Tengku Razaleigh & Anwar akan sertai BERSIH 3.0Oleh Abdul Rahman Hashim
Dah pulak..!! Terkini dilaporkan Presiden Angkatan Amanah Merdeka (AMANAH), Tengku Razaleigh Hamzah, berkata, pihaknya sedia mempertimbangkan untuk bekerjasama dengan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) sekiranya kedua-dua pertubuhan badan bukan kerajaan itu berkongsi matlamat yang sama.
Beliau (gambar) yang lebih dikenali dengan panggilan Ku Li menegaskan, AMANAH tidak mempunyai sebarang masalah untuk bergabung dengan BERSIH asalkan ada keinginan untuk bekerjasama antara kedua-dua belah pihak.
“Atas benda-benda yang boleh difikirkan untuk perjuangan bersama, kita boleh bergabung dengan mereka (Bersih).
“Amanah akan bergabung dengan mereka yang ada keinginan untuk bekerjasama,” katanya yang tidak menolak untuk menyertai perhimpunan menuntut pilihan raya yang adil dan bersih anjuran BERSIH yang dijadualkan 28 April ini di Dataran Merdeka.
Beliau menyatakan demikian di Sungai Buloh pada hari Ahad (semalam) 8 April 2012, ketika merasmikan Hari Keluarga AMANAH yang diadakan di sini.
Sasterawan Negara, Datuk A. Samad Said yang mengetuai BERSIH 3.0 kali ini mengimpikan kehadiran serentak 500 ribu rakyat di beberapa lokasi di seluruh negara termasuk rakyat Malaysia yang berada di beberapa buah negara di seluruh dunia sebagai bantahan di atas perjalanan sistem mengendalikan pilihan raya yang didakwa masih meragukan ketelusannya.
BERSIH dijangka akan menggabungkan lebih 84 buah NGO tidak termasuk PERKASA, PEKIDA, Pemuda UMNO, Pertubuhan Silat Lincah dan lain-lain yang sekutu dengannya. Parti-parti dalam Pakatan Rakyat seperti PKR, PAS dan DAP masing-masing telah menyatakan kesediaan untuk kerahan tenaga berhimpun secara 'duduk bantah' di Dataran Merdeka pada tarikh tersebut.
Jika Tengku Razaeigh Hamzah, Ahli Parlimen UMNO dari Gua Musang sanggup untuk duduk bersantai bersama Samad Said, Anwar, Hadi Awang, Kit Siang, Guan Eng, Azmin Ali, Mat Sabu, Mahfudz, Saifudin Nasution dan pemimpin-pemimpin lain yang seangkatan dengan mereka; apakah pemimpin PERKASA, Ketua Pemuda UMNO dan peneraju-peneraju NGO's yang sekutu dengannya juga akan hadir untuk duduk bersama seperti mana yang telah mereka lakukan semasa BERSIH 2.0 dahulu. Kalau tak silap, Ibrahim Ali dari PERKASA menyorokkan dirinya di rumah pada masa itu, sedangkan dia yang sibuk tunjuk handal sebelum perhimpunan BERSIH 2.0 diadakan.
Berbagai provokasi jahat telah beliau hangatkan sehingga membangkitkan sentimen perkauman dan kebencian terhadap Ambiga yang mengetuai BERSIH 2.0. Apakah yang Ibrahim Ali nak katakan lagi kali ini sebagai usaha bodeknya yang terakhir untuk memenangi hati Perdana Menteri supaya membenarkan dia bertanding atas tiket BN di Pasir Mas dalam PRU13 nanti. Jika bodeknya kali ini tidak dipedulikan oleh Najib, maka Ibrahim Ali terpaksa bertempur dengan calon UMNO dan juga calon PAS sebelum riwayat politiknya tersungkur di situ.