Lima cawangan di Bahagian Setiawangsa dikatakan akan bersidang semula pada 30 Ogos ini di atas sebab-sebab teknikal yang dihadapinya. Difahamkan Jawatankuasa Pengurusan UMNO Bahagian Setiawangsa yang bermesyuarat kelmarin telah memutuskan perkara ini dan akan mengarahkan UMNO Cawangan Setapak Jaya 1A, UMNO Cawangan KLSC, UMNO Cawangan Jalan Air Madu, UMNO Cawangan Jalan Pahang dan UMNO Cawangan Taman Setapak Permai supaya mengadakan semula persidangan masing-masing; dan difahamkan juga bahawa persidangan tersebut akan diadakan serentak pada 30 Ogos yang akan datang, di pejabat UMNO Bahagian Setiawangsa.
Aduan Ahli
Sebelum ini cawangan-cawangan yang berkaitan itu dikatakan telah menghadapi tindakan protes daripada ahli-ahli yang tidak berpuas hati di atas perjalanan persidangan yang dijalankan, dan Jawatankuasa Pengurusan UMNO Bahagian setelah meneliti segala aduan yang dikemukakan itu, telah mendapati ada kes-kes tertentu yang menyebabkan persidangan ini harus diadakan semula.
Sehingga berita ini ditulis, saya belum memperolehi sumber maklumat yang jelas untuk mengesahkan perkara seumpama ini. Namun demikian maklumat awal telah saya perolehinya sejak tengahari kelmarin yang menyebut terdapat tujuh cawangan yang dikatakan akan diarah bersidang semula, tetapi maklumat ini telah berubah dengan menyebutkan hanya terdapat tiga cawangan sahaja yang kemungkinan terlibat.
Jawatankuasa Pengurusan
Akhirnya ketetapan telah diambil oleh Jawatankuasa Pengurusan yang bersidang malam kelmarin dengan memuktamadkan bahawa terdapat lima cawangan sahaja yang terbabit dengan arahan ini. Mesyuarat pengurusan UMNO Bahagian Setiawangsa yang memutuskan perkara ini telah dipengerusikan sendiri oleh Dato' Sri Zulhasnan Rafique, yang turut dihadiri oleh Timbalannya Dato' Halim Samad serta sebahagian besar Pegawai-Pegawai Kanan UMNO Bahagian, termasuk Dato' Ahmad Fauzi Zahari selaku Bendahari Bahagian.
Lazimnya jawatankuasa pengurusan ini akan dianggotai oleh Ketua Bahagian, Timbalan Ketua, Naib Ketua, Ketua Pemuda, Ketua Wanita, Ketua Puteri, Setiausaha Bahagian, Ketua Penerangan dan juga Bendahari. Jawatankasa ini akan bersidang untuk memutuskan segala permasalahan yang bebangkit berkaitan dengan perjalanan persidangan cawangan-cawangan. Semua aduan yang berkaitan akan dikemukakan kepada jawatankuasa ini untuk diteliti dan diambil tindakan yang bersesuaian dengan kes-kes yang berbangkit itu.
Sementara itu, difahamkan Setiausaha UMNO Bahagian akan menghantar surat resmi kepada semua Ketua UMNO Cawangan yang berkenaan pada hari ini bagi memaklumkan keputusan yang dibuat oleh jawatankuasa pengurusan UMNO Bahagian ini.
Persoalan samada Ketua-Ketua Cawangan yang terbabit ini telah dipanggil untuk memberikan keterangan balas masing-masing sebelum membuat keputusan sedemikian juga belum dapat dipastikan. Sudah tentu Ketua-Ketua Cawangan ini mempunyai keterangannya sendiri untuk didengar dan diteliti oleh Jawatankuasa Pengurusan sebagai penjelasan terhadap aduan yang dikemukakan oleh ahli-ahli yang membuat aduan.
Tidak Berpuas Hati
Jika setiap aduan yang diterima tanpa mendapatkan penjelasan kukuh daripada yang diadu, pastinya akan mengundang ketidakpuasan hati Ketua-Ketua Cawangan tersebut, dan mereka merasakan keputusan yang diambil oleh Jawatankuasa Pengurusan itu sebagai berat sebelah.
Apa pun diharapkan agar permasalahan seperti ini tidak mengundang kepada masalah yang lebih berat yang akan dihadapi oleh UMNO selepas ini. Sepatutnya menerusi musim persidangan yang diadakan sekarang ini, UMNO perlu diperkukuhkan dan seharusnya kita bijak untuk membawa hala tuju supaya UMNO sentiasa di hati rayat, dan bukannya diperlemahkan dengan isu-isu kecil yang boleh menimbulkan persengketaan sesama sendiri.
Kupasan selanjutnya bakal menyusul...


40 comments:
seronoklah Dato Halim and gang tetapi hanya menang sorak.Cawangan cawangan yg menyokong dia pun bukan betul sangat cuma kumpulan Shuib sporting tak mahu timbulkan.nampaklah betapa bimbangnya Dato Halim takut tewas di pemilihan nanti.Keputusan JKuasa Pengurusan ini akan menguatkan lagi azam kumpulan Shuib.Selamat berkempen secara berhemah
semua orang mempunyai hak untuk bersuara dan memberikan pendapat. Pertandingan bukan sepatutnya mengatasi kepentingan diri sendiri tetapi harus mementingkan parti supaya kukuh dan sentiasa dihormati. tetapi kalau asyik kata "diri aku yang hebat" dan "diri orang lain tidak" maka ini maknnya orang itu bongkak dan sombong diri. Kepimpinan mesti ada wawasan perjuangan yang jelas bukan mengadu domba sesama ahli umno. Buruk nampaknya kepada generasi muda. Mana orang muda tak lari dari umno jikalau orang yang kononnya berpengalaman; pandai berpolitik; ini menunjukkan tabiat dan contoh kepimpinan yang buruk? Kalau kriteria pemimpin yang di cari lihatlah kepimpinan Islam, supaya tenang mencari pemimpin. jangan mencari pemimpin dari kriteria mafia..maka apa yang kita akan dapat adalah sang mafia yang akan bermaharaja lela dengan tabiat buruknya. Kepribadian mesti jaga. Mulut jangan celupar. jangan bangga diri bila sudah terpilih. Malah mesti merendahkan diri apabila berjaya jawatan itu disandang. Selamatlah kepada orang yang benar dan kalahlah orang orang yang munafik (suka kencing orang dalam bahasa politik sekrang) dan orang orang yang fasik. Mari kita tolak pemimpin munafik dan fasik ini. Bersama kita boleh melakukannya agar UMNO akan selamat, Melayu akan terjamin, kesucian Islam akan terpelihara.
