assalamualaikum Pictures, Images and Photos

Monday, October 18, 2010

SELAMAT DATANG KE PERHIMPUNAN AGUNG UMNO KE-61 2010

Seramai 4,907 perwakilan dijangka akan menghadiri Perhimpunan Agung Umno ke-61 yang dijadual berlangsung selama lima hari bermula hari Selasa hingga Sabtu ini di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur.

Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansur berkata mereka terdiri daripada 2,543 perwakilan yang akan ke Perhimpunan Agung Umno, 793 perwakilan ke perhimpunan Agung Pergerakan Wanita, 795 perwakilan di Perhimpunan Agung Pemuda dan 776 perwakilan ke Perhimpunan Agung Pergerakan Puteri.

Sebanyak 54 daripada 71 perwakilan Kelab Umno Luar Negara yang diundang juga telah mengesahkan kehadiran pada perhimpunan kali ini.

Tengku Adnan berkata Perhimpunan Agung Umno kali ini akan membahaskan tiga usul iaitu Ucapan Dasar Presiden, Usul Ekonomi dan Usul Pendidikan dan Agama.

Panitia Locengwangsa akan berada di lokasi sempena Perhimpunan Agung UMNO tersebut, lagi pun saya sendiri juga merupakan salah seorang perwakilan daripada UMNO Bahagian Setiawangsa, WP.

Wednesday, October 13, 2010

SULTAN KELANTAN LUCUTKAN GELARAN 'DATUK' IBRAHIM ALI

Ibrahim Ali

Istana Kelantan menarik balik gelaran Datuk yang dikurniakan kepada Presiden Perkasa, Ibrahim Ali dan bekas setiausaha kerajaan negeri, Wan Hashim Wan Daud.

Penarikan semula gelaran itu selang beberapa hari setelah Ibrahim mengadap Sultan Kelantan sebelum ini, Tuanku Ismail Petra.

Selepas kunjungan pada Jumaat lalu, Ibrahim dipetik sebagai berkata, Tuanku Ismail kononnya sangat gembira bertemu beliau dan sempat berkongsi pengalaman bersama beberapa tahun lalu.

Wan Hasim pula merupakan setiausaha sulit kepada Sultan Kelantan sebelum ini.


(Sumber: mstar Online)

Monday, October 4, 2010

RUPANYA KU LI TAK KATA 'YA' ATAU 'TIDAK' UNTUK KETUAI JENTERA BN DI GALAS!!

Soalan siapa akan mengetuai jentera pilihan raya BN semasa kempen di dewan undangan negeri Galas terus menjadi teka-teki apabila pemimpin veteran Umno yang dipertanggungjawabkan tugas itu, Tengku Razaleigh Hamzah berkata, beliau belum berkata 'ya ataupun tidak'.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Selasa lalu mengumumkan bahawa Tengku Razaleigh telah bersetuju memikul tugas itu, tetapi ahli parlimen Gua Musang - hari ini pada halaman Twitter - menafikan perkara itu.

"Rakan, rakan, saya tidak berkata ya ataupun tidak. Saya akan menjelaskan berhubung Galas apabila saya pulang ke Malaysia,” tulisnya pada jam 6.35 waktu tempatan.

Tengku Razaleigh kini berada di Ireland, bagi melawat universiti di mana beliau mendapat pendidikannya - Queen's University di Belfast. Beliau dijadualkan pulang pada 9 Oktober ini.

Namun pada awalnya, tidak dapat dipastikan sama ada Tengku Razaleigh merujuk kepada pengumuman kenyataan Muhyiddin atau cadangan dari pihak lain yang beliau dilantik sebagai pengarah pilihan raya BN.

Bagaimanapun, gambaran semakin jelas, apabila seorang daripada pengikutnya mengemukakan soalan di Twitter kepadanya: "Harap maaf Tengku, tetapi kenapa TPM asyik berkata bahawa anda telah persetujui? Bukan sekali tetapi hampir setiap hari.”

Menjawab soalan itu, Razaleigh menyerahkan perkara berkenaan kepada Muhyiddin dengan berkata beliau belum memberi sebarang persetujuan berhubung jawatan berkenaan.

"Itu, kita kena tanya beliau. Saya setakat ini belum membuat sebarang kenyataan,” jawab Razaleigh. -Malaysiakini

Wednesday, September 29, 2010

PRK DUN GALAS, KU LI PASTIKAN UMNO MENANG?

