DAP PERTAHANKAN BABI UNTUK KELUAR PAKATAN RAKYAT


Belum pun memerintah negara, DAP sudah pun menunjukkan belangnya. Chauvinistik DAP semakin menyerlah sehingga sanggup menjadi duri dalam daging di dalam Pakatan Rakyat khususnya di negeri Kedah semata-mata mempertahankan 'babi'.
Pengerusi DAP Kedah/Perlis Thomas Su begitu marah sekali kerana kerajaan PAS negeri Kedah dikatakan telah mengambil tindakan meroboh pusat sembelihan babi yang terletak di Kampung Berjaya, Alor Setar.
Lanjutan daripada isu ini pada 3 Julai lalu, ADUN Kota Darul Aman (DAP), Lee Guan Aik telah membuat kejutan mengisytiharkan dirinya keluar daripada Pakatan Rakyat untuk menjadi ahli bebas di DUN Kedah. Walaupun tindakannya itu belum direstui lagi oleh pucuk pimpinan partinya, namun DAP dilihat begitu provokatif untuk melemahkan Pakatan Rakyat di negeri itu.
Dalam arti kata yang lainnya, DAP marah benar kepada MB Kedah Datuk Seri Azizan Razak dalam isu babi ini, kerana DAP mahukan babi-babi ini jangan diusir, pusat penyembelihannya pula tidak wajar dirobohkan, walaupun diberikan jaminan akan digantikan di tempat yang lebih sesuai.Bukan isu itu saja, malah DAP Kedah juga mendakwa bahawa kerajaan Pakatan Rakyat Negeri itu dikatakan akan melakukan perobohan ke atas tokong dan juga kuil yang disifatkan oleh Menteri Besarnya sebagai tidak benar. Datuk Seri Ustadz Azizan dikatakan amat kesal dengan dakwaan itu yang dianggapnya sebagai berbau perkauman.
Walaupun DAP merasakan tindakan provaksinya itu tidak menjejaskan kekuatan majoriti kerajaan Pakatan Rakyat, namun saya juga melihat DAP tidak bimbang untuk mengekalkan satu-satu kerusinya di Kedah itu, kerana Bandar Alor Setar (Dun Kota Darul Aman) dianggapnya begitu dominan untuknya. Majoriti pengundi Cina di Alor Setar tentunya menganggap DAP lebih berjaya menampilkan 'keCinaannya' daripada MCA dan juga Gerakan.
DAP merasakan wajar partinya menjuarai isu babi ini, kerana DAP melihat MCA dan Gerakan gagal untuk mendepani sentimen ini, sekaligus menjadikan parti DAP tetap dominan di hati masyarakat Cina. Permainan sentimen babi ini walaupun sensitif kepada Melayu, tetapi mereka merasakan lebih wajar untuk menambat hati masyarakat Cina yang amat sinonim dengan babi ini.
DAP yang gerun dengan kehangatan isu perpaduan Melayu di antara PAS dan UMNO sejak akhir-akhir ini, langsung tidak peka betapa perlunya mereka menjaga hati pemimpin PAS supaya tidak meneruskan hasratnya untuk semeja dengan UMNO. Sebagai sebuah parti yang dianuti oleh umat Melayu/Islam di negara ini, saya tidak fikir PAS tidak tersinggung dengan ugutan yang dilakukan oleh rakan sekutunya, DAP.
Begitu juga, saya tidak terfikir Tuan Guru Nik Aziz tidak akan tersentuh perasaannya apabila melihat partinya dicabar begitu rupa oleh DAP yang lebih pentingkan 'babi' daripada jalinan politik yang terbina di dalam Pakatan Rakyat di antara mereka. Bukankah Nik Aziz lebih pentingkan permuafakatan diantara PAS dengan DAP daripada bersilaturrahmi dengan UMNO?
Jika semua ahli UMNO yang tetap berpegang teguh keimanannya terhadap Allah yang masih diragui keIslamannya oleh Tuan Guru Nik Aziz, maka apa pula persepsi Tuan Guru Nik Aziz terhadap DAP yang bukan sahaja mempertahankan isu babinya, malah DAP sebenarnya juga tetap menolak Islam yang diperjuangkan oleh PAS selama ini. Nampaknya pemimpin PAS lebih berhati-hati untuk menjaga hati DAP daripada menjaga hati rakan seagamanya daripada UMNO.
Mungkin PAS beranggapan menjaga hati DAP bukan bermakna mereka merestui babi yang diperjuangkan oleh parti itu, tetapi bagaimana kalau saya katakan PAS sebenarnya begitu rimas bersahabat dengan DAP yang kini telah memerangkap PAS dengan masalah babinya di Alor Setar.
Sudah tentu Ustadz Azizan akan mengelakkan dirinya daripada cercaan yang akan tertimpa ke atasnya sebagai 'pro-babi' yang diperjuangkan oleh DAP sekarang ini. Namun begitu PAS terpaksa menerima hakikat betapa parti chauvinist ini akan berterusan melakukan adu dombanya supaya PAS tidak bercantum dengan UMNO, kerana DAP sebenarnya begitu selesa sekali apabila melihat Melayu terus bercakaran sesama sendiri.

















