assalamualaikum Pictures, Images and Photos

Friday, November 21, 2008

Rafidah menerima tekanan, Shahrizat bertekad tanding Ketua Wanita



Nampaknya kemelut politik di dalam Pergerakan Wanita UMNO yang membabitkan Rafidah dan Shahrizat terus menjadi topik hangat di persada politik tanah air kini. Tan Sri Rafidah Aziz Ketua Pergerakan Wanita UMNO sejak 1984 lagi pernah ditewaskan oleh Dato' Sri Dr. Siti Zaharah Sulaiman suatu masa dahulu, kini semakin hampir dicabar sekali lagi. Tokoh kali ini yang bakal memberikan cabaran terhadap beliau ialah Naib Ketuanya sendiri, iaitu Dato' Seri Shahrizat Jalil yang kini menjadi Penasihat Hal Ehwal Wanita kepada Perdana Menteri.

Penganalisa politilk meramalkan Shahrizat mampu memberikan tekanan kepada Rafidah malah tekanan kali ini dilihat akan memberikan impak kepadanya untuk mengkaji semula pelan peralihan kuasa yang dirangka oleh Rafidah untuk menyerahkan baton Ketua Wanita kepada penggantinya pada bulan Jun 2009.

Jika Rafidah berdegil dan tetap mahukan pelan tersebut dipatuhi, maka sejarah Wanita UMNO bakal menyaksikan Rafidah akan tertiarap sekali lagi di dalam Perhimpunan Agung Pergerakan Wanita UMNO yang akan diadakan pada Mac 2009; dan kali ini Wanita UMNO akan mengajarnya supaya tidak bersikap angkuh sehingga tidak nampak lampu isyarat merah sudah menyala di hadapan menyuruhnya berhenti.

Dato' Seri Shahrizat Jalil telah pun membuat pengumuman kelmarin (20 November 2008) dimana beliau telah menyatakan kesediaan dirinya untuk bertanding jawatan Ketua Pergerakan Wanita UMNO di dalam Perhimpunan Agung Wanita pada bulan Mac 2009 nanti. Pengumumannya itu telah mendapat reaksi yang positif dari sebilangan besar Wanita UMNO Bahagian seluruh negara. Shahrizat dijangka akan menerima sokongan lebih daripada 100 Wanita Bahagian, termasuk Bahagian-Bahagian yang telah mencalonkan Rafidah. Tan Sri Rafidah Aziz telah mendapat 117 pencalonan, manakala Dato' Seri Shahrizat Jalil pula memperolehi 73 pencalonan daripada Wanita UMNO Bahagian yang telah mengadakan persidangan perwakilannya musim ini.

Kita menjangkakan Rafidah akan melenting dengan ketetapan yang diambil oleh Shahrizat itu, dan kemungkinan Rafidah akan tetap mempertahankan kedudukannya sebagai Ketua Wanita demi menjaga maruah dan air mukanya yang telah dicalarkan. Jika ini terjadi, rumahtangga Wanita UMNO akan terus bergolak dan drama tarik menarik rambut akan terus mencacat celakan imej Wanita UMNO.


4 comments:

Anonymous said...

Salam .
Songkok Tinggi .

ST mengucapkan selamat bertanding kepada semua calon - calon yang menawarkan diri.

Kepada seluruh perwakilan wanita ST mengucapkan selamat bersidang .

salam .

Anonymous said...

Kalau Sharizat tidak bertanding, dia akan menjadi Ketua Wanita UMNO(memangku)selama hampir 3 tahun selepas peralihan kuasa. Dalam tempoh tersebut beliau boleh mengukuhkan kedudukan. Tapi kerana sekarang bertanding dan jika kalah, dia tidak menjadi Ketua wanita UMNO. Jalan untuk dia menjadi semakin sukar.

Burhan

Anonymous said...

bukan sukar lagi ... tempat sendiri pun kalah ???

Anonymous said...

Ini zaman peralihan dari Presiden , Pemuda , Puteri dan wanita juga terlibat.

Nampak nya begitulah walau pon diperingkat wanita ada cadangan peralihan .

Harap jangan sampai kerajaan kena alih . Diluar sana ramai yang jadi penilai dan memerhati .

Pada saya dua-dua calon dalam soal Parti sama handal . Cuma soal PRU ke 12 yang lalu satu calon negeri yang satu lagi calon KL . dalam soal ini PRU dan PARTI ada beza .
Jangan jadikan sentimen pertandingan dalam parti . Yang lebih baik dan dihormati fikirkan permudah cara .

Hebat Loceng Wangsa .

Sekian.