Tengku Razaleigh Hamzah, dilema di DUN Galas

Pilihan raya kecil (PRK) bagi DUN Galas di Kelantan pasti berlaku setelah berlakunya kekosongan kerusi DUN berkenaan kerana kematian ADUNnya Che Hashim Sulaima dua hari lepas. Speaker Dewan Undangan Negeri Kelantan telah pun menghantar notis kepada SPR mengenai kekosongan kerusi DUN itu bagi membolehkan SPR menetapkan tarikh PRK yang bakal menghangatkan persada politik tanah air.

PAS dan UMNO nampaknya terpaksa bertembung juga kali ini, dan ia memaksa kedua-dua pihak bertelagah sesama sendiri untuk memenangi hati rakyat dalam beberapa isu yang menyentuh kepentingan rakyat, samada isu tempatan mahupun isu nasional. Yang pasti isu wang ehsan dan royalti minyak bakal diheret untuk membuktikan kemahuan sebenar rakyat Kelantan.

Bila bercakap soal DUN Galas yang terletak di dalam kawasan Parlimen Gua Musang, semua orang akan terbayang wajah Ku Li. Ku Li yang sudah lama bertapak di Gua Musang, dilihat sebagai faktor utama untuk menggalas tanggungjawab menang kalah BN.

PAS pasti agak berkerut dahi memikirkan tentang kehebatan Ku Li di situ. Dan pastinya PAS sedar, pertembungan sengit seperti yang berlaku di Manek Urai akan berulang. Laluan PAS untuk mengekalkan kerusi tersebut pastinya akan penuh dengan ranjau dan duri. Tak apalah..masih terlalu awal untuk kita menduga.

Cuma yang sedang difikir fikirkan ialah tentang sejauh mana Ku Li akan mengambil tanggungjawab untuk menggalas tanggungjawab SEPENUHNYA untuk membantu kemenangan calon BN. Umum tahu isu royalti minyak pasti akan menjadi modal perang PAS untuk membelasah BN dan tambah mengerutkan kening bila terbayang wajah Ku Li berucap di stadium di Kota Bharu di atas platform PAS untuk membicarakan isu royalti minyak.


Monday, September 27, 2010

SAYA RAKYAT MALAYSIA TERLEBIH DAHULU ORANG MELAYU KEMUDIAN - NAZRI AZIZ

Mengkhinati bangsa Melayu. "Disuap nasi ke mulutnya,
dia gigit tangan kita" - Dr. Mahathir

Jikalau Tuan Guru Nik Abd. Aziz Nik Mat, Menteri Besar Kelantan berkata beliau tidak berbangga sebagai orang Melayu kerana Islam menurutnya mengiktiraf semua bangsa sebagai makhluk Tuhan, kini Nazri Tan Sri Aziz, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri tetap mengulangi bahawa dirinya adalah rakyat Malaysia terlebih dahulu, kemudiannya baru sebagai orang Melayu.

Nampaknya sekali lagi Melayu dipersendakan semata-mata untuk memikat hati bangsa lain yang kian tersinggung dengan isu keMelayuan yang mereka anggap sebagai bloody racist. Racisme Melayu kini semakin tidak disenangi walaupun negara ini majoritinya Melayu. Melayu di negara ini dilihat dirundung sindrom lesu yang tidak bertempat malah UMNO sendiri tidak lagi berupaya mempertahankan hak bangsanya sendiri.

Dibimbangi suatu hari nanti orang Islam negara ini pula tidak boleh mengembangkan lagi syiarnya termasuk melaungkan azan semata-mata untuk menjaga hati penganut agama lain, kerana faktor sokongan mereka menjadi lebih penting daripada syiar Islam.

Demikianlah Nazri sebagai 'trouble shooter' pengkhianat Melayu yang dikiaskan oleh Dr. Mahathir sebagai pemimpin yang disuap nasi ke mulutnya, dia gigit tangan kita . Kini Nazri dilihat telah menjadi liablity kepada UMNO dan semakin semakin galak mempertahankan hak orang lain daripada bangsanya sendiri sehingga Utusan Melayu terus diperlekehkannya.

Ikuti jawapan balas Dato' Seri Mohd. Nazri Tan Sri Abd. Aziz, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri kepada Awang Selamat/Utusan Malaysia yang disiarkan oleh Malaysianinsider:-

Kepada saudara, tidak kira siapa anda sebenarnya, sudah pasti saya akan respons kepada rencana tulisan saudara. Jika kita percaya pada kebebasan bersuara, biar diketahui bahawa ia bukan sahaja diberikan kepada akhbar, tetapi juga kepada orang perseorangan.

Dalam menggunakan hak saya untuk membalas dan untuk mempertahankan diri saya, sila jangan membuat tafsiran bahawa saya cuba untuk mengelak kritikan terhadap diri saya. Saya sememangnya berhadapan dengan kritikan-kritikan sejak sekian lama pembabitan saya dalam politik dan saya masih berdiri di mana saya berada sekarang.

Saudara Utusan menulis bahawa dia menerima banyak SMS untuk menjustifikasikan yang dia menerima sokongan terhadap artikel mengenai diri saya (minggu lalu). Saya tidak mahu bercakap mengenai SMS dan emel-emel yang saya terima kerana dia tidak berupaya untuk mengesahkannya, tetapi saya pasti dia juga telah dimaklumkan bahawa komen-komen yang dinukilkan oleh orang ramai yang membaca portal, menunjukkan saya juga menerima banyak sokongan daripada rakyat, sebagaimana dia mendakwa menerima dalam jumlah yang banyak.


Mengapa tidak boleh saya menyifatkan anda sebagai rasis apabila anda kelihatan kecewa dengan pujian dan respons-respons positif yang saya terima daripada bukan Melayu dan cuba untuk meletakkannya sebagai negatif terhadap diri saya, khususnya yang datang daripada Kit Siang dan Guan Eng.

Dengan berbuat demikian, anda dengan jelas meletakkan diri anda sebagai, kita orang Melayu, menentang bukan Melayu. Adakah hanya komen dan pujian orang Melayu perlu diambil kira dan yang lain-lain pula diketepikan, atas alasan yang sendiri yang tahu.

Anda mempunyai perjalanan yang begitu jauh untuk menerima bahawa Malaysia adalah sebuah negara milik rakyat Malaysia yang terdiri daripada semua kaum, yang menzahirkan kesetiaan mereka kepada tanah lahir mereka ini.
Sememangnya saya adalah betul apabila bercakap mengenai pengalaman sifar anda dalam politik kerana anda menulis “apabila Melayu tidak mengundi”.

Biar saya menyebut bahawa analisis anda menunjukkan bahawa “apabila bukan Melayu tidak mengundi”, kesannya adalah sama. Anda tidak faham langsung apa yang cuba saya terangkan iaitu “apabila majoriti rakyat Malaysia tidak mengundi”, maka kita semua berhadapan dengan masalah.
Salah satu perkara yang paling buruk untuk dilakukan ialah memberi alasan-alasan terhadap kegagalan anda dengan mengatakan yang lain juga gagal berbuat demikian.

Ini adalah sikap mengaku kalah dan pastinya menganggap sebagai satu takdir. Mengapa tidak anda melihat di sekitar anda dan saya pasti bahawa anda boleh mengenal pasti akhbar-akhbar yang telah berjaya dan menggunakannya sebagai contoh untuk berusaha menaikkan bilangan pembaca akhbar anda.

Saya suka mengikuti akhbar Utusan yang lama dan saya mahu anda bekerja keras ke arah menjadikananya akhbar yang gemilang semula.
Saya amat gembira dengan sokongan anda kepada Umno dan Barisan Nasional (BN) dan bagi memastikan kami boleh berjaya. Saya mahu anda menunaikan apa yang anda perkatakan dan menyokong dasar 1 Malaysia, yang merupkan ilham Perdana Umno dan Pengerusi BN.

Beliau berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk menang dalam pilihan raya umum akan datang, maka janganlah mencetuskan suasana yang sukar buat beliau.
Awang tidak perlu memberitahu saya mengenai kedudukan Utusan sebagai sebuah Institusi Melayu dan perjuangannya sama seperti Umno.

Sebelum anda menyertai Utusan, saya telah berada dalam Pemuda Umno, bermula sebagai anggota Exco sehingga sebagai Timbalan Ketua dan sebagai Pemangku Ketua Pemuda Umno pusat untuk satu tempoh selama satu setengah tahun. Ini adalah bukti kelayakan saya. Jika saya berada sebagai seorang pemimpin Malaysia pada hari ini, banyak kredit harus dihulurkan kepada Tun Mahathir.

