SELAMAT DATANG KE PERHIMPUNAN AGUNG UMNO KE-61 2010
Seramai 4,907 perwakilan dijangka akan menghadiri Perhimpunan Agung Umno ke-61 yang dijadual berlangsung selama lima hari bermula hari Selasa hingga Sabtu ini di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur.
Seramai 4,907 perwakilan dijangka akan menghadiri Perhimpunan Agung Umno ke-61 yang dijadual berlangsung selama lima hari bermula hari Selasa hingga Sabtu ini di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur.Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansur berkata mereka terdiri daripada 2,543 perwakilan yang akan ke Perhimpunan Agung Umno, 793 perwakilan ke perhimpunan Agung Pergerakan Wanita, 795 perwakilan di Perhimpunan Agung Pemuda dan 776 perwakilan ke Perhimpunan Agung Pergerakan Puteri.
Sebanyak 54 daripada 71 perwakilan Kelab Umno Luar Negara yang diundang juga telah mengesahkan kehadiran pada perhimpunan kali ini.
Tengku Adnan berkata Perhimpunan Agung Umno kali ini akan membahaskan tiga usul iaitu Ucapan Dasar Presiden, Usul Ekonomi dan Usul Pendidikan dan Agama.
Panitia Locengwangsa akan berada di lokasi sempena Perhimpunan Agung UMNO tersebut, lagi pun saya sendiri juga merupakan salah seorang perwakilan daripada UMNO Bahagian Setiawangsa, WP.


No comments:
Post a Comment