Persoalan tentang berapa lama lagi UMNO akan mendominasi pemerintahan di negara ini harus dijawab oleh warga UMNO sendiri yang mendukungnya hari ini. Generasi hari ini hanya mewarisi perjuangan terdahulu, dan UMNO hari ini perlulah dipanjangkan hayatnya supaya terus menjadi wadah perjuangan kepada bangsa Melayu secara berterusan demi untuk mengekalkan kuasanya setelah kita berjaya melepasi belenggu penjajahan sejak 1511 lagi hinggalah kita dimerdekakan pada tahun 1957. 446 tahun bangsa kita dijajah dengan penuh kehinaan. Kedatangan portugis merentasi Selat Melaka pada tahun 1509 bukan hanya untuk berdagang, malah mereka mengetahuinya betapa bangsa Melayu yang menjadi tuan di nusantara ini boleh dibuli dan dibeli, bahkan mereka juga mengetahuinya bahawa kekuatan Empayar Melaka boleh diruntuhkan kerana di kalangan penguasa yang bertakhta pada masa itu sering bertikam sesama sendiri, akibat kelicikan adu domba dan budaya fitnah yang melilit pemikiran pembesar-pembesar negara.
Dato' Onn Jaafar, Pengasas UMNOPatih Karma Wijaya begitu angkuh mempengaruhi Sultan yang memerintah Melaka supaya singkirkan Hang Tuah dengan pelbagai rencah fitnah yang disajikan kepada baginda Sultan dengan membuat tuduhan palsu sehingga Sultan mempercayainya, lalu Hang Tuah yang bersetia dengan Sultan selama ini dijatuhkan hukuman mati tanpa mendapat keadilan yang saksama.
Si Jebat yang mewarisi pusaka keris Taming Sari daripada Si Tuah, telah diperkenankan oleh Sultan menjalankan tugas-tugas sebagai Laksamana menggantikan Hang Tuah. Hang Tuah yang begitu setia dengan Sultan meminta Hang Jebat supaya bersabar dan mematuhi perintah Sultan yang telah menjatuhkan hukuman mati terhadapnya.
Hang Jebat menyinga kerana Abang Tuahnya difitnah, lalu bertekad akan membalas dendam walaupun terpaksa berhadapan dengan kuasa Sultan. Sultan yang termakan fitnah itu merasakan dirinya tidak selamat lagi, lalu memerintahkan Hang Kasturi, Hang Lekiu dan Hang Lekir supaya segera menghapuskan Hang Jebat. Usaha memaksa mereka berlawan dengan Jebat tidak berhasil, kerana Jebat terlalu handal bermain senjata.
Pembelaan Si Jebat terhadap saudaranya Hang Tuah tidak dapat diterima oleh Tuah yang telah dikembalikan kepada baginda Sultan. Kesetiaan Hang Tuah kepada Raja telah mendorong dirinya untuk menghapuskan Hang Jebat yang membelanya. Akhirnya Tuah dan Jebat bertikam sesama sendiri, sedangkan mereka berdua seperguruan dengan Adi Putra. Hang Tuah dipuji oleh Sultan kerana berjaya membunuh musuh Sultan yang sedang membelanya.
Demikianlah malangnya satira kepahlawanan Melayu yang memaparkan sikap berkawan yang tidak kekal lama malah kelihatan rapuh sehingga sanggup berkorban apa saja walaupun yang di korbankan itu adalah kawan sendiri.
Meludah
Hendaknya UMNO tidak terjadi sedemikian, kerana kuasa yang ada sekarang ini akan menjadi punah sekiranya UMNO tidak dapat diperkasakan lagi. Percakaran sesama sendiri hanya untuk merebut jawatan, dilihat tidak membawa keuntungan kepada parti, sebaliknya parti bakal menjadi retak sehingga menjadi rebah di bumi sendiri. Perlembagaan UMNO sememangnya membenarkan proses demokrasi bagi memilih pemimpin, tetapi bukannya mengangkat seseorang pemimpin dengan 'meludah' orang lain yang tidak sekutu dengan pilihan kita.
Pertaruhan memilih pemimpin UMNO dewasa ini telah banyak ternoda dengan 'unsur rasuah' yang menghakiskan nilai dinamisme yang berteraskan kepada kewibawaan memikul tanggungjawab. Rakyat akar umbi tidak terasa aura pemimpin jenis ini, kerana dia dipilih hanya untuk menjaga kepentingan dirinya sendiri bersama-sama dengan kroni di sekelilingnya.
