Wan Ahmad Farid Wan Salleh, calon 'Mesra Rakyat' daripada Barisan Nasional yang juga Ketua UMNO Bahagian Kuala Terengganu akhirnya kecundang dan pasrah dengan kekalahan yang diterimanya daripada calon PAS 'Mohd. Abdul Wahid Endut' yang juga Yang Dipertua PAS Kawasan Kuala Terengganu di dalam pilihan raya kecil P.036 Kuala Terengganu yang diadakan kelmarin, 17 Januari 2009.Kemenangan Mohd. Abdul Wahid Endut (MAWE) yang juga ADUN Wakaf Mempelam ini sememangnya telah diduga sejak dari awal lagi apabila namanya telah diumumkan sebagai calon PAS untuk berhadapan dengan calon BN yang telah diumumkan terlebih awal oleh Timbalan Perdana Menteri.
MAWE telah memperolehi 32,883 undi, manakala Wan Farid telah menerima 30,252. Calon Bebas pula
Azharudin Mamat hanya mendapat 193 undi sahaja. Kejayaan MAWE dengan majoriti 2,631 undi telah memeranjatkan BN kerana Pak Lah dan Najib telah menunjukkan optimistik masing-masing untuk mengulangi kemenangan Barisan Nasional yang telah dicapai oleh Datuk
Razali Ismail dalam PRU12 yang lalu.
Namun begitu impian kedua-dua pemimpin No. 1 dan No. 2 negara itu tidak menjadi kenyataan, kerana rakyat di Kuala terengganu telah menghantar satu mesej yang jelas betapa mereka jelik dengan parti UMNO yang dikatakan oleh Datuk Husam Musa Naib Presiden PAS sebagai parti perasuah yang tidak mampu lagi mempertahankan 'Ketuanan Melayu' yang dilaung-laungkan oleh parti itu selama ini.
UMNO Parti Tua
Sindrom parti UMNO yang sudah tua sebagaimana yang pernah digambarkan oleh Tun Musa Hitam sebelum ini telah menampakkan kebenarannya. Telahan yang dibuat oleh Musa Hitam itu seakan-akan beliau sudah menjangkakan betapa UMNO akan menerima padahnya dengan isyarat yang jelas daripada rakyat akar umbi yang mahukan UMNO melakukan evolusi kepemimpinannya.
Lambakan generasi muda yang telah mulai memenuhi ruang registri pengundi di negara ini sebenarnya telah memberikan suatu isyarat untuk UMNO supaya lebih bersedia melakukan perubahan segera di dalam struktur organisasinya.
UMNO yang semakin usang ini tidak perlu lagi melayani kerakusan kuasa yang yang sedang dihambat oleh golongan pemimpin yang tidak sedar lagi betapa dirinya tidak sesuai lagi untuk membarisi dalam hirarki UMNO yang sewajarnya digilap dengan tenaga baru, pemikiran baru dengan elegensi wajahnya sesuci embun pagi.
UMNO abad ini yang sedang mengejar Wawasan 2020 tidak memerlukan lagi golongan order lama yang semakin mengkaratkan wajahnya. Sebaik-baiknya UMNO lebih bersiap siaga untuk menggilirkan larian maratonnya kepada penerima baton yang lebih berdaya saing untuk meneruskan perjuangan selanjutnya.
Tanpa kita mengenepikan daya fikir order lama (otai) yang perlu ditimba pengalaman silamnya, UMNO juga perlulah bersedia untuk melengkapkan agenda perjuangannya secara tuntas terutama dalam menghadapi cabaran global yang hanya mampu digalas oleh mereka yang berilmu dengan lebih profesional dan mengangkasa sifatnya.
Vacuum
Sewajarnya kita mengambil iktibar untuk mengisi 'vacum' yang terdapat di dalam kerangka perjuangan UMNO yang semakin dituntut untuk diperkasakan hari ini. Tentunya kebimbangan ini tidak dirasai sangat oleh perakus kuasa yang terlupa bahawa dirinya 'umur kata pergi, kubur kata mari', malah golongan otai ini semakin perasan untuk terus mengintai takhta-takhta Timbalan Presiden, Naib Presiden dan lain-lain jawatan di semua peringkat.
Pewaris UMNO
Perakus kuasa ini juga dilihat semacam tidak berkeyakinan untuk membuat keputusan yang terbaik bagi UMNO, sehingga mereka terlupa untuk mewariskan keris pusaka mereka kepada 'Pewaris UMNO' yang lebih bersinergi. Inilah dia simpton yang dihadapi oleh UMNO hari ini sehingga tuli untuk mengangkat martabat bangsa yang semakin terbiar ini.
UMNO Pejuang Bahasa Melayu?
Perjuangan kebangsaan Melayu yang sedang diamanahkan kepada UMNO kini menyaksikan betapa bahasanya semakin menjadi kelas kedua. Bahasa Melayu yang menjadi bahasa kepada 250 juta umat Melayu di seluruh dunia ini dianggap tidak ada kelas lagi untuk dipertuturkan.
Aduan pencinta bahasa nenek moyang (bangsa Melayu) yang sedang dirintih kepada UMNO yang mengaku sebagai