepas. Tentunya seluruh warga kota ingin mengenali menteri yang baru ini sejajar dengan hasrat PM yang berkehendakkan menteri-menterinya mendahulukan rakyat untuk mengutamakan pencapaian.

Sebagai Menteri Wilayah Persekutuan, Raja Nong Chik bukan sahaja mengetuai Kementerian Wilayah Persekutuan, malah beliau juga merupakan pemimpin nombor wahid bagi seluruh warga kota Kuala Lumpur, Putrajaya dan juga Labuan yang merangkumi 13 buah kawasan parlimen yang terdiri daripada:-

1. Lembah Pantai
2. Seputih
3. Batu
4. Wangsa Maju
5. Setiawangsa
6. Titiwangsa
7. Cheras
8. Bandar Tun Razak
9. Kepong
10. Segambut
11. Bukit Bintang
12. Putrajaya
13. Labuan

Walaupun Wilayah Persekutuan tidak mempunyai kawasan DUN seperti di negeri-negeri yang lainnya, namun kedudukan Menteri Wilayah Persekutuan dari segi pengaruhnya boleh juga dianggap sebagai 'Ketua Menteri' yang bertanggungjawab untuk menentukan hala tuju pembangunan bagi sebuah wilayah yang dihuni oleh lebih 2 juta warganya.
-----------------------------------------------------------------------------------------
Kuala Lumpur telah diisytiharkan sebagai sebuah Wilayah Persekutuan pada 1 Februari 1974. Manakala Putrajaya pula telah menyusul kemudiannya sebagai sebuah Wilayah Persekutuan pada 1 Februari 2001. Labuan yang dahulunya sebahagian daripada Negeri Sabah telah diisytiharkan sebagai Wilayah Persekutuan pada 16 April 1984.
-----------------------------------------------------------------------------------------

Imej Kuala Lumpur sebagai sebuah Ibu Kota Malaysia juga merupakan satu tanggungjawab yang menjadi cabaran terbesar kepada siapa juga yang mengetuai Kementerian Wilayah Persekutuan ini. Dewan Bandaraya Kuala Lumpur walaupun mempunyai seorang 'Datuk Bandar Kuala Lumpur' (Lihat foto di sebelah) namun dari segi dasar pembangunan yang hendak dilaksanakan di Bandaraya Kuala Lumpur haruslah terlebih dahulu merujuk kepada Kementerian Wilayah Persekutuan, terutama yang bersangkutan dengan kerajaan persekutuan yang memerlukan kelulusan kabinet.

Oleh yang demikian peranan Menteri WP walaupun bukan secara resmi sebagai Menteri Besar ataupun Ketua Menteri, namun tanggungjawabnya menjaga kepentingan warga di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan juga Labuan dilihat sebagai sebuah negeri yang memiliki imejnya yang tersendiri.

Wilayah Persekutuan semasa diterajui oleh Dato' Sri Zulhasnan Rafique telah mencipta identitinya sendiri sebagai sebuah wilayah yang dilihat bertaraf sebuah negeri. Jika negeri-negeri yang lainnya mempunyai lambang dan juga benderanya, Wilayah Persekutuan juga tidak ketinggalan mempunyai keedua-duanya, malah Wilayah Persekutuan juga mempunyai lagu resminya sendiri - 'Maju dan Sejahtera'.

Semua sekolah yang berada di dalam WP telah mengibarkan bendera ini dan setiap perhimpunan mingguannya mahupun di dalam majlis-majlis resmi tertentu pasti mereka akan mengumandangkan lagu resmi WP yang berjudul "MAJU DAN SEJAHTERA".

Dato' Sri Zulhasnan juga dilihat telah meninggalkan jasanya kepada Wilayah Persekutuan setelah berjaya memperkenalkan 'Pingat-Pingat Kebesaran Wilayah Persekutuan' yang dinaugerahkan kepada penerimanya pada setiap 'Hari Wilayah Persekutuan' yang jatuh pada 1 Februari setiap tahun. Pingat-pingat kebesaran ini dianugerahkan sendiri oleh Yang Dipertuan Agung di Istana Negara kepada mereka yang terbabit.

Demikianlah nostaljiknya Wilayah Persekutuan ketika dalam era Zulhasnan Rafique. Tentunya kita berterima kasih kepada mantan menteri ini yang tidak lagi tersenarai di dalam jemaah menteri Dato' Sri Najib Razak. Tugas ini akan digalas ganti kepada menteri barunya, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin. Kita juga harus berbangga menerima kehadiran menteri baru ini, kerana beliau juga memiliki profil kelayakan yang tidak kurang hebatnya.

Warga dan pengundi di Lembah Pantai haruslah beratib Ya Marhaban, Ahlan Wasahlan dan Syukran di atas perlantikan Ketua UMNO Bahagian Lembah Pantai ini sebagai Menteri WP yang baru. Walaupun Ketua UMNO Bahagian ini bukan Wakil Rakyat di kawasannya sendiri, namun begitu tentunya mereka mengharapkan Datuk Raja Nong Chik tidak lupa mempersiapkan dirinya untuk berhadapan dengan Nurul Izzah Anwar yang telah berjaya menumpaskan calon UMNO dan BN di dalam PRU12 yang lalu.

Raja Nong Chik akan kelihatan lebih bergaya jika dirinya sendiri mampu melepasi memenangi hati rakyat di dalam gelanggang pilihan raya, bukannya berbangga dengan pangkat senatornya yang bertaraf ihsan dan juga lantikan sahaja. Menteri yang berada di dalam era 'rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan' haruslah terdiri daripada calon pilihan rakyat sebagai simbolik pengaruhnya yang benar-benar diterima oleh rakyat yang diwakilinya.

Saya mengenali Raja Nong Chik dalam era 1980-an lagi semasa saya bergiat cergas di Bahagian Lembah Pantai. Saya masih ingat lagi pada masa itu kami sama-sama berada di dalam Pergerakan Pemuda UMNO di Bahagian Lembah Pantai.

Raja Nong Chik pada masa itu merupakan Ketua Pemuda UMNO Cawangan Taman Tun Dr. Ismail, dan saya sendiri sebagai Ahli Jawatankuasa Pemuda UMNO Bahagian Lembah Pantai yang diketuai oleh Sdra Said Akop (Allahyarham). Ketua UMNO Bahagian Lembah Pantai pada masa itu ialah Haji Abdul Razak Bin Haji Abu Samah (kini, Datuk), manakala Ketua Wanitanya ialah Puan Halimah Kernawi.

Saya sempat mengucapkan tahniah kepada beliau semasa kami berjumpa di majlis jamuan malam di kediaman Perdana Menteri di Putrajaya pada 9 April lalu.
(Lihat gambar Raja Nong Chik di majlis jamuan di rumah PM pada 9 April lalu)



13 comments:

add said...

Bro jangan main sindir-sindir la pada menteri wp baru ni.. sepatutnya kita kena bagi sokongan yang padu agar BN akan terus berkuasa... ni tidak bila geng kita tak dipilih ha mula la nak meracau tak tentu pasal.... ini lah sikap UMNO yang membuatkan kalah dalam Pilihanraya sebenarnya,, hati busuk vs busuk hati....

Anonymous said...

SABENARNYA LAMAN BLOG LOCENGWANGSA NI YANG ROSAKAN AKIDAH POLITIK ORG UMNO DAN MELAYU TAPI MEMBERI KEUNTUNGAN KEPADA PARTI PEMBANGKANG..

Anonymous said...

Ehhh...kenapa terasa pulak? saya turut membaca artikel ini, tak ada yang berunsur sindiran pun. Sepatutnya Zulhasnan yang patut terasa kerna Bro Rahman begitu lonjakkan nama Nong Chik. Hairan sungguh kerana org umno takut dikritik. Kita harus positif dengan kritikan kerana ianya membina untuk kita juga.

Acik said...

Salam. Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia tiada siapa yg tahu. Seharusnya berilah peluang & ruang kpd kepimpinan baru, apatah lagi andai orang tersebut kenalan kita. Takkan jelous kot pasal member seangkatan dpt rezeki lebih? Terimalah qada & qadar. Bukan Dato' Zul je yg HARUS berlapang dada, malah Sdr Rahman lah yg sepatutnya WAJIB berlapang dada & berlapang minda. Berbaik sangka itu kan lebih baikkk

Anonymous said...

Kebanyakan ahli PKR adalah bekas ahli UMNO yang tak puas hati kerana hilang punca reseki, bukan kerana prinsip. Orang ini bila keluar UMNO akan mengatakan UMNO tak betul dan mengamal rasuah. Tetapi semasa mereka dalam UMNO, merekalah yang mengamalkannya.
Sebenarnya parti tak salah, tang salah adalah ahlinya. Jadi apa parti pun serupa sahaja, yang penting ahlinya.
Contihnya PAS parti Islam, tapi perangai ahlinya kadang-kadng macam orang kena rasuk semasa piliharaya.
Bro Anwar(PKR) setuju cara rampasan kuasa(lompat parti) jika yang merampas tu PKR. Tapi jika lompat ke parti lain dia kata tak betul.
Orang Melayu berfikirlah secara tenang jangan ikut hati. Orang yang tak tenang biasanya berkawan dengan syaitan.
Berastulah kembali wahai Melayu, perkara kecil jangan dibeasrkan. Ingatlah kadang-kadang terdapat perkara yang tersirat daripada yang tersurat.

Anonymous said...

Sejak PRU 12, Blog Locengwangsa ini banyak menghancurkan dari membina, kalau tulis rasa nak syok sendiri, baik jangan tulis....

Anonymous said...

Aku angkat topilah kpd abg rahman, kerana tulisannya tajam memberikan petunjuk untuk umno lakukan muhasabah, dan bukannya complesant sehingga syok sendiri. Sedar-sedar UMNO kini sudah merudum ke bawah. Pemimpin UMNO harus merasai kepahitan daripada teguran yang diberi, kerana itu lebih baik daripada manisan yang menjadi racun kepada btg tubuh kita. Sebagai org muda di dalam UMNO saya merasakan kepuasan dengan tulisan yang membawa kepada kritikan yang membina untuk menjadi renungan semua yang kaki bodek.

Anonymous said...

Kaki bodek lah yang ramai dlm UMNO sehingga tak upaya untuk dikritik. UMNO mesti kelihatan segar dengan peredaran masa. Orang muda di saluran 3 dan 4 di setiap tempat pembuangan undi jelas sudah muak dengan UMNO, mereka tidak lagi berbangga dengan UMNO, kerana org2 UMNO begitu angkuh dengan kekuasaan yang ada di tangan sehingga terlupa untuk melakukan muhasabah diri.

Anonymous said...

Bukan kritikan membina, tetapi membinasa. Bila kritik membina mesti ada cadangan. Mengkritik tanpa cadangan memang kerja paling mudah, itu kerja orang membangkang.
Banyak orang bersemangat, tapi bil dengan bunyi bom musuh, senyap dan terkencing-kencing.
Orang muda banyak semangat dan pandangan yang ideal termasuk ceramah agama di Masjid. Malang realiti sebenar mereka tak tahu.
Musuh Islam terutama Yahudi memang mahukan orang Islam berpecah supaya boleh diperintah. Mereka akan mencanang slogan yang kita merasakan betul tapi sebalinya ada muslihat.
Kita seronok melihat peminpin kita dikutuk, walhal dalam Islam digalakan bermuzakarah sesama orang Islam bukan parti.

Anonymous said...

Salam.

Urusan Jawatan itu urusan orang atasan . Selesai atau tidak itu masaalah dalaman Parti .

Perkara penting ISU raakyat yang yang menentukan bakal kerajaan akan datang .

Betul raakyat tidak menentukan pemimpin parti .Yuo orang nak gaduh ke nak sabotaj nak kerjakan sapa pon tak pa .Rakyat tak boleh nak buat apa .
Yuo orang sokong bos mana pon itu Agenda Penyokong dan you orang kutuk bos mana pon itu memang dah tugas Rasmi . Dari media sampai ke Ruangan Blog kita boleh tengok sikap ahli .
Rakyat tak boleh ubah pemimpim Parti dan ahli parti. Sebab dia bukan ahli .

Hanya ahli parti yang bertindak melemahkan dan memperkuatkan parti sendiri .
Kita boleh sayang Parti walau pon kita bukan ahli dan kita boleh sayang kerajaan JIKALAU mereka sayangkan RAAKYAT .

Salam RAAKYAT MALAYSIA .

Anonymous said...

berapa byk pingat org UMNO wilayah dapat? bukan last year byk NGO yang Dato Zul agong2 dapat ker?.... emmmm... mana tempat org UMNO? bukan ker dato zul naik kerana UMNO? kerana tiket barisan BN?

seorang menteri yang suka bekerja tetapi tidak suka di kritik oleh orang lain... takut ker?... penyokong (i mean org UMNO) di pinggirkan tepi NGO di sanjung, atas alasan UMNO tetap sokong UMNO tetapi NGO belum tahu lagi a.k.a nak jaga hati NGO...

GAME OVER for Dato Zul. we give you chance to perform before, if you think you have done a good job... WELL DONE!!! if not, too late....

tak payah puji or angkat Raja Nong Chik tinggi2... ITS TIME TO WORK! jgn ckp jer pandai, end up kerja tak jadi... PLESE JUSTIFIED YOUR EXISTANCE as menteri wilayah, jgn nak habiskan duit rakyat. i bayar cukai not for you to play around up there!

seek to see all of thus gelagat menteri...

its me,
generasi muda yang boleh menentu kemenangan parti mana pun di PRU.

Anonymous said...

Menghina ulama:
Ulama dipersendakan, diperlekehkan, diejek-ejekkan dan paling ketara dituduh
sebagai penipu. selepas tindakannya ke atas penyertaan 3 gadis Melayu
dalam pertandingan ratu cantik. Sejumlah besar rakyat sudah mendengar
rakaman penghinaan dan fitnah yang dilemparkan kepada Prof Harun Din adalah benar. Ulama
yang memasuki Persatuan Ulama dipersoalkan, seolah-olah semua orang boleh
jadi ulama bila saja menyertai persatuan.

Tindakan memecat Mufti yang menjalankan tugas mengikut hukum tanpa
mengira pangkat dan kedudukan seseorang dan menghalang para pendakwah
(tindakan gam dari keluar di siaran TV) daripada menyatakan perkara yang hak
adalah tindakan menghalang dakwah dan amalan amal makruf nahi mungkar
yang disuruh oleh agama. Ulama penyokong pemerintah seperti telah dibutakan
mata dan hatinya. Mereka sanggup melihat kemungkaran bermaharajalela di
depan mata. Sampai hati mereka menafsir ayat-ayat Quran dan hadis secara
dangkal atau sekadar melihat pada permukaan sahaja. Setiap isu yang diulas
oleh mereka selalunya untuk menyetujui apa yang pemerintah mahukan. Bagi
mereka ulama hanya diperlukan untuk membaca doa di majlis rasmi,
menentukan anak bulan Syawal dan Ramadhan nampak atau tidak,
menghakimkan tajuwid, mengendalikan nikah kahwin dan memberikan bimbingan
fardhu ‘ain yang dibataskan skopnya. Tuan Guru Nik Aziz dihina sedemikian rupa satelah liwat di halalkan oleh fatwa tuan guru nik aziz walhal liwat adalalah sedap
ini menunjukkan ulama tidak layak langsung untuk menjadi pemerintah.
Terbaru, kedapatan tulisan "Ulama Penipu" di merata tempat, bagaikan tulisan
tersebut sengaja direncanakan.
Ketiadaan sistem pembangunan rohani dalam perlembagaan negara dan sistem
pemerintahan menjadikan masyarakat Malaysia pincang. Inilah antara punca
meningkatnya keruntuhan moral muda-mudi, akidah dan akhlak remaja Melayu
hancur lebur, umat Islam menjadi jahil, kepimpinan tidak berminat kepada Islam,
remaja tidak tahu membaca al-Qur’an, hilang keyakinan pada Islam dan
berbagai-bagai lagi masalah sosial. Apa tidaknya jika seorang pemimpin Islam
sendiri menganggap ucapan salam sama saja seperti ucapan selamat pagi, jadi
baginya semua di duniani sama ajela.
Menolak dan mempersendakan hukum hudud (hukum Al-Qur’an). Tiada
penganut ugama lain yang sanggup mempersendakan agama sendiri biarpun
sebahagian dari mereka sedar bahawa agama mereka banyak yang kurang.
Tapi tidak pada kepimpinan pembangkang. Mereka memberi amaran akan mengambil
tindakan jika Kelantan melaksanakan hukum hudud. Mereka juga perli, jika
hudud terlaksana orang Islam ramai kudung tangan kerana mencuri dan akan
habislah batu di jalan raya digunakan merejam penzina. Nak makan sup tangan
pergilah Kelantan. Tapi, bila bercakap depan penyokong mereka…kenapa
kerajaan Kelantan tak laksanakan hukum hudud sedangkan mereka yang
memerintah Kelantan. Inilah manusia lidah bercabang di negara kita. defacto
juga pernah mengatakan, " Hukum rejam kepada penzina adalah primitif" (Nilam
Puri, 3 Mac 1994).
Menghina dan memperleceh sunnah Nabi s.a.w."Siapa pernah tengok janggut
Nabi. Masa zaman dia tak ada Gillette, itu sebab dia tak cukur janggut." ketika
membincangkan isu perlucutan jawatan Mufti Selangor dan bahaya fahaman
Syiah.
Mempersendakan kaedah perubatan mengikut Al-Qur’an. Air yang dijampi
dikatakan amalan kolot dan tak mengikut zaman. Prof. Harun Din dihina sebagai
menjampi secara ‘mass production’ dan mendapat pendapatan lumayan dari
penjualan air tersebut.
Menghina amalan memakai purdah/bertudung. Kata mereka zaman nabi orang
Arab punya nafsu kuat, suka culik dan rogol wanita liwat.., sebab itu mereka pakai
tudung. Orang tua tak perlu lagi pakai, kerana orang tengok pun dah tak ada
nafsu cumpang campin. Isteri dan keluarga serta sekutunya tidak dipaksa memakai
tudung agar menutup aurat. Disebaliknya orang yang memakai pula
diperkecilkan.
Membelakangkan syariah – Setiap tuduhan yang dilemparkan mengikut
syariah perlu dibawa 4 orang saksi yang boleh dipercayai, jika ketiadaan saksi
maka orang yang dituduh itu hendaklah bersumpah bagi pihak dirinya bahawa
beliau tidak melakukannya dan hukuman seterusnya terpulanglah ke atas
keadilan Allah s.w.t. di kemudian hari kelak.
Mempersoalkan pejuang Islam yang mati syahid dalam ucapannya di Kuala Ketil
suatu ketika dulu; "Sayyidina Hamzah yang gugur di Uhud tidak dimandikan
kerana tidak ada air, kerana terkorban di tengah-tengah padang pasir".
pas hanyalah sebagai alat propaganda dan bukannya
digunakan untuk kemaslahatan ummah. Ulamak yang ada dalam pemerintah hari
ini bacul dan takut mempertahankan Islam demi menjaga hati , mereka
begitu takut sekali menasihati kemungkaran pemerintah.
Mengeksploitasi ahli jawatankuasa masjid, JKKK, imam dan bilal agar
menjalankan dakyah dan propaganda pemerintah. Mereka dihalang malah
diambil tindakan jika terdapat aktiviti atau program keagamaan yang berbau
politik ataupun penentangan terhadap apa yang sedang berlaku di dalam
negara.
pkr adalah parti anti Islam. Dalam perlembagaan pkr, Islam disebut sekali
imbas sahaja. pkr mengamalkan sistem sekular yang membezakan ugama dan
politik. Bagi mereka keduanya adalah bidang yang berlainan yang tidak boleh
dicampur aduk. Islam juga disekat dalam sistem pendidikan (sepertimana kes 3
kanak-kanak sekolah berserban), Islam diajar hanya sebagai transparent
antara guru dan murid, tak lebih dari itu sedangkan dalam Islam ilmu diajar
untuk penghayatan. Pemimpin bukan Islam pkr sudah berani menghina Islam, Sedangkan bagi mereka memang mahu melihat
para remaja melepak di tempat hiburan, bar, kelab malam, disko, karaoke sambil
minum arak dan menagih pil khayal dari malam hingga pagi kerana inilah
lambang ‘kemakmuran ekonomi’, yang diidamkan oleh mereka; "Good business
for them, why worry?."
Memperkecilkan soal murtad.