askm..kepada pembaca locengwangsa..saya tertarik dengan tulisan anonymous yang panjang tu...Saya menyokong pendapatnya. Saya juga orang umno, saya tengok d setiawangsa ini terdapat cita cita besar teramat sangat untuk jadi ketua cawangan. malah ada wanita yang juga mahu jadi ketua cawangan. baguslah tu..tapi saya dengar cara seorang ketua wanita cawangan jadi ketua cawangan tu tak betul? Entahlah betul ke tak? Tapi daro soseh soseh bahagian setiawangsa, ketua wanita ini telah melanggar perlembagaan umno. Kononnya mesyuarat yang dikendalikannya ada 60 orang. Saya kata hebat betul wanita ini sampai 60 orang boleh dia kumpul. Tapi bila saya pergi ke NZ makan makan disana, adalah orang bercerita...orang yang bercerita tu orang tua tua sikit la bentuknya, dan ramai juga orang disekeliling dia. Dia kata mesyuarat yang dikendalikan itu tak cukup korum. Cakap aje cukup tapi sebenarnya tidak cukup. Daia kata ketua wanita ini telah buat mesyuarat tanpa ketua cawangannya? tak dapat izin katanya? Saya tanya dengan orang itu kenapa ketua wanita ini nak buat mesyuarat tak berbincang dengan ketuanye. orang ni cakap, ketuanya bukan ketuanya, si "perempuan" ini ikut telunjuk si shuib. Saya tanya siapa shuib ini? dia kata shuib ini dah gile sangat nak jadi timbalan ketua bahagian. Oleh kerana terlalu syok nak jadi timbalan, semua orang nak dikontrolnya...permainan yang jahat" kata orang tua ini. Hari masa tu dah lewat malam ramai juga orang umno yang lepak dengan dia. Bagi saya, yang penting parti bukan jawatan. Bak kata orang politik sekarang, "kalau sering kencingkan orang, maka satu hari nanti dirinya akan dikencingkan semula..silap silap hari bulan dia akan diberakkan sekali".. renung renungkanlah bak kata pepatah ismet ulam raja adik beradik ulam pegaga. Sang Busy Body (SBB)
Kalau nak bercakap pasal mesyuarat x cukup korum, banyak cawangan yang gagal berbuat demikian, antaranya cawangan Pekan Air Panas (Haji Hashim, Setpol Dato' Zul), Cawangan Kg Pdg Tembak (Cawangan Dato' Fauzi),Cawangan AU5D (Muner), Cawangan Langgak Bukit (Dato' Halim) pun x cukup korum, dan banyak lagi yang tidak menjadi contoh dan teladan. Jgn cuba tuding jari ke arah org lain, tengok dalam kain sendiri la....
Harus diingat kita melayu sama melayu, duduk sebumbung, perjuangan dan perjalanan masih jauh.....
kalau dah byk sgt cawangan yang bersidang kurang korum tapi tutup mata dan mengesahkan nyer... baiklah dibuat semua nya semula... jgn cakap tak serupa bikin..
harap2, adalah jawatankuasa UMNO bhg yang membaca dan ambil tindakan, jika tidak jgn lah bila rumah dah siap pahat berbunyi pulak...
komen saya
Aku hairan kenapa cawangan yang menyokong Shuib saja yang diarahkan bermesyuarat semula? Jangan buat hal la....
Hah.. Semua cawangan yang menyokong Abang Shuib dicari pasal anjuran Setiausha Bahagian yang anti Abang Shuib. Gara2 ikut cakap 'girlfriend' 'bini orang' 'biskut lemau' yang cukup anti Abang Shuib juga. Tiap2 hari buat maksiat di pejabat bahagian, sampai aktiviti belajar menjahit yang diadakan di pejabat bahagian dahulu dihentikan gara2 'girlfriend' (GF) ini arah SU Bhg SUB). Semua bahan souvenior ke, apa2 ke di kontrol oleh 'girlfriend'. Kak Ani pula pandai catur pegang GF supaya SU ikut cakap. Semua kaum kerabatnya di placing nak kontrol Bahagian konon. Patut bila kubur dah kata mari, beribadat bukan buat maksiat. Betul cakap member yang tulis tu. Malah hampir kesemua cawangan yang tidak menyokong Abang Shuib tak cukup korum. Ada yang hanya bermesyuarat 3 orang saja, panggil orang2 Setapak yang bukan ahli dll. Semua ini gara2 SUB mengatur sambil mengancam batal mesyuarat jika tak calon cai kerajaan iaitu Dato Halim dan Dato' Fauzi. Kemudian pula Dato' Halim dan Dato Izudin. Cawangan Air Jernih mesyuarat anak beranak dalam rumah lagi. Tapi sokong Halim & Co lepaaasss. Selain dari YB Dato Sri dan Kapt Rafli, semua ahli pengurusan UMNO Bhg anti Shuib. Gila sangat nak pegang jawatan sanggup buat kemungkaran tapi tuduh orang lain. Patutlah semakin hari semakin ramai yang menyokong Abang Shuib. Tengok macam mana Abang Shuib membantu calon-calon Ketua Pemuda dapat paspot supaya mendapat seorang Ketua yang berkalilber. Masakan boleh pilih Ketua yang bagus bila disekat pencalonan. Jadilah organasasi yang oligargik. Nasib baik Abang Shuib bersetuju tanding satelah dipujuk, kalau tidak apa akan jadi UMNO Setiawangsa ini. Fikirlah sendiri mengape pencalonan banyak kepada Abang Shuib. Bila dah kalah tuduh orang main duitlah, masuukklah dll. Cuba rapat dengan Halim & Co. Kita boleh tahu mereke2 ini tidak ikhlas. Jual nama TPM saje. Yang seorang lagi nak placing saperti dia buat Kamal Salih dulu. Halim & Co dan SUB bukan nak jaga nama baik YB Dato Seri tapi gila jawatan, nak glamor dan mengambil kesempatan. Sejarah dah tunjuk selama mereka pegang teraju apa jadi. Kita setuju supaya semua Cawangan diarahkan dibuat balik. Baru mereka tahu nanti pencalonan pun mungkin tak cukup. Semua tahu protes-protes dianjur SUB dan Hallim & Co. Kalau Dimyati KC dan Zainal yang mencabar jawatan protes tentu Cwgn itu diarah mesyuarat semula. UMNO Setiawangsa dah tenat saperti kata Albert Enstein, masalah yang ditimbulkan oleh sesuatu kumpulan hanya boleh diperbetulkan oleh kumpulan yang lain yang lebih arif. Apahal nak komen Wanita nak jadi ketua Cawangan. Pemangku yang ada tak pernah berkhidmat diakar umbi. Geng Halim & Co ini pun berlagak bagai nak rak, mentang2 jadi SU politik (SUP) guna pengaruh, tuduh bukan2. Kalau SUP tanding pasti kalah di Cawangan. Baguslah buat semula. Kita tengok siapa benar. Saperti ada member tulis 'ANGGUR MASAM'
annoymous yang budiman, baguslah tu anda sokong shuib. tak salah kalau awak rasa dia bagus. tapi bila orang awak salah awak tak kata salah orang lain salah awak kata salah. akar umbi apa? ingat semua tahu akar umbi dia? jangan cakapla...kalau cakap dah pekena dengan duit cakap kerana duit namanya. saya duduk lepak jugak dengan orang orang nak bertanding ni. semua salah menyalahkan orang lain. kalau awak rasa dia orang tak cukup korum suruh ahli dia orang buat protes. baru bagusg. semua cawangan diprotes. semua cawangan buat mesyuarat balik. awak mesti ingat tak semua nak jadi ketua cawangan. kalau semua nak jadi ketua cawangan siapa nak jadi pengikut. memang lah resam manusia ...bila salah orang semua nampak..kalau salah sendiri mana nak nampak.
