assalamualaikum Pictures, Images and Photos

Sunday, July 10, 2011

SEKATAN JALAN RAYA TAK MAMPU SEKAT 100 RIBU PERHIMPUNAN BERSIH

Oleh Abdul Rahman Hashim

RTM & TV3 tidak sanggup seperti wakil media ini untuk
membuat liputan berita sebenar. Media arus perdana kita
melaporkan perhimpunan BERSIH dihadiri sekitar 5 ribu orang sahaja.

Kalau nak tahu...MARINA MAHATHIR juga sertai perhimpunan BERSIH

Anwar turut tercedera, tapi Ketua Polis Negara menafikan
bahawa Anwar tidak cedera, kerana menurutnya tidak berlaku
semburan gas pemedih mata di Jln Pudu, sedangkan kejadian
terhadap Anwar itu berlaku di KL Sentral...KPN tidak menerima
maklumat yg tepat dari anggotanya sendiri...

Ambiga di kawal rapi...namun dia tertangkap juga dan di bawa
ke IPK, Jln Hang Tuah

Suasana tegang di KL Sentral...Anwar dan Hadi dihalang polis di KL Sentral
sebelum Hadi di tangkap, manakala Anwar tercerdera.

Suasana melaut di hadapan Maybank/Pudu Raya

Khairy Jamaludin menjadi hero PATRIOT Pemuda UMNO

Pasukan FRU mengekang kemaraan BERSIH

Penyokong PATRIOT di Bukit Bintang

Hj Hadi Awang dikawal rapi, tapi tetap di tahan polis

Lautan manusia di Jalan Tun Perak

Anak-anak muda di dalam BERSIH di Jln Tun Perak

Pertembungan BERSIH & POLIS..

Di Jalan Tun Perak


Friday, July 8, 2011

KJ MARAH DIHALANG MASUK KL...WHAT THE F*****?

Oleh Abdul Rahman Hashim

Polis melarang Ketua Pemuda UMNO masuk KL.
KJ marah...What The F*****

Khairy Jamaluddin mendakwa polis Kuala Lumpur hari ini menyemarakkan ketegangan berkaitan Bersih 2.0 dengan menggunakan perintah mahkamah melarang beliau dan 90 yang lain daripada memasuki ibu negara Sabtu ini.

Ketua Pemuda Umno ini yang pulang dari menyertai misi kemanusiaan ke Gaza petang ini mendapati dirinya telah diharamkan dari bandar raya beliau tinggal.

Khairy telah menghantar mesej di Twitter bahawa beliau baru sahaja mendarat di Kuala Lumpur selepas cuba mengatasi halangan Israel di Gaza, tetapi mendapati “saya dihalang memasuki Kuala Lumpur. Maaf, kalau saya katakan ‘WTF’?”

Apa Maksud WTF tu??? Ramai yang tak paham la !!! ....Kalau disebut WTF dalam bahasa singkatan, memang ramai tak faham apa maksudnya.

WTF military slang, Internet slang, text messaging bagi What the f****.

Waaahh....nampaknya Ketua Pemuda UMNO amat berang sekali bila polis menyenaraikannya sebagai individu yang diharamkan masuk Kuala Lumpur pada Sabtu ini, 9 Julai 2011. Dalam artikata lain, jika KJ berkeras juga untuk memasuki KL pastinya beliau akan ditangkap dan didakwa mengikut akta yang diperuntukan.

Jika beliau ditangkap, apakah stand Pemuda UMNO? KJ ditangkap oleh pihak polis kerana menyertai pehimpunan walaupun tak pakai baju kuning. Ketua Pemuda UMNO kini disenarai hitamkan oleh Menteri Dalam Negeri yang pernah mengucup keris ketika beliau menjadi Ketua Pemuda UMNO sebelum ini.

Nampaknya Ketua Pemuda UMNO tidak dibenarkan untuk menyatakan bantahannya terhadap perhimpunan BERSIH pada sabtu ini. Mungkinkah penunjuk perasaan PATRIOT berbaju merah akan mempertahankan ketuanya daripada terhumban dalam black maria semata-mata KJ tidak mematuhi arahan pihak polis supaya tidak berada di Kuala Lumpur 9 Julai ini?

Ambiga, Anwar dan semua individu yang disenaraihitamkan itu, juga tidak berganjak akan menersukan penyertaan mereka di dalam perhimpunan BERSIH. Yang pasti ialah 91 tokoh yang dinamakan itu bakal ditangkap jika polis mendapati mereka berdegil. Kedegilan nampaknya bukan sahaja di pihak BERSIH, malah kedegilan juga menebal di pihak Pemuda UMNO dan juga PERKASA.

Difahamkan PERKASA akan mengadakan perhimpunan GERAK AMANnya esok di Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur. Saya sendiri telah diundang untuk menyertai perhimpunan itu menerusi sms yang dihantar oleh sekretariat PERKASA, namun saya tidak dibekalkan baju GERAK AMAN seperti PATRIOT yang akan berbaju merah, manakala BERSIH pula akan memakai baju kuning.

Baju merah bernasib baik, kerana warna itu tidak menjadi alergik kepada pihak kerajaan dan juga pihak polis walaupun perhimpunan mereka tidak mendapat permit, sedangkan PATRIOT dan GERAK AMAN juga bukanlah sebuah pertubuhan yang berdaftar dengan ROS. Baju kuning yang BERSIH menjadi silau kepada pihak polis, kerana pihak polis menerima arahan untuk mencekup sesiapa juga yang berbaju kuning BERSIH walaupun BERSIH dianjurkan oleh 62 pertubuhan NGO yang berdaftar dengan ROS.

Demikianlah satira pihak-pihak yang bertelegah yang telah mengotori maruah mereka masing-masing akibat tersasar menangani isu BERSIH.


Thursday, July 7, 2011

AMBIGA, ANWAR IBRAHIM, IBRAHIM ALI, KJ, HADI AWANG, MAT SABU ANTARA 91 NAMA TAK BOLEH MASUK KL SABTU INI

Pasangan 2 sejoli, Ibrahim Ali & Ambiga
di larang memasuki Kuala Lumpur?

Suasana kekuningan BERSIH pada tahun 2007

Ambiga, Anwar Ibrahim, Ibrahim Ali, Khairy Jamaludin, Hadi Awang, Mat Sabu adalah di antara 91 nama yang disenarai hitamkan sebagai individu yang tidak dibenarkan memasuki Kuala Lumpur pada 9 Julai ini.

Polis memperoleh perintah mahkamah melarang 91 individu yang berkaitan dengan BERSIH 2.0, Pemuda UMNO dan PERKASA daripada memasuki Kuala Lumpur Sabtu ini, kerana dibimbangi akan berlaku kejadian yang tidak diingini dalam perhimpunan tersebut akibat provokasi yang mungkin membarakan penunjuk perasaan yang dijangka berhimpun di Ibu Kota.

Persoalan yang timbul ialah kenapa hanya 91 orang sahaja yang tidak dibenarkan memasuki Kuala Lumpur pada hari itu? Jika hanya 91 orang sahaja yang disenarai hitamkan, maka ini bermakna selain mereka, orang ramai terutama penyokong-penyokong kumpulan terbabit tidak menghadapi masalah untuk berduyun-duyun menyertai perhimpunan BERSIH?

Selain itu, perintah juga diperoleh untuk menutup sebanyak jalan yang mungkin — langkah yang dillihat akan melumpuhkan usaha mengadakan perhimpunan yang dijadualkan pada 9 Julai ini. Orang ramai juga dilarang berhimpun di tempat-tempat seperti Sogo, Dataran Merdeka, Masjid Negara, Maju Junction, kawasan sekitar Kompleks The Mall termasuk di Istana Negara. Difahamkan banyak jalan-jalan utama sekitar Kuala Lumpur juga akan ditutup bertujuan untuk mengelakkan kemasukan gelombang kuning ke kota raya Kuala Lumpur menjelang perhimpunan itu pada 9 Julai ini.

BERSIH dijangka akan meneruskan perhimpunannya di Stadium Merdeka walaupun mendapat larangan daripada pihak kerajaan. Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin berkeras untuk tidak membenarkan perhimpunan ini kerana beliau menganggap BERSIH adalah sebuah pertubuhan haram. Namun begitu Ambiga menyatakan bahawa BERSIH hanya merupakan nama aktiviti kempen yang dianjurkan oleh 62 pertubuhan yang berdaftar dengab ROS.

Manakala Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar meminta pihak penganjur BERSIH segera memohon permit mengadakan perhimpunan atas nama mana-mana pertubuhan atau individu tertentu, tetapi beliau menggesa supaya perhimpunan itu tidak diadakan di Stadium Merdeka. Beliau menyarankan agar pihak BERSIH mengadakan perhimpunan itu di luar Kuala Lumpur, antaranya di Stadium Shah Alam.

Berikut ialah senarai nama mereka yang dilarang memasuki ibu negara pada Sabtu ini.

PERKASA
  1. Datuk Ibrahim Ali
  2. Datuk Ab Rahman Abu Bakar
  3. Syed Hassan Syed Ali
  4. Irawah Fahmi Ideris
  5. Ruslan Kassim
  6. Sharifuddin Abd Hamid
  7. Dr Zubir Harun
  8. Ameir Hassan
  9. Datuk Ahmad Saad
  10. Ahmad Zaini Ismail
  11. Muhammad Zaid Md Arip
  12. Abdullah Mansor
  13. Zaira Jaafar
  14. Norkhaila Jamaludin

PEMUDA UMNO
  1. Khairy Jamaluddin Abu Bakar
  2. Datuk Megat Firdouz Megat Junid
  3. Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican
  4. Megat Zulkarnaian Omardin
  5. Rizalman Mokhtar
  6. Tengku Azman Tengku Zainol Abidin
  7. Lokman Noor Adam
  8. Datuk Abdul Azeez Rahim
  9. Ungku Saleh Ungku Jamal
  10. Arman Azha Abu Hanifa
  11. Tun Faisal Ismail AzizBold
BERSIH

  1. Datuk Ambiga Sreenevasan
  2. Mohamad Sabu
  3. Hishamuddin Md Rais
  4. Khairul Anwar Ahmad Zainuddin
  5. Maria Chin Abdullah
  6. Chua Tian Chang
  7. Kamarulzaman Mohamad
  8. Dr Mohd Hatta Md Ramli
  9. Syed Shahir Syed Mohamud
  10. Syed Ibrahim Syed Noh
  11. Teresa Kok Suh Sim
  12. Badrul Hisham Shaharin
  13. Shamsul Iskandar bin Mohd Akin
  14. Arutchelvam A/L Subramaniam
  15. Wong Chin Huat
  16. Ong Boon Keong
  17. Enalini A/P Elumalai
  18. Haris Fathillah Sathiasingam bin Mohd Ibrahim
  19. Datuk Khalid
  20. Datuk Zulkifli Noordin
  21. Dr Zubir Harun
  22. Datuk Seri Abd Hadi Awang
  23. Datuk Seri Anwar Ibrahim
  24. Lim Kit Siang
  25. Nik Abdul Aziz bin Nik Mat
  26. Nurul Izzah Anwar
  27. Kohila Yanasekaran
  28. Zaid Kamaruddin
  29. Khoo Teng Swee
  30. Fadiah Nadwa Fikri
  31. Yap Swee Seng
  32. Salahuddin Ayub
  33. Datuk Mahfuz Omar
  34. Nasrudin Hasan
  35. Mazlan Aliman
  36. Dr Syed Azman Syed Nawawi
  37. Dr Dzulkifli Ahmad
  38. Dr Mujahid Yusof
  39. Khalid Abd Samad
  40. Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin
  41. Azman Shapawi Abd Rani
  42. Suhaizan Kaiat
  43. Nor Azli bin Musa
  44. Mohd Firdaus Jaafar
  45. Loke Siew Fook
  46. Lau Wen San
  47. Mohd Azmin Ali
  48. Mat Shuhaimi Shafie
  49. Satipul Bahari Amamt
  50. Wan Hassan Mohd Ramli
  51. Mohamad Izzudin Hilmi Mohd Zaini
  52. Mohd Shazni Munir Mohd Ithnin
  53. Muhammad Hilman Idham
  54. Mohd Shukri Che Ab Razab
  55. Mohd Syukri Kamaruddin
  56. Ahmad Syazwan Muhammad Hasan
  57. Choo Chon Kai
  58. Sarasvathy Muthu
  59. Soh Sook Hwa
  60. Nurul Izham Nurul Anuar
  61. Abd Rahim Osman
  62. Mohd Sibri Ismail
  63. Mohd Lukam Muda
  64. Datuk Prof Kamaruddin Kachar
  65. Datuk Mohd Noor Nordin Abdullah

TERKINI!! TUN MAHATHIR BIDAS TINDAKAN KERAJAAN BN TERHADAP BERSIH?

Oleh Abdul Rahman Hashim


Tindakan keras yang dilakukan oleh kerajaan terhadap Bersih 2.0 (Gabungan Pilihan Raya Bebas dan Adil) boleh menjejaskan peluang mereka untuk menang dalam pilihan raya umum akan datang, kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau menambah bahawa pengundi mungkin berpaling menentang Barisan Nasional jika mereka merasakan bahawa kerajaan sedang mencabul hak-hak mereka.

"Apa sahaja yang kerajaan lakukan (sekarang), ia akan dipantulkan pada pilihan raya. Jika mereka (pengundi) merasakan bahawa kerajaan ini menindas, mungkin kerajaan akan kehilangan undi," katanya pada sidang akhbar di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

"Tetapi ada beberapa orang yang berfikir bahawa kerajaan terlalu lembut ... contohnya, (ada yang bertanya) "Mengapa mereka harus membenarkan demonstrasi di dalam dewan?"

Mahathir bagaimanapun, mengelak sama ada kerajaan telah keterlaluan dalam tindakan keras ke atas Bersih, sambil berkata "itu sekadar pendapat".

"Saya fikir kerajaan berpendapat mereka perlu mengambil tindakan keras, sesetengah orang berfikir kerajaan tidak seharusnya mengambil tindakan keras. Malah di dalam kerajaan, terdapat beberapa (orang) yang setuju, dan ada beberapa (orang) yang tidak; ini adalah perkara biasa," katanya.

Untuk demonstrasi, Mahathir berkata bahawa mereka hanya boleh dibenarkan jika sudah tidak mempunyai jalan lain.

"Jika anda mahu berdemonstrasi, lakukan apabila sudah tiada cara lain untuk menyuarakan pandangan," katanya, sambil menambah bahawa tuntutan pilihan raya Bersih dapat diselesaikan dengan cara yang lain.

Beliau juga berkata demonstrasi adalah hak kebebasan yang dibenarkan dalam sebuah negara demokrasi.

Walau bagaimanapun, dengan melihat Mesir sebagai contoh, beliau memberi amaran bahawa perhimpunan yang berterusan mungkin mempunyai kesan yang menjejaskan sesebuah negara.

"Anda perlu berhati-hati setiap kali anda melakukan perkara ini. Saya baru pulang dari Mesir ... mereka melakukan demonstrasi besar untuk menumbangkan kerajaan. Tetapi selepas itu, mereka masih melakukan demonstrasi," katanya.

Mahathir menambah bahawa sebagai kesan daripada demonstrasi yang berterusan di sana, negara itu telah mengalami kemerosotan ekonomi.

Beliau juga berkata bahawa dia mengetatkan kawalan demonstrasi dari kedua-dua belah pihak politik ketika beliau berkuasa.

"Pada tahun 1986, apabila Umno mahu menunjukkan kekuatan, mereka mahu membawa masuk 500,000 orang ke Kuala Lumpur. Kami menghalangnya. Bukan sahaja kepada pembangkang, kita juga menghalang walaupun dari pihak kerajaan," katanya.

Bagaimanapun beliau mengelak apabila merujuk kepada komen pedas anak perempuannya Marina Mahathir terhadap penghapusan Bersih.

"Saya tidak selalunya bersetuju dengan anak perempuan saya, tetapi itu adalah haknya. Saya memberikan kebebasan demokrasi. Saya tidak ada pendapat (mengenai dirinya)," katanya sambil ketawa.

*Sumber: Free Malaysia Today

Wednesday, July 6, 2011

POPULARITI AMBIGA OLEH MEDIA KITA JUGA, MENGAPA ADA YANG BERPUTIH MATA?

Oleh Abdul Rahman Hashim

Ambiga terus popular di sisi media arus perdana

Ambiga terus dikecam, malah PERKASA juga memperkasakannya dengan berbagai gelaran buruk menjadikannya, namun Ambiga kelihatan lebih bernasib baik kerana publisiti dan promosi yang diberikan oleh media arus perdana selama ini terutamanya TV1, TV2, TV3, Utusan Malaysia, Berita Harian dan tidak kurang juga oleh media maya yang lainya telah menjadikan Datuk S. Ambiga terus perkasa di persada politik tanah air mengatasi populariti Anwar Ibrahim.

Bukannya mudah pihak yang menentang kerajaan di negara ini untuk mendapat liputan meluas media seperti yang diperolehi oleh Ambiga kebelakangan ini. Presiden PERKASA, Dato' Ibrahim Ali yang lantang mencelakakan Datuk S. Ambiga pun tidak dapat mengatasi populariti Pengerusi BERSIH itu, walaupun Ibrahim Ali menyatakan sokongan kepada kerajaan dalam isu yang diketengahkan oleh BERSIH.

Walaupun begitu Ibrahim Ali lebih terkehadapan dari segi publisiti terutama di dalam akhbar Utusan Malaysia jika dibandingkan dengan pemimpin-pemimpin UMNO seperti Zahid Hamidi, Shapie Apdal, Hishammuddin, jauh sekali dengan Nazri Aziz. Ibrahim Ali tak payah pakai baju UMNO kerana beliau bukan ahli UMNO pun; atau berbaju 1Malaysia seperti yang diperagakan oleh kebanyakan pemimpin UMNO, namun Ibrahim Ali tetap bergaya di muka hadapan Utusan Malaysia hanya kerana kelantangannya mencelakakan Ambiga yang cenderung berbaur racisme.

Oleh kerana ghairahnya gelagat media yang menyokong kerajaan untuk menggagalkan perhimpunan BERSIH bukan sahaja melonjakan nama Ambiga malah telah mengundang titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong supaya perhimpunan tersebut tidak diadakan di jalanan, sebaliknya jika mahu juga diadakan Ambiga diberikan tawaran untuk mengadakannya di tempat tertutup seperti di stadium.

Kerajaan Selangor menawarkan Stadium Melawati di Shah Alam
untuk Perhimpunan Bersih 9 Julai ini?

Kemungkinan BERSIH buat permohonan
berhimpun di Stadium Merdeka?

Ambiga diperkenan menerima menghadap Baginda Yang di-Pertuan Agong petang semalam di Istana Negara walaupun banyak pihak yang pro kerajaan merasakan tidak wajar beliau diberikan layanan setinggi itu, kerana banyak sanggahan terhadapnya sehingga ada gesaan supaya kerakayatannya dilucutkan. Di celah-celah penghinaan yang dilemparkan kepadanya, Datuk S. Ambiga diterima pula menghadap ke Istana Negara sehari selepas titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong memberikan nasihat kepada BERSIH.

Presiden PERKASA, Dato' Ibrahim Ali berdukacita dan marah yang amat sangat kerana menurutnya Ambiga yang memimpin pertubuhan haram tidak wajar diberikan layanan diraja seperti yang diperolehinya dpetang kelmarin. Ibrahim Ali secara sinis menyatakan dakwaannya bahawa Ambiga yang anti Melayu dan anti Islam sepatutnya tidak dilayan sedemikian rupa sedangkan PERKASA yang memperjuangkan ketuanan Melayu dan mempertahankan kedaulatan institusi Raja-Raja Melayu di negeri ini tidak berpeluang menghadap Yang di-Pertuan Agong.

Ibrahim Ali juga menyatakan ukacitanya kerana kerajaan pimpinan Najib telah menawarkan stadium dijadikan tempat untuk BERSIH mengadakan perhimpunan pada 9 Julai ini. Lantaran itu Ibrahim Ali telah meminta pihak kerajaan supaya menawarkan juga kepada PERKASA untuk turut mengadakan perhimpunan serentak dengan perhimpunan BERSIH pada 9 Julai nanti. Setakat hari ini Pemuda UMNO belum lagi mengubah pendiriannya yang telah menyatakan pembatalan perhimpunan PATRIOT demi menjunjung kasih titah Seri Paduka Yang di-Pertuan Agong. Apakah Pemuda UMNO juga akan meminta kerajaan supaya membenarkan PATRIOT untuk berhimpun di stadium sebagaimana yang diperkenankan terhadap BERSIH?

Keghairahan Pemuda UMNO sebelum ini untuk mengadakan perhimpunan haram PATRIOT dan kehangatan PERKASA pula dengan perhimpunan haram GERAK AMAN dengan berbaju merah merupakan sebagai langkah ofensif dan provokatif untuk menyekat kemaraan ratusan ribu penunjuk perasaan dari pihak BERSIH 2.0, namun tindakan menyerang itu telah dihidu oleh Seri Paduka Yang di-pertuan Agong yang boleh mengakibatkan keadaan menjadi huru hara, maka perhimpunan jalanan yang dirancang oleh pihak-pihak terbabit itu dititahkan supaya tidak diadakan, sebaliknya BERSIH ditawarkan mengadakan perhimpunan itu di stadium setelah Ambiga diterima menghadap ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Yang di-Pertuan Agong, Sultan Mizan Zainal Abidin.

Jikalau Pemuda UMNO dan Perkasa juga ingin meneruskan perhimpunan, bagaimana pula mereka dapat melontarkan provokatif cabar mencabar terhadap penunjuk perasaan BERSIH sedangkan BERSIH sudah pun menetapkan pendiriannya untuk mengubah lokasi perhimpunan itu di stadium. Apakah Pemuda UMNO dan Perkasa sanggup untuk berkogsi stadium dengan BERSIH?

Jika Pemuda UMNO dan PERKASA berkeras juga hendak berhimpun pada 9 Julai ini tanpa berkongsi stadium dengan BERSIH, maka perhimpunan PATRIOT dan juga GERAK AMAN itu dijangka tidak akan berlaku huru-hara. Kalau sebelum ini mereka berhasrat untuk mengadakannya serentak di jalanan, pastinya negara akan menyaksikan berlakunya provokasi yang boleh mencetuskan pergaduhan dan kemungkinan akan berlaku pertumpahan darah, silap-silap akan ada juga yang terkorban.

Biarlah Ibrahim Ali bertempik di kalangan penyokong-penyokongnya, biarlah KJ dan Naina Merican melalak sesama patriotnya, malah kalau Ambiga, Anwar dan Mat Sabu nak membakar semangat sekali pun hanya di kalangan mereka sahaja. Semuanya akan bersih dan terhindar dari segala kekotoran yang mencacatkan lanskap politik negara.

Sepatutnya tidak ada pihak yang mendakwa diri mereka menang atau kalah setelah titah Yang di-Pertuan Agong itu. Baginda lebih sayangkan rakyatnya, kerana bukan penyokong Pemuda UMNO dan PERKASA sahaja yang berhak mendakwa menjadi rakyat baginda, malah penyokong BERSIH juga merupakan warganegara yang menjadi rakyat ke Bawah DYMM Yang Dipertuan Agong. Janganlah cabar mencabar, hina menghina satu sama lain sehingga mendatangkan kemurkaan Yang di-Pertuan Agong!

Kadang-kadang kita tersasar dalam tindakan. Belum pun terjadi perhimpunan haram itu, terlalu banyak provokasi murahan yang dilemparkan sehingga tidak melambangkan moral sejati Melayu yang dibangga-banggakan. Terlalu banyak andaian dan sangkaan buruk sehingga boleh menimbulkan kebencian sesama rakyat Malaysia dan kelihatannya ia jauh menyimpang daripada hasrat sebenar Dato' Sri Najib Tun Razak yang berbuih-buih melaungkan slogan 1MALAYSIA.

Jika kita berpegang dengan slogan itu, maka penghinaan racisme yang dilontarkan bukan melambangkan ketelusan 1Malaysia seperti yang diungkapkan Presiden UMNO itu.

Sunday, July 3, 2011

KONVENSYEN BN WILAYAH PERSEKUTUAN GESA PERHIMPUNAN HARAM 9 JULAI DIAMBIL TINDAKAN

Oleh Abdul Rahman Hashim

Dewan Manhattan, Hotel Berjaya Times Square, Kuala Lumpur
Venue Konvensyen BN Wilayah Persekutuan

Tan Sri Dato' Muhyiddin Yassin,Pengerusi BN Wilayah Persekutuan

Konvensyen Barisan Nasional Wilayah Persekutuan yang diadakan hari ini (3 Julai 2011) telah meluluskan satu usul tergempar yang dibawa sendiri oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin, Pengerusi BN Wilayah Persekutuan menggesa supaya perhimpunan haram yang hendak diadakan pada 9 Julai depan tidak memperalatkan rakyat akar umbi, seterusnya Tan Sri Muhyiddin meminta pihak polis supaya tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan yang tegas terhadap mereka yang terbabit sehingga boleh menimbulkan kekecuhan yang membawa kepada implikasi buruk terhadap ketenteraman awam di negara ini.

Usul tergempar itu dikemukakan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin pada akhir ucapan penggulungannya di sebelah petang, dan usul tersebut telah diterima sebulat suara oleh 1,380 perwakilan parti-parti komponen BN yang menghadiri konvensyen sehari itu.

Di dalam usul itu juga, Tan Sri Muhyiddin merakamkan kekesalan BN Wilayah Persekutuan kerana BERSIH merupakan sebuah pertubuhan haram cuba bertindak memperdayakan rakyat secara tidak demokratik untuk menggulingkan kerajaan yang telah dipilih rakyat secara demokratik menerusi pilihan raya yang diadakan di negara ini.



Saturday, July 2, 2011

HATI-HATI...SEMUA PIHAK JANGAN MENJADI SAMSENG JALANAN 9 JULAI INI

Oleh Abdul Rahman Hashim


Perhimpunan Bersih sebelum ini, November 2007


Datuk Ambiga Sreenevasan, Khairy Jamaluddin dan Dato' Ibrahim Ali,
masing-masing
akan mengetuai Perhimpunan Haram 9 Julai 2011.

Tak semena-mena BERSIH 2.0 semakin mendapat perhatian dan terus diperhatikan menjelang '9711' minggu depan. Saya sebelum ini tak berapa kenal dengan Datuk Ambiga Sreenevasan, tiba-tiba terkejut kerana dia kini menjadi semakin popular, dan saya percaya Ambiga bukan sahaja dipopularkan di negaranya, malah mantan pemimpin Bar Council ini juga dilihat semacam menjadi ancaman kepada yang terancam.

Dunia sedang memerhatikan gelagat Ambiga. Wanita berketurunan India ini dikatakan mempunyai rangkaian diplomatiknya dengan gerakan human right antarabangsa untuk menjadikan BERSIH 2.0 benar-benar tidak KOTOR sebagaimana yang disanggah oleh pihak-pihak yang mendakwa BERSIH itu KOTOR.

Ramai penggerak BERSIH ditahan polis, malah pihak polis tidak akan teragak-agak untuk menahan sesiapa juga yang memakai baju kuning, kerana polis merasakan baju kuning adalah penyokong BERSIH tajaan Ambiga. Pendekata, warna kuning begitu alergik sekarang ini. Penyokong UMNO/BN nampaknya tak boleh lagi pakai baju kuning terutama menjelang 9 Julai 2011. Mungkinkah jersey bola negara juga tidak dikuningkan lagi...fan club pasukan bolasepak negara juga kemungkinan turut tidak menyokong kekuningan lagi?

Demikianlah hangatnya BERSIH 2.0 kepada negara. Dato' S. Ambiga juga telah dipanggil oleh pihak polis tiga hari yang lepas. Beliau dilihat begitu istimewa...? Maka sebab itu Ambiga diloloskan berjumpa dengan Ketua Polis Negara. Mantan Timbalan Perdana Menteri Anwar Ibrahim sendiri pun tidak diberikan kesempatan untuk bertemu IGP walaupun Anwar juga dilihat salah seorang pencaturnya.

Di dalam pertemuan itu, mungkin juga Ambiga diminta memberikan penjelasan mengenai tujuannya mengadakan perhimpunan BERSIH2.0 pada 9 Julai nanti kepada IGP, Tan Sri Ismail Omar. Walaupun IGP memberitahunya bahawa perhimpunan BERSIH 2.0 tidak wajar diteruskan, namun Ambiga tetap dengan pendirian tegasnya untuk berhimpun secara aman dan mahukan kerajaan melayani tuntutan BERSIH yang melihat ada kekotoran pada SPR.

Difahamkan pihak polis menjangka lebih kurang 300 ribu manusia akan berhimpun di jalanan sekitar Bandaraya Kuala Lumpur pada 9 Julai ini. Dalam ratusan ribu yang menunjuk perasaan dalam perhimpunan haram itu nanti, tentunya ramai juga tokoh-tokoh pemimpin lain yang akan turut serta.

Saya percaya bukan sahaja Ambiga, bahkan Anwar Ibahim juga menyatakan kesediaanya untuk bersama-sama BERSIH 2.0, kerana BERSIH 2.0 dilihat mampu menyuntik sokongan moral terhadapnya, malah Anwar juga mungkin mengharapkan BERSIH 2.0 akan membersihkan kekotoran yang dilekatkan pada dirinya selama ini.

Saya juga pasti, selain Anwar yang akan menyertai perhimpunan Bersih itu, Mohamad Sabu, Timbalan Presiden PAS juga akan terlibat, malah rasanya ramai lagi tokoh-tokoh parti pembangkang dan pemimpin-pemimpin NGO yang lain akan turut berada di lokasi jalanan seperti yang dirancang.

Tidak pelik sekiranya Presiden PAS sendiri Haji Hadi Awang juga akan berada di jalanan. Kalau pun beliau tidak mengenakan jubah kuning, rasanya beliau tidak akan silu-slu lagi untuk menguningkan jiwa raganya demi menjayakan matlamat pelopor BERSIH, S. Ambiga pada hari tersebut.

Perancangan Ambiga untuk memhimpunkan ratusan ribu di jalanan atas nama BERSIH 2.0 pada 9 Julai depan secara phisikologinya memperlihatkan suatu desakan terhadap SPR supaya pilihan raya di negara ini dijalankan secara telus dan bersih. Ambiga bijak mengambil kesempatan ini dengan mengheret orang ramai supaya turut tidak mempercayai ketelusan SPR mengendalikan pilihan raya.

Tentunya percaturan ini lebih cenderung dan bermotifkan politik kerana juak-juak dari kalangan Parti Pakatan Rakyat seperti PKR, PAS dan DAP tidak berselindung lagi untuk bergandingan dengan BERSIH 2.0. Mereka secara lantang dan berani serta begitu rapi membuat persediaan untuk menunjuk perasaan di Kuala Lumpur bersama BERSIH 2.0. Mereka tahu kejayaan mengumpulkan penyokong BERSIH di dalam perhimpunan itu nanti turut memberikan miliage politik kepada parti pembangkang yang begitu mengidamkan 'Putrajaya' selepas PRU13 nanti.

Samada BERSIH benar-benar berniat bersih untuk menyedarkan SPR yang mereka dakwa tidak bersih semasa mengendalikan pilihan raya sebelum ini, adalah sesuatu yang bermotifkan politik. S. Ambiga bukan orang politik, tetapi beliau kelihatannya lebih cenderung dan serasi bersama pemimpin-pemimpin parti pembangkang untuk terus memberikan tekanan kepada pihak kerajaan.

Motif untuk menjatuhkan kerajaan lebih menyerlah dalam episod BERSIH 2.0, kerana mereka sedang memperkatakan ketelusan pihak SPR mengendalikan pilihan raya, supaya pilihan raya yang akan datang rakyat lebih berpihak kepada rancangan mereka untuk membenamkan BN. BERSIH 2.0 mencuba dengan segala helah provokasi mereka untuk meniupkan sentimen anti establishment kepada kerajaan Barisan Nasional yang mereka lihat kian rapuh. Media arus perdana begitu terserlah memberikan liputan meluas kepada BERSIH 2.0 sehingga saban hari memberitahu rakyat betapa BERSIH tidak bersih dengan tujuan perhimpunan mereka itu.

Anwar sebagaimana yang dipetik di dalam akhbar KEADILAN edisi terbaharu telah menyatakan mereka hanya memerlukan 5 peratus sahaja lagi untuk melangkah menawan Putrajaya. Sudah tentu mereka akan menggunakan apa sahaja peluang yang ada untuk membentuk gelombang kebencian rakyat kepada BN termasuk menjayakan perhimpunan raksasa anjuran BERSIH 2.0 yang dikepalai oleh S. Ambiga.

Jelas kelihatan bahawa BERSIH 2.0 berniat tidak bersih kerana mereka sedang diperalatkan demi menjayakan cita-cita dan matlamat Pakatan Rakyat untuk menumbangkan kerajaan yang sedia ada menjelang pilihan raya umum ke-13 nanti. Di pihak BN dan kerajaan pula mereka menganggap tindakan BERSIH 2.0 berniat KOTOR malah kekotoran yang ada di pihak BERSIH 2.0 bakal berhadapan dengan gerakan pembersihan oleh pihak berkuasa, terutamanya pihak polis.

Pihak polis terpaksa menggunakan segala kuasa undang-undang yang ada pada mereka untuk menyekat perhimpunan haram BERSIH pada 9 Julai ini supaya tidak mencemari imej negara. Jika diperhatikan iklimnya, kemungkinan perhimpunan yang hendak diadakan pada 9 Julai depan bakal mencetuskan huru hara yang tidak membawa keuntungan kepada negara.

Ramalan ini semakin nyata, kerana penglibatan pula pihak Pemuda UMNO dengan Perhimpunan PATRIOT, manakala PERKASA pula akan bergerak dengan perhimpunan GERAK AMAN pada hari yang sama Perhimpunan BERSIH 2.0 - telah menghangatkan lagi bahang huru hara yang dibimbangi akan mencetuskan pertelingkahan jalanan yang tidak dapat dibendung lagi.

Matlamat BERSIH 2.0 untuk membetulkan kepincangan SPR tidak lagi memenuhi sasarannya, sebaliknya penyokong-penyokong BERSIH 2.0, PATRIOT dan GERAK AMAN akan dikambing hitamkan untuk suatu pertempuran yang melukakan pihak-pihak yang bertembung sehingga memungkinkan keadaan menjadi lebih terdedah dengan sentimen perkauman yang meluap-luap.

Kita tidak mahu media asing memanipulasikan suasana tegang ini sehingga negara ini akan disamakan dengan situasi yang berlaku di Tunisa, Egypt dan juga di Libya. Bayangkanlah jika tiupan emosi membara di kalangan mereka yang berhimpun itu, tentunya ada kambing-kambing hitam yang akan bertindak di luar batasan untuk menjadi hero mencederakan pihak lawan masing-masing.

Hero BERSIH, hero PATRIOT dan hero GERAK AMAN semuanya adalah hero-hero Malaysia yang sedang menjadi alat kepada pihak yang berkepentingan. Bukannya sasaran SPR sangat, tetapi semuanya hendak membuktikan kekuatan untuk menjuruskan negara ini ke lembah kehancuran.

Molek sangatlah jika ada di kalangan pihak yang bersengketa ini menghentikan sahaja niat mereka untuk mengadakan perhimpunan yang tidak lagi berbaur patriotisme. Sepatutnya semua pihak yang terbabit dapat bertindak lebih matang untuk menyekat suatu pertelingkahan jalanan yang menyaksikan bahawa mereka semuanya adalah warganegara Malaysia. Pihak polis hendaklah realistik dalam menjalankan tugas menjaga keselamatan. Jangan ada pihak yang cuba mengatakan bahawa pihak polis hanya mengikut telunjuk sehingga ada yang menjumpai ruang untuk merendah-rendahkan kewibawaan PDRM.

Jangan biarkan sentimen rakyat dibakar oleh mereka yang berkEpentingan politik. Tiada pihak yang akan menang dan yang akan kalah, jika nyawa rakyat hendak dimangsakan dalam rally haram BERSIH/PATRIOT/GERAK AMAN 9 Julai ini. Kedua-dua pihak yang mendakwa mereka di pihak yang benar, tidak bermakna satu pihak yang bersalah. Itulah cebisan pandangan saya...