assalamualaikum Pictures, Images and Photos

Wednesday, April 11, 2012

BANDAR ACEH BERGONCANG LAGI!

Masjid ini terselamat dari kemusanahan Tsunami sebelum ini

Suasana panik di Pulau Pinang

Suasana panik di Kuala Lumpur.

Air laut surut di Pantai Port Dickson.

Air laut surut di Kuala Perlis

Air laut surut di pantai Batu Feringgi, Pulau Pinang



Oleh Abdul Rahman Hashim

Banda Aceh bergoncang lagi. Pusat Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik (PMKG) di sini mengeluarkan amaran tsunami selepas gempa bumi dengan kekuatan 8.9 skala Richter berlaku di Aceh hari ini.

"Amaran tsunami akibat gempa yang berpusat di barat daya Simelue, Aceh pada kedalaman 10 km itu meliputi lima wilayah iaitu Aceh, Sumatra Utara, Sumatra Barat, Bengkulu dan Lampung," kata jurucakap PMKG Pekan Baru, Marzuki seperti dilapor Republika Online yang memetik agensi berita Antara.

Jurucakap itu berkata, kejadian tersebut berlaku pukul 3.38 petang (4.38 waktu Malaysia). Gegaran turut dirasai di beberapa buah negeri di negara ini. Suasana panik berlaku di beberapa tempat kerana berlakunya gegaran di beberapa buah bangunan tinggi di Pulau Pinang dan juga di Kuala Lumpur.

Ombak tsunami dijangka tiba di Georgetown pada 9:11 malam ini dan Port Dickson pada 2:10 pagi ini. Semoga semua siap sedia dengan segala kemungkinan.

No comments: