assalamualaikum Pictures, Images and Photos

Friday, July 10, 2009

INGGERIS TIDAK MENJAJAH LAGI SUBJEK SAINS DAN MATEMATIK


Barua Penjajah Inggeris - Dari Kiri: Birch, Swettenham, Hugh Low, James Brooke

Marathon PPSMI akan berakhir juga di garisan penamat menjelang 2012 nanti. Marathon ini telah bermula sejak tahun 2003 lagi, apabila pencetusnya Tun Dr. Mahathir Mohmad, Presiden sebuah parti terbesar umat Melayu di negara ini (UMNO) ketika itu merasakan wajar 'Bahasa Penjajah' itu didaulatkan setelah mendapati bahasa ibunda di negara ini tidak lagi diyakini untuk memartabatkan bangsanya sendiri.

Penggunaan bahasa yang dituturkan oleh J.W.W Birch, Frank Swettenham, Hugh Low, James Brooke (Foto di atas) yang pernah menjadi barua penjajahan Inggeris di Tanah Melayu dan di bumi Sarawak suatu ketika dahulu dilihat lebih wibawa untuk diterapkan di dalam mata pelajaran sains dan matematik daripada bahasa ibunda yang dituturkan oleh Dato' Maharaja Lela, Tok Sagor, Tok Janggut dan Rosli Dobi (Foto di bawah) yang menjadi korban penjajah kerana sikap penentangan mereka terhadap penjajah Inggeris.


Di antara pahlawan Melayu mati di tali gantung:
Kiri: Dato' Maharaja Lela, Tok Sagor, Tok Janggut dan Rosli Dobi

UMNO yang mendabik dada kerana telah memperjuangkan negara ini daripada belenggu penjajah Inggeris dilihat berkompromi pula untuk melestarikan bahasa penjajah itu daripada melestarikan bahasa yang dituturkan oleh ahli-ahli UMNO itu sendiri. Bahasa ibunda bukan sahaja gagal dilestarikan oleh UMNO, malah rakyat mula melihat betapa tipisnya patriotisme UMNO terhadap bahasanya sendiri.

Saya sendiri berasa dukacita dan sedih apabila melihat nasib bahasa Melayu kian diperkecilkan malah semakin dipinggirkan. Isu PPSMI telah dipolemikkan sehingga menjadi salah satu sebab UMNO ditolak oleh sebahagian besar pengguna bahasa ibunda ini.

Mereka bukannya tidak sayangkan bahasa ibunda, tetapi mereka bersedih kerana pejuang UMNO sendiri memandang rendah terhadap kewibawaan bahasa ini sehingga dilihat bahasa Melayu tidak layak lagi diajar dalam mata pelajaran sains dan matematik. Subjek sains dan matematik ditampilkan sebagai mata pelajaran antarabangsa yang tidak layak dipelajari oleh murid-murid berbahasa Melayu.

Bermula pada tahun itu, murid-murid yang baru memasuki alam persekolahan darjah 1 terpaksa menerima sahaja pembelajaran subjek sains dan matematik dalam bahasa asing yang mereka sendiri belum mempelajarinya. Mungkin pengunaan bahasa Inggeris tidak menjadi rumit kepada murid-murid Melayu yang telah diInggeriskan dalam kehidupan seharian mereka sejak dari kecil, kerana mungkin juga ibubapanya tidak mahir berbahasa Melayu lagi.

Tidak ramai spesis Melayu jenis ini yang merasai kehinaan jika bertutur dalam bahasa ibundanya, melainkan mereka sendiri yang merasakan hanya bahasa Inggeris sahaja yang dominan di dunia ini. Kita bersedih kerana spesis Melayu jenis ini tidak lagi berbangga menjadi Melayu kerana mungkin mereka termakan lebih keju dari belacan.

Sememangnya benar jika kita mampu menguasai ilmu di dunia ini maka kita akan menjadi bangsa yang berjaya seperti yang selalu diungkapkan oleh Tun Dr. Mahathir, tetapi apakah penguasaan ilmu pengetahuan ini perlu mengorbankan kelestarian Bahasa Melayu dan juga bahasa-bahasa ibunda yang lainnya?

Jika bukan kita yang mendaulatkan penggunaan bahasa ibunda kita, apakah kita boleh mempercayai bahawa 'orang putih' akan mengiktiraf bahasa kita yang pernah mereka jajah dahulu? Tentunya mereka tidak inginkan ada bahasa lain yang lebih dominan daripada bahasa mereka. Namun begitu, bukan bermakna bangsa Melayu tidak perlu menguasai bahasa mereka, tetapi janganlah bersikap 'rasa tidak bersalah' untuk merendahkan martabat bahasa sendiri.