Malang sungguh nasib UMNO, kerana jati diri memperjuangkan kepentingan agama, bangsa dan negara semakin terketepi. Banyak isu maruah bangsa yang tidak berkesampaian untuk dibela oleh penguasa-penguasa di dalam UMNO. Mereka semakin dibenci rakyat sehingga UMNO turut menjadi alergik.
Bahasa Ibunda
Isu pendidikan anak bangsa terus dipersendakan sehingga UMNO terlupa untuk memartabatkan 'Bahasa Ibunda' kerana penguasa UMNO terpengaruh dengan sentimen globalisasi yang malu untuk meletakkan Bahasa Melayu terus bersaing di persada antarabangsa. Bahasa pusaka bangsa kita semakin ditenggelami akibat kealpaan UMNO untuk menyelamatkannya. Rupa-rupanya keris yang dikucup hanya sandiwara yang memalukan bangsa Melayu, kerana akhirnya pemegang keris berkenaan pancit di tengah jalan lalu minta maaf kerana dikatakan menyinggung bangsa lain di negara ini.
Isu ekonomi juga semakin dipersendakan, kerana UMNO dilihat begitu lemah untuk mengangkat taraf ekonomi anak bangsa yang memerlukan pembelaan. Pelbagai dasar ekonomi dicetuskan, tapi ianya turut tenggelam di tengah lautan kerakusan penguasa yang dilihat melonggokkan kekayaan kepada dinasti tertentu, dan masyarakat marhain terus dibebankan dengan kenaikan harga barang yang tidak dirasai oleh mereka yang kaya raya ini.
Pemuda UMNO hari ini tidak senyaring Pemuda UMNO dahulu. Pemuda UMNO dahulu sering terkehadapan untuk menjadi pembela bangsa sehingga segala dasar yang dicipta terpaksa berhadapan dengan pelbagai soalan daripada Pemuda UMNO. Pemimpin Pemuda dahulu sanggup dipenjarakan jika itulah yang dipertaruhkan untuk menegakkan martabat dan harakat agenda Melayu.
Singa Sarkis
Pemuda UMNO hari ini bercakap 'tidak serupa bikin' kerana perjuangan mereka tidak lagi bersalutkan keinsafan, sebaliknya mereka terdorong untuk bersekongkol dengan dasar-dasar yang begitu longgar yang menjerumuskan bangsa Melayu sebagai bangsa pinggiran. Zaman Syed Jaafar Albar yang dikenali sebagai 'Singa UMNO' telah meletakkan Pemuda UMNO sentiasa 'mengaum' tetapi kini suara Pemuda UMNO hanya menjadi 'Singa Sarkis'.
Pemuda UMNO di zaman Dato' Senu pula yang berslogankan 'Tahan Lasak' telah meletakkan maruah Pemuda UMNO sebagai benteng pertahanan yang sukar digugat, malah sentiasa siap siaga untuk menyerang jika bangsa Melayu disinggung.
Dato' Harun Wira Melayu
Sementara itu, Pemuda UMNO dalam era Dato' Harun Idris menjadi lebih berbisa tampak kelibat kepahlawanannya. Pemuda UMNO menjadi 'kumpulan pendesak' di samping menjadi pelopor kepada pembangunan negara. Dato' Harun Idris lagenda pemuda UMNO dijulang sebagai 'Wira Melayu' kerana berani menampilkan kejantanan Pemuda UMNO. Beliau dipenjarakan, tetapi semangat perjuagannya tidak terpenjara.
Pemuda UMNO di zaman Haji Suhaimi Kamarudin terkenal dengan slogan 'Era Bertindak' terus menyambung perjuangan Syed Jaafar Albar yang tidak lama menerajui Pemuda UMNO kerana telah meninggal dunia, dan Haji Suhaimi dilihat berjaya menampilkan tokoh-tokoh Pemuda yang digeruni seperti Kadir Sheikh Fadzir, Megat Junid, Rahim Thamby Chik, Isa Samad, Mokhtar Hashim, Najib Tun Razak, Tamrin Ghafar, Ajib Ahmad, Dusuki Ahmad dan ramai lagi yang kini telah menjadi veteran UMNO.
