Foto: Zaid Ibrahim (Kiri), Tengku Razaleigh Hamzah (Kanan)
Semalam Zaid Ibrahim dihebohkan sebagai berkata telah mempelawa Tengku Razaleigh Hamzah, Ahli Parlimen Gua Musang supaya menyertai PKR. Hari ini Ku Li telah menolaknya. Tengku Razaleigh Hamzah yang pernah menentang Tun Dr. Mahathir Mohamad bagi jawatan Presiden UMNO pada tahun 1987 telah bertindak bersama-sama dengan konco-konco Kumpulan 11 mengheret UMNO ke Mahkamah, sehingga UMNO telah diharamkan sebelum dihidupkan semula oleh Dr. Mahathir pada tahun 1988 sebagai UMNO (Baru).
Almarhum Tunku Abdul Rahman, Allahyarham Tun Hussein Onn termasuk Tengku Razaleigh Hamzah enggan menerima penubuhan semula UMNO (Baru) yang ditaja oleh Dr. Mahathir Mohamad, sebaliknya Ku Li telah menubuhkan sebuah parti baru yang dinamakan 'Parti Melayu Semangat 46' yang telah disokong oleh Tunku Abdul Rahman dan Tun Hussein Onn.
Kedua-dua bekas Presiden UMNO ini tidak menyertai UMNO yang baru saja dihidupkan itu, hinggalah ke akhir hayat mereka. Tunku Abdul Rahman sendiri telah merasmikan mesyuarat agung yang pertama Parti Melayu Semangat 46 itu pada 12 Oktober 1989.
Sementara itu, sebahagian besar penyokong Ku Li yang disifatkan sebagai 'team B' di dalam UMNO telah berbondong-bondong mengisi borang keahlian Parti Semangat 46, kerana mereka tidak lagi mempercayai Dr. Mahathir untuk menerajui UMNO (Baru) yang mereka sifatkan parti itu tidak seasli Parti Melayu Semangat 46.
Menteri Penerangan, Kebudayaan dan Komunikasi hari ini, Dr. Rais Yatim pula telah bertindak agresif degan 'membakar jambatan' sebagai keputusan nekadnya untuk tidak bersama UMNO yang diterajui oleh Dr. Mahathir pada masa itu. Lanjutan daripada itu Dr. Rais Yatim telah diangkat menjadi Timbalan Presiden Parti Semangat 46, yang turut disertai oleh Shabery Chik, Datuk Radzi Sheikh Ahmad, Tengku Azlan Shah, Datuk Harun Idris, Zainal Abidin Zain, Datuk Ibrahim Ali, Datuk Manan Othman, Marina Yusof, Ilyani Ishak, Rahmah Othman dan ramai lagi yang secara jelas telah mengkhianati UMNO pada waktu itu.

Tokoh-tokoh Parti Melayu Semangat 46
Tengku Razaleigh yang tidak mempercayai dengan kekalahannya di tangan Dr. Mahathir itu, bukan sahaja telah memberikan sokongan moral kepada Kumpulan 11 yang menyebabkan UMNO diharamkan, malah Tengku Razaleigh atas sifatnya sebagai Presiden Parti Melayu Semangat 46 pada masa itu telah membentuk sebuah pakatan pembangkang yang kuat bersama-sama dengan Parti PAS, Hamim dan Berjasa di Kelantan yang dikenali sebagai 'Angkatan Perpaduan Umah atau APU'.
Bukan di Kelantan sahaja, malah Ku Li juga telah berjaya menjinakkan DAP di peringkat nasional untuk bersekongkol dengannya bagi menjahanamkan UMNO/BN. Bukan itu sahaja, Tengku Razaleigh juga telah berjaya mempengaruhi Datuk Joseph Pairin Kitingan, Presiden PBS (Foto) yang juga Ketua Menteri Sabah pada masa itu sehingga parti itu telah bertindak keluar BN di saat-saat genting ketika berhadapan dengan pilihan raya umum pada tahun 1990. Sebuah Gagasan Rakyat telah terbentuk di peringkat nasional yang dianggotai oleh Semagat 46, DAP, PBS, IPF dan PRM.