Oleh yang demikian, ketetapan yang dibuat oleh kerajaan BN untuk memansuhkan PPSMI merupakan satu langkah yang sungguh bijaksana untuk mengembalikan semula darjat bahasa ibunda kita. Janganlah lagi dibuat kerja yang gila ini, sehingga memalukan bangsa sendiri. Anak-anak kita haruslah juga diberikan pendedahan tentang penguasaan bahasa-bahasa lain di dunia ini terutamanya Bahasa Inggeris dengan kaedah pembelajaran yang lebih tubi dalam subjek bahasa tersebut, tetapi bukannya menginggeriskan mata pelajaran sains dan matematik.

Syabas dan tahniah kepada kerajaan 1Malaysia yang dipimpin oleh Najib kerana dilihat begitu prihatin dengan masalah bahasa ini. Tentunya kajian terperinci telah dilakukan dengan mengambil kira pendapat dan juga pandangan intilek yang telah memperkasakan bahasa ibunda kita. Undian yang dilayarkan di dalam blog tertentu, terutama yang dilayari oleh golongan yang lebih mencintai bahasa penjajah itu bukanlah satu gambaran sebenar masyarakat akar umbi.

Jika itulah gambaran yang dikehendaki untuk kita merujuknya bagi menghalalkan semula penjahahan Inggeris terhadap bahasa kita, saya meramalkan akan berlaku penentangan yang lebih hebat terhadap kerajaan dan juga Barisan Nasional di dalam PRU13 nanti. Tidak bermakna memansuhkan PPSMI maka kerajaan dilihat tunduk setelah ditekan oleh A. Samad Said dan lain-lain sasterawan negara yang mahukan ianya dimansuhkan. Tetapi tindakan ini dibuat berasaskan kepada kecintaan terhadap bahasa negara yang menjadikan Bahasa Melayu sebagai 'Bahasa Malaysia'.

Kerajaan berpendapat Bahasa Negara ini haruslah dimartabatkan dan bukannya dipinggirkan. Kerajaan telah bertindak betul, dan kerajaan juga hendaklah terus memperkasakannya. Persetankan unsur-unsur penjajahan itu, kerana majoriti rakyat menyokongnya. Biarlah kesilapan lalu dijadikan iktibar, dan kita berharap ianya tidak berulang lagi.



11 comments:

Prof. Dato' Dr.Burhanuddin Yeop Majlis said...

Menggunakan BI dalam Sains dan matematik bukan kerana kita menggagungkan BI tetapi kerana sumber ilmunya banyak dalam BI. Jangan disalah fahamkan. Saya pun sekolah Melayu tetapi sejak dari darjah 1 hinggalah universiti. Pengggunakan BI dalam Sains dan Matematik memang wajar terutama di era internete sekarang. Kita hanaya mengetahu 1-5 % sahaja subjek ini dalam BM.
Kita akan ketinggalan dari segi ilmu terutama orang Melayu jika tidak menguasai BI dalam subjek tersebut.
saya belum sempat mengupas dalam blog saya.

Amirul Izzat said...

Betul.Saya sebagai seorang Mahasiswa sangat bersetuju dengan komen yang di utarakan oleh datuk sy ini(Prof Burhanuddin)..

Penggunaan BI dlm sains dan matematik amatlah penting.Di Zaman ini,BI adalah antara bahasa yang amat penting.Kerana Ilmu dan buku buku ilmiah banyak ditulis dalam bhsa Inggeris.Jika kita bangsa yang memikirkan masa depan,kita akan teruskan PPSMI. Kita,org2 melayu amat lemah dengan BI. Jadi sepatutnya kita perlu menguasainya bukan meghapuskan dalam pembelajaran.lagipun, di Universiti segala yang kita belajar dalam BI kecuali Pengajian Malaysia dfan Pengajian Islam.ini akan mendatangkan kesuahan kepada pelajar universiti kerana akhirnya perlu juga menguasai BI di Universiti.Segala yang berlaku ini adlah desakan yang berdasarkan agenda politik sahaja. Jika UMNO masih memikirkan nasib org melayu akan datang. PPSMI wajar di teruskan.

BI pada masa ini adalah bahasa ilmu yang perlu kita kuasai. bangsa Kita sebenarnya kitinggalan jauh di belakang berbanding bangsa lain di negara ini keraqna kita tidak mahu kuasai BI. Malaysia juga ketinggalan jauh di belakan negara negara maju yang lain kerana minda masyarakat Malaysia berfikiran pendek.

