assalamualaikum Pictures, Images and Photos

Friday, February 26, 2010

HEBAT SUNGGUHKAH ANWAR? BEKAS PM KANADA PULA MINTA KES ANWAR DIGUGURKAN

Paul Martin, bekas Perdana Menteri Kanada

Nampaknya Pemuda UMNO dan PERKASA kenalah mengaturkan sekali lagi demontsrasi di kedutaan Kanada pula selepas mereka berjaya 'menunjuk perasaan' di kedutaan Australia. Kalau dahulunya Khairy Jamaludin (KJ) pernah menempelak penunjuk perasaan jalanan ini sebagai monyet/kera, tetapi hari ini Pemuda UMNO & Perkasa terpaksa menelan saja apa yang diperkatakan oleh KJ semata-mata mempertahankan Saiful yang mendakwa dirinya diliwati Anwar, setelah 50 ahli parlimen Australia didapati telah menunjukkan simpati mereka terhadap Datuk Seri Anwar. (Foto Kanan: Michael Danby, MP Australia yang dikutuk oleh Pemuda UMNO)

Terbaru bekas Perdana Menteri Kanada Paul Martin memberi amaran supaya kerajaan Najib mengugurkan tuduhan yang berunsur politik terhadap Datuk Seri Najib sekiranya Malaysia masih impikan untuk berada di kalangan negara-negara progresif dunia.

Paul Martin menyatakan pandangannya itu di dalam satu komentar di laman web akhbar 'The Globe and Mail', di mana beliau juga menyarankan Datuk Seri Anwar Ibrahim hendaklah dibenarkan bergerak bebas untuk merealisasikan visinya terhadap Malaysia sebagai sebuah negara demokratik yang menghomati hak asasi manusia dan undang-undang antarabangsa.

Martin yang pernah menjadi Perdana Menteri Kanada dari 2003 - 2006 juga berkata bahawa isu Anwar adalah satu isu dimana seluruh dunia perlu bersuara lantang mengenainya.

Untuk mengikuti apa yang diperkatakan oleh Paul Martin itu, sila baca petikan pandangannya di dalam laman web 'The Globe and Mail' bertarikh 24 Febrari 2010 seperti di bawah ini.

Paul Martin

From Thursday's Globe and Mail

Anwar Ibrahim is a former deputy prime minister of Malaysia. After having differences of opinion with prime minister Mahathir Mohamad in 1998, he was removed from office, charged with sodomy and corruption – charges condemned worldwide as an attempt to remove him from politics – and imprisoned for six years. After his release in 2004, he became the leader of a coalition of opposition parties that is successfully challenging the ruling coalition's power. Mr. Anwar has now been charged again with sodomy, a charge that has again been condemned worldwide.

I have known Mr. Anwar well since the period when we each served as finance ministers for our respective countries. He is deeply committed to democracy, justice and the rule of law. And I have watched with horror how he has been treated in Malaysia because of that commitment. His initial imprisonment was seen worldwide as politically motivated. Amnesty International regarded him as a prisoner of conscience, jailed for the non-violent expression of his political opinion. After his release in 2004, he redoubled his campaign, attracting thousands to his public rallies, with the result that the historic 2008 election returned an unprecedented number of opposition candidates to Parliament. He now poses a threat to the government in the next national elections, expected in 2013 – the real reason for the latest charge.

His trial, which began Feb. 2, is widely seen as not meeting international standards for a fair trial. The former Anwar political aide who is making the sodomy accusation was reportedly seen with leading ruling coalition figures prior to the filing of the charge; Mr. Anwar's lawyers have been denied access to vital prosecution documents; and the trial has been transferred to a higher court whose judges are seen as linked to the ruling coalition's main party. It is small wonder that Michael Danby, chair of Australia's parliamentary subcommittee on foreign affairs, has charged that Malaysia's legal system is being manipulated to drive Mr. Anwar out of politics. Mr. Danby has said that Asian democrats were “flabbergasted” by the charges and that “everyone in Malaysia, and everyone in the international legal community, knows that Anwar is innocent of these charges.”

The presence of so many foreign embassies attending Mr. Anwar's show trial is a clear expression of international concern. This is an issue on which the world must speak out.

If his country is to take its place among the progressive nations of the world, it is crucial that the politically motivated charge against Mr. Anwar be dropped and that he be free to pursue his vision of a democratic Malaysia, properly respectful of human rights and international law.

Paul Martin is former prime minister of Canada.

Tuesday, February 23, 2010

SARAWAK PENENTU PRU AKAN DATANG DAPAT RM3.4B MENJELANG 2012


Bahang pilihan raya umum negeri Sarawak semakin dirasai. Dato' Sri Mohd. Najib Tun Razak, Perdana Menteri Malaysia yang sedang mengadakan lawatan kerjanya selama 2 hari di negeri bumi kenyalang bermula Isnin, 22 Februari juga telah membuat pengumuman iaitu negeri ini bakal menerima peruntukan sejumlah RM3.4 bilion untuk membiayai projek infrastruktur seluruh negeri Sarawak yang membabitkan juga pembangunan kemudahan asas untuk rakyatnya menjelang tahun 2012.

Menyedari betapa Sabah dan Sarawak merupakan 2 buah negeri yang telah menyumbang kemenangan yang cemerlang bagi Barisan Nasional di dalam PRU12 yang lalu, maka Perdana Menteri merasakan wajar kedua-dua negeri ini diberikan peruntukan yang besar supaya kedua-dua negeri ini dapat terus membangun seiring dengan kepesatan pembangunan negara yang mendahulukan kepentingan rakyatnya.

Dato' Sri Najib Tun Razak juga optimis bahawa Sarawak yang akan mengadakan pilihan raya negerinya dalam jangkamasa terdekat ini akan dapat mengekalkan kejayaan dengan prestasi yang lebih cemerlang. Menurutnya, rakyat di negeri ini tidak mudah terpengaruh dengan isu-isu luaran kerana mereka lebih yakin pihak kerajaan sejak dahulu lagi sememangnya sentiasa memperjuangkan masalah yang dihadapi rakyat dengan agenda politik pembangunan yang telah diperkenalkan oleh pucuk pimpinan negeri ini.

Sarawak di bawah kepimpinan Pehin Sri Taib Mahmud sejak dahulu lagi tidak pernah terkeluar daripada landasan perjuangan yang digariskan oleh Barisan Nasional yang terbukti berjaya menyatu padukan rakyatnya yang terdiri daripada pelbagai etnik; lagi pun rakyat Sarawak hari ini dilihat semakin fokus untuk menjadikan negerinya setanding dengan negeri-negeri lain dalam semua aspek pembangunan.

Walaupun keputusan pilihan raya negeri Sarawak pada 2006 lalu menyaksikan 9 kerusi DUN telah dimenangi oleh parti pembangkang, namun Perdana Menteri telah dibayangkan bahawa 9 kerusi panas ini kemungkinan dapat ditawan semula jika parti-parti komponen BN terutamanya SUPP yang mewakili komuniti Cina di negeri ini dapat bertaut hati untuk meyakinkan pengundi-pengundi Cina supaya menyokong kembali BN.

Berasaskan kepada keputusan PRU 2006 lalu, terbukti pengundi-pengundi Cina terutamanya di bandar-bandar besar seperti di Kuching, Sibu dan Bintulu telah dimenangi oleh parti pembangkang yang terdiri daripada DAP dan PKR. Penyertaan PKR dalam PRU 2006 dilihat telah diperkuatkan lagi oleh rakan sekutunya DAP yang berjaya menawan hati majoriti pengundi Cina di kawasan-kawasan bandar utama.

Di kawasan N.12 Kota Sentosa di dalam Parlimen Stampin misalnya, DAP telah memenangi kawasan ini dengan majoriti 531 undi sahaja daripada 18,934 pengundi. Begitu juga di kawasan DUN N.59 Kidurong dalam kawasan Parlimen Bintulu majoriti pengundi Cina di sana telah memihak kepada DAP yang telah berjaya mendapat majoriti 1,664 undi, setelah calonnya memperolehi 8,517 undi daripada jumlah keseluruhan 23,726 pengundi.

Manakala di kawasan N.9 Padungan yang berada di dalam kawasan Parlimen Kuching, PKR telah berjaya mencuri hati 8,002 pengundi dengan majoriti 1,417 undi dimana sebahagian besar pengundi di sini didominasi oleh pengundi-pengundi Cina.

Dalam pada itu, terdapat juga penanda aras yang memperlihatkan kecenderungan pengundi-pengundi dari etnik Iban yang didapati tidak memihak kepada BN. Di kawasan N.28 Engkilili yang didominasi oleh pengundi Iban terbukti mereka tidak memihak kepada calon BN, sebaliknya 3,442 pengundinya telah memberikan kemenangan kepada calon SNAP yang pro pembangkang dengan majoriti 426 undi.

Di kawasan DUN N.30 Saribas dalam Parlimen Betong, calon BN hanya mampu meraih kemenangan tipis apabila calonnya hanya menang dengan majoriti 94 undi sahaja. Pengundi-pengundi Iban di sana dilihat hampir terpedaya dengan kempen-kempen daripada parti pembangkang. Insiden ini hampir sama berlaku di N.48 Pelawan yang berada dalam kawasan Parlimen Sibu dimana calon BN hanya menang dengan majoriti 263 undi sahaja.

Kawasan Parlimen P.208 Sarikei dan Parlimen P.221 Limbang merupakan kerusi parlimen yang nyaris-nyaris dimenangi oleh parti pembangkang di dalam PRU 2006 lepas. Di kawasan Parlimen Sarikei BN hanya mampu memenangi kawasan ini dengan majoriti tipis 51 undi sahaja, manakala di kawasan Parlimen Limbang BN hanya menang dengan majoriti tipis iaitu 676 undi sahaja.

Walaupun BN Sarawak masih memiliki kekuatan lebih 2/3 majoriti di dalam Dewan Undangan Negeri, namun Barisan Nasional tidak boleh terlalu berkhayal dengan kekuatan ini kerana kemaraan Pakatan Rakyat yang dikepalai oleh Anwar Ibrahim menampakkan mereka semakin yakin untuk membuat kejutan sekurang-kurangnya untuk memberikan cabaran hebat di dalam kehangatan pilihan raya peringkat negeri Sarawak yang bakal diadakan nanti.

Kelihatannya pengundi-pengundi Melayu di negeri ini masih berkeyakinan untuk memberikan sokongan kepada Barisan Nasional Sarawak yang dipimpin oleh Taib Mahmud. Dato' Sri Najib Tun Razak dilihat begitu yakin dengan prestasi partinya di negeri ini, kerana Najib sendiri sering berkunjung ke negeri ini menemui rakyat di peringkat akar umbi, kerana beliau begitu yakin Konsep 1Malaysia yang diperkenalkan olehnya bakal memberikan sinergi baru kepada Barisan Nasional secara merata di seluruh negara.

Thursday, February 18, 2010

ANTARA PELAWAT DENGAN PELIWAT DAN DILAWATI DENGAN DILIWATI...

Malaysia merupakan destinasi pelancongan yang terkemuka di rantau ini kerana ramai pelawat yang gemar berkunjung ke tempat-tempat menarik untuk dilawati.

Begitu juga negara 1Malaysia sejak akhir-akhir ini menjadi fokus bukan sahaja di kalangan rakyatnya malah seantero dunia juga sedang memerhatikan perjalanan perbicaraan kes Saiful Bukhari diliwat oleh peliwat yang tertuduh iaitu seorang yang amat berpengaruh bukan sahaja di negaranya bahkan di persada antarabangsa. Anwar dan Saiful (Foto) telah digambarkan sebagai pemegang watak utama dalam kes ini.

Lantaran itu, hampir seluruh medium media arus perdananya bagaikan terpanggil untuk melakukan pendedahan maksimum lagi eksklusif terhadap seorang individu yang sedang didakwa sebagai peliwat sehingga bentuk pemberitaannya kadangkala melampaui batas malah dilihat terdorong pula menjadi pembela tegar kepada yang mendakwa dirinya telah diliwati.

Dari segi akhlak atau moralnya, kedua-dua penggemar 'peliwat dan diliwat' tentunya sama-sama mengetahuinya bahawa perbuatan di luar tabi'e itu walaupun dilakukan berkeadaan suka sama suka mahupun secara paksaan, namun ia tetap merupakan dosa besar yang dilaknati Allah.

Persoalan yang harus sama-sama kita renungi ialah, apakah wajar kita membiarkan diri kita terbelenggu dengan arus sentimen politik sehingga diri kita terlilit seolah-olah peliwat yang sedang didakwa itu benar-benar telah didapati bersalah walaupun ianya masih di peringkat awal perbicaraan.

Oleh kerana kes peliwat dan yang diliwati itu membabitkan seorang tokoh yang cukup berpengaruh di negara ini, maka kelibat media arus perdana termasuk kabilah-kabilah yang sekutu dengannya dilihat bagaikan 'orkestra' yang kemaruk untuk mendahului keputusan mahkamah dengan pelbagai gambaran dan andaian buruk, malah ada di kalangan penggesek-penggesek biola yang kelihatan 'over react' sehingga kayu gesekannya lebih terarah untuk menjolok biji mata orang lain.

Orang yang mendakwa dirinya telah diliwat telah diberikan gambaran seolah-olah perbuatannya itu sesuci embun pagi yang wajar diberikan kredit malah diberikan perlindungan dengan selimut UMNO, kerana tingkah lakunya itu boleh dianggap telah memberikan keuntungan politik kepada kabilah tertentu. Memang benarlah tanggapan sesetengah pihak yang menyatakan politik itu kotor, kerana keburukan dan kejahatan orang lain kadangkala boleh menjadi halal untuk diaibkan walaupun wujud juga secara tabi'e perilaku kemungkaran di pihaknya.

Perbuatan di luar tabi'e atau secara tabi'e tidak harus merujuk kepada 'peliwatisme' sahaja, malah ianya juga sering berlaku kepada penggemar-penggemar maksiat yang lainnya, tidak kiralah samada penzina dan dizina, pemabuk, penjudi, peragut nyawa atau sewaktu dengannya. Kesemuanya tidak terkecuali daripada kemurkaan Allah, walaupun kita terlalu marah wujudnya percubaan nama Allah hendak digerejakan oleh penganut agama kristian katholik.

Kemarahan kita terhadap isu kalimah Allah yang diingini oleh penganut kristian katholik itu, tidak bermakna Allah boleh bertolak ansur untuk menghalalkan perbuatan-perbuatan mungkar dilakukan dengan sewenang-wenangnya. Sekuat mana sekalipun tempik gempita kita di jalanan dengan laungan 'Allahu Akbar' tetapi diri kita masih dilingkari dengan elimen penolakan terhadap perintah-perintahNya, maka selagi itulah kita masih tergolong dalam lingkungan orang-orang yang munafik yang dimurkai oleh Allah!
----------------------------------------------------------------------------------------
BERITA TERKINI MAHKAMAH TINGGI KUALA LUMPUR
PERBICARAAN KES SAIFUL DILIWAT
TANGGUH SEHINGGA 25 MAC
DEPAN

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini telah membuat keputusan menangguhkan perbicaraan kes Saiful Bukhari yang diliwat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim sehingga 25 Mac depan. Sementara itu mahkamah yang sama juga telah memutuskan Hakim Dato' Mohamad Zabidin Mohd. Diah tidak perlu melucutkan dirinya daripada membicarakan kes liwat membabitkan Anwar dan Saiful.
-----------------------------------------------------------------------------------------

Justeru, janganlah kita mudah terpedaya dengan hasutan syaitan sehingga kita terkabur untuk membezakan diantara yang hak dan yang batil. Kadangkala kita terlupa bahawa perilaku jahat kita itu adalah petanda bahawa diri kita akan terjerumus ke dalam api neraka. Ingatlah, sesungguhnya penghuni api neraka bukan sahaja untuk 'peliwat' malah yang suka 'diliwat' juga tidak terkecuali untuk diheret ke dalam api neraka jahanam.

Peliwat dan yang suka diliwat bukanlah pelawat jalanan ke syurga sebagaimana yang dijanjikan oleh Allah Taala. Alangkah murninya jika kita berdoa semoga diri kita tidak menambahkan dosa di atas perbuatan dosa orang lain.

Tidak ada faedahnya kita berbangga dan mendabik dada melakukan dosa dengan tingkah laku mengaibkan orang lain sedangkan diri kita terlalu banyak bebanan dosa yang masih belum terampun. Bukankah elok kita melakukan muhasabah ini daripada menjadi juara kepada kebatilan adu domba sehingga kita membiarkan diri sendiri menjadi perkakas kepada hasutan iblis dan syaitan.

Ingatlah, sebagaimana Allah murka dengan perbuatan 'liwatisme', sebenarnya Allah juga murka kepada pecacai yang gemar memalu gendang untuk memalukan orang lain. Eloklah kita berhujah secara berhikmah untuk memenangi hati rakyat dan berusaha gigih untuk mempertahankan tasawwur Islam. Gambarkan wajah Islam yang bersaudara, bukannya wajah kebencian sesama Islam. Gagasan 1MALAYSIA menjadi lebih bermakna jika kita berjaya menampilkan wajah Islam yang lebih toleran.

Friday, February 12, 2010

ZAHRAIN KINI WAKIL RAKYAT BEBAS TIDAK MESRA BN

TERKINI.....Ahli parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohd Hashim akhirnya mengumumkan keluar dari PKR berkuatkuasa serta merta dan memilih untuk menjadi wakil rakyat bebas yang TIDAK MESRA BN.

Beliau mengumumkan demikian dalam satu sidang akhbar di ibunegara pagi ini - yang disambut dengan laungan "hidup datuk seri" daripada kira-kira sepuluh penyokongnya yang hadir.

Beliau menafikan tindakan keluar parti ini bukanlah kerana beliau telah bercakap dengan mana-mana pemimpin BN, Umno atau mana-mana (pihak) malah ianya tidak timbul sama sekali.

"Saya berdiri dengan prinsip sendiri sebagai ahli parlimen yang bebas," katanya dalam sidang media ringkas kira-kira 10 minit.

Berikutan itu, beliau mengumumkan meletakkan semua jawatannya dalam PKR berkuatkuasa serta merta.

Zahrain berkata, beliau bertindak demikian kerana sudah hilang kepercayaan kepada kepimpinan Ketua Menteri Pulau Pinang yang juga setiausaha agung DAP Lim Guan Eng.

Tuesday, February 9, 2010

ZAMBRY KEKAL MENTERI BESAR PERAK.

Dato' Seri Dr. Zambry Kadir, MB Perak


LAPORAN TERKINI
Dato' Seri Dr. Zambry Kadir disahkan KEKAL sebagai Menteri Besar Perak oleh Mahkamah Persekutuan hari ini dengan keputusan juri 5 - 0.

Diharapkan semua pihak menerima keputusan ini. Mungkin ada hikmahnya di sebalik keputusan ini. Tahniah kepada BN.

Ulasan selanjutnya bakal menyusul!!

MELAYU.. KEMBALILAH BERSATU!

Sejak kebelakangan ini senario politik semakin mendapat perhatian umum. Faktor Anwar Ibrahim juga dikatakan bakal merobah lanskap politik nasional sebagaimana yang pernah berlaku ketika PRU 1999 dan PRU 2008, dimana ia mampu memberikan kejutan kepada UMNO dan BN sehingga 6 negeri terlepas daripada genggaman BN.

Keputusan pilihan raya 2008 dianggap yang terburuk kepada UMNO dan BN. Keputusan pilihan raya umum 1969 yang mencetuskan huru hara di dalam negara ini pun tidak sehebat kejutan yang diterima oleh UMNO/BN semasa PRU12 yang lepas. Rakyat dilihat semakin matang dalam membuat perkiraan dan bukan lagi perkara remeh untuk memperkoyokan mereka seolah-olah BN masih mempercayai jika meletakkan 'songkok' sekalipun yang bertanding atas tiket BN, pasti menang!

Kemunculan gagasan Pakatan Rakyat yang dipimpin oleh Anwar Ibrahim dilihat mampu menggugat kekuatan BN kerana mereka telah berjaya mengenepikan sentimen masing-masing semata-mata untuk menumbangkan BN semasa PRU 12 yang lepas.

DAP yang menjadi kebencian di kalangan orang Melayu selama ini juga telah berjaya menembusi tembok pemisah ini, malah tanpa disedari kombinasi PKR/PAS/DAP juga telah menjadikan kekuatan politik Melayu di negara ini semakin goncang.

Negeri Pulau Pinang, Perak dan Selangor yang diterajui mereka, kecuali Kelantan dan Kedah tindak tanduk DAP yang menjadi rakan kongsi tampuk pemerintahan Pakatan Rakyat di negeri tersebut dilihat bergolak. Kerakusan mereka (DAP) untuk menjadi lebih 'chauvinis' telah merunsingkan sebahagian daripada rakan-rakan sekutu mereka daripada PAS dan PKR.