Soal murtad tidak langsung dianggap penting dan merbahaya bagi umat Islam.
pkr mengulas, "murtad soal kecil, kita ada banyak agenda lain yang
lebih penting" bila disoal. Dibawa usul ke Parlimen oleh PAS ditolak
mentah-mentah. Dibuat janji nak perkenalkan undang-undang mencegah
murtad, tapi hingga sekarang tak ada sikitpun usaha ke arah itu. Persoalannya
sekarang tak ada siapapun tahu di Malaysia ini berapakah jumlah sebenar
manusia Islam yang sudah murtad, kecuali Allah s.w.t. tuan guru, mendedahkan terdapat 3,000 orang memohon untuk keluar dari Islam di
KL. Merujuk pada bancian tahun 1980, dari 6.1 juta orang Melayu di Sem
Malaysia, seramai 4,766 Melayu menganut Kristian, 522 Hindu, 746 Buddha dan
456 kembali menganut agama Confucianisma dan Taoisma. Ingatkah lagi
dengan kes Suzie Teoh dan Jassiza Zurich (1988), Norbaizura Abdullah (1990),
Hartina Kamaruddin dan Nor Aisyah Bokhari (1997).
Ajaran sesat berleluasa. Dari 55 kumpulan (1998) meningkat kepada 82 (Mei,
1999). Kenapa begitu sekali ianya terjadi. Salah satu faktor penyebab,
kurangnya penekanan pada pendidikan agama sejak dari kecil (waima tadika).
Sistem pendidikan negara di bawah pas berkecamuk.
Menyalahkan kaum Yahudi dan bila ekonomi gawat, paling ketara sering
menyalahkan pihak barat yang kununnya ingin menjajah negara. Tapi siapa
yang jemput pemain kriket Yahudi/Israel.pkr sanggup membiarkan mempengerusi hal ehwal babi bila kes . Beliau
juga sanggup turun untuk merasmikan tokong (rumah ibadat bukan Islam dan tuan guru
mengatakan tidak tersebut di dalam al Qur’an sebarang larangan melibatkkan
diri dalam aktiviti perniagaan judi. Gajinya sebesar RM50,000 sebulan sebagai
Mengaku pas mendaulat dan melaksanakan dasar-dasar Islam hingga menjadi
negara Islam contoh. Apa yang berlaku adalah pelbagai kemungkaran yang
wujud di sana-sini. pas megah dengan mengatakan parti Islam
ketiga terbesar di dunia. Kerajaan pas banyak bina masjid, universiti Islam,
bank Islam, anjur musabaqah. Ulama-ulama besar dari luar dijemput datang
hanya untuk dipertontonkan pusat-pusat pentadbiran berbentuk Islam bagi
mengabui mata mereka, sedangkan tempat-tempat maksiat yang bercambah
dilindungi.
ahli pkr pas menganuti fahaman Syiah dan
Khawarij, sedangkan sistem pemerintahan pas yang ada sekarang pula
berkonsepkan ala Syiah Sekular tak disedari oleh mereka. Penggunaan kitar
semula istilah Syiah dan Khawarij menunjukkan kedangkalan isu
masa kini.