Semua Kc dah kenal Dato Halim.Harapkan lembut je.Teringat kata sahabat kini di Bhg Wangsa Maju "jangankan udang teluuur pun tadak".Pandai berjanji tapi bila org dlm kesempitan dia akan menghilangkan diri. kawan tu tunggu sampai malam tak juga muncul.Katanya penyokong kuat dia pun dah terkena.Jangan salahkan abang Shuib bertanding Timbalan kalau dia tak nak ramai lagi yg akan lawan Halim seperti Dato Izudin,Rawi,Ahamd Laili,Mat Yang,Abg Sam.Shuib pun diminta oleh ramai Kc.Dulu org tak kenal siapa Halim. Itu sebab dia menang tapi tak boleh harap tak tau buat kerja rupanya
Kasihan Kak Norsiah.Baru pegang jawatan Kc kena buat semula.Takpe Prof Fitri tak kenal ahli cwg dari dulu hingga sekarang.kini lebih sebok setelah jadi SuP.Mesyuarat 10 kali pun dia takan menang.Dia nak pegang jwt nak glamour.Tugas dan tanggongjawab Kc tak tau dan tak nak buat.Teruskan perjuangan Kak Norsiah
tu..la, kalau korang ni dah hebat sangat lawan la. apa susah.ada duit..taburkan lagi banyak banyak..biar kami yang untung. nak sangat jadi ketua cawangan ambik lah. setahu aku, shuib memang bagus tapi mulut dia tak bagus. maki hamun orang sana sini. kalau nak jadi pemimpin mulut kena jadi beb. perangai kena baik punya...kalau inilah pemimpin......,baik aku pilih aku ..paling tidak aku bahagia.
aku jumpa si bekas pemamngku KC tu...baru baru ni...aku tanya kenapa protes..dia kata dia protes kerana prinsip bukan kerana jawatan. aku tanya kau disuruh protes ke? dia jawap tak. Siapa suruh? dia jawap dia nak buat sendiri. Aku tanya kenapa tak buat protes pergi ke bahagian saja. dia jawap sudah pergi tapi bahagian tak nak masuk campur. bahagian kata kalau nak protes pergi ke UMNO Pusat. kalau UMNO Pusat terima ...dia terima lah. Kalau tak, tak lah. Aku tanya kau puas hati ke dengan keputusan baru baru ni. Dia jawap dia akur dengan keputusan tersebut. Aku tanya dia lagi, kau nii tak ade masa kat sini la..sebab itu orang kata kau ni tak sepatutnya jadi pemimpin. Dia cakap, kalau siapa pun nak jadi pemimpin jangan buat orang sampai tak ada maruah dan aibkan dia. jangan sampai buat dia macam tak wujud. kalau nak sangat jadi KC jangan bising sana sini. Boleh bincang dengan baik dengan cara berhemah. Aku tanya kau tak nak ke teraju cawangan ni. Dia jawap. Dia boleh saja teraju tempat tu. Dulu dia tak ada masa sebab dulu dia orang akademik. Sekarang dia dah jadi orang politik. Banyak benda yang boleh di tolong. Aku tanya kau dah bincang dengan norsiah ke? Dia cakap sudah. Dan norsiah kata dia akan bagi KC tu pada dia tetapi dia kena sokong shuib dan yamin kerana dia orang bagi percalonan pada norsiah. Aku tanya, kau setuju ke dengan "deal" tu? Dia cakap, ikutkan otak dia, dia tak setuju tapi oleh kerana norsiah ni dianggap macam kak dia, dan lagi pun norsiah nie nak bertanding, maka dia mesti sokong habisan untuk norsiah sebab ini maruah cawangan. Masalah keluarga boleh kita selesaikan sendiri kata dia. Aku tanya apa masalahnya lagi? Dia jawap "entah". Dia kata setelah norsiah bersetuju, dia pun diam lah. lepas tu apa jadi? dia cakap norsiah hantar sms pada dia, norsiah kata, "macam ni la..biar hayazi pegang KC sementara Dia (mantan pemangku kc) pegang naib..lepas tu hayazi lepaskan jawatan KC dan bagi pada naib..." lepas tu dia kata norsiah tulis lagi norsiah bukan nak mainkan dia. Aku tanya apa reaksi dia? dia cakap dia kecewalah. Dia tak sangka sebenarnya norsiah dah tipu dan berbohong dengan dia? Aku tanya apa kau buat lepas tu..dia cakap dia hantar sms pada norsiah kata norsiah menipu dia. Lepas lepas tu...dia kata dengan aku..kau ni banyak tanya pasal ape. macam wartawan agendadaily saja. Aku jawap tak...aku hanya nak tahu kebenaran. Jadi aku tanya lagi..apa norsiah kata lepas tu...dia cakap norsiah sms dia kata dia dah melampau kata kan si norsiah tu penipu. Ya la kau ni satu norsiah, kalau dah setuju dengan janji awal ikut aja la. Lepas tu aku tanya apa kau buat lepas tu. Dia jawap masa tu dia dia di permatang pauh bertugas, dia call shuib apa dah jadi dengan pakatan ini. Shuib pun terkejut. Dia tak tahu lah shuib betul betul terkejut atau buat buat terkejut. Shuib kata dia akan cakap dengan norsiah. So shuib pun cakap dan call norsiah. apa dia bincang mantan pemangku KC tak tahu. Aku pun tarik nafas panjang oooooooo....macaam itu ceriter nya. Aku tanya kenapa tak datang, dia jawap dia tak datang kerana bertugas lagi pun sudah diberitahu bahawa dia tak boleh datang dan tidak mahu mesyuarat itu diadakan pada hari yang dia tak ada. Notis yang dibagi tidak pernah berubah. Aku kata ohhhhh.....aaku tanya lagi, kau nak pegang ke jawatan KC ni. Dia cakap siapa nak pegang boleh pegang saja. Dia hanya pemangku sahaja di cawangan itu. Tapi cara untuk menidakkan diri dia sebagai ahli tak betul dan melanggar perlembagaan umno. so macam mana sekarang, dia kata dah bahagian kata buat semula ..buat semula la..apa susahnya. kalau ada yang mahu jadi KC datang saja pada hari tu. aku tanya dia lagi kau datang tak. Dia kata dia akan datang dan akan berkata sesuatu. apa yang kau nak cakap? dia kata tunggu la pada hari tu. So aku pun ceriter lain dengan dia..ceriter pasal permatang pauh dan politik malaysia. bagi aku ni ok...cuma orang tak kenal dia saja. budi bahasa ada. otak pun ada. kalau dijadikan pemimpin memang baik. duduk dengan dia, benda yang aku tak nampak boleh jadi nampak. Orang cakap dengan aku dia tak bagus. dia ni mangkuk. Biasalah aku tak mudah nak dengar cakap orang sangat sehingga aku jump[a dia sendiri. so aku pun jumpa lah kebetulan dia lepak dekat NZ tu. Dia ok..dia ok..
hmmm pada korang korang semua, siapa rasa dia bagus sangat apa lagi protes la. aku dengar dari bahagian, norsiah nak protes pasal cawangan dia. apa lagi norsiah protes la. bantahlahlah...kau pun ahli jugak. kau ada hak pee nak protes. kau nak jadi naib ketua wanita tak kan kau tak protes...kau tahu nak protes kau tanya si shuib. si shuib tu semua pandai. kalau disetiawangsa dialah paling pandai. tanya pakar PAS tu la..Putar Alam Shah. SBB dah nak lepak.. KAKI LEPAK NZ - UMNO TETAP DIHATIKU
Khas Buat YB Dato Zulhasnan Rafique....
Bangkitla bina kekuatan bantu UMNO Setiawangsa untuk cegah kemungkaran.... yang sedia ada.
Kami sentiasa akan berada diBelakangmu untuk kau perjuangkan nasib kaum Melayu diSetiawangsa.
Belalah nasib kaum Melayu yang ada Setiawangsa. Jangan kau padang ke satu arah dan kau lupa arah yang lain. Kami perlukan pautan mu yang kukuh untuk terus maju bersama UMNO yang sudah mula goyah.
Marila wira kami..... Bangkitlah bersama kami melayu.........
