ANTARA PELAWAT DENGAN PELIWAT DAN DILAWATI DENGAN DILIWATI...

Malaysia merupakan destinasi pelancongan yang terkemuka di rantau ini kerana ramai
pelawat yang gemar berkunjung ke tempat-tempat menarik untuk
dilawati.
Begitu juga negara 1Malaysia sejak akhir-akhir ini menjadi fokus bukan sahaja di kalangan rakyatnya malah seantero dunia juga sedang memerhatikan perjalanan perbicaraan kes Saiful Bukhari diliwat oleh peliwat yang tertuduh iaitu seorang yang amat berpengaruh bukan sahaja di negaranya bahkan di persada antarabangsa.
Anwar dan Saiful (Foto) telah digambarkan sebagai pemegang watak utama dalam kes ini.

Lantaran itu, hampir seluruh medium media arus perdananya bagaikan terpanggil untuk melakukan pendedahan maksimum lagi eksklusif terhadap seorang individu yang sedang didakwa sebagai
peliwat sehingga bentuk pemberitaannya kadangkala melampaui batas malah dilihat terdorong pula menjadi pembela tegar kepada yang mendakwa dirinya telah
diliwati.Dari segi akhlak atau moralnya, kedua-dua penggemar
'peliwat dan diliwat' tentunya sama-sama mengetahuinya bahawa perbuatan di luar tabi'e itu walaupun dilakukan berkeadaan suka sama suka mahupun secara paksaan, namun ia tetap merupakan dosa besar yang dilaknati Allah.
Persoalan yang harus sama-sama kita renungi ialah, apakah wajar kita membiarkan diri kita terbelenggu dengan arus sentimen politik sehingga diri kita terlilit seolah-olah peliwat yang sedang didakwa itu benar-benar telah didapati bersalah walaupun ianya masih di peringkat awal perbicaraan.
Oleh kerana kes peliwat dan yang diliwati itu membabitkan seorang tokoh yang cukup berpengaruh di negara ini, maka kelibat media arus perdana termasuk kabilah-kabilah yang sekutu dengannya dilihat bagaikan
'orkestra' yang kemaruk untuk mendahului keputusan mahkamah dengan pelbagai gambaran dan andaian buruk, malah ada di kalangan penggesek-penggesek biola yang kelihatan
'over react' sehingga kayu gesekannya lebih terarah untuk menjolok biji mata orang lain.
Orang yang mendakwa dirinya telah diliwat telah diberikan gambaran seolah-olah perbuatannya itu
sesuci embun pagi yang wajar diberikan kredit malah diberikan perlindungan dengan selimut UMNO, kerana tingkah lakunya itu boleh dianggap telah memberikan keuntungan politik kepada kabilah tertentu. Memang benarlah tanggapan sesetengah pihak yang menyatakan politik itu kotor, kerana keburukan dan kejahatan orang lain kadangkala boleh menjadi halal untuk diaibkan walaupun wujud juga secara tabi'e perilaku kemungkaran di pihaknya.
Perbuatan di luar tabi'e atau secara tabi'e tidak harus merujuk kepada
'peliwatisme' sahaja, malah ianya juga sering berlaku kepada penggemar-penggemar maksiat yang lainnya, tidak kiralah samada penzina dan dizina, pemabuk, penjudi, peragut nyawa atau sewaktu dengannya. Kesemuanya tidak terkecuali daripada kemurkaan Allah, walaupun kita terlalu marah wujudnya percubaan nama Allah hendak digerejakan oleh penganut agama kristian katholik.
Kemarahan kita terhadap isu kalimah Allah yang diingini oleh penganut kristian katholik itu, tidak bermakna Allah boleh bertolak ansur untuk menghalalkan perbuatan-perbuatan mungkar dilakukan dengan sewenang-wenangnya. Sekuat mana sekalipun tempik gempita kita di jalanan dengan laungan 'Allahu Akbar' tetapi diri kita masih dilingkari dengan elimen penolakan terhadap perintah-perintahNya, maka selagi itulah kita masih tergolong dalam lingkungan orang-orang yang munafik yang dimurkai oleh Allah!
----------------------------------------------------------------------------------------BERITA TERKINI MAHKAMAH TINGGI KUALA LUMPUR
PERBICARAAN KES SAIFUL DILIWAT
TANGGUH SEHINGGA 25 MAC DEPAN
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini telah membuat keputusan menangguhkan perbicaraan kes Saiful Bukhari yang diliwat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim sehingga 25 Mac depan. Sementara itu mahkamah yang sama juga telah memutuskan Hakim Dato' Mohamad Zabidin Mohd. Diah tidak perlu melucutkan dirinya daripada membicarakan kes liwat membabitkan Anwar dan Saiful.-----------------------------------------------------------------------------------------Justeru, janganlah kita mudah terpedaya dengan hasutan syaitan sehingga kita terkabur untuk membezakan diantara yang hak dan yang batil. Kadangkala kita terlupa bahawa perilaku jahat kita itu adalah petanda bahawa diri kita akan terjerumus ke dalam api neraka. Ingatlah, sesungguhnya penghuni api neraka bukan sahaja untuk 'peliwat' malah yang suka 'diliwat' juga tidak terkecuali untuk diheret ke dalam api neraka jahanam.
Peliwat dan yang suka diliwat bukanlah pelawat jalanan ke syurga sebagaimana yang dijanjikan oleh Allah Taala. Alangkah murninya jika kita berdoa semoga diri kita tidak menambahkan dosa di atas perbuatan dosa orang lain.
Tidak ada faedahnya kita berbangga dan mendabik dada melakukan dosa dengan tingkah laku mengaibkan orang lain sedangkan diri kita terlalu banyak bebanan dosa yang masih belum terampun. Bukankah elok kita melakukan muhasabah ini daripada menjadi juara kepada kebatilan adu domba sehingga kita membiarkan diri sendiri menjadi perkakas kepada hasutan iblis dan syaitan.
Ingatlah, sebagaimana Allah murka dengan perbuatan
'liwatisme', sebenarnya Allah juga murka kepada pecacai yang gemar memalu gendang untuk memalukan orang lain. Eloklah kita berhujah secara berhikmah untuk memenangi hati rakyat dan berusaha gigih untuk mempertahankan tasawwur Islam. Gambarkan wajah Islam yang bersaudara, bukannya wajah kebencian sesama Islam. Gagasan
1MALAYSIA menjadi lebih bermakna jika kita berjaya menampilkan wajah Islam yang lebih toleran.