MORAL & SOSIAL
Membiarkan dan menggalakkan program TV yang mendedahkan kefasikan dan
nilai moral yang rendah hingga mengakibatkan keruntuhan akhlak dan moral
anak-anak muda sekarang di bolehkan oleh fatwa tuan guru
Membiarkan pusat-pusat maksiat dan hiburan tumbuh bagai cendawan di musim
hujan. Lesen perjudian (termasuk pusat permainan) diberikan secara mudah.
Kegiatan maksiat dibenarkan berleluasa dalam masyarakat di mana akhirnya
menjadikan rakyat hidup dalam budaya hedonisme. Kanak-kanak sudah diajar
dari sekecil-kecilnya bagaimana permainan yang berunsur perjudian itu
menyeronokkan. Ada perancangan kawasan ala Hollywood dan satu pusat
hiburan besar akan didirikan di kota baru.
Masalah penagihan dadah tak payah dibendung
. 25 pusat serenti (mampu menampung 12,000 penagih) mengalahkan jumlah
pusat pengajian tinggi. Gaya hidup masa kini, bebas berpeleseran, faktor emosi
dan tekanan persekitaran rumah yang sempit mewujudkan ketidaktenteraman
keluarga. Kegagalan dalam pelajaran dan paling utama kegagalan mengawal
iman dan akhirnya akan membuat sesuatu dengan hanya mengikut perasaan.
Adakah system pemerintahan pkr tidak menggalakkan semua gejala ini. Cuba
nilaikan.
Apakah nilai moral yang ada pada pemimpin pkr yang kes liwat
rogolnya masih belum selesai hingga hari ini. tuan guru dengan ceritanya
yang kebanyakan orang tahu. Judi liwat dan perempuan menjadi seperti hobi masa lapang.. . Apakah nilai moral
dan lain-lain pemimpin pkr membawa wanita menggunakan pesawat peribadi melalui
saluran VIP Subang? Salah orang dia nampak, salah sendiri buta mata.
Kepimpinan pkr mengamalkan amalan-amalan khianat, pembohongan,
pendustaan, pecah amanah sosial dan mungkir janji tanggungjawab kepada
masyarakat sebagai budaya ‘khidmat’ mereka yang berselindung di sebalik tabir,
"Kepimpinan Melalui Teladan", "Tradisi Membela Rakyat" (manifesto pkr
(BCA = Boros, Curang dan Ampu)
dll. Hanya tinggal slogan dan cerita semata-mata. Indah khabar dari rupa.
Mereka berterusan memanipulasikan sentimen rakyat dengan keyakinan palsu
kononnya negara diiktiraf sebagai negara membangun yang dikagumi dunia di
bawah pkr. Malaysia sajalah yang mampu kekalkan pertumbuhan ekonomi
8% beberapa tahun berturut-turut yang akhirnya merudum jatuh. Malaysia
jugalah negara Islam contoh kerana kejayaan dalam sektor perindustrian dan
pemodenan pentadbiran Islam. Rakyat didesak agar bersyukur dan
berterimakasih kepada pimpinan negara pkr atas apa yang dinikmati sekarang.
Sedangkan merekalah yang sepatutnya berterimakasih kepada rakyat kerana
mengangkat mereka sebagai pemimpin dan sekaligus mengayakan mereka.
Mengamalkan sikap tak mahu mengaku kesalahan dan kelemahan diri sendiri.
Lihat saja kegawatan ekonomi dan matawang merudum,
Kelemahan pelajar Melayu dalam pelajaran, kesibukan berpolitik Tuan Guru Nik Aziz yang mengikut fahaman
sekularisme......
Martabat wanita tidak dipelihara sebaiknya; kaum wanita menjadi bahan
eksploitasi perniagaan (iklan) dan bahan penarik pelanggan. Gambar separuh
bogel digunakan bagi melariskan bahan jualan terutamanya majalah hiburan.
Masih banyak uniform kakitangan awam wanita seperti jururawat, polis, JPJ,
anggota penjara, tentera dan sebagainya tidak menutup aurat dibolihkan menikut fatwa tuan guru Menurut hasil
kajian Pertubuhan Buruh Antarabangsa, terdapat 142,000 orang pelacur di
Malaysia. Terjagakah maruah wanita di negara ini?
Di bawah pemerintahan pkr, rakyat berpecah belah kerana dasar yang
pas pkr pertahankan tidak berasaskan kebenaran dan keadilan. Perpaduan pada
pandangan pas ialah menerima segala keputusan pucuk pimpinan parti pkr dan
sesiapa tak bersetuju dianggap pengkhianat negara.
KETUANAN DAN HAK ORANG MELAYU
Pencabulan terhadap institusi raja berpelembagaam dengan krisis pindaan
perlembagaan pada 1993. Akhirnya melucutkan imuniti (hak keistimewaan)
Raja-Raja Melayu. Hinggakan sekarang Raja-Raja Melayu dikatakan tinggal gusi
sahaja, tak mampu menyuarakan apa-apa. Semua kuasa ada pada .
Raja-raja tidak lagi dilayan sebagai Raja Melayu yang perlu dihormati sebagai
lambang penyatuan umat Melayu. Malah berlaku usaha dari pihak Umno pkr untuk cuba ‘menabalkan seorang sultan’ lain yang kononnya lebih berhak
untuk menjadi ketua negeri Kelantan.
Mengkhianati Melayu dengan aktiviti ‘gerak saraf’ ke atas orang Melayu. Melayu
menjadi sasaran agen gerak saraf yang menganjurkan dan menetapkan
kepelbagaian aktiviti kehidupan harian masyarakat Melayu. Lihatlah apa yang
ada bila konsert amal dilakukan, nampak baik tapi maksiat dibelakangnya. Bila
banyak Call Girl heboh satu Malaysia, ditukarnya panggilan pada GRO atau PRO
senyap kita. Babi yang haram tak manis disebut, tukar pada khinzir. Judi
dikatakan permainan/games, zina/rogol liwat disebut hubungan tidak sah,
bersekedudukan dah jadi tinggal serumah atas fatwa tuan guru di haruskan. Semua dosa besar dah jadi
kesalahan biasa dek lunaknya istilah baru. Digalakkan aktiviti anak-anak muda
secara campuraduk lelaki dan perempuan. Dianjurkan program mencungkil bakat
menyanyi, ratu cantik, fesyen, tarian, lakunan dll.
Tanah Rizab Melayu di kelantan diwartakan 3 juta hektar pada tahun 1957. Tapi setelah
Akta Pengambilan Tanah dipinda oleh mereka (tahun 1991), apa jadi pada TRM.
Tahun 1995 tinggal 1.7 juta hektar, merosot 44%
sampai 10%. Siapakah sebenarnya yang kayaraya dalam proses pembangunan
Tanah Simpanan Melayu – atas wawasan pembangunan ala pkr canggih.
Tanah-tanah wakaf Melayu diambilalih oleh kerajaan negeri atas nama
pembangunan dan akhirnya memaksa Melayu menumpang di tanah airnya
sendiri. Mereka lebih gembira bila tanah yang ada dijadikan padang golf Akan selamatkah TRM
di Langkawi bila pas sudah mula "melelong"nya atas nama pembangunan?
Masih punya tanahkah umat Melayu masa depan di pulau ini?
Berkurangnya peratusan kuasa politik Melayu berbanding bukan Melayu dapat
dilihat dengan jelas.
Bahasa Melayu yang dicatatkan sebagai Bahasa Kebangsaan, secara
praktikalnya apa yang berlaku? Bahasa Melayu semakin terpinggir, IPTA dan
swasta serta agensi kerajaan dan swasta digalakkan guna bahasa Mat Salleh.
Kalau adapun bahasa Melayu itupun bahasa rojak. Sekali pandang, B.Melayu
hanya cuma layak jadi papan tanda di highway sahaja. Penggunaan nama
Inggeris pada taman perumahan mewah, pangsapuri dan kondominium,
