 |
Apakah Sesi Dewan Rakyat kali ini merupakan yang terakhir
sebelum PRU13? Parlimen boleh dibubarkan pada bila-bila
masa termasuk ketika
persidangan Dewan Rakyat sedang
berlangsung untuk memberi laluan kepada
pilihan raya umum diadakan. |
Disenaraikan pertanyaan-pertanyaan bagi jawapan lisan sepanjang sesi Dewan Rakyat yang mula bersidang pada hari ini sehingga 28 Jun 2012:-
Pertanyaan Bagi Jawab Lisan
1. Dato' Seri
Tiong King Sing [ Bintulu ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan :-
(a) jumlah Rumah
Mesra Rakyat (RMR) di bawah Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) yang
telah siap dibina di seluruh negara terutamanya di negeri
Sarawak sejak skim ini diperkenalkan; dan
(b) apakah
Kementerian dapat mengkaji untuk memasukkan kos penambakan tanah dan kos
cerucuk (piling) dalam usaha meringankan beban kewangan para
pemohon RMR.
2. Dato' Seri Anwar bin Ibrahim [
Permatang Pauh ] minta PERDANA MENTERI menyatakan langkah-langkah
yang diambil untuk mengesan, menyiasat dan mendakwa anggota-anggota polis
yang bertindak ganas terhadap wartawan-wartawan dan
peserta-peserta perhimpunan bersih 3.0 pada 28 April 2012 serta maklum
balas Kerajaan terhadap ketetapan Majlis Peguam Malaysia
mengenai keganasan polis semasa perhimpunan Bersih tersebut.
3. Dato' Abdul Manan bin Ismail [ Paya
Besar ] minta PERDANA MENTERI menyatakan faktor-faktor yang
membolehkan Felda Global Ventures Holdings (FGVH) sebagai penjana
keuntungan kumpulan syarikat berstatus konglomerat global bagi
menghasilkan dana apabila disenaraikan dalam Bursa Malaysia dan apakah
status terkini mengenai firma global yang bakal menjadi rakan niaga
strategik
antarabangsa
FGVH.
4. Dato' Seri Abdul Hadi bin Awang [
Marang ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan adakah telah dijalankan
kajian menyeluruh di peringkat nasional tentang beban tugas para guru, dan
jika ada apakah dapatan-dapatan daripada kajian tersebut.
5. Datuk Haji Mohamed Bin Haji Aziz [ Sri
Gading ] minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan apakah kayu ukur
kejayaan 'Himpunan Jutaan Belia' dalam sambutan Hari Belia Negara
pada bulan Mei yang lalu serta sejauh mana ia menjadi pemangkin hala
tuju golongan belia dalam cabaran terkini dan masa depan.
6. Dr. Tan Seng Giaw [ Kepong ]
minta PERDANA MENTERI menyatakan sejak 2008, berapakah projek
transformasi yang dianggap berjaya dan berapakah yang disangka kurang
berjaya. Apakah faktorfaktornya.
7. Dato' Lilah bin Yasin [ Jempol ] minta
MENTERI ENGANGKUTAN menyatakan :-
(a) bilakah projek
pembinaan stesen Kereta Api Bahau yang baru akan dimulakan; dan
(b) apakah
komponen dalam perancangan pembangunan tersebut dan anggaran kos yang
terlibat.
8. Tan Sri Dato' Seri Abd. Khalid bin
Ibrahim [ Bandar Tun Razak ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS
TANI menyatakan sejak bilakah Program Insentif Peningkatan Hasil
Padi diperkenalkan kepada pesawah di Malaysia dan apakah
mekanisme yang diguna pakai dalam pelaksanaan program ini.
9. Dato' Shamsul Anuar bin Nasarah [
Lenggong ] minta PERDANA MENTERI menyatakan :-
(a) adakah
Kerajaan bercadang mewujudkan badan baru menggantikan Majlis Peguam
Malaysia; dan
(b) apakah
Kerajaan berpuashati dengan peranan yang dimainkan oleh Majlis Peguam
Malaysia.
10. Tuan John a/l Fernandez [ Seremban ]
minta MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR menyatakan peranan
Kementerian dalam usaha membantu menyelesaikan rungutan pengguna
elektrik yang dibebankan dengan tunggakan bil yang tinggi berikutan
bacaan meter elektrik yang tidak dibuat setiap bulan tetapi setiap 2 dan 3
bulan sekali.
11. Puan Hajah Nancy binti Haji Shukri [
Batang Sadong ] minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI,
KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN menyatakan peranan yang dimainkan
oleh Kementerian untuk mengawal Perubatan 'Traditional Knowledge'
dari diciplak oleh negara asing.
12. Dr. Che Rosli bin Che Mat [ Hulu
Langat ] minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan
kejayaan dan kesan yang dicapai dalam program pertukaran pelajar
antarabangsa.
Soalan MP PAS yang
disenaraikan:
27. Tuan
Mohd. Abdul Wahid bin Endut [ Kuala Terengganu ] minta MENTERI BELIA
DAN SUKAN menyatakan jumlah perbelanjaan setiap tahun untuk
menganjurkan Piala Monsun di Terengganu dan adakah kontrak penganjuran
Piala Monsun akan dilanjutkan.
