assalamualaikum Pictures, Images and Photos

Friday, June 12, 2009

SINONIMNYA SABAH DAN SARAWAK UNTUK KEKUATAN BN

Buat masa ini saya masih berada di luar Kuala Lumpur. Semasa saya menulis posting ini, saya berada di bandar Bintulu, Sarawak setelah tiga hari berada di Kota Kinabalu, Sabah sejak 6 Jun lalu kerana mempunyai urusan dengan Skuad 69 PDRM di negeri itu.

(Foto: Abdul Rahman Hashim, pakaian tradisi Kadazan Dusun)

Dalam tahun 2007 yang lalu, saya pernah mengadakan kunjungan hormat terhadap Pesuruhjaya Polis Sabah, iaitu Dato' Noor Rashid Ibrahim, untuk mendapatkan restunya penubuhan Skuad 69 PDRM Sabah.

Saya tidak lama berada di KK. Pada 8 Jun lalu saya terpaksa bergegas ke Bintulu pula, kerana pada hari Selasa, 9 Jun saya terpaksa menghadiri mesyuarat Skuad 69 PDRM Sarawak di pejabat Residen Bahagian Bintulu yang turut disertai oleh wakil-wakil Jabatan kerajaan peringkat daerah Bintulu, termasuk wakil daripada Ibu Pejabat Polis Daerah Bintulu dan juga wakil daripada pejabat Wakil Rakyat ADUN Jepak, Datuk Talib Zulpilip.

Di dalam mesyuarat itu, saya dikehendaki membentangkan laporan mengenai program 'Jelajah Amal, Keamanan Satu Malaysia' yang dianjurkan oleh Skuad 69 PDRM Sarawak sepanjang tahun 2009/2010. Program ini akan bergerak ke seluruh negeri Sarawak mengikut daerah-daerah yang ditetapkan.

Miri merupakan starting point kami dan destinasi akhirnya akan diadakan di Bandaraya Kuching pada Mei tahun 2010, dimana YAB Perdana Menteri akan diundang untuk melancarkan 'Karnival Keamanan Satu Malaysia' yang menjadi kemuncak kepada program ini.

Di Kota Kinabalu, saya telah menghadiri mesyuarat penubuhan Persatuan Kebajikan Pejuang Skuad 69 PDRM Sabah yang diadakan pada 7 Jun lalu, di food court 'memorial double six' di Sembulan.

Di dalam mesyuarat itu saya telah dilantik sebagai Setiausaha (Penaja) kepada Persatuan Kebajikan Pejuang Skuad 69 PDRM Sabah yang diberi peranan untuk menyelaraskan semua urusan pendaftaran persatuan yang baru saja ditubuhkan, disamping menggerakkan penyertaan bekas-bekas anggota polis di dalam Skuad 69 negeri Sabah supaya menjadi ahli kepada Persatuan ini.

Saya begitu menghargai dengan kepercayaan yang diberikan itu, kerana saya juga merasakan tanggungjawab saya sebagai Setiausaha Eksekutif Skuad 69 PDRM Sarawak sejak 2006 yang lalu pun amat mencabar sekali untuk digalas, apatah lagi dengan kedudukan ini telah membuatkan diri saya menjadi sebahagian daripada warga Skuad 69 PDRM di kedua-dua negeri di Malaysia Timur itu.

Saya bukanlah seorang bekas polis, tetapi bapa saya pernah bertugas sebagai SC sekitar tahun 1957/1958 ketika negara diancam dengan keganasan komunis dalam tahun-tahun berkenaan. Sejak saya mencampuri dengan pejuang-pejuang Skuad 69 PDRM, saya dapat merasakan betapa unggulnya semangat perjuangan mereka yang sanggup bergadai nyawa mempertahankan negara daripada terus diancam oleh pengganas komunis yang dipelopori oleh Parti Komunis Malaya (PKM).

Foto: Saya bersama Bong Kee Chok (di tengah-tengah)

Sepanjang saya menggalas tugas sebagai Setiausaha Eksekutif Skuad 69 PDRM Sarawak, maka keraplah saya berulang alik ke Kuching. Boleh dikatakan setiap bulan sejak tahun 2006, saya akan berada di pejabat saya di Jalan Rubber, berdekatan dengan Satok di Bandaraya Kuching.

Pengalaman saya berjumpa dengan 'BONG KEE CHOK' pada 1 Ogos 2006 di kediaman Tun Rahman Yaakob, di Petra Jaya, Kuching amatlah membanggakan saya (Foto di atas).

Bong Kee Chok ialah pemimpin Komunis PARAKU di Sarawak yang menjadi buruan oleh anggota pasukan keselamatan kita pada masa itu. Bong Kee Chok telah kembali semula ke pangkuan masyarakat setelah termaterainya Perjanjian Sri Aman di antara kerajaan Malaysia yang diwakili oleh Datuk Patingi Abdul Rahman Yaakob dengan Bong Kee Chok yang mewakili PARAKU. Perjanjian Sri Aman ini telah ditandatangani pada 21 Oktober 1973, di rumah rehat Simanggang yang kini telah bertukar namanya kepada 'Rumah Rehat Sri Aman'.


Dari Kiri - Taib Mahmud, Abang Johari dan Awang Tengah

Detik kenangan manis yang sukar juga untuk saya melupakannya ialah ketika berpeluang mengadakan kunjungan hormat terhadap YAB Pehin Sri Haji Abdl Taib Mahmud, Ketua Menteri Sarawak pada 9 Februari 2006 yang lalu yang merintis ke arah penubuhan Persatuan Kebajikan Skuad 69 PDRM di Sarawak.

Saya bukan sahaja berpeluang berjumpa dengan Ketua Menteri Sarawak, malah saya juga berkesempatan berjumpa dan mengadakan perbincangan dengan Datuk Amar Abang Johari Bin Tun Abang Haji Openg, selaku Menteri Perumahan Sarawak yang juga Timbalan Presiden PBB yang merupakan tokoh Melayu Sarawak yang dilihat mempunyai potensi untuk mewarisi kepimpinan negeri ini, di samping Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan yang juga tidak kurang hebat karismanya, selepas Taib Mahmud.

Sebagai anak Melayu, saya terhambat untuk melihat kedua-dua tokoh ini supaya sentiasa berlapang dada kerana mereka ini adalah pemimpin yang dilihat sebagai orang harapan Taib Mahmud yang bakal meneruskan misi politik pembangunan yang dipupuknya sejak menjadi Ketua Menteri Sarawak.

Sebagai Setiausaha kepada sebuah pertubuhan NGO di bumi kenyalang ini, saya dapat merasakan betapa kuatnya pengaruh 'Taib Mahmud' di negeri Sarawak ini. Beliau yang baru sahaja kehilangan isteri kesayangannya, Puan Sri Laila Taib yang telah kembali ke rahmatullah lebih sebulan yang lalu, tidak menjadikan faktor itu untuk beliau menukar gear rendah dalam memacu pembangunan negeri ini.

Taib Mahmud adalah lambang perpaduan yang telah memperkuatkan ikatan harmoni di antara pelbagai kaum dan etnik yang terdapat di negeri Sarawak. Walaupun terdapat arus cabaran yang hendak menggoncangkan situasi politik di negeri ini, namun kekuatan dan kepintaran Taib Mahmud adalah menjadi penghalang terbesar kepada Pakatan Rakyat yang begitu mengidamkan Sarawak menjadi empayar Anwar Ibrahim.

(Foto di bawah: Saya bersama Anwar Ibrahim di Sarawak)

Saya sendiri berkesempatan berjumpa dengan Anwar Ibrahim dalam satu majlis di sebuah hotel terkemuka di Kuching baru-baru ini, dimana beliau kelihatannya amat optimis untuk menggugat empayar Taib Mahmud di negeri ini menjelang PRU13 nanti, namun demikian saya berpendapat amat sukar bagi Anwar untuk menembusi kubu kuat BN yang dipimpin oleh Taib Mahmud di Sarawak.

Walaupun terdapat andaian yang menyatakan bahawa kekuatan kubu kuat BN di negeri ini hanya mampu bertahan sewaktu adanya Taib Mahmud, namun hakikatnya Taib Mahmud telah berjaya mengakar umbikan Barisan Nasional dengan kombinasi sokongan yang diterimanya daripada parti-parti komponen yang membarisi kepimpinannya di negeri Sarawak.

Sesungguhnya Barisan Nasional amat terhutang budi dengan kekuatan yang dimiliki oleh BN di kedua-dua negeri yang terletak di Pulau Borneo ini. Anwar terpaksa memberikan tumpuan yang lebih di kedua-dua negeri Sarawak dan Sabah ini, kerana beliau begitu mencemburui dengan kebijaksanaan Taib Mahmud dan Musa Aman yang telah berjaya membuktikan dua negeri ini sebagai faktor kejayaan BN menguasai semula kerajaan persekutuan, walaupun kekuatannya tidak mencecah 2/3 daripada jumlah keseluruhan kerusi parlimen yang diperrtandingkan dalam PRU12.


13 comments:

Anonymous said...

Salam.

Dato Sri Najib berjaya dalam lawatan ke china dan kerajaan China menghargai jasa baik Tun Razak bekas perdana menteri Malaysia yang mencadang dasar membuka Pintu kerajaan China pada kerajaan luar pada zaman Moa Zee Tung .

Lee Kwan Yu berjaya dalam lawatan Perpaduan di Pulau Pinang, Perak dan Kelantan . Setelah singapura gagal dalam pelaburan di Eropah dan USA yang kini menjadi krisis Ekonomi dunia .Manakala DSAI melawat negeri diBawah bayu bagi melebarkan pengaruh PKR menjelang PRU - 13 .

t.k

Anonymous said...

saya ni pengikut laman Locengwangsa ni, tetapi akhir-akhir ni saya rasa laman ni dah macam ada " sesuatu".... ntahlah

ada yang setuju dengan saya?

Anonymous said...

Salam ,

Tahun 2009,
Lawatan Dato. Seri Najib di China telah menyakinkan Pelabur Malaysia dan China berjaya dimetrai.

1974 .
Lawatan Tun Razak ke China berjaya melumpuh gerakan PKM di Tanah Melayu dan membuka dasar Luar Negara China .

pemudaumno.pj said...

Saya tidak mencurigai kekuatan minda bro Rahman, malah saya lebih yakin bahawa dirinya semakin berpengaruh. Pendapatnya sentiasa kritis, tetapi ada asasnya. Beliau mampu menimbulkan isu yg segar walaupun tidak menyegarkan individu yang pasif yang lebih suka bersikap ampu dan bodek. UMNO perlukan sprti dia...saya pernah mendengar ucapannya di salah satu forum anjuran sebuah laman blog di Kuala Lumpur, ternyata ideanya lebih bernas daripada panelist yang lain, beliau begitu sayangkan parti yang dianutinya (UMNO) apabila menyanggah pendapat yang menuduh UMNO telah merosakkan umat Melayu di negara ini.
Syabas bro Rahman...

alimi.jepak said...

Assalamu alaikum, Encik Rahman!

Saya 'Alimi' salah seorang Pengerusi JKKK di daerah Bintulu. Sekarang ini saya berada di Kuala Lumpur ke rumah anak saya. Pagi kelmarin, saya sempat hadir mendengar ucapan Incik Rahman di Bilik Mesyuarat Pejabat Tuan Residen Bahagian Bintulu. Incik Rahman ada berkata dirinya mempunyai laman blog sendiri, iaitu 'locengwangsa' dan 'tandangseri'.
Oleh kerana saya kaget dengan ucapan Incik Rahman di Bintulu kelmarin, maka saya meminta anak saya melayari locengwangsa. Saya sudah ikuti rencana terbaru Incik Rahman mengenai Sarawak dan Sabah.
Rupa-rupanya Incik Rahman juga org politik, saya sangka Incik Rahman seorang pegawai polis, sebabnya ucapan Incik Rahman semalam banyak tertumpu kepada ancaman pengganas komunis PARAKU di Sarawak. Incik Rahman telah memukau rakan2 saya yang lain dengan ucapan yang begitu bersemangat. Baru saya tau, Incik Rahman juga seorang politikus dari UMNO. Saya mendoakan Incik Rahman terus berkarya untuk celikkan generasi muda hari ini.
Saya akan balik ke Bintulu pada hari Rabu depan, kerana saya juga akan hadir di dlm satu majlis pengisahan sejarah Polis menentang PARAKU di Bumi Kenyalang yang akan disampaikan oleh Incik Rahman sendiri.

Anonymous said...

Kami org Melayu di Sarawak mcm dipinggirkan. Org Melayu di Sarawak bagaikan melukut di tepi gantang saja. Apa PBB buat dengan nasib masa depan org Melayu? Dato' Taib dilihat lebih mengutamakan Melanau saja.

Anonymous said...

Salam ,

Jejak langkah Tun Razak sebagai PM kini di awal pentadbiran Dato seri Najib bakal diwarisi .

Sekali lagi kerajaan perpaduan kini di war-war kan pada zaman pamerintahan Dato Seri Najib ,setelah tun Razak merangka dan mengilhamkan dan melaksanakan di tahun 1974 .Sebagai rujukan politik melayu .

Begitu lah politi melayu tahu bila dimana dan ketika perlu bergabung .

Itulah seni Politik Melayu .

Bersatu untuk bangsa Agama dan negara .

T.K

sokong rahman-anwar said...

abg rahman ganding semula dengan anwar ibrahim...ini baru betul...

nak tanya abg rahman:-

1) Ahli Parlimen Setiawangsa; hidup lagi ker? Atau sibuk jaga jalan/longkang/parit di london?

2) takkan takde jawatan menteri terus diam dan tidak aktif?

3) pemuda setiawangsa - wujudkah? (puteri ok...ada jugak buat program takder pekdah..tgk wayang);

4) isteri ahli parlimen setiawangsa masih sombong mcm dulu...apa nama dia...setanariah?

5) umno setiawangsa hidup lagi? ke dah berkubur?

sajer la tanya...musykil.

Anonymous said...

Salam ,

Apa berita sensasi dari En.Rahman dalam locengwangsa.

Anonymous said...

Tahniah sdr rahman kerana dapat bergambar dengan BEKAS BANDUAN DAN BEKAS KOMINIS..SYABAS

ORANG BUNIAN PENCEN said...

Ahoiiiiiiiiiiiii.....

Apa nak sibuk2 ngan komunis tu... kat Setiawangsa ni lagi dasyat... Ada yang buat mesyuarat cawangan penuh dengan ORANG BUNIAN...... ni baru betul ada gak orang UMNO dari kalangan bunian...

Sapa nak jawab ?

Anonymous said...

salam,

Apa khabar En.Rahman dalam negara di luar negara sekarang .

Locengwangsa macam terhenti .

Angkat bakul said...

Bro rahman puji diri sendiri. tengok cara dan bahan yg ditulis oleh pengkomen-pengkomen yg puji dia. bukan tak tahu stail rahman. Habis siapae lagi nak puji.