bangunan-bangunan yang gah di kb makin menggalakkan. Mereka menjadi malu
untuk menggunakan bahasa kebangsaan sendiri.
Kesalahan yang bertentangan dengan Islam dendanya begitu ringan, lihatlah
apa denda zina, judi, murtad, tak puasa dll. Apalah agaknya perasaan Melayu
yang menghakimi kes-kes syariah ini. pkr merendahkan lagi martabat
mahkamah syariah dan mengutamakan mahkamah ala penjajah biarpun kes-kes
yang bersangkutan dengan penganut agama Islam. Pembesar-pembesar Melayu
dilantik menjadi pengerusi dan boss di syarikat-syarikat yang bercanggah
dengan Islam (seperti syarikat judi/arak/nombor ekor/kelab dangdut). Pekerja
Melayu diperbanyakkan di tempat-tempat yang haram di sisi Islam.
Menghina dan memperlecehkan orang Melayu; tuan guru mengatakan ‘orang Melayu tidak mungkin mendapat jawatan tinggi jika kriteria merit
digunakan untuk menilai mereka. Katanya ramai professor Melayu dapat
kedudukan kerana polisi kerajaan, bukan kerana kebolehan. Dia juga membuat
pelbagai tohmahan negatif terhadap bangsa Melayu sebagai pemalas, bodoh,
tidak teguh pendirian, emosional, pelajarnya hanya suka berpolitik dll. Dollah
Beduwi juga menghina Melayu dengan mengatakan Melayu cepat percaya yang
bukan-bukan bila mengulas kes skim cepat kaya. tuan guru menfatwakan Apa salahnya rakyat dengan
skim cepat kaya pemimpin dengan skim kaca cepat.
Umno/BN gagal menjaga kepentingan Melayu apabila dalam kes babi dibunuh
pelbagai insentif diberikan kepada penternaknya, tapi ketika wabak penyakit
kuku dan mulut menyerang ternakan Melayu tiada sebarang pampasan yang
diberikan bila ternakan mereka terpaksa dimusnahkan. Sejauh mana orang
Melayu dibela dan dibantu, apakah pas tidak pernah membuat kajian atau
diberitahu, bahawa anak muda Melayulah yang paling ramai menagih dadah,
paling ramai terlibat dalam jenayah di kb (kajian GPMS) dan Melayulah paling
ramai menghuni penjara-penjara di Malaysia.
Kementerian Kesihatan, Tenaga Telekom & Pos, Kerjaraya dan Perumahan
adalah kementerian yang penting yang sudah lama dipegang oleh menteri
bukan Melayu.
. Biarpun hakikatnya pkr yang menang pilihanraya tapi disebabkan
janji Krisis dan
kegawatan ekonomi yang melibat kejatuhan nilai ringgit dan pasaran saham.
. Fikirkan sendiri. Malaysia kerugian RM1
trilion kuasa beli (berdasarkan kerugian RM600 bilion pasaran saham dan
penurunan pendapatan perkapita dari RM5,000 kepada RM2,000. Ramai pekerja
terpaksa menganggur dek syarikat kena tutup, kerugian perniagaan berlaku di
sana sini. Ekoran itu, pelbagai lagi masalah sosial wujud satu persatu.
Terlalu ghairah dengan projek ultra dan mega – untuk kebanggaan dan
keangkuhan kuasa.
sebagai sebuah negara membangun setiap apa yang ingin dilakukan kenalah
kita ukur baju pada badan sendiri. Jangan ingat sebab anak kita akan
membesar, lalu kitapun belilah baju besar untuk umur 15 tahun sedangkan anak
kita baru umur 5 tahun.
Tidak mengendahkan langsung nasib rakyat berpendapatan rendah dan
sederhana dengan memperbanyakkan pembinaan rumah kos rendah dan
sederhana. Yang digalakkan binalah banyak-banyak bungalow, condo,
apartment, hotel & resort lima bintang dan padang golf. Katmanalah rakyat nak
tinggal, paling tidak pun setinggan di pinggir-pinggir bandar. Itupun tak
selamat, Masalah
setinggan ini sudah berlarutan selama 30 tahun tanpa penyelesaian. Terdapat
211 kawasan setinggan (42,000 keluarga) di kb. Dalam pada itu bagi melariskan
rumah mewah yang tak mampu dibeli oleh rakyat Malaysia, dibenarkan orang
asing memiliki rumah RM250 ribu tanpa levi. Bayangkan apa sebenarnya
berlaku, bila 6,600 unit rumah kos rendah disediakan telah diserbu oleh 15,000
orang rakyat Malaysia di kb dan pkr pemusnah ekonomi dan hak bumiputera. BBMB yang beberapa
kali mengalami kerugian disebabkan pinjaman tak berbayar puak-puak korporat pas,
akhirnya ditelan oleh BOC begitu saja. Angkara siapa kes ular lidi menelan naga
ini berlaku? Tanggungjawab untuk menjamin kepentingan ekonomi bumiputera
secara tidak langsung terhapus kerana BOC tak mementingkan semua hal ini.
Setelah 20 tahun Dasar Ekonomi Baru (DEB), apakah yang Melayu ada
sekarang? Usahawan Melayu hanya memiliki 6% sahaja dari rumah-rumah kedai
di seluruh negara. Keseluruhan ekuiti bumiputera dalam syarikat yang
disenaraikan hanya 27% pada Feb 1998. Bilangan keluarga miskin meningkat
dalam tempoh 1997-1998 dari 346,000 kepada 414,700 di mana
kebanyakannya adalah orang Melayu. Kadar pengangguran (1997-1998)
meningkat dari 2.7% ke 6.4% (229,700 ke 544,200) dan yang ramai adalah
Melayu. Penagihan dadah dan gejala pergaulan seks bebas sungguh
memuaskan tuan guru. 70% dari 200,000 angka resmi penagih tegar adalah belia-belia
Melayu. Laporan Kementerian Kesihatan pertengahan 1996, 70.33% dari 17,000
pembawa HIV dan pengidap AIDS adalah remaja Melayu. Kajian kerajaan
Selangor, 80% GRO adalah gadis Melayu.
Kurang memperdulikan nasib rakyat miskin. Nasib petani (penanam
padi/penoreh getah) & nelayan tidak dipedulikan. Harga getah yang menjunam
jatuh ke paras RM0.50/kg menambah penderitaan rakyat di tengah-tengah
suasana ekonomi yang masih gawat. 400,000 orang pekebun kecil getah
memperolehi pendapatan kurang RM250.00 sebulan, bayangkan apa yang dapat
dibelanjakan dengan jumlah itu.
BN atau singkatannya ‘barang naik’. Harga barang keperluan harian khususnya
makanan dinaikkan sewenang-wenangnya. Harga gula, tepung, susu, minyak,
kelapa, ayam, bawang dll naik sesuka hati saja. Apa komen pak menteri; bila
gula naik tak payah makan gula, kelapa naik tak usah guna kelapa. Semudah
itu jawapan mereka. Tapi kita rakyat biasa, bagaimana? Tol naik 50 sen, tuan guru kata
yang tak ada value tu kata 50 sen nak beli rokok pun tak lepas…porraah!
Rumah kos rendah (murah) naik dari RM25 ribu kepada RM35 ribu sebuah.
Tahap kemiskinan yang digembar gemburkan. Sejauh mana kesungguhan
pemimpin negara pkr pas berusaha ke arah matlamat sifar miskin. Yang digembar
gemburkan ialah pembangunan, inilah propaganda pas sabanhari. Ianya
dijadikan umpan pada rakyat, selakunya rakyat itu hanya layak dipaggil ‘ayam
daging’ yang disogokkan makanan semata-mata untuk dijual di pasar dan
akhirnya disembelih. Sepatutnya dalam kemegahan negara dengan pelbagaiAtieDeReal inilah fatwa tuan guru nik aziz