Kerana beliau saya berada di sini seperti hari ini dan banyak terhutang kepada beliau. Saya hanya mahu “sifu” saya terus membantu saya dan kepada yang lain-lain agar menjadi pemimpin yang baik di negara bertuah ini dan tidak membezakan negara ini hanya kerana kaum, kepercayaan, agama dan gender.

Untuk menjadi seorang rakyat Malaysia tidak semestinya anti-Melayu. Saya berharap yang ini akan difahami oleh semua.
Akhirnya, dalam usaha menyebarkan mesej kepada publik sebagaimana didakwa oleh Awang, adalah penting mesej-mesej anda keluar dengan jelas dan terang buat mereka.

Ini kerana anda tidak boleh dipanggil setiap kali untuk membuat penjelasan. Yang perlu anda ingat sepanjang masa ialah bukannya apa yang anda fikirkan perlu, tetapi apa yang khalayak membuat tanggapan tentang anda.


Sedih untuk diperkatakan di sini bahawa bukan Melayu menganggap Utusan sebagai rasis. Dan, itu sebabnya saya membawa isu saya rakyat Malaysia terlebih dahulu dan orang Melayu kemudian, sekiranya anda tidak faham apa sebabnya.

Apa pun Awang, saya tidak tahu siapa anda sebenarnya.


Sunday, September 26, 2010

GUNA DUIT JUDI, LESEN JUDI BN YANG LULUS?

UMNO menyerang lagi kerajaan Pulau Pinang. Kali ini Reezal Merican, Ketua Penerangan Pemuda UMNO Malaysia mendakwa dengan bukti bahawa kerajaan Pulau Pinang pimpinan Lim Guan Eng (Foto Kiri) telah menggunakan wang dari sumber judi Kelab Lumba Kuda Pulau Pinang untuk menyalurkan sumbangan kepada keluarga miskin tegar di negeri itu.

Manakala Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menafikan dakwaan yang telah dibuat itu sebaliknya beliau mempersoalkan pula bahawa segala lesen judi yang ada di negara ini diluluskan sendiri oleh kerajaan Pusat pimpinan BN.

Semalam, Reezal (Foto Kanan) dalam sidang media beliau di Kepala Batas telah mendakwa kerajaan negeri memperolehi wang dari sumber judi sebanyak RM500 ribu dari kelab tersebut sebagai sumber untuk membiayai program membasmi kemiskinan tegar di Pulau Pinang.

Guan Eng berkata, sejumlah 90 peratus dari mereka yang tergolong dalam miskin tegar adalah masyarakat Melayu.

Namun begitu, katanya harus diketahui bahawa baki sebanyak 10 peratus lagi adalah di kalangan masyarakat bukan Melayu dan bukannya beragama Islam.

"Jumlah yang kita gunakan untuk masyarakat bukan Islam tidak harus dipertikaikan. Manakala bagi masyarakat Islam kita sedia maklum apa yang baik untuk mereka dan apa pula yang sebaliknya.

"Oleh kerana itu, maka usaha Umno memburukkan kerajaan negeri yang dipimpin oleh Pakatan Rakyat (PR) ini sebenarnya tidak akan menjadi nyata kerana rakyat sudah tahu dan faham mengenai usaha mereka untuk menjatuhkan serta mencalarkan imej kerajaan negeri," katanya.

Menurut beliau lagi, jika sebelum ini Umno melalui Reezal juga telah menuduh kerajaan negeri menggunakan wang dari sumber judi untuk pemberian RM100 kepada warga emas dan tidak menjadi kenyataan setelah dinafikan dengan fakta, kini mereka beralih pula kepada wang kepada penerima miskin tegar.

Kata Lim lagi, adalah tidak munasabah untuk Kerajaan Negeri memberi sumbangan dari sumber judi kepada masyarakat Islam di negeri ini.

"Kita juga tahu apa yang boleh dan tidak boleh untuk diberikan sebagai sumbangan kepada masyarakat Islam. Oleh kerana itu janganlah Umno menjadikan isu ini sebagai modal politik mereka walaupun hendak mencari semula pengaruh yang hilang.

"Umno sepatutnya malu dengan kenyataan ini kerana merekalah sebenarnya yang menguasai kepimpinan Kerajaan Pusat bersama Barisan Nasional (BN) yang meluluskan kesemua lesen judi yang ada di seluruh negara ini.