Zulkifli Sulong, Ahli Parlimen Kulim Bandar Baru daripada PKR juga semakin berani bersuara melintasi protokol partinya dengan menuding jari ke arah DAP yang dikatakannya sudah berani menunjukkan taringnya di sebalik 'Midle Malaysian' yang diperkenalkan oleh mereka yang diandaikannya mirip dengan slogan 'Malaysian Malaysia' yang pernah dicetuskan oleh Lee Kuan Yew suatu masa dahulu.

Zulkifli juga mendakwa ramai lagi rakan-rakan seperjuangannya di dalam Pakatan Rakyat terutama di dalam PKR yang sependapat dengannya, malah beliau mendakwa mereka ini akan bertindak lebih berani lagi untuk melintasi garisan jika kegelisahan ini tidak dapat dibendung oleh pucuk pimpinan parti mereka. Sambil itu beliau juga membayangkan terdapat juga beberapa rakannya di dalam PAS yang turut gelisah dengan fenomena DAP ini.

Justeru beliau juga berharap agar pihak UMNO melihat secara positif dengan perkembangan yang berlaku di dalam PAS hari ini, kerana kelihatannya Tuan Guru Haji Hadi Awang dan Tuan Guru Nik Aziz telah menunjukkan indikasi persefahaman mereka untuk merangka persefahaman dengan UMNO dalam konteks Islam dan kekuatan Melayu di negara ini.

Saya berpendapat lebih aula mereka ini membincangkan perkara tersebut dengan jemaah mereka di dalam PAS supaya keputusan dapat dicapai secara muafakat demi kebaikan umah dan juga negara. Begitu juga diharapkan pihak UMNO tidak memandang sepi dengan perkembangan ini dan janganlah pula terdapat di kalangan pemimpinnya yang mementingkan ego masing-masing, kerana sikap ini tidak akan menghasilkan natijah yang dikehendaki iaitu MELAYU KEMBALI BERSATU.

Mungkinkah senario ini akan menjadi noktah untuk kita tidak menjadi bangsa yang berkabilah lagi? Selama ini kita telah banyak membuang masa dengan pertelagahan sesama sendiri sehingga terlupa rupa-rupanya kita semakin lemah dan bakal kehilangan kuasa di bumi sendiri. Tidak ada ruginya jika kita bermuhasabah dengan mencari formula terbaik untuk mengembalikan harga diri, maruah sebangsa dan seagama demi kekuatan negara bangsa. Bukankah molek jika UMNO, PAS dan pemimpin Melayu PKR duduk semeja memikirkan masa depan negara ini daripada memikirkan agenda politik peribadi masing-masing?



Thursday, February 4, 2010

SAIFUL TUNJUK TEMPAT DIA DILIWAT

(Foto: Saiful tunjuk katil, mungkin tempat dia diliwat)

Hakim yang mengendalikan perbicaraan kes liwat Mohd. Saiful hari ini meluangkan masa satu jam untuk memeriksa unit kondominium Desa Damansara, tempat didakwa berlakunya babak Saiful diliwat oleh Anwar pada 2008.

Anwar, dan bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan yang mendakwa bekas majikannya itu meliwatnya, turut hadir apabila Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah memeriksa apartmen dua bilik tidur itu yang terletak di tingkat lima.

Mohd Saiful telah menunjukkan kepada hakim tempat Anwar duduk di ruang tamu apabila dia datang untuk menghantar dokumen dan bilik tidur utama di mana kejadian liwat itu berlaku selepas itu.

Semasa pemeriksaan itu, Mohamad Zabidin dilihat bertanya beberapa soalan kepada Mohd Saiful. Terdapat sebuah katil kelamin di bilik tidur utama di mana tingkapnya ditutupi langsir warna kelabu gelap.

Sementara itu, Anwar telah meninggalkan tempat itu selepas pemeriksaan di bilik tidur utama. Manakala Hakim Mohamad Zabidin dan Saiful telah pergi ke pejabat pengurusan kondominium itu untuk memeriksa kemudahan kamera litar tertutup (CCTV).

Lawatan ke kondominium itu diadakan selepas Saiful menyambung memberikan keterangannya secara tertutup pagi tadi di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.