Betul tu kenapa hanya cawangan yang menyokong Shuib je yang kena buat mesyuarat semula....
Tapi takpe Abang Shuib, lagi banyak rintang yang Tuhan turunkan untuk kita akan lebih kuat semangat penyokong terhadap kita..
Kebenaran memang sukar untuk di realisasikan namu akhirnya ia akan berjaya juga.
Biar Annie Avon dan geng berseronok atas kesusahan orang Abang Shuib tap kejayaan yang pasti akan berhasil.
"Work Smart will give u a good RESULT".
HAPUS KEMUNGKARAN.....
Abang Shuib....KAMI AKAN TERUS MENYOKONG ABANG.
kalau 5 cawangan di minta untuk buat mesyuarat semula, kenapa tak panggil semua wanita-wanita umno cawangan yang ani avon bawa lari dan terbang tu, arahkan buat balik mesyuarat wanita cawangan-cawangan tu? mana ada dalam perlembagaan UMNO , sewenang-wenangnya menggunakan kuasa dan mandat yang diberikan dengan mengarahkan dan meng endoskan mesyuarat-mesyuarat wanita cawangan sampai tahap ada ketua-ketua cawangan pun takut nak protes sebab mereka kata ani avon taja orang lawan KC kalau mereka cuba protes. Besar sangat ke ani avon sampai KC semua takut! bangkitlah semua KC, jangan disebabkan ugutan ani avon bahawa wanita dia tak kan beri undi menjadikan semua yang nak bertanding kecut perut dan telurrrr.
harap YB Dato Zul dan AJK UMNO Bhgn tak buta mata, tuli telinga , bisu suara tentang apa yang terjadi ini
saya ingin cadangkan supaya semua cawangan-cawangan mengusulkan 2 perkara iaitu yang pertama untuk meminta Pak Lah dan 'Biskut Lemau" buat SUMPAH LAKNAT yang mereka tak buat maksiat di pejabat bahagian tak payah depan ramai-ramai, depan ajk bahagian cukup. kedua meminta ani avon juga buat SUMPAH LAKNAT yang dia tak buat mesyuarat wanita cawangan terbang dan lari..
jika ini dapat dibuat, nescaya setiawangsa akan lebih telus, lurus dan nama baik YB Dato Zulhasnan pun tak busuk sebab semua org kata YB Dato Zulhasnan tak ambil peduli tentang apa yang berlaku di sekelilingnya terutama pegawai-pegawai kanannya.
Saya ahli UMNO Cawangan KLSC sejak ia ditubuhkan lagi. Masa itu Dr. Kamal Salih yang menaja cawangan ini. Banyak nama yang saya kenal dlm cawangan ini, diantaranya Sulaiman Saleh, Mazlan Manap dan bekas-bekas KC nya juga saya kenal seperti Haji Kamaruzaman.
Saya juga terkejut kerana cawangan ini sering bertukar KC. Kalau tak silap saya Hamzah Hitam Putih juga pernah transit ke cawangan ini sebelum melarikan diri ke cawangan Seksyen 6 menggantikan Hanafiah Yunus. Dulu semasa dia jadi KC KLSC dia dikejutkan dengan masalah muflisnya, lalu jawatan itu dipangku oleh Dr Zainul Fitri yang pernah menjadi Ketua Pemuda Cawangan ini.
Hari ini Dr. Zainul Fitri dah jadi Setpol Zahid Hamidi. Profesor ini kelihatannya agak berlagak sikit. Dia rasa dia seorang saja yang bijak dlm bahagian ini.
Kalau di hebat dia dah jadi pemimpin besar bahagian. Tapi di cawangannya sendiri dia gagal menampilkan diri sebagai orang yang hebat. Camne la orang berlagak hebat ini tapi x sehebat yang dilihat, kemudian nak jadi KC?
Nak jadi pemimpin politik, bukan cukupnya dengan memberitahu orang lain bahawa aku seorang profesor. Orang pun tak pandang sangat dengan pangkat yang dia sandang tu, sbb dia mungkin layak jadi orang akademik, tapi bukan sebagai pemimpin politik.
Hairan kenapalah Zahid Hamidi dapat Setpol macam dia tu? Orang yang suka berlagak ini bukannya menjadi aset kepada UMNO, tapi menjadi beban pulak kepada UMNO.
Kalaulah dia hebat, orang akan lonjakkan dia menjadi pemimpin besar Bahagian, tapi x siapapun mencalonkan dia sebagai Ketua, Tim Ketua, Naib Ketua ataupun AJK Bahagian.
Agak memalukan jugak apabila dia pernah meminta simpati dari Ketua Bhg untuk dapatkan tempat itu dan ini, tapi akhirnya dia x dilayan.
Kalau dia hebat, dia sepatutnya tunjukkan kehebatan ketika memangku jawatan KC KLSC. Buat program rakyat sebagaimana yang disarankan oleh pemilik blog ini dan kita dekati akar umbi, bukannya asyik berbangga dengan title profesor.
Norsiah diangkat menjadi KC yang baru, kerana Dr. Fitri gagal memiliki pengaruhnya dalam cawangan ini. Dia terlalu mengharapkan Norsiah untuk gerakkan cawangan ini. Memang patutlah Norsiah dipilih jadi Ketua Cawangan.
Sebagai seorang ahli di cawangan ini, saya amat kesal kerana mesyuarat agung cawangan ini sering diubah2. Kalau x silap saya dah banyak kali tarikh mesyuarat agung ditunda, sehinggalah satu notis terakhir yang dikeluarkan iaitu mesyuarat agung KLSC akan diadakan pada 16 Ogos.
Mslh KC tak hadir, dia jawap sendirilah....tak semesti mesyuarat agung boleh dibatalkan hanya kerana melayani karenah KC yang x konsisten untuk berbuat demikian.
Pada saya apabila korum mencukupi, ahli berhak untuk menggunakan peluang untuk memilih pemimpinnya. Sememangnya kami x mau orang mcm dia jadi KC kami.
Apapun tahniah kepada Norsiah, kerana menjadi serikandi KLSC untuk mengajar orang yang angkuh seperti Dr. Zainul Fitri Dato' Othman.
anonymous hendak Sumpah laknat terhadap pak lah atau bermubahalah kerana ianya tidak menepati undang-undang Islam. dalam hukum kazaf. "Kaedahnya dalam kes ini, ialah 'orang yang menuduh mestilah mengemukakan bukti' jika dia gagal mengemukakan bukti, dia boleh dikenakan hukuman hudud," bersumpah untuk membuktikan beliau benar atau pun tidak,"itu cadangan dari orang yang terlebih pandai." masalahnya dalam kes membabitkan A adalah perkara yang menjatuhkan maruah dan tidak timbul soal perlunya orang yang mendakwa atau tertuduh untuk bersumpah. orang-orang Melayu supaya tidak terikut-ikut dengan budaya agama lain yang bersumpah dengan kitab dan sebagainya. "Tiada kaedah langsung kena sumpah dengan al-Quran, itu meniru budaya agama lain, sumpah yang ada dalam Islam cuma 'Wallahi, Wabillahi, Watallahi'," adalah yang membabitkan hukum kazaf, bukannya li'an. "Sumpah hanya diterima dalam kes suami isteri atau li'an. Menyuruh tertuduh bersumpah dalam kes membabitkan kazaf menyalahi hukum syarak," masyarakat UMNO Islam setiawangsa tidak harus dikelirukan dengan gesaan bersumpah, kerana sumpah bukannya sesuai dalam semua perkara. "Isunya tidak ada sumpah dalam bab kazaf, orang yang menuduh mesti membawa saksi sebagaimana yang disyaratkan dalam kanun jenayah syariah, jika dia gagal, dia boleh dikenakan hukuman 80 sebatan
assallamualaikum wbt..saya telah diberitahu oleh kawan kawan bahawa ada orang tulis pasal saya diblog ini. Pertama saya ingin mengucapkan ribuan tahniah kepada abang rahman hashim kerana menyediakan blog ini yang membuka kepada perdebatan terbuka untuk diluahkan. Saya rasa tindakan yang dibuat boleh abang rahman patut dipuji kerana mengambil langkah yang terbuka agar ahli umno setiawangsa khususnya boleh berdebat secara terbuka. Berhemah atau tidak itu terpulang kepada pendebat dan pemberi pendapat didalam blog ini. Baiklah saya akan jawap persoalan yang dibuat oleh seseorang yang menggunakan nama Prof KLSC Said. Pertama saya adalah mantan pemangku ketua cawangan klsc. nama saya Mohd Zainul Fithri.