Penulis sendiri (Abdul Rahman Hashim), muncul di zaman ini iaitu pada tahun 1979 menjadi Pen. Setiausaha Pemuda UMNO Bahagian Damansara (Kini Lembah Pantai). Ketua Pemuda Bahagian saya ketika itu ialah Zainuddin Bendahara (Allahyarham), manakala Dato' Halim Samad ketika itu menjadi Ketua Pemuda Bahagian Setapak merangkap Ketua Badan Perhubungan Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan.
Penggerak Zaman
Perjuangan Pemuda terus berkesinambungan dengan gagah perkasa apabila Anwar Ibrahim menerajuinya pada tahun 1982 dengan membawa slogan 'Pemuda Penggerak Zaman'. Beliau bergandingan dengan Dato' Sri Najib sebagai Naib Ketua Pemuda dan sebaris dengan barisan exconya ketika itu seperti Muhyidin Yasin, Suleiman Mohamed, Megat Junid, Fahmi Ibrahim, Ibrahim Ali, Dusuki Ahmad, Awang Jabar, Tamrin Ghafar, Nazri Aziz, Mazlan Harun, Mazlan Idris, Zahid Hamidi dan saya sendiri turut terlibat sebagai 'Setiausaha Biro Dakwah' Pemuda UMNO Malaysia.
Pemuda UMNO ketika itu semakin disegani dan digeruni, kerana iltizam perjuangan kami dalam Pemuda UMNO telah diterapkan dengan nilai perjuangan membela agama, bangsa dann juga negara. Pemuda UMNO cukup terlatih dengan ketahanan mental dan fizikalnya. Dato' Najib telah berjaya pula mewarisi kepimpinan Pemuda UMNO selepas Anwar, diikuti pula dengan era Rahim Thamby Chik, Zahid Hamidi dan kini Hishammuddin.
Walaupun kepimpinan Pemuda UMNO dilihat dengan pelbagai gayanya, tetapi Pemuda UMNO hari ini dilihat begitu 'lowbatt' dan seolah-olah tidak cukup vitamin untuk menggerakkan jiwa bangsa yang semakin tertekan ini.
UMNO mestilah diperkasakan. UMNO mesti dijiwai dengan sekuat hatinya. UMNO jangan gentar untuk memperkatakan yang benar walaupun pahit untuk ditelan. UMNO mesti teruskan semangat kemerdekaan agar negara tidak dijajah lagi dengan elemen pemikiran yang terjajah. Semua isu yang berbangkit hari ini hendaklah menjurus kepada perjuangan jati diri Melayu yang yang menjadi tonggak kepada perjuangan UMNO. Islam hendaklah terus dipertahankan kemuliaannya. Akhlak pemimpin patut dijadikan contoh dan teladan, bukannya dipersendakan sehingga dipandang jijik oleh rakyat.
UMNO hari ini tidak mahu pemimpin yang lemah, pemimpin yang tidak berjiwa rakyat, pemimpin korup, pemimpin yang bergelut dengan masalah moral dan kita sebenarnya mahukan UMNO yang bercita rasa rakyat, bergelut demi membela rakyat, bijak mengemudi bahtera, dan yang maha penting ialah mampu berktrampilan sebagai 'Pejuang Melayu' yang berpandangan jauh setara dengan pemikiran MAHATHIR yang berjaya melonjakkan Malaysia di persada dunia.


9 comments:
Cuba teliti dan faham pesanan Saudara Rahman Hashim.. Baru nak tanding peringkat bahagian dah ceramuk. Patih Karma Wijaya di Setiawangsa terang dan nyata, lagi bersuluh. Jangan lupa Si Kitul, Abdullah Munsyi... semua keturunan...
Ooi Ang JEE BAAT..abang Rahman..Ramai di kalangan anggota masyarakat kita terutamanya orang-orang Melayu menganggap Hang Tuah adalah legenda pahlawan Melayu. Pada hakikat sebenarnya Hang Tuah bukanlah dari keturunan Melayu sebagaimana yang disangkakan. Itulah yang bakal dihuraikan dalam artikel ini.
Selama ini orang-orang Melayu telah terkeliru atau mungkin tertipu dengan kedudukan Hang Tuah sebagai legenda pahlawan Melayu yang dibangga-banggakan. Hang Tuah sebenarnya telah diMelayukan atau DiGulauukan untuk tujuan kemegahan semacam bentuk yang tercatat pada Robin Hood.
