assalamualaikum Pictures, Images and Photos

Tuesday, February 10, 2009

BARISAN EXCO PERAK TANPA DATUK NASA, JAMALUDIN DAN OSMAN JAILU?

Hari ini enam Ahli Yang Berhormat daripada Barisan Nasional telah mengangkat sumpah jawatan 'Exco Negeri Perak' di hadapan Paduka Seri Sultan Azlah Shah. Difahamkan ada empat lagi jawatan exco yang bakal mengisi kekosongan yang akan diisi kemudian.

Daripada enam yang mengangkat sumpah hari ini, nama Datuk Nasarudin Hashim ADUN Bota yang 'lompat melompat' tidak jadi diberikan habuan untuk sebaris dengan exco-exco yang dilantik itu.


Datuk Nasa, Osman Jailu dan Jamaludin

Begitu juga Jamaludin Radzi ADUN Behrang dan Kapt. (B) Mohd. Osman Jailu ADUN Changkat Jering yang kini 'Wakil Bebas Tanpa Parti' yang menyokong Barisan Nasional tidak dilantik semula sebagai Exco di dalam kerajaan baru ini.

Jamaludin Radzi dan Osman Jailu sebelum ini adalah Exco Kerajaan Negeri Perak di bawah Pakatan Rakyat yang telah diperangkap oleh kunco-kunco UMNO sehingga terpalit kes rasuahnya yang telah ditangguhkan sebutan kesnya pada hari ini 10 Februari 2009, kepada 15 Jun depan. Kedua-dua mereka ini tidak hadir di mahkamah kerana secara tiba-tiba TIDAK SIHAT. Difahamkan keempat-empat yang bakal dilantik menjadi Exco nanti, juga tidak menyenaraikan nama-nama pembelot ini.

Apakah kerana Jamaludin dan Osman Jailu bukannya ADUN UMNO/BN maka dianya tidak layak untuk sebaris dengan exco-exco yang terbukti setia dengan parti masing-masing, tidak seperti mereka? Atau apakah kerana kedua-dua bekas exco daripada PKR ini dikatakan bermasalah dengan kes rasuahnya yang masih tertangguh, maka perlantikannya hanya dibuat selepas berjaya melepasi halangan keputusan mahkamah? Pendapat saya, UMNO tidak akan memberikan keutamaan kepada kedua-dua pembelot ini, setelah mereka berjaya diperdayakan. Terdapat ramai lagi dari kalangan 28 orang YB daripada BN yang lebih layak dan terbaik jika dibandingkan dengan mereka berdua ini.

Atas alasan apa pula Datuk Nasarudin Hashim tidak disenaraikan? Saya berpendapat beliau juga tidak selayaknya untuk diangkat menjadi exco, kerana UMNO/BN perlu memberikan keutamaan kepada lain-lain Ahli Yang Berhormat DUN Perak yang terbukti kesetiaannya kepada parti.

Lagi pun mengheret Datuk Nasarudin menjadi exco semata-mata kerana dia terbukti berjaya meletakkan martabat BN sehingga ke takuk hari ini dengan memerintah semula negeri Perak, bukanlah alasan yang kukuh untuk membalas budinya itu. Jika nama Datuk Nasa diangkat menjadi exco sedangkan beliau tidak memegang sebarang jawatan penting di dalam UMNO Bahagian Parit, akan mengundang musibah terhadap maruah UMNO Bahagian Parit yang diketuai oleh Datuk Zaim yang juga ADUN Belanja di dalam Parlimen Parit.

Datuk Nasa dikatakan tidak sehaluan dengan Datuk Zaim, dan telah kalah di tangan Zaim ketika bertanding jawatan Ketua Bahagian baru-baru ini. Zaim mungkin akan merpersoalkan atas kapasiti apakah Nasa perlu dilonjakkan sebagai Exco? Dalam arti kata yang lainnya, Datuk Zaim merasakan dirinya lebih layak daripad Datuk Nasa untuk diangkat menjadi Exco Negeri Perak.

14 comments:

Anonymous said...

Salam ,
Songkok Tinggi .

Tahniah kepada Barisan Exco yang menerima dan bakal menggalas tanggungjawab di Negeri Perak Darulridzuan .

Dimana Langit Dipijak Disitu langit dijunjung .

Daulat Tuanku .


Salam perjuangan .

Songkok Tinggi .

Anonymous said...

Macamana kerajaan BN baru ini boleh diterima sedangkan kerajaan Pakatan Rakyat yang dipilih oleh rakyat negeri Perak masih sah di sisi undang-undang tubuh negeri. Walaupun Sultan menitahkan Nizar kena letak jawatan, tapi Nizar tidak berbuat demikian. Mana boleh jika Nizar enggan meletakkan jawatannya maka secara automatik kerajaannya tumbang?
Sultan Perak sebelum ini (Sultan Idris)juga pernah menitahkan Tan Sri Ghazali Jawi (Bapa Tajol Rosli) meletakkan jawatan sebagai MB Perak, tetapi Ghazali Jawi enggan ikut titah Sultan Idris. Ghazali Jawi terus bertugas sebagai MB Perak sehingga Sultan Idris bernazar jika Ghazali Jawi meletakkan jawatannya, baginda akan mencukur janggutnya yang dah panjang itu.
Walaupun akhirnya Ghazali Jawi meletakkan jawatannya, tetapi perletakan jawatan itu dibuat setelah Dato' Hussein Onn (PM)menasihatkannya berbuat demikian supaya boleh dilantik MB yang baru.
Seseorang MB hanya boleh hilang kelayakan jika dia diundi tidak percaya dalam DUN atau dia sendiri meletakkan jawatannya samada kerelaan dirinya ataupun parti yang diwakilinya sudah tidak percaya lagi kepadanya.
Walaupun Sultan tidak menyukainya tetapi titah Sultan supaya dia meletakkan jawatan tidak bererti MB terlucut jawatan secara automatik.

Anonymous said...

Suara MELAYU.

Nak tanya lOCENG WANGSA,
Dimana liputan Karpal Singh nak saman DAN menangguhkan samannya terhadap Sultan dan BN .

Abang Rahman Hashim ,Soalan adakah patut karpal singh marah kat Anuar Ibrahim ,Lim Kit Siang & co. dan Hadi Awang berkaitan dengan ISU diatas .

Saya juga berminat mendapatkan pan dangan Prof. Dr. Fitri dan rakan - rakan yang lain .

Terima Kasih .

Anonymous said...

saudara agak silap... bila ghazali diminta meletakkan jawatan ketika itu, kerajaan yang memerintah dan mempunyai majoriti adun dalam dewan undangan negeri adalah BN. Dan akhirnya Ghazali jawi letak juga jawatan setelah diminta oleh PM HUssein Onn. Maknanya, dia tidak degil.

senario sekarang adalah berbeza, kerajaan memerintah sudah tidak mempunyai majoriti. Tiga daripada adunnya sudah cabut lari dan menjadi adun bebas dan seorang lagi kembali ke dalam UMNO. apabila parti yang memerintah sudah tidak mempunyai majoriti, maka UMNO boleh memberitahu kepada sultan bahawa mereka mempunyai majoriti dengan syarat ketiga bebas tersebut bersedia membuat pengakuan bertulis kepada Sultan bahawa mereka menyokong BN. Dan ini yang dilakukan oleh mereka. Mereka ini sudah dipanggil oleh Paduka Sultan dan bertanya samada mereka dipaksa atau rela hati menyokong BN. Paduka sultan juga bertanya betul ke mereka mahu melakukan perkara ini kerana perkara ini bukan perkara main main? Oleh kerana mereka telah berikrar untuk menyokong BN maka dengan secara automatik maka BN mempunyai majoriti sokongan didalam dewan. Hanya menunggu masa sahaja ketiga mereka ini akan mengistiharkan parti mana yang mereka kan menjadi ahli.

Pduka sultan mempunyai dua pilihan. 1. Bubar dewan sepertimana yang dikehendaki oleh saudara dan pkr dan dap serta pas..ATAU
2. memperkenankan parti BN membentuk kerajaan baru.

Ini adalah hak Sultan, bukan hak saya, atau saudara yang simpati dengan pas, dap dan pkr. Ini adalah hak sultan.

barang diingat sekali lagi, Paduka sultan bukan orang tepi jalan. Kreadibiliti paduka Sultan tentang undang undang negara amat tinggi sekali yang saya rasa saudara tidak lansung mempunyai credential yang sama taraf dan hebat dengan paduka sultan.

kenapa waktu nasaruddin masuk ke dalam PKR, saudara tak cakap 'KEMBALIKAN HAK RAKYAT?" kenapa tiada suara yang menentang? Semua sokong? semua kata ini adalah demokrasi> sesiapa berhak memilih halatuju politiknya? kenapa kini dok sibuk kata salah lah dan sultan tak bagus la..sultan ikut telunjuklah..? Inilah perangai orang melayu yang saya tidak faham. Kita sepatut bersyukur kerana kerajaan cina yang diketuai oleh DAP tumbang walaupun membonekakan nizar sabagai MB mereka.

Agaknya saudara sudah bisa menerima bahawa CINA boleh memegang jawatan Perdana Menteri negara ini ini. Tak pe...lah itu citarasa saudara dan saya berharap doa saudara itu dimakbulkan.

Anonymous said...

Karpal Singh marah dengan anwar kerana anwar suruh dia jangan buat saman sultan. Sebagi Ketua Pembangkang bila anwar kata jangan seringnya parti komponen mesti dengar cakap sebab dia ketua pembangkang. Tapi ini tak berlaku dalam pakatan pas, dap dan pkr. masing masing mempunyai ideologi politik yang berbeza dan uncompromise. mereka bersatu kerana mempunyai musuh yang sama iaitu UMNO dan BN. Itu saja premis pakatan mereka.

Karpal merasakan dia berjuang berseorangan. Dia marah dengan Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng keran mereka tidak menyokong secara terbuka dengan karpal mengena Hudud.

Another words, mereka ini mempunyai krisis dalaman parti masing masing yang cukup kronik yang tidak dibisingkan oleh PRESS.

Anonymous said...

Setelah mempercayai slogan ini " Jika kita tidak mampu menumbangkan sesuatu kumpulan, maka sertai lah mereka, berbaik dengan mereka, dan masukkan ideologi kita dalam kumpulan mereka, dan kurangkan kekuatan mereka dari dalam "
dengan yakin dato Nasa mengorbankan karier politik demi UMNO, Bangsa Melayu dan Negeri Perak.

Saya amat mengenali dato nasa, hasil daripada tindakan beliau, Perak kembali kepada BN, walaupun kecaman hebat dari Pemuda Perak yang "Pro Khairy" Lihat sahaja artikel :Dato Nasa : BN ke PKR dalam http://rmf7.wordpress.com sememangnya tepat telahan saya.

akan tetapi bak kata org tua tua, "kalu tak dipecahkan ruyung, mana nak dapat sagunya" sekarang ini Sagu tersebut di ambil oleh orang lain,

Kepada Ketua Pemuda Perak kini menjawat exco yang baru.. TOLONG JANGAN BUAT KESILAPAN DENGAN MEMBAWA AGENDA PRO KHAIRY JAMALUDDIN DI PERAK- pERAK AKAN KALAH JIKA AGENDA INI DIBAWA

Anonymous said...

Askm Abang Rahman..
bang rahmn..saya nak mengopila dengn abang rahman. bleh tukar tukar pendapat secara face to face. Boleh?

Anonymous said...

syabas sdr raman..artikel sdr dlm locengwangsa banyak MEMBANTU dan MEROSAKAN akidah orang melayu YANG kehausan idea bagi membangunkan negara yang kita cintai..kadang2 KECELUPARAN sdr juga bolih dikatakan keterlaluan tanpa memikirkan siapa sdr.yang sabenarnya..JANGAN DIKOYAKKAN BAJU UMNO DIBADAN SENDIRI..

Anonymous said...

KITA PERLU INGAT RAKYAT MENGUNDI UNDI WAKIL RAKYAT BUKAN MENTERI BESAR.... MENTERI BESAR DIPILIH BERDASARKAN PARTI MANA YG MENANG DARI KESELURUHAN DUN... KALAU NAK IKUTKAN BN 28, DAP 18, PKR 6 DAN PAS 5.... BN YG MENANG..KERANA DLM PILIHAN RAYA PKR GUNA LAMBANG YG BERBEZA...KEADILAN, PAS DAN DAP... SEDANGKAN BN GUNA SATU SAJE... TETAPI SULTAN DGN BUDI BICARA ATAS NAMA PAKATAN... PKR LAH YG MENANG MAKA SULTAN MELANTIK DR NIZAR KERANA SYARAT MESTI ORG ISLAM... WALAUPUN DAP TAK BERAPA SUKA...