Di dalam pilihan raya umum yang diadakan pada tahun 1990 itu, bukan sahaja Sabah telah menjadi negeri yang dikuasai oleh pembangkang, malah pada tahun itu jugalah Kelantan telah berjaya dikuasai oleh PAS dengan pembentukan kerajaan campuran APU, dimana Nik Aziz telah diangkat menjadi MBnya, manakala Rozali Ishak daripada Semangat 46 telah dilantik menjadi Timbalan Menteri Besarnya.
Tengku Razaleigh sememangnya telah berjasa kepada PAS di Kelantan, kerana beliau telah berjaya menguatkan semula Parti PAS di Kelantan sehingga kerajaan UMNO/BN yang dipimpin oleh Dato' Mohamed Yaakob pada masa itu telah tumbang angkara pakatan APU yang dicetuskan oleh Ku Li. Sejak itu sehingga ke hari ini PAS masih lagi di tampuk kuasanya, dimana Ku Li yang kini telah meninggalkan APU menyertai semula UMNO pada tahun 1995 masih kelihatan terumbang ambing untuk merampas semula Kelantan daripada empayar Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat itu.
Kali terakhir Ku Li berkempen untuk menawan hati rakyat di Kelantan ialah ketika diadakan pilihan raya kecil Manek Urai baru-baru ini, ternyata usaha beliau untuk menebus kembali dosanya terhadap UMNO itu masih belum berhasil. Walaupun ada petanda peningkatan kepercayaan rakyat terhadap UMNO kian pulih, namun keyakinan rakyat itu bukanlah kerana Tengku Razaleigh tetapi PAS di situ terpaksa berhadapan dengan kekuatan sebuah jentera kerajaan yang menguasai federal 1Malaysia. Walaupun projek jutaan wang ringgit telah dijanjikan di Manek Urai, namun UMNO masih lagi gagal untuk menawan sebuah DUN yang hanya mempunyai jumlah pegundi sekitar 12 ribu orang.
Jika itulah fakta mengenai Tengku Razaleigh, hairan sungguh kenapalah Zaid Ibrahim beria-ia benar untuk meminjam Ku Li yang pernah mengkhianati UMNO supaya masuk di dalam PKR? Di dalam UMNO pun Tengku Razaleigh tidak diberikan pengiktirafan, sepatutnya PKR juga tidak terjebak dengan angan-angan mat jenin untuk memiliki orang seperti ini.
Apabila Tengku Razaleigh Hamzah telah menolak pelawaan Zaid Ibrahim supaya beliau masuk PKR, kenapa UMNO harus rasa gundah gulana? Jika Tan Sri Muhyidin Yasin berkata bahawa Tengku Razaleigh telah banyak berjasa kepada UMNO dan tidak semudah itu untuknya keluar semula UMNO menyertai PKR, ini juga bermakna bahawa Ku Li masih lagi berpengaruh dan tidak seharusnya UMNO membiarkannya menjadi melukut di tepi gantang seperti sekarang.
Tindakan mengenepikan Tengku Razaleigh Hamzah di dalam parti dan juga kerajaan janganlah dilihat seolah-olah jasanya tidak lagi dihargai oleh UMNO dan pengaruhnya pula tidak diperlukan lagi. Nampaknya UMNO lebih rela memberikan jawatan penting kepada Dr. Rais Yatim dan Shabery Chik di dalam barisan jemaah menteri daripada melantik Tengku Razaleigh Hamzah yang jauh lebih hebat daripada gurga dan khadamnya itu.
Saya lebih yakin bahawa UMNO semakin mantap jika Tengku Razaleigh dapat membarisi semula jemaah menteri seterusnya membantu Tok Pa untuk menebus semula dosanya terhadap UMNO di Kelantan. Tentunya Zaid Ibrahim bersimpati dengan Tengku Razaleigh Hamzah yang semakin dipinggirkan oleh UMNO bagaikan 'Quran Buruk' lantas beliau meyakinkan Tengku Razaleigh keadaan itu tidak mungkin berlaku di dalam PKR?