Dia kata Hari ini "Dr. Zainul Fitri dah jadi Setpol Zahid Hamidi. Profesor ini kelihatannya agak berlagak sikit. Dia rasa dia seorang saja yang bijak dlm bahagian ini."
Saya jawap: Saya pohon ribuan maaf jika saya ada menunjukkan tabiat berlagak itu kepada kelian sekelian. Saya tidak pernah merasakan saya ini bagus dan hebat apatah lagi orang berpengaruh dalam bahagian. Saya hanya ikan bilis yang dimasukkan ke dalam umno wangsa maju kemudian setiawangsa. Oleh itu jika saya berlagak saya minta maaf. Insyaallah saya akan cuba memperbaiki kesalahan saya dan perangai lagak saya itu. Terima kasih kerana mengingatkan saya.
Dia kata lagi:
Kalau di hebat dia dah jadi pemimpin besar bahagian. Tapi di cawangannya sendiri dia gagal menampilkan diri sebagai orang yang hebat. Camne la orang berlagak hebat ini tapi x sehebat yang dilihat, kemudian nak jadi KC?
Saya jawap: Saya tidak bermimpi untuk menjadi pemimpin besar mahupun kecil dalam bahagian ini. Kebetulan sewaktu cawangan ini mempunyai masalah maka saya dipinta untuk memangkunya. Saya telah memberitahu kepada Ketua Bahagian bahawa saya tidak mahu, tetapi dia kata tak mengapa pegang sahaja buat sementara sehingga ada pemilihan. saya tidak mahu menampilkan diri saya orang hebat dan tidak mahu menganggap saya hebat. Apa guna hebat kalau hidup dicemuh orang. Baik saya menjadi orang biasa dan ahli biasa itu pun sudah memandai untuk saya. Sesungguhnya saya tidak mahu menjadi ketua cawangan. ambil lah jawatan ini. saya tidak berkehendakkan jawatan ini. Saya rasa jawatan ini patut diberikan kepada orang yang aktif dan ada tenaga dalam cawangan seperti kak norsiah.
Daia kata: "Nak jadi pemimpin politik, bukan cukupnya dengan memberitahu orang lain bahawa aku seorang profesor. Orang pun tak pandang sangat dengan pangkat yang dia sandang tu, sbb dia mungkin layak jadi orang akademik, tapi bukan sebagai pemimpin politik.
Saya jawap: mungkin ada kebenaran dari apa yang ditulis oleh orang ini. saya mungkin bukan orang politik. pangkat bukan saya minta, saya dianugerahkan kerana kerja akademik saya. sebab itu saya dapat Professor. Dr bukanlah pangkat tetapi hasil usaha saya buat ijazah kedoktoran falsafah. oleh itu ..saya tidak pernah merasa hebat tetapi sentiasa merasa bersyukur dalam apa juga Allah berikan kepada saya.
Dia kata lagi: Hairan kenapalah Zahid Hamidi dapat Setpol macam dia tu? Orang yang suka berlagak ini bukannya menjadi aset kepada UMNO, tapi menjadi beban pulak kepada UMNO.
Saya jawap: Entah saya pun hairan. tetapi saya telah diminta oleh Perdana Menteri untuk membantu Dato Seri Zahid dalam memgekfisienkan sistem agensi agama islam dinegara ini dan memberikan idea idea baru bagaimana boleh institusi agama islam di negara boleh dipertingkatkan mutu pentadbirannya. Saya menerimanya atas dasar mahu berkhidmat kepada negara, bangsa melayu dan agama islam. itu saja.
kalau saya bukan aset sekali pun, saya tidak akan mengkhianati UMNO. Biarlah Allah tentukan perjalanan hidup saya ini, insyallah kalau saya berjalan dengan landasan yang lurus saya akan dilindungi oleh Allah, insyallah.
Dia kata: Kalaulah dia hebat, orang akan lonjakkan dia menjadi pemimpin besar Bahagian, tapi x siapapun mencalonkan dia sebagai Ketua, Tim Ketua, Naib Ketua ataupun AJK Bahagian.
Saya jawap: saya tidak pernah mahu dilonjakkan. kalau dilonjakkan pun saya akan menolaknya. sebab saya sendiri merasakan bahawa banyak ahli ahli umno setiawangsa yang lebih hebat, lebih pandai dan lebih sempurna politiknya daripada saya. Oleh itu saya sedar kedudukan saya sendiri.
Dia kata: Agak memalukan jugak apabila dia pernah meminta simpati dari Ketua Bhg untuk dapatkan tempat itu dan ini, tapi akhirnya dia x dilayan.
Saya jawap: saya tidak pernah meminta simpati dari Ketua bahagian. saya bersahabat dengan beliau bukan kerana mahukan jawatan. Perkara ini boleh disahkan oleh Y.Berbahagia Datin Seri Ana sendiri. Saya bersahabat kerana saya tahu Dato Zulhasnan is straight forward person dan veru frank. Dia tak pandai nak main wayang sana sini sebab itu saya suka mendekatinya. Saya pernah bertanya apakah benar YB Dato mahukan norsiah menjadi ketua cawangan? Kerana saya kata kalau YB Dato kata ok maka saya dengan rela bagi kepada nya? Tapi tiada jawapan yang positif daripadanya. Saya tanya kepada ketua bahagian kerana kak norsiah mengatakan kepada saya bahawa YB Dato setuju agar ketua cawangan KLSC ini diberikan kepada norsiah. Untuk mendapatkan kepastian maka saya bertanya dengen YB Dato Seri Zulhasnan. Oleh itu saya tidak pernah minta jawatan ini atau itu kepada beliau.
Dia kata: Kalau dia hebat, dia sepatutnya tunjukkan kehebatan ketika memangku jawatan KC KLSC. Buat program rakyat sebagaimana yang disarankan oleh pemilik blog ini dan kita dekati akar umbi, bukannya asyik berbangga dengan title profesor.
Saya jawap: Saya serba salah nak jawap perkara ini. jawap nanti orang kata saya berlagak dan bongkak. saudara sekelian boleh tanya pada kak ani avon, kak rokiah, dan ketua puteri bahagian apa yang saya telah lakukan dibeberpa kawasan waktu malam selepas sembahyang terawih kepada rakyat rakyat miskin dan tersepit.? Lain dari itu biar Allah sahaja yang tahu.
Dia kata: Norsiah diangkat menjadi KC yang baru, kerana Dr. Fitri gagal memiliki pengaruhnya dalam cawangan ini. Dia terlalu mengharapkan Norsiah untuk gerakkan cawangan ini. Memang patutlah Norsiah dipilih jadi Ketua Cawangan.
saya jawap: saya tidak marah kak norsiah diangkat jadi ketua cawangan oleh ahli kerana itu yang ahli mahukan. dan memang benar saya dulunya mengharapkan kak norsiah dalam mengerakkan cawangan klsc. saya tidak marah malah saya memuji sikap kak norsiah kerana telah membuangkan banyak waktu dan tenaga untuk menggerakkannya. Dan saya ucapkan jutaan terima kasih. Saya sentiasa memuji kak norsiah dalam ucapan saya di KLSC atau dimana mana saya berada. Saya kagum dengan kesungguhan kak norsiah.
Dai kata: Sebagai seorang ahli di cawangan ini, saya amat kesal kerana mesyuarat agung cawangan ini sering diubah2. Kalau x silap saya dah banyak kali tarikh mesyuarat agung ditunda, sehinggalah satu notis terakhir yang dikeluarkan iaitu mesyuarat agung KLSC akan diadakan pada 16 Ogos.
Saya jawap: pada mulanya kak norsiah hendak buat 25hb Julai kerana dia kata dia hendak buat cepat agar dia boleh announce dia nak bertanding ketua wanita bahagian ketika itu. Saya kata saya tidak boleh buat waktu tarikh itu sebab saya berada di luar kawasan. Saya akan beri tarikh yang lain. Oleh itu saya telah memberitahu kak norsiah pada 17hb ogos sahaja saya ada kelapangan untuk mengadakan mesyuarat. kak norsiah suruh juga buat cepat iaitu 10hb Ogos sebab abang shuib buat pada hari yang sama jugak. Saya kata tak boleh sebab saya tidak free. Saya kata kita tetap dengan 17hb. dan ketika ini notis telah pun diberikan kepada pejabat bahagian. Hinggalah kak norsiah sendiri sign notis yang baru dan meletakkan tarikh 16hb sebagai tarikh persidangan. Saya kata dengan dia saya tidak setuju sebab saya terlibat dalam penamaan calon di permatang pauh. tetapi kak norsiah masih berdegil dan diadakanlah mesyuarat itu yang dikatakan cukup korum itu. Oleh kerana hak saya ditidakkan dan oleh kerana notis ini dibuat bukan atas persetujuan saya selaku pemangku KC malah maruah saya dipijak pijak, saya mengambil keputusan untuk protes sebagai ahli. dan ini hak saya dan bukan hak orang lain. hak saya tidak boleh dibeli beli dengan wang ringgit sekali pun.
Daia kata: Mslh KC tak hadir, dia jawap sendirilah....tak semesti mesyuarat agung boleh dibatalkan hanya kerana melayani karenah KC yang x konsisten untuk berbuat demikian.
Saya jawap: mana ada KC yang ada pemangku KC dan sekarang mantanlah. Mesyuarat agung boleh dibatalkan oleh UMNO Pusat. Kalau kes yang dibawa munasabah dan mengikut perlembagaan, maka UMNO Pusat akan membuat keputusan bukan kita buat keputusan. Kalau kelian rasa kelian betul dan benar, maka adalah menjadi tanggungjawab kelian untuk membantah kes yang diajukan ini dan protes habis habisan.
Dia kata: Pada saya apabila korum mencukupi, ahli berhak untuk menggunakan peluang untuk memilih pemimpinnya. Sememangnya kami x mau orang mcm dia jadi KC kami.
saya jawap: saya faham dan akur dengan permintaan ini. Eloklah memilih KC yang konsisten dan berwibawa. saya sokong kata dia nie.
Dia kata: Apapun tahniah kepada Norsiah, kerana menjadi serikandi KLSC untuk mengajar orang yang angkuh seperti Dr. Zainul Fitri Dato' Othman.
Saya jawap: Saya pun ucap tahniah kepada kak norsiah. kalau inilah cara nya mengajar saya kerana angkuh ..saya terimalah. tetapi saya tidak pernah merasakan saya angkuh, hebat, sombong.
Akhirkata: saya ucapkan selamat menerajui cawangan masing masing dan kukuhkanlah parti umno, parti keramat ini kerana saya rasakan makin lama makin jauh orang melayu dari umno kerana sudah meluat dan jelak dengan apa yang berlaku sekarang. kalau saudara dan saudari sekelian boleh memimpin, maka silakan. pimpinlah. saya doakan semuanya berjaya.
Saya Prof Dr Mohd zainul Fithri dato' Othman atau lebih senang dipanggil Fithri mohon berhenti disini lagi. Insyallah saya akan menjawap persoalan persoaln jika perlu tentang diri saya. Wassallam.
Prof DiRaja Dr Fitri Yang hebat, handsome, elite dan sebagainya....
Orang Perdana Menterilaahh.
Kamu yang naik turun jumpa Setiausaha Kerja UMNO General Husaini protes, protes, protes tapi cerita kamu bagus lah, nak kasi norsiah lah.... Belum habis baca komen kamu, aku dah meluat. Bukan aku tak tahu kamu yang tulis hentam Norsiah guna anonymous. Style tulisan dan ayat aku dah faham. Kau punya pasal nanti orang tak sokong Dato Zahid. Penangite kata ppiii ddaahhh..
assallammualaikum kepada meluat
pasal annonymous ini saya tidak tahu. Kalau ada pun style menulis tersebut itu sama mungkin ia adalah secara kebetulan sahaja. Saya hanya telah diberitahu oleh kawan saya yang juga ahli umno setiawangsa tentang perkara ini. Kalau saudara tidak percaya bahawa saya nak berikan jawatan ini kepada kak norsiah maka, datang lah ke mesyuarat yang akan diadakan kelak. Saya yang akan mencadangkan nama beliau agar dicalonkan sebagai ketua cawangan klsc. Saya berharap kak norsiah serta kawan kawan yang membaca blog ini boleh sampaikan kepada beliau. Saudara kata saya handsome..saya ucapkan alhamdulillah itu kurnia Allah. saudara kata saya hebat...hanya Allah yang hebat. Kalau saya dikatakan elite, maka saya nyatakan bahawa saya tidak elite sama sekali. Jangan risau. saya tidak akan aktif dalam bahagian Setiawangsa (selama ini pun saya tidak aktif) lagi kerana saya tidak mahu kehadiran saya menambahkan meluatnya orang kepada saya. Wassalam
Assallammualaikum,
saya ingin betulkan fakta disini. Saya hanya berjumpa dengan jeneral hussaini pada 18hb sahaja bersama sama dengan setiausaha bahagian. Selain saya ada orang lain juga dari bahagian setiawangsa yang tidak perlu saya nyatakan siapakah mereka itu. Saya tidak pernah naik turun naik turun banyak kali. Saya protes atas dasar prinsip dan perlembagaan UMNO. Bukan diatas paksaan sesiapa atau kerana mahukan jawatan. Ayuh saya persilakan agar tuan sendiri datang bersama dengan kak norsiah serta penyokong penyokongnya pada hari mesyuarat tersebut. Saya akan datang. Saya akan melakukan sesuatu. I am with my words. I don't lie neither I play with words to get position. Whether you believe it or not, it is not up to me but it is up to you sir. I am not a person who say one thing do another thing. I was not trained by my late father to be such a person. Wassallam.
Assallammualaikum,
saya ingin betulkan fakta disini. Saya hanya berjumpa dengan jeneral hussaini pada 18hb sahaja bersama sama dengan setiausaha bahagian. Selain saya ada orang lain juga dari bahagian setiawangsa yang tidak perlu saya nyatakan siapakah mereka itu. Saya tidak pernah naik turun naik turun banyak kali. Saya protes atas dasar prinsip dan perlembagaan UMNO. Bukan diatas paksaan sesiapa atau kerana mahukan jawatan. Ayuh saya persilakan agar tuan sendiri datang bersama dengan kak norsiah serta penyokong penyokongnya pada hari mesyuarat tersebut. Saya akan datang. Saya akan melakukan sesuatu. I am with my words. I don't lie neither I play with words to get position. Whether you believe it or not, it is not up to me but it is up to you sir. I am not a person who say one thing do another thing. I was not trained by my late father to be such a person. Wassallam.
APE YG DITANAM ITU YG DITUAI. BAPA BOREK ANAK RINTIK
myskt skrg pandang kedudukan, gelaran, org siape, kabel ada atas, anak bangsawan dan lain lain lagi.. Betullah cakap meluat dan geng meluat. Terima saya seorang lagi masuk geng meluat. Orang tu bukan anak jantan, tak gentlemen . Biasalah prof banyak cakap tapi petani yang membekal..
alhamdullillah kata kata anda sekelian. alhamdulillah...
Saudara Saudari. Tak payah lagi layan Fitri ni lagi. Dia pandai berbahasa Ingeris, orang berpengaruh besar. Dia orang ada kuasa dan telah tunjukkan kuasanya. Nanti kita semua kena tindas lebih2 lagi era kepimpinan sekarang
Dari segi idealisme politik, Dr. Fithri lebih hebat dari Zulhasnan, tapi sayang org x dpt nilai ini semua. Zulhasnan bukan cerdik sngt dalam komuniti politik, tapi dia naik kerana politik naungan. Lepas Pak Lah x ada nanti, dia habis laa...Tapi dia bukan x bijak, sekarang nie dia nak cuba menyendeng dengan Pak Najib. Asyik menyendeng saje lah dia nie..
KINI SUDAH KELUAR SURAT PROTES DR. FITRI. KANDUNGANNYA JELAS MENUNJUKKAN BUSUKNYA NIAT APATAH LAGI BELIAU ZAHIRKAN KEPADA AHLI AHLI PEMUDA BIAR GANTUNG SAJA KLSC. JENIS MANUSIA APA KAMU INI FITRI? BARU JADI SETPOL DAH MENEKAN ORANG.
salam. Pakcik2 jgn cepat melenting. Adapun Prof fithri sebut tadi, beliau berjumpa dato Husaini bersama2 dengan S/U Bhg. So, kalau baca surat protes tu ada bau2 ancaman atau hasad dengki, jgn terperanjat lah... s/u bhg dan kuncu2 nya memang expert buat kerja2 mcm nih...
Part Dato Seri menyendeng Pak Najib tu adik xnak komen lebih2... baca je lah kot...
Wahai adik. Pakcik bulan saje nak melenting. Hanya meluat perangai Fikri. Kita tahu dia paling hebat. Nanti dipersidangan agung bahagian, kita ramai-ramai hentam dia cukup2. Itu sebabnya rakyat marah dengan PM, sebab ada orang sebegini laa. HAPRAK, kelulusan saja tinggi tapi hatinya kauduk.
askm...sekali lagi saya ucapakan alhamdulillah. Walaupun saya jahil politik dan tidak bijaksana dalam politik apatah lagi bagus dalam politik jika dibandingkan dengan abang abang sekelian, dengan rasa rendah hati saya menerima kritikan ini dengan terbuka walaupun saya tidak tahu nama penulis penulis yang menyembunyikan nama sebenar hanya sekadar meletakkan sahaja anonymous sahaja. Bagai saya kebenaran hanya akan diserlahkan oleh Allah, kerana saya masih jahil sifatnya. Bagi yang sudah merasakan dirinya sempurna saya pohon doa agar diri saya akan menjadi sempurna juga. Saya mendoakan agar abang abang sekelian boleh berbincang dengan saya dan mendapatkan penjelasan sendiri dengan saya daripada mendengar dari orang lain yang memungkinkan sesuatu yang tidak benar. Namun demikian saya menyerahkan kepada abang abang sekelian untuk menilaikannya. Sabar adalah separuh dari iman dan kesabaran ini akan sentiasa diuji oleh Allah untuk tujuan tertentu.
KITA DOAKAN KLSC MESYUARAT SEMULA. KITA PASTIKAN BANTU FITRI MENANG KETUA CAWANGAN. CARA TULIS MASIH ANGKUH. SELEPAS KITA BUAT NYA MENANG ............
Saridah.....
Walau besar dugaan yang mendatang hadapi dengan tenang. Ingat tuhan sentiasa melindungi makhluknya yang sentiasa memohon perlindungan darinya.
Anggap saja Panggilan UMNO Malaysia itu sebagai satu dugaan dalam membentuk diri sebagai Ketua Wanita Cawangan.
Biar Apa pun yang Kak Ani dan Wan Rohana komplen diUMNO Malaysia anggap saje dugaan untuk menjadi pemimpin yang berjaya. Memang Banyak Cabaran yang harus ditempuh untuk menjadi PEMIMPIN namun dengan memohon darinya akan sentiasa membantu membina kekuatan.
Fikir sebaik-baiknya sebelum melakukan apa pun tindakan yang sampai ada yang terluka walaupun ianya hanya untuk politik namun bila satu terluka ia bisa melukakan yang lain.
Kami Wanita Setiawangsa sentiasa akan membantu bagi kebaikan bersama.
Buat Kak Ani.....
Kami sememangnya sayang padamu tapi hati kami terguris bila sebagai seorang kakak anda menunjukkan contoh yang tidak berapa baik pada kami. Kami tidak mahu jolokan wang yang banyak apa yang kami mahu adalah kerjasama erat antara Kak Ani dan wanita Setiawangsa. Kami faham tentang Kroni tapi jangan terlalu melampau siapa pun akan memilih orang yang boleh membantu namum beri ruang juga pada yang lain. Kami tidak pernah sangsi dengan Kak Ani tapi anak buah kak ani juga beritahu kak ani suka membeze-bezakan mereka dan melebihkan adik beradik kak ani dan kroni kak ani sedang mereka begitu menyokong dan tak ingin berpaling tadah dari kak ani.
Kak Ani...
Apa buruknya Rahana dimata kak Ani. Adakah kerana dia bekerja rapat dengan Datin Seri. Jangan jadikan ini sebagai alasan untuk berbalah sedangkan di Setiawangsa terlalu kecil jumlah Wanita kemana kita pergi masih orang yang sama kita jumpa kalau kita terus berbalah semakin kecilah kumpulan itu. Tidakkah Kak Ani terfikir bahawa Rumah Tersergam Indah Besar Kak Ani itu adalah hasil pertolongan kami yang tidak pernah memberontak untuk menuntut hak kami selama ini mengapa Kak Ani masih tak mahu renungkan ini.
Tak ada apa yang kami mahu dari Kak Ani dan Kroni hanya penyatuan walaupun kami tahu itu mustahil dan kami tahu Dato Seri juga menyokong Kak Ani jadi kami harap Kak Ani dapat memikirkan sesuatu demi kebaikan bukan meminta wanita protes sana sini.
Kalau mahu dihormati kita juga perlu tahu menghormati orang lain. Sebagai pemimpin yang berkaliber dan genius kita seharusnya memikir satu solution yang baik bagi membina ummah yang cemerlang bukan seperti kebanyakan Ketua Wanita yang ada tidak menyumbang ideologist yang maju hanya memikirkan program yang kurang faedahnya contohnya Poco-poco diatas pentas yang tidak sesuai dengan umur sememangnya poco-poco itu adalah salah satu senaman yang baik dan aktif namun carilah tempat yang bersesuain dengan umur orang menyertainya namun sekiranya puteri yang menyertaimungkin tak ada salahnya.
Kak Ani yang sangat kami senangi dan hormati.....
Jangan kita menjadi ketua yang ditarik hidung. Jangan jadi ketua yang keputusannya ditentukan oleh anak buah yang kurang akal memang banyak orang yang kononnya pandai tapi masih hidup atas bantuan "Baitumal", "JKM" dan beberapa agensi kebajikan namun berlagak tahu segala tentang pimpinan sedangkan diri sendiri tidak terpimpin hendak menunjuk cara menjadi ketua. Sebelum ini Kak Ani yang kami kenal adalah orang yang selalu memikir baik tentang wanita lemah disekeliling namun kini apa dah jadi jangan sogokkan wang yang diterima Kak Ani lupa dengan kami yang mengukuhkan tonggak pimpinan Kak Ani.
Kak Ani.....
Sekiranya Kak Ani lebih positif dan terbuka kami percaya bukan setakat 5term ini Kak Ani ketua malahan hingga ke hujung nyawa tiada yang akan menentang namun hanya tindakan yang kurang bijak Kak Ani sekarang menyebabkan ada terluka.
Fikir fikirkanlah Kak Ani....
KAMI WANITA SETIAWANGSA SUDAH BOSAN NAK TENGOK PERBALAHAN INI.
Kak Rahana bersabarlah dengan dugaan ini sememang sukarnya membuat kebaikan kerana apa yang baik tiada jalan pintas untuk dinikmati.
Wanita Setiawangsa yang perihatin.
Hello Warga loceng Wangsa yang budiman...
Boleh sapa2 bagitahu kat aku sapa Wan Rohana nie....dengar dengar org kelantan satu kg dengan Dato Izzudin (sedara rapat Dato Izzudin)betui ke.
Ngape dia cuba buat kacau kat cawangan kawan aku Saridah nie.
Konon nya dia buat protes ke UMNO Malaysia.Dia nie sapa kat Cawangan Saridah AJK Cawangan ke atau ahli biasa.
Wan Rohana nie cikgu yang lead poco poco masa program SPR tu ke.
Kalau yang tu nampak macam baik je ngape buat protes kat UMNO Malaysia apa yang dia tak puas hati.
Dia nak jadi Ketua Wanita ke?. Dia nie orang lama ke dalam cawangan Pak Ngah ke. Ramai ke pengikut die kat dalam cawangan tu sampai nak berebut jawatan ketua wanita cawangan.
Kalau betul nak jadi ketua Wanita ngape tak cakap ngan Ketua Cawangan je boleh lah diarrange kan. Dengar kata dia ni kamcing dengan Pakngah ngape tak cakap je kat Pakngah dia nak jadi Ketua Wanita kan senang. Pakngah tu baik apa tentu boleh tolong dia tak yak nak protes protes buang masa dan buat malu je.
Protes punya protes last last kena saman malu pulak dengan ketua Wanita lama sebab tuduh ketua lama bawak lari mesyuarat dan tak cukup korum buat mesyuarat kan ke susah nak cari duit bayar saman.
Tapi kalau betul dan cukup bukti takpe buat protes. Jangan hanya nak tunjuk hebat akhirnya makan diri macam Ketua Pemuda Cawangan tu. Hanya dengar cakap orang yang berkepentingan akhirnya tumpas.
Tapi Buat Adik Hafiz jangan mengalah anggap itu satu pengajaran jangan buat keputusan atas desakan orang akhirnya makan diri.
Puan Wan rohana jangan hanya konon nak perubahan tapi kita melawan arus kita kena tengok macamana arus tu bergerak.
"If we just a small fly don't try to fly across the wind". We must follow the wind flow we will succuss"
work smart not work hard. Good group good result.
Kata Guru Tari Professional, menarila mengikut alunan lagu jangan menari mengikut nafsu.
Bak kat pejuang UMNO dahulu jangan sekali kali kau langgar ketua mu akan padah yang menimpa.
Aku tak tahu samada persoalan ini berbau perkauman ataupun tidak. Sejak hubungan orang Melayu dengan Keling bermula - Hubungan ini mungkin hubungan orang Melayu dengan India. Mungkin kerana ramai orang India yang datang bersama sifatnya sebagai Muslim - lalu dikenalilah sebagai India Muslim atau Mamak Keling -Walaupun ada yang menyebut istilah Keling berasal daripada nama tempat Kalinga di India. Namun istilah Keling seperti suatu istillah sesuai untuk kaum Paria..itu lah ANI KELING ,,PARIA,, Maka oleh sebab itulah,ada suku/bangsa keling. Dari segi sejarah, perkataan keling merujuk kepada kekuasaan raja kalingga, sebagaimana disebut dalam sulalatus salitin/sejarah melayu dan hikayat Hang Tuah mengenai pelayaran kebenua Kalingga. Perkataan “keeling” merujuk kepada kerajaan kalingga yang merupakan kerajaan besar India purba( Bharata Vassha) bersama Vodhas dan Kiratas yang tinggal di India Utara Timur,di sebabkan KELING PARIA ni suka dengan memporak peranda kan sama sendiri..istilah keling di beri psda nyer...FAHAM bahalol...
Kepada KETUA KETUA Cawangan SETIAWANGSA..KELING NI ADA DUABELAS>> Berhati2 berjaga2 dan kalau nak jaga maruah SETIAWANGSA..NYAH KAN ANI KELING yang porak peranda kan SETIAWANGSA DIA NI KELING YANG KE DUABELAS : (1)Sireh Keling (Piper betel Linn)(2) Ubi Keling (Ubi Kemili - Stemona tuberose) – Kelantan
(3)Kampung Sungai Keling - Labuan
(4)Kuih Telinga Keling - Johor
(5) Masjid Tanjung Keling - Melaka
(6) Pengkalan Ubi Keling - Terengganu
(7) Cempaka Keling (8) Gelama Keling (Johnius amblycephalus)
(9) Gendang Keling Ibu - Kedah
(10)Jambu Keling (Eugenia malaccensis)
(11) Masjid Kapitan Keling, George Town - Pulau Pinang
Yang keduabelas ni lah yang amat Merbahaya(keduabelas)ANI KELING....
Abang2 PakCIK2 KETUA cawangan arah kan KETUA KETUA wanita cawangan abang dan pakcik..TOLAK..ANI KELING..Si ANI KELING NI ada TAHI LALAT SIAL yang mensialkan si sial ni.
No 13. KELING TONG
its about time for her to step down... kita dah taknak tengok cara jajahan dia lagi, kita mahukan pembaharuan dlm wanita setiawangsa.... ini asik asik nak main duit aje..
its about time for her to step down... kita dah taknak tengok cara jajahan dia lagi, kita mahukan pembaharuan dlm wanita setiawangsa.... ini asik asik nak main duit aje..
Ani ni sebenarnya Geng India Muslim. Elok panggil Geng mamak. Dia nak KW Bhg seumur hidup, Adik Iparnya pencatur politik setiawangsa, calon AJK & G7paling popular, anak nak control pemuda. Tengok cwgn yg nak di control geng ni yang bila balik rumah berbahasa india. Hashim muflis, Babu Kutti. Jgn mula keturunan mulberi. Baik tak payah bincang pasal mereka. Buang masa
Post a Comment