UNTUK UNDI TAK PERCAYA... TIDAK SEMESTINYA KENA BUAT DI DEWAN DUN... SULTAN DGN PERUNTUKAN 16(4) UNDANG2 TUBUH NEGERI PERAK SULTAN ADA HAK UNTUK MEMBUAT DGN CARANYA... SEPERTI MEMANGGIL KESEMUA WAKIL DUN MENGADAP SULTAN DAN MENANDATANGI SOKONGAN ATAU UNDI TAK PERCAYA... SULTAN TELAH PUN BERBUAT DGN MEMANGGIL KESEMUA TERMASUK CALON BEBAS ITU YG TERBUKTI 31 SOKONG BN... MAKA TANPA RAGU2 LAGI... SULTAN DGN KUASANYA DAN MENGIKUT UNDANG2... MAKA BN BERHAK MEMERINTAH....

Anonymous said...

samb...

PENDIRIAN SULTAN MASA ITU DGN MELANTIK DR NIZAR...DISAMBUT BAIK OLEH PEMBANGKANG YG DISIFATKANKAN BAGINDA RAJA YG ADIL DAN BIJAKSANA. PARA PEMINPIN UMNO MESKI PUN KECEWA TETAP MENGHORMATI KEPUTUSAN TERSEBUT.

TETAPI APABILA SULTAN PERAK BUAT KEPUTUSAN YG TERBARU INI TETAPI TIDAK MEMIHAK PADA PKR MEREKA JADI TIDAK RASIONAL MALAH SANGGGUP MENDERHAKA....MANA ADA ISTILAH" pATIK MOHON DERHAKA..."...

Anonymous said...

samb...

AMAT MEMALUKAN ORG ISLAM KERANA BERNIAT NAK BUAT DEMONSTRASI SELEPA SEMBAHYANG JUMAAT...

DGN TAKBIR LA ILA HAIL ALLAH... KUAT2... SEOLAH2 DISERANG ISRAEL... PADAHAL YG MERINTAH 27 ORG MELAYU DAN 1 SAJE CINA... PADA HAL YG MEMERINTAH SEBELUMNYA MAJORITINYA KAFIR.....YG BUAT DEMO SEMUA ORG BERKEPIAH... ORG CINA TARAK...

Anonymous said...

SYABAS SDR AJYM..ARTIKEL SDR BOLIH MENDATANGKAN KESEDARAN PADA MEREKA YANG BUTA MATA DAN HATI..OLIH ITU HARAPAN SAYA SEMOGA SDR TERUS MENCATAT DILAMAN INI UNTUK SEDARKAN ORANG MELAYU YANG MASIH LENA KEHAUSAN..SYABAS SDRKU AJYM.

Anonymous said...

Dr. Fithri,

Insya Allah kita boleh 'face 2 face'. Lagipun saya bependapat lebih baik kita mencari satu formula bagaimana untuk rebranding UMNO ini yang dikatakan oleh Musa Hitam sebagai parti yang sudah tua. Apa pun kita harus bersetuju agar UMNO terus mendominasi ketuanan Melayu dan juga ketuanan rakyat di negara ini, bukannya Pakatan Rakyat.

Dr. Fithri, sekarang ini saya masih berada di Kuching, Sarawak dan akan kembali Ke KL hujung minggu ini/ Calling2 ok!

Abd. Rahman Hashim.

Anonymous said...

saudara fithri..bila masa undang2 menulis sultan blh lucut kan jwtn MB..undang2 hanya menulis sultan hanya blh melantik sahaja..mugkin undang2 dr umno sahaja yang membenarkan sultan blh lucut kan jwtn MB..kemudian bila sultan mtk MB nizar ltk jwtn,lalu di enggani olh nizar,hang pa dari umno celik pulak tentang undang2.tapi bila speker perak kata 3 org DUN tu dh letak jawatan,knp hang pa dr umno tak nampak lagi pada undang2.mslhnya sekarang 3 org dum itu sah disisi undang2 sebagai rg yg telah hilang jawatan.ni perkara asas dan pokok yg saudara mesti kembali lihat.jgn di sebabkan terlalu tebal rasa umno dalam diri saudara hingga saudara hilang kewarasan bila bercakap...