Almarhum Tunku Abdul Rahman, Allahyarham Tun Hussein Onn termasuk Tengku Razaleigh Hamzah enggan menerima penubuhan semula UMNO (Baru) yang ditaja oleh Dr. Mahathir Mohamad, sebaliknya Ku Li telah menubuhkan sebuah parti baru yang dinamakan 'Parti Melayu Semangat 46' yang telah disokong oleh Tunku Abdul Rahman dan Tun Hussein Onn.Kedua-dua bekas Presiden UMNO ini tidak menyertai UMNO yang baru saja dihidupkan itu, hinggalah ke akhir hayat mereka. Tunku Abdul Rahman sendiri telah merasmikan mesyuarat agung yang pertama Parti Melayu Semangat 46 itu pada 12 Oktober 1989.
Sementara itu, sebahagian besar penyokong Ku Li yang disifatkan sebagai 'team B' di dalam UMNO telah berbondong-bondong mengisi borang keahlian Parti Semangat 46, kerana mereka tidak lagi mempercayai Dr. Mahathir untuk menerajui UMNO (Baru) yang mereka sifatkan parti itu tidak seasli Parti Melayu Semangat 46.
Menteri Penerangan, Kebudayaan dan Komunikasi hari ini, Dr. Rais Yatim pula telah bertindak agresif degan 'membakar jambatan' sebagai keputusan nekadnya untuk tidak bersama UMNO yang diterajui oleh Dr. Mahathir pada masa itu. Lanjutan daripada itu Dr. Rais Yatim telah diangkat menjadi Timbalan Presiden Parti Semangat 46, yang turut disertai oleh Shabery Chik, Datuk Radzi Sheikh Ahmad, Tengku Azlan Shah, Datuk Harun Idris, Zainal Abidin Zain, Datuk Ibrahim Ali, Datuk Manan Othman, Marina Yusof, Ilyani Ishak, Rahmah Othman dan ramai lagi yang secara jelas telah mengkhianati UMNO pada waktu itu.

Tokoh-tokoh Parti Melayu Semangat 46
Tengku Razaleigh yang tidak mempercayai dengan kekalahannya di tangan Dr. Mahathir itu, bukan sahaja telah memberikan sokongan moral kepada Kumpulan 11 yang menyebabkan UMNO diharamkan, malah Tengku Razaleigh atas sifatnya sebagai Presiden Parti Melayu Semangat 46 pada masa itu telah membentuk sebuah pakatan pembangkang yang kuat bersama-sama dengan Parti PAS, Hamim dan Berjasa di Kelantan yang dikenali sebagai 'Angkatan Perpaduan Umah atau APU'.
Bukan di Kelantan sahaja, malah Ku Li juga telah berjaya menjinakkan DAP di peringkat nasional untuk bersekongkol dengannya bagi menjahanamkan UMNO/BN. Bukan itu sahaja, Tengku Razaleigh juga telah berjaya mempengaruhi Datuk Joseph Pairin Kitingan, Presiden PBS (Foto) yang juga Ketua Menteri Sabah pada masa itu sehingga parti itu telah bertindak keluar BN di saat-saat genting ketika berhadapan dengan pilihan raya umum pada tahun 1990. Sebuah Gagasan Rakyat telah terbentuk di peringkat nasional yang dianggotai oleh Semagat 46, DAP, PBS, IPF dan PRM.Di dalam pilihan raya umum yang diadakan pada tahun 1990 itu, bukan sahaja Sabah telah menjadi negeri yang dikuasai oleh pembangkang, malah pada tahun itu jugalah Kelantan telah berjaya dikuasai oleh PAS dengan pembentukan kerajaan campuran APU, dimana Nik Aziz telah diangkat menjadi MBnya, manakala Rozali Ishak daripada Semangat 46 telah dilantik menjadi Timbalan Menteri Besarnya.