Oleh Abdul Rahman Hashim
Perhimpunan BERSIH 3.0 yang diadakan pada 28 April 2012 sudah pun berlalu. Pihak penganjur BERSIH 3.0 menganggarkan lebih 200 ribu khalayak dari seluruh negara telah berhimpun di Kota Raya Kuala Lumpur untuk menyatakan sokongan mereka terhadap perjuangan BERSIH 3.0 yang mereka anggap sebagai bantahan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang mengendalikan perjalanan pilihan raya di negara ini.
BERSIH melihat SPR sebagai tidak bersih kerana menurut mereka berlakunya ketidaktelusan pada senarai pengundi yang meragukan mereka.Tan Sri Abdul Aziz Yusuf, Pengerusi SPR menjadi sasaran kecaman puak-puak yang pro BERSIH 3.0, malah Datuk Saifudin Nasution, Setiausaha Agung PKR telah mendakwa Pengerusi SPR ini sering menunjukkan kecenderungan kepada parti pemerintah tanpa mempedulikan gesaan dan saranan yang dibantah oleh pihak Pakatan Rakyat.
Tan Sri Abdul Aziz pada mulanya menyahut cabaran Saifudin Nasution dengan menyatakan bahawa dirinya bukan ahli UMNO sebagaimana yang didakwa, malah beliau bersumpah bahawa dirinya bukanlah seorang ahli UMNO semata-mata untuk meyakinkan pihak pembangkang betapa dirinya berkecuali daripada sebarang unsur kepartian.
Namun begitu, setelah Datuk Saifudin Nasution membuktikan bahawa Tan Sri Abdul Aziz adalah seorang penyokong UMNO tegar dengan menyebutkan nombor kad pengenalan dan nombor keahlian UMNO Pengerusi SPR itu, lalu Tan Sri Abdul Aziz terkejut seterusnya beliau mendakwa bahawa kemungkinan namanya telah didaftarkan oleh pihak tertentu tanpa pengetahuan dirinya.
MAKLUMAT KEAHLIAN UMNO PENGERUSI SPR:
NAMA - ABDUL AZIZ BIN MOHD YUSUF
IC - 500124-10-5279
NO AHLI UMNO - 113804
KOD CAWANGAN - 09920036.
Dalam artikata lain, wujudnya pecacai UMNO yang cuba merosakkan namanya dengan menjadikan dirinya 'orang UMNO'. Beliau sendiri mungkin bersetuju bahawa kedudukannya sebagai Pengerusi SPR tidaklah wajar bagi beliau menjadi penyokong kepada mana-mana parti, apatah lagi sebagai ahli UMNO.
Sebagai ahli UMNO, tentunya saya berbangga kerana Pengerusi SPR merupakan penyokong UMNO, dan pastinya apa saja kemelut yang dihadapi oleh UMNO/BN termasuk kecaman-kecaman yang menimpa pemimpin UMNO sekarang ini akan dapat diselamatkan oleh beliau, kerana sebagai ahli UMNO, Tan Sri Abdul Aziz sedikit sebanyak haruslah memberikan advantage kepada parti yang dianutinya.
Justeru, kredibiliti Tan Sri Abdul Aziz yang juga mantan KSU Kementerian Dalam Negeri sebagai Pengerusi SPR telah dikecam hebat, malah pihak pembangkang telah melabelkan SPR sebagai salah satu cabang (Cawangan) UMNO selain menuding PDRM dan SPRM juga sedemikian.
Pihak pembangkang telah melihat kecenderungan ini kerana tindak tanduk Pengerusi SPR dalam menangani penambahbaikan di dalam sistem pengurusan pilihan raya di negara ini semakin meragukan, malah ia dikaitkan sebagai strategi tipu dayanya untuk menyelamatkan Barisan Nasional yang semakin tertekan sekarang ini.
Pakatan Rakyat mendakwa wujudnya manipulasi di dalam senarai daftar pemilih yang melibatkan pemindahan puluhan ribu nama pengundi dalam kawasan tertentu yang dipindahkan ke bahagian pilihan raya yang lain dengan menggunakan pada satu alamat yang sama.
Begitu juga Pakatan Rakyat mendedahkan lebih 42 ribu pengundi yang nama mereka tidak wujud di dalam senarai Jabatan Pendaftaran Negara. Mereka terkesan ramai warga Myanmar, Bangladesh, Pakistan dan juga Indonesia telah diberikan taraf kerakyatan segera supaya mereka layak mengundi pada PRU13 nanti.
Maka sebab itu, BERSIH mendakwa SPR tidak lagi bersih dan mendesak supaya SPR membersihkan senarai nama pemilih yang bersabit itu sebelum diadakan PRU13. Dalam perhimpunan BERSIH yang diadakan semalam juga kedengaran laungan gegak gempita demonstran yang mendesak supaya Tan Sri Abdul Aziz Yusuf segera meletakkan jawatannya.
Persoalannya sekarang ialah apakah Pengerusi SPR akan menuruti desakan BERSIH itu? Apakah Dato' Sri Najib Tun Razak, Perdana Menteri yang turut dikecam hebat dalam perhimpunan BERSIH itu akan melakukan transformasi seperti yang dituntut oleh Pakatan Rakyat?
Pada saya, sudah sewajarnya SPR sendiri yang harus melihat kelemahan dan juga kepincangan-kepincangan yang berlaku pada senarai pengundi itu.
Jika Najib terasa dirinya telah diasak bertubi-tubi dalam isu berbangkit ini, lantas beliau terdorong pula untuk memberikan penjelasan, maka dikhuatiri seolah-olah mengesahkan lagi bahawa SPR memang dilihat sebagai sebuah 'cawangan UMNO/BN' yang tidak perlu dilayan lagi segala tuntutan yang dibuat oleh seteru politiknya samada daripada BERSIH atau pun Pakatan Rakyat.
Fenemona ini menyaksikan betapa sukarnya Pengerusi SPR sendiri untuk melawan arus deras ini, walaupun menyedarinya akan berlaku perkara-perkara yang tidak sepatutnya menimpa SPR, akibat pertembungan pola-pola politik kepartian.
UMNO/BN menganggap PRU13 sebagai survival politik yang perlu diperkuatkan demi memanjangkan talian hayat Barisan Nasional/UMNO daripada dikecundangkan oleh Pakatan Rakyat yang sudah pun berjaya mejatuhkan BN di lima buah negeri termasuk juga satu di Wilayah Persekutuan dalam PRU12 yang lalu.
Pakatan Rakyat pula menjadikan peluang PRU13 ini untuk mereka mempertahankan momentum di enam buah negeri, seterusnya menggapai impian untuk menawan Putrajaya.
Maka sebab itu, kedua-dua pihak terpaksa bertungkus lumus untuk membuktikan kemampuan masing-masing, bahkan tidak akan memberi ruang kepada pihak lawan masing-masing untuk mengambil kesempatan daripada kelemahan sistem pilihan raya yang dikendalikan oleh SPR.
Namun begitu pihak BERSIH yang digalas oleh Pakatan Rakyat telah membangkitkan sentimen kebencian dan kemarahan rakyat terhadap SPR sekaligus hendak mejatuhkan kerajaan BN. Pakatan Rakyat boleh membesar-besarkan isu yang berbangkit ini, malah mereka telah berjaya menyemarakkan kebencian ini di dalam perhimpunan BERSIH 3.0 yang disertai lebih 200 ribu di Kota Raya Kuala Lumpur kelmarin.
Jika Dato' Sri Najib Tun Razak merasakan apa yang disanggah oleh Pakatan Rakyat terhadap keupayaan SPR itu sebagai anjing menyalak bukit sahaja, maka gunakanlah kesempatan ini untuk mempercepatkan PRU13. Mungkin ini peluang terbaik bagi Najib untuk merampas semula negeri-negeri yang dikuasai oleh Pakatan Rakyat.
Keyakinan ini tidak boleh dibiarkan berlanjutan lagi sebelum macam-macam perkara lain yang akan berbangkit menimpa UMNO/BN.
Begitu juga jika Dato' Sri Najib menganggap suara 200 ribu demonstran yang sederap menguningkan sebahagian jalan-jalan raya di Kuala Lumpur itu semalam sebagai SUARA HINGUSAN maka jangan ditunggu lagi, bubarkan sahaja Parlimen agar rakyat boleh menentukan yang mana kaca dan yang mana permata.
Anwar Ibrahim di dalam road show ceramahnya ke seluruh negara juga sering menyanyikan lagu 'Madu dan Racun' dengan gubahan liriknya, iaitu..."Madu di tangan kanan mu, PAKATAN! Racun di tangan kiri mu, BN!...Aku dah tahu mana satu pilihanku...."