28. Dr. Siti
Mariah Binti Mahmud [ Kota Raja ] minta PERDANA MENTERI
menyatakan fungsi dan peranan Akademi Undang-undang yang akan
ditubuhkan oleh Kerajaan.
29. Tuan Salahuddin Bin Haji Ayub [ Kubang
Kerian ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan berapa banyakkah jumlah
"exposure" Kerajaan di dalam MAS dan Penerbangan
Malaysia.
34. Dato'
Kamarudin Bin Jaffar [ Tumpat ] minta MENTERI KERJA RAYA
menyatakan mengapakah cadangan pembinaan Lebuh Raya Kota Bharu-Kuala
Krai tidak dilaksanakan walaupun telah dirancang dalam RMK-9 lagi.
35. Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad [ Kuala
Selangor ] minta PERDANA MENTERI menyatakan berapakah dari tuntutan oleh
JK Pilihan Khas (PSC) Penambahbaikan Pilihan Raya dan 8 tuntutan Bersih
2.0 yang akan dilaksanakan oleh SPR dalam PRU ke-13 nanti.
38. Dato'
Haji Mahfuz bin Omar [ Pokok Sena ] minta PERDANA MENTERI
menyatakan kenapakah Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) membenarkan
PALAPES dijadikan satu lokaliti pengundi yang tidak perlu hadir.
48. Tuan Mohd
Firdaus bin Jaafar [ Jerai ] minta MENTERI DALAM NEGERI
menyatakan statistik kadar jenayah di seluruh Negara untuk kesemua
kategori (mengikut negeri) bagi tempoh Jan 2008 - Mei 2012 serta nyatakan
jumlah kes yang berjaya diselesaikan dan masih tertangguh sehingga kini.
59. Dato'
Haji Wan Abd Rahim bin Wan Abdullah [ Kota Bharu ] minta PERDANA MENTERI
menyatakan kos perbelanjaan setiap lawatan rasmi YAB. Perdana
Menteri ke negeri Kelantan sejak memegang jawatan.
81. Tuan
Khalid bin Abdul Samad [ Shah Alam ] minta MENTERI DALAM
NEGERI menyatakan mengapa Tun Hanif Omar dipilih sebagai Pengerusi
Jawatan kuasa penyiasat BERSIH 3.0 sedangkan beliau jelas berpihak dalam
isu ini.
83. Dr. Mohd
Hatta bin Md Ramli [ Kuala Krai ] minta PERDANA MENTERI
menyatakan adakah Kerajaan bercadang untuk membuat apa-apa pindaan
kepada peraturan pilihan raya khususnya berkaitan peraturan pengundi pos
bagi membenarkan rakyat Malaysia yang bekerja di luar negara untuk
mengundi secara pos. (Sekarang ini hanya pegawai konsulat, pelajar sepenuh
masa dan isteri/ suami kepada pelajar itu sahaja yang boleh mengundi
secara pos).
90. Dato'
Seri Mohammad Nizar bin Jamaluddin [ Bukit Gantang ] minta PERDANA MENTERI
menyatakan berapakah jumlah penduduk Bukit Gantang yang terlibat dengan
Projek Lebuh Raya Pantai Changkat Jering-Klang, serta berapakah anggaran
ganti rugi yang akan dibayar.
93. Dato'
Taib Azamudden bin Md Taib [ Baling ] minta PERDANA MENTERI
menyatakan jumlah kuota haji setiap tahun mulai 2008 hingga 2012.
101. Dato'
Dr. Haji Mohd Hayati Bin Othman [ Pendang ] minta MENTERI
PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan jumlah pelaburan mengikut
negeri yang masuk ke dalam negara sepanjang tahun 2011 dan Q1 tahun 2012
dan senaraikan negara-negara yang melabur serta jumlah pelaburan
masing-masing.
103. Tuan
Haji Nasharudin bin Mat Isa [ Bachok ] minta MENTERI PELAJARAN
menyatakan berapakah jumlah kes jenayah yang melibatkan pelajar-
pelajar sekolah.
110. Tuan Haji
Che Uda bin Che Nik [ Sik ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan Peruntukan
Khas untuk program J-Qaf telah tidak lagi diberi sejak tahun kebelakangan
ini. Keadaan ini menyebabkan program ini terpaksa bergantung kepada
peruntukan asas per kapita yang sedia terhad itu. Apakah langkah Kerajaan
untuk mengatasi perkara ini.
RANG
UNDANG-UNDANG KERAJAAN UNTUK BACAAN KALI YANG PERTAMA
1. Menteri
Perdagangan Antarabangsa dan Industri * Rang Undang-undang Pelindung
(Pindaan) 2012.
Rang
Undang-Undang Bacaan Kali Kedua
1. (D.R.
22/2012) Rang Undang-undang Profesion Undangundang (Pindaan) 2012 [
Menteri di Jabatan Perdana Menteri ]
2. (D.R. 24/2012)
Rang Undang-undang Perubatan (Pindaan) 2012 [ Menteri Kesihatan
]
3. (D.R. 19/2012)
Rang Undang-undang Kualiti Alam Sekeliling (Pindaan) 2012 [ Menteri
Sumber Asli dan Alam Sekitar ]