Al quran juga merupakan sumber ilmu yang amat sempurna yang kita terlepas pandang. utk mempelajari Al Quran kita perlu menguasai Bahasa Arab. Adakah kita belajar Al Quran dalam BM juga kerana dek nak memartabatkan BM.Spt itu jugalah BI kita perlu kuasai.

Bagi saya,untuk memartabatkan bahasa Melayu. kita perlu bangga BERTUTUR dengan bahasa Melayu sesama kita.

Ahli parlimen skg pun gemar bangga bile bercakap BI di dewan Agung di parlimen..tak habis2 dengan ayat..."dengan izin" hmm...ahli parlimen sendiri ckp BI dlm dewan, pastu nk martabatkan BM...cm nabil ckp..Lu pikir la sendiri..

yes said...

Kembalikanlah tulisan jawi kepada anak bangsa. Seringkali saya melihat orang Cina membaca surat khabar berbahasa Cina, tetapi sudah lama saya tidak melihat orang Melayu membaca akhbar dalam tulisan jawi. Marilah kita mengikut jejak saudara senegara kita ia itu orang Cina yang merasakan mereka harus mempertahankan budaya dan bahasa mereka untuk di perturunkan kepada generasi yang akan datang.

penyokong sejati shuaib said...

en rahman,

mana pergi Ahli Parlimen Setiawangsa nih? katanya pejabat di Carrefour pun dah nak tutup. staff dikurangkan?

suruh dia letak jawatan la en rahman. kami x sanggup tunggu sampai 2013...susah takde wakil rakyat nih.

ramai lagi yang layak...En Shuaib ada; En Halim Uban Tua Bongkok...tak payahlah. En Fauzi Cerita Banyak Kaki Rasuah pun tak payah...kami dah bosan.

kami nak En Shuaib. bersih, cekap dan amanah....

Anonymous said...

Salam.

Bro Rahman jgn layan 'penyokong jati shuib'itu. Buta ke mata dia...di mana pula hati dia...dia tak tau ke majoriti perwakilan setiawangsa dah tolak shuib. Maknenya org tak suka dia! Faham tak? Kalau dia terror sgt kenape dia boleh kalah dengan Halim yang dia hina itu?

Hello brother...tolong jgn under rate org ye..!

Anonymous said...

memang la si halim dgn si fauzi menang sebab main taktik kotor nak nak si fauzi,apa yg jadi kat dalam bilik pengiraan undi dulu? tau sama tau je lah, zulhasnan nak sangat si halim n fauzi ingat dia org ni boleh tlg dia jadi menteri at last hampeh... patutnya shuib n yamin yang patut menang baru la setiawangsa ada harapan nak menang next pilihanraya

Anonymous said...

sekarang si halim tengah jilat najib, fauzi adik beradik jilat muhyiddin, izudin lak jilat rosmah, masing2 ada hati nak jadi calon setiawangsa maklumlah yg pasti zulhasnan cuma akan jadi X menteri, X YB dan X ketua bahagian
" memoir of zulhasnan "

Anonymous said...

hello brother july 14 jam 7.14pm siapa kata majority tak nak suib kalah pun sikit ada pertolongan pulak tu...tak caya tanya ..... red dan k.... of titiwangsa...ha ha ha

penyokong sejati shuaib said...

en rahman,

dato' zul dulupun menang 'sipi-sipi' (sebab undi pos sahaja). itu org setiawangsa macam kita kena ingat selalu. jangan heboh dengan si halim tua tu. fauzi zahari...sejarah politiknya (bodek, ampu dan jilat) dr dahulu sampai sekarang.

shuib ini ada 'sentuhan' pemimpin dan berpandangan jauh. ada 'skill'. kalah sebab perwakilan setiawangsa bangang lagi bahlul...

kalau ikut hierarki, tidak ada yang layak. susah2 azmi badaruddin al-peruti pun boleh jadi calon. layak juga tu.

hakikatnya, setiawangsa memang takde calon sesuai. hampeh. en rahman sendiri lebih layak...tetapi banyak pula sejarah hitamnya...

zulhasnan elok letak jawatan sahaja...prk di setiawangsa...baru syok...

Rimau Melayu said...

Pemuda bukit Wangsa

pendekarwangsa.blogspot.com

Anonymous said...

Kenapa baru sekarang cakap Dato Zul tak bagus sebab dia tak uluk lagi kot. Sebenarnya kebanyakkan orang UMNO dan juga orang politik lain yang tak jujur dan tak ikhlas dalam perjuangan nya termaksuklah Dato Zul kita, bila tak ada jawatan terus malas buat kerja lagi, pasal apa ? pasal tak bolih masuuuuuk lagi.