"Bak kata pepatah menepuk air ke dulang terkena muka sendiri. Inilah umpama yang patut saya nyatakan kepada Umno dan BN yang cuba mencari kesalahan PR sejak kita mula memenangi pilihan raya 2008 yang lalu sehinggalah ke hari ini," tegasnya lagi.

Beliau berkata demikian kepada media selepas melancarkan program 'Pembersihan Pantai Antarabangsa' di Pantai Robina, Teluk Air Tawar, Butterworth semalam.

Thursday, September 16, 2010

MCA KINI MENGUASAI UMNO?


MCA gembira perdayakan UMNO.....

KUALA LUMPUR, 15 Sept — Presiden Perkasa Datuk Ibr
ahim Ali berkata, MCA kini menguasai Umno yang minggu lalu mengisytiharkan pendiriannya menjauhkan diri daripada pertubuhan bukan kerajaan membela hak dan kepentingan orang Melayu itu.

Ibrahim berkata, Barisan Nasional (BN) akan bertindak seolah-olah Pakatan Rakyat (PR) yang menurutnya parti-parti orang Melayu dan Islam seperti PAS dan PKR kini dikuasai oleh DAP.


“DAP sudah memperbodohkan PAS dan PKR. Kini MCA, Gerakan sudah nak memperbodohkan Umno pula. (Datuk Seri Dr Chua) Soi Lek, Presiden MCA pernah berkata tidak salah MCA sependapat dengan DAP atas isu kepentingan orang Cina. Ini tak salah.

“(Nampaknya) Pemimpin Umno terlalu bijak jika (hingga) mahu menjauhkan diri daripada Perkasa,” kata Ibrahim dalam kenyataan menerusi SMS.

Ahli Parlimen Bebas dari Pasir Mas ini juga membidas kenyataan Setiausaha Agung MCA Datuk Seri Kong Cho Ha kelmarin berhubung sokongan yang dizahirkan oleh bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Perkasa berjuang dan mahu membela hak orang Melayu dan Bumiputera sebagaimana termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

“Perkasa juga berkata kepentingan bukan Melayu yang disebutkan dalam Perlembagaan Persekutuan juga akan dilindungi.

“Jadi, apa kena-mengena dengan dakwaan bahawa Perkasa ektremis atau perkauman?

“Saya mengambil kisah kebajikan orang Cina di kawasan saya, saya menghadiri majlis pengagihan wang dan hamper kepada orang Cina yang memerlukan bantuan dari semasa ke semasa di kawasan saya,” katanya.

“Jadi, apa yang dimaksudkan dengan xenofobia? Jika Perkasa boleh datang dengan bukti-bukti seperti ini, saya mahu Kong sendiri membuat penjelasan.

“Adakah beliau mengecam tuntutan-tuntutan badan mewakili masyarakat Cina yang mahu kuota orang Melayu dan Bumiputera ditamatkan sebagai kenyataan rasis dan bercanggah dengan perlembagaan?” katanya.

Sehubungan itu kata beliau, adakah pihak berkenaan kecewa hanya kerana Dr Mahathir menyokong Perkasa.

“Apa lagi yang boleh diperkatakan oleh beliau (Dr Mahathir)... dia ingat MCA saja kecewa, kita juga kecewa dengan golongan yang tak tahu hendak berterima kasih dan menghargai budi... MCA tidak dapat sokongan kerana orang Cina membenci pada pemimpinnya,” katanya.

Kelmarin, MCA kesal dengan pendirian Dr Mahathir bahawa Umno tidak harus membelakangi Perkasa jika tidak mahu BN hilang sokongan dalam pilihan raya umum ke-13.

Jelas Kong, BN tidak harus sama sekali berkompromi dalam soal menjauhkan diri daripada Perkasa.

Kata Kong, MCA mengalu-alukan komen pelbagai pemimpin Umno yang mahu menjauhkan diri mereka daripada Perkasa yang dilihat mengambil pendirian berbaur perkauman atas alasan sebarang kerjasama dengan pertubuhan itu hanya akan menghakis sokongan kepada Umno.

Tegas pemimpin MCA itu, BN tidak boleh memikat sokongan ramai menerusi kerjasama dengan kumpulan-kumpulan ekstrem, sebaliknya memerlukan mandat daripada semua lapisan rakyat.

Oleh itu tambah Kong, sebarang ikatan dan kerjasama dengan pertubuhan ekstrem hanya akan menghakis undi kepada BN.


Sumber: Malaysiainsider