Anonymous said...

salam pada semua....tak kisah lah siapa menteri wilayah......kalau dulu dato' sri zulhasnan menjadi menteri wilayah ada juga beberapa perubahan yang dilakukan. Dari tak ada bendera wilayah dah ada bendera wilayah...tak ada lagu wilayah dah ada lagu wilayah......tak meriah hari wilayah...dah dimeriahkan nya hari wilayah...dato'sri zul tak mengira parti atau idealogi polotik tetap membantu mehulurkan bantuan....dari persekolahan,kemudahan taman permainan perumahan,permasalahan rakyat dan banyak lagi jasa beliau tidak terkira.......saya selaku ajk pemuda bahagian mengucapkan ribuan terima kasih diatas jasa beliau disetiawangsa dan wilayah....pada yang tak tahu susah payah beliau saya selaku wakil pemuda bahagian kebukit selambau nempak komitmen beliau..turun naik dari kl ke bukit selambau on..off membahagikan tugas di kl dan bukit selambau...tak payah lah nak di pertikaikan lagi....pada yang terpilih menerajui wilayah di ucapkan tahniah dan selamat menjalankan tugas.....dari segi rasuah siapakah petualang yg sebenarnya....cuba kita imbas dizaman anuar beratus ribu beliau habiskan....hanya untuk menjatuhkan allahyarham tun ghafar.tak rasuah kah nama nyer.....fikirkan lah ??????

berkaitan pilihanraya....kenapa penyokong pas menyokong tindakan cina memberi salam dan membaca ayat al quran....sedangkan umum tahu tidak wajib orang islam menyahut salam dari yg bukan islam fikir fikirkanlah?????????