Di dalam bilik-bilik darjah, dewan-dewan kuliah atau seminar bermotifkan sejarah atau kajian sejarah hanya membincangkan tentang kepahlawanan, kebijaksanaan serta kesetiaan Hang Tuah. Kisah Hang Tuah yang diagung-agungkan ini telah menenggelamkan keadaan sebenar tentang asal keturunannya.
Di kalangan masyarakat Melayu dewasa ini telah timbul semacam keraguan tentang pahlawan mereka ini, apabila penghormatan kepada pahlawan mereka mula dipersendakan dengan reaksi-reaksi melampau seperti kelihatan dalam filem Hang Tuah.
Keraguan terhadap kedudukan Hang Tuah sebagai pahlawan Melayu telah menghasilkan satu penyelidikan dijalankan terhadap asal usul keturunan secara hipotesis. Jika pepatah Melayu sendiri telah mengatakan ‘bahasa jiwa bangsa’ dan ‘manusia mati meninggalkan nama’ . Bagaimana pula kita hendak menafikan kenyataan ‘nama menunjukkan bangsa’. Bahasa ‘nama’ merupakan identifikasi yang cukup jelas untuk mengetahui jenis sesuatu bangsa itu.
Bukti yang dapat menerangkan asal-usul Hang Tuah setakat ini, hanyalah dapat disandarkan pada namanya. Oleh itu satu kajian secara hipotesis telah dijalankan dengan bersandarkan kepada ‘nama’ manusia untuk memperolehi jawapan tentang asal-usul Hang Tuah sebenarnya.
Dalam perbendaharaan nama-nama orang Melayu semasa zaman kesultanan Melayu Melaka, tiada terdapat nama-nama seumpama Hang Tuah, Hang Kasturi, Hang Jebat, Hang Lekir, Hang Lekiu, ringkasnya ringkasan yang bermula dengan ‘Hang’. Sejarah juga telah mencatatkan nama-nama dari bangsa Cina yang bermula dengan Hang, Tan, Maa dan Lee. Ia bergantung kepada suku kaum atau asal-usul keturunan mereka dari wilayah tertentu dari China. Kemungkinan untuk mendakwa bahawa gelaran ‘Hang’ telah dianugerahkan oleh Raja-Raja Melayu juga tiada asasnya.
Mengikut kertas kerja yang dihasilkan Jabatan Sejarah dengan tajuk ‘Melaka 1400-1511 Dari Aspek Kemasyarakatan,’ cuma menyatakan bahawa sesuatu penghormatan, ketaatan atau kedudukan adalah diberi gelaran seperti Bendahara, Paduka Raja, Temenggung, Laksamana, Shahbandar dan Mandulika.
Mengikut buku ‘Sejarah Melayu’ edisi W.G. Shellabear penerbitan Malaya Publishing House Ltd. Singapore halaman 123-131, menyatakan tentang Tun Perpatih Putih, iaitu utusan Sultan Mansur Shah ke negeri China telah membawa balik bersamanya seramai 500 orang dayang serta Puteri Hang Li Po. Sultan Mansur Shah dikatakan telah berkahwin dengan puteri dari China ini dan telah menghasilkan anak bernama Paduka Mamat.
Perkara yang menarik dari edisi W.G. Shellabear ini ialah munculnya nama puteri Hang Li Po. Hasil perkahwinan ‘campur’ antara puteri Hang Li Po dengan Sultan Mansur Shah, telah dikurniakan seorang putera dan telah diberi nama Paduka Mamat. Nama Paduka Mamat adalah nama Melayu dan tidak pula berlaku nama ‘Paduka Hang Mamat’ sebagai penghargaan kepada puteri Hang Li Po, contohnya. Sejarah telah membuktikan bahawa nama-nama dari keturunan Cina biasanya bermula dengan Hang, Tan, Maa dan Lee bergantung kepada suku kaum mereka dan dari wilayah tertentu asal mereka.
Jika dihubungkaitkan dengan nama Hang Tuah dari sebutan loghat Cina adalah berbunyi seperti Hang Too Ah. Nama Hang Jebat berbunyi Hang Jee Fatt, Hang Lekir pula seperti Hang Lee Ker, manakala Hang Lekiu seperti Hang Lee Kiew. Mengikut prosedur tentang suku kata nama bangsa atau keturunan Cina, biasanya cuma terdiri dari 3 suku kata sahaja. Nama Hang Kasturi pula diragui kerana 4 suku kata walaupun ia bermula dengan perkataan Hang. Perkataan Kasturi pula ada berbaurkan loghat bahasa Melayu.
Terdapat 3 andaian hasil kajian secara hipotesis yang dijalankan.
Pertama : Hang Kasturi adalah berbangsa Melayu tetapi bergaul rapat dengan anak cucu dari rombongan puteri Hang Li Po.
Kedua : Nama sebenarnya ialah Kasturi tetapi telah digelar Hang Kasturi oleh 4 orang rakan karibnya yang berketurunan Cina sehingga menjadi sebutan yang kekal.
Ketiga : Mungkin nama Cina sebenar Hang Kasturi sukar disebut oleh masyarakat tempatan. Oleh itu mereka telah memberikannya nama baru mengikut loghat orang Melayu tempatan dan nama ini telah diterima dengan baik oleh beliau.
Perkara lain yang menarik ialah petikan kertas kerja Jabatan Sejarah ada mengatakan bahawa Sultan Mansur Shah telah memberikan tempat kediaaman di Bukit Cina kepada puteri Hang Li Po serta 500 orang dayang-dayangnya. Anak-anak cucu mereka digelar ‘biduanda Cina’ juga bermakna golongan yang dilindungi. Sama ada yang sudah memeluk Islam atau masih memeluk agama asal mereka.
Terdapat 3 andaian secara hipotesis mengenai hal ini.
Pertama : Tidak kesemua dari anggota rombongan puteri Hang Li Po yang memeluk agama Islam.
Kedua : Hang Too Ah, Hang Jee Fatt, Hang Lee Ker, Hang Lee Kiew, adalah keturunan dari rombongan puteri Hang Li Po.
Ketiga : Keempat-empat sahabat ini kemudiannya telah memeluk agama Islam tetapi mengekalkan sebutan nama mengikut loghat bahasa Melayu atas sebab-sebab tertentu, seperti Hang Tuah, Hang Jebat, Hang Lekir dan Hang Lekiu.
Hal yang lebih lanjut mengenai Hang Kasturi. Telah timbul percanggahan pendapat sejak dahulu lagi, sepertimana kajian secara hipotesis ini meragukan tentang nama sebenar Hang Kasturi. Percanggahan pendapat ini berlaku antara pengarang ‘Sejarah Melayu’ dan pengarang ‘Hikayat Hang Tuah’ mengenai siapa sebenarnya telah menderhaka kepada Sultan Melaka. Pengarang Sejarah Melayu menuduh Hang Kasturi manakala pengarang Hikayat Hang Tuah Pula menuduh Hang Jebat.
Pertama :Tersirat sesuatu hal yang unik dan tersembunyi tentang kedua-dua tokoh pahlawan ini sehingga tidak ada satu kata sepakat di kalangan kedua pengarang serta pakar sejarah lampau.
Kedua : Pengarang ‘Sejarah Melayu’ telah menggunakan bahan dalam penulisannya secara mengambil pendapat lisan dan tiada ada satu penyeledikan terperinci, kerana ia menyentuh kisah-kisah yang terlalu luas serta hal-hal yang menyeluruh.
Ketiga : Pengarang ‘Hikayat Hang Tuah’ adalah lebih formal kerana menggunakan semacam bentuk kajian sehingga dapat menggariskan hal-hal peribadi Hang Tuah secara lebih detail.
Hasil kajian secara hipotesis ini telah membuktikan pengarang Hikayat Hang Tuah mempunyai banyak kelebihan dan penulisannya tentang hal Hang Jebat yang telah menderhaka kepada Sultan, adalah diterima mengikut hukum asal. Rumusan daripada kajian yang dijalankan telah menghasilkan penemuan baru yang melibatkan kedudukan Hang Tuah sebagai legenda pahlawan Melayu. Mengikut kajian hipotesis ini, Hang Tuah merupakan pahlawan yang telah diMelayukan demi untuk kemegahan atau simbol kepada orang-orang Melayu. Kita lihat bagaimana hipotesis ini menerangkan asal-usul Hang Tuah.
Hang Tuah adalah anak cucu kepada keturunan rombongan puteri Hang Li Po yang datang ketika pemerintahan Sultan Mansur Shah. Nama sebenar Hang Tuah ialah Hang Too Ah. Tetapi bertukar kepada nama sebutan Hang Tuah apabila pahlawan ini memeluk agama Islam dan berkhidmat kepada Sultan Melaka.PengIslaman Hang Tuah telah mempengaruhi 3 orang rakan karibnya iaitu Hang Jee Fatt, Hang Lee Ker dan Hang Lee Kiew. Keempat-empat sahabat baik ini juga bergaul rapat dengan Kasturi, iaitu rakan sebaya mereka yang berbangsa Melayu. Mereka juga menggelar Kasturi dengan gelaran Hang Kasturi sebagai tanda satu persahabatan yang abadi.
Kelima-lima sahabat ini mula masyhur di kalangan istana apabila mereka menyelamatkan Bendahara dari serangan orang mengamuk. Mereka berlima kemudiannya memeluk agama Islam. Nama-nama mereka mengikut loghat Melayu telah tersebar dengan cepat dan meluas samada di kalangan istana atau orang-orang Melaka ketika itu termasuk nama Hang Kasturi.
Tiada bantahan yang pernah dibuat ketika itu kerana masyarakat Melayu zaman itu telahpun menganggap anak cucu dari rombongan puteri Hang Li Po sama seperti saudara Melayu mereka. Demikianlah serba ringkas kisah Hang Tuah yang berasal daripada keturunan puteri Hang Li Po dari kajian hipotesis ini.
Berdasarkan hipotesis ini juga bererti orang-orang Melayu telah kehilangan seorang pahlawan lagenda yang selama ini mereka bangga-banggakan. Walaupun demikian orang-orang Melayu telah terselamat daripada tuduhan menderhaka kepada Sultan. Hang Jebat atau nama asalnya Hang Jee Fatt yang telah menderhaka kepada Sultan bukanlah daripada keturunan orang Melayu Jati.
Berdasarkan hipotesis ini juga bererti orang-orang Melayu telah kehilangan seorang pahlawan lagenda yang selama ini mereka bangga-banggakan.Walaupun demikian orang-orang Melayu telah terselamat daripada tuduhan menderhaka kepada Sultan. Hang Jebat atau nama asalnya Hang Jee Fatt yang telah menderhaka kepada Sultan bukanlah daripada keturunan orang Melayu Jati?Abang Rahman tolong betulkan...MELAYU TIDAK SEKALI2 MENDERHEKA DENGAN SULTAN ATAU RAJA>>>>TAPI CINA YA....
HAN tau Ah ke, apa ke bukan isu. Cerita aje tapi mesgenya Patih Karma Wijaya. Setuju melayu toleran, budi bahasa, lembut, tegur dalam kias, pelbagai lagi. Saudara memang betul. Kaum2 yg mendatang merosakkan nilai2 murni melayu. Jebat ke, Han Tau Ah ke lebih dari ular ke, minang ke, banjar ke, mulberi ke.... Malay dilema except dari Prof Diraja Ungku Aziz (bukan Prof haprak yg suka buli kaum lemah tu, org PM lah konon, nasib baik saya keturunan Nabi iaitu Nabi Adam), perangai dan nilai macamana yg dibawa ke tanah melayu. Hang Tuah sebenarnya pengkhianat bukan sahabat. Cerita beb, mesge beb, jgn salah faham. Raja dulu hantar anak duduk kampong supaya menghayati kesusahan rakyat. Anak pemimpin skrg lain didiknya, manjakan sangat sampai jadi zalim, tempolok sendiri, tak kisah perasaan masyarakat sekeliling Skrg ada tengku masuk DAP, terang2 anti Melayu dan Islam. Nanti Tengku ini bila mati biar dibakar mayat saperti cara agama lain, kubur simpan di taman nirwana, nilai, NS. Tak payah tahlil dan lain lain. Tabur lah air kencing sebagai air mawar. Zaid Ibrahim, berkuda2, jadi hero konon. Bayar pakai duit rakyat. Pakai lah duit sendiri. tak malu. Pemimpin yg banyak berjasa dicemuh. Nak jadi hero mengikut kaedah Mt Salleh tapi buntut masih brown. Laknat kamu Zaid kelantee. Tak pasal UMNO mesti tak dapat masuk sekolah Asrama penuh. Jasa UMNO dibalas jadi hero kpd kumpulan anti Melayu. Tunggu masa kamu akan tiba. Kau buat org nanti kau kena org buat pula. LAKNAT ZAID.
Balik cerita si most knowledgable. Memang Melayu tak pandai menderhaka kpd Raja . Itu dulu bila Raja adil dan saksama tetapi skrg macamana. Ape cerita Megat dan tujuh keturunanya di Kota Tinggi. Raja adil disembah, Raja Zalim disanggah. Kan ade Datuk saperti Patih Karma Wijaya (PKW). Itulah Dolah PKW bukan PWR (Pusat Khidmat Wakil Rakyat)(Favourite nya Morning, afternoon, evening, supper - Tea with 'Biskut Lemau'. Dalam Islam tak ada raja. Lepas padang mashar, Allah akan bertanya DIMANA RAJA RAJA KAMU. HAh pemimpin2 yg ketepikan dulu. Tunggu azab yang berganda2 (kalau tak betul - kroni, nepotism dll)
Cerita2 ambil iktibar,maksud cerita. Pada Jebat Moden ppiii daaah pembodek2, penghasut2 duduk nak empok2, macam mereke saja nak senang. Senang pun atas susah orang. Melayu ramai duduk flat dbkl pun tak sedar. langsung takde tempat nak mengadu dan berlindung. Menangis aku selalu mengenang nasib bangsa ku. ada yg bagus kamu cela, yg ada kuasa suka menindas. Ya Allah segerakan kiamat - tak tahan aku melihat perangai makhluk mu. Raja2 arab berkiblat ke barat. Ada senjata tak pandai pakai (minyak)Org melayu pun dah macam ais. Pakai cair, simpan beku. Tak Sedar sedar ke kamu semua.....?????? Sorylah tadkde korje tembaklah.
saudara ku yang di sayangi sekelian,saya ucapkan tahniah dan syabas di atas penulus dan pengkritik yang baik dan menafaat kepada agama bangsa dan negara..tahniah.
Lupakan Hang Tuah dan Hang Hang tu.Elok fikirkan apa akan jadi pada UMNO yg selama ini membantu kita secara lansung dan tidak.Renung sejenak keputusan PRU12.Bukankah kejutan nya masih terasa.Apa akan jadi pada anak dan cucu kita nanti.Mereka perlu insuran hidup.Bertindaklah dari sekarang.PRU13 tak lama lagi hanya 3/4 th je.
tahniah en Rahman Hashim.Rencana anda sungguh hebat meningatkan kita semua.UMNO Malaysia patut lantik ente dlm jawatankuasa penerangannya.Ente adalah aset org Melayu dan UMNO
saya cukup kagum dengan analisis yang diberikan. walaupun banyak pencanggahan pendapat dari ilmuwan sejarahwan negara tetapi, ia sungguh megkagumkan saya. tahniah atas kupasa sejarah yang cukup ilmiah itu. apa pun analisis yang mahu dilakukan, yang penting adalah melayu mesti menjadi tuan di bumi sendiri. hanya dengan taqwa, iman dan keberanian sahaja yang akan menentukan untung nasib bangsa melayu dan islam dinegara ini. untuk itu kita harus mengajar diri kita untuk menghormati diri kita sendiri dengan tidak berhujah mengikut emosi tetapi mengikut fakta dan maklumat yang tepat dan bernas. apabila kita membuat tuduhan, kita mesti mempunyai bukti yang kukuh supaya tuduhan tidak akan menjadi dosa. kalau kita mencerca kita harus ingat bahawa adakah tidak Allah mencerca kita nanti? Persoalan mengenal diri ini penting kerana dengan kekuatan ilmu kenali diri ini maka kita akan mengenal pencipta kita. Bila kita sudah kenal pencipta kita, maka taqwa, iman dan keberanian akan bersatu atas landasan keadilan dan kebenaran. Inilah kekuatan pemimpin terdahulu. Tok Janggut, Datuk Bahaman, Mat Kilau, Datuk Maharajalela dan ramai lagi yang mati syahid kerana kekuatan ini. Melayu yang ada sekarang adalah melayu yang dipecah pecahkan kekuatan mindanya. Ada melayu yang percaya dengan kekuatan ilmu ada melayu percaya dengan kekuatan wang. Kepimpinan yang mencari pengaruh dengan duit tidak akan kekakl. Sebab itu kejatuhan Melaka adalah kerana duit dan kedudukan yang telah dijanjikan sehinggakan sanggup melakukan apa saja demi kedudukan dan pengaruh. apa bila pemimpin yang mempunyai kekuatan duit berjaya maka pengaruh yang telah dibeli mesti dipertahankan maka banyak lagi duit akan digunakan bagi memenuhi kehendak yang dipengaruhi. tetapi ada pemimpin yang berjanji sana sini namun apa yang dijanjikan hanya tinggalkan kenang belaka. Ini pun ada juga. walau apa jua pemimpin, yang penting melayu dan islam harus dipertahankan. Saya bukan alim ulamak tetapi sebagai pencinta seni budaya melayu yang penuh dengan kesopanan dan kesantunan dilapik dengan nilai Islam, maka marilah kita bersatu hati menegakkan kebenaran dan keadilan dengan berhemah dan tidak mencerca orang dengan nama nama yang tidak sempurna digunakan sebagai kita orang Islam. Kalau kita mahu menjadi pemimpin; kalau tuan tuan disana mahu menjadi peimpin tunjukan lah satu contoh agar pemuda genrasi baru boleh mengambil contoh. Bila kesantunan yang ditunjukkan, maka orang muda sudah pasti akan mengikutnya. waallahuallam
Dari Kekasih UMNO Untuk Kekasih UMNO!
M arilah bangkit bangsaku
E ratkan pertalian
L angkah perjuangan ini
A ndaikata tidak kesampaian
Y ang pasti tetap diteruskan
U ntukmu kesinambungan bangsaku
Apa jua yang kita nikmati hari ini adalah hasil perjuangan nenek moyang kita dahulu. Oleh itu, jangan kita alpa bahawa apa jua yang kita gagahi hari ini adalah untuk kesinambungan anak cucu kita di masa hadapan...
Meratapi kenangan PRU12 tanpa usaha yang jitu tidak akan mengubah nasib kita di hari ini. Namun, jangan kita lupa menginsafi hari semalam agar esok yang lebih cemerlang, gemilang dan terbilang akan menyusur kelak menjadi teman setia. Pertembungan jawatan yang berlaku hari ini harus dilihat sebagai langkah positif untuk menambahbaik keberkesanan UMNO sebagai wadah dalam meneruskan perjuangan orang Melayu. Jika mencari calon isteri tentu tuan mahukan calan yang baik-baik, mencari pemimpin yang baik apatah lagi. Lihatlah sudut ini secara positif, nescaya positiflah jadinya...
Soal cabaran seterusnya? Kita harus bangkit agar segala hajat dan cita-cita akan terlaksana. Bagi saya, mempertahankan keadaan hari ini adalah suatu tanggungjawab yang perlu digalas oleh seluruh ahli UMNO. Maknanya, kerajaan BN yang ditunjangi oleh UMNO harus terus menjadi relevan termasuk kepada golongan muda.
Saya percaya musuh utama UMNO bukanlah berasal dari luaran tetapi ianya adalah berpaksikan kepada kekuatan dalaman. Kalau cantik dalaman, cantiklah juga luaran seseorang itu.Keikhlasan perjuangan individu haruslah diterjemahkan sebagai kuasa besar yang bakal memacu UMNO menjadi tunjang yang lebih ampuh memagari kekuatan dan kematapan BN secara keseluruhannya.
MAT SIRAT - KALAU KITA SAYANG UMNO, SAYANGILAH DAHULU DIRI KITA AGAR TIDAK MELEWATI PERKARA YANG BISA MENCEMAR KEUTUHAN UMNO. SAYANGILAH JUGA SAHABAT-SAHABAT PERJUANGAN AGAR SEMPURNALAH KEKUATAN DALAMAN INDIVIDU. LUMRAH ALAM, LANGIT TAK SELALU CERAH, PUJUKLAH HATI SNDIRI MAHUPUN YANG BERKENAAN AGAR TEKNOLOGI MAKLUMAT ANTARA SESAMA INSAN MAHUPUN KELOMPOK PEJUANG UMNO TIDAK AKAN RUNTUH MENYEMBAH BUMI PERPECAHAN UMMAH. BERBINCANGLAH DEMI KEBAIKAN SEMUA...
MAT SIRAT
ANTARA SIRATAN DAN SURATAN
MEDIA / PLATFORM KOMUNIKASI ALTERNATIF ANDA
http://www.siratansuratan.blogspot.com/
umno/kerajaan bukan tak bagus tetapi umno akan hancur sekiranya pemimpin yg ada hanya pentingkan kesenangan diri sendiri. hendak mengambil tindakan/menjawab sesuatu perkara mengambil masa yg lama sampai perkara tersebut telah di pergunakan sepenuhnya oleh pihak atau dah basi baru hendak menjawab/mengambil tindakan membuat rakyat menjadi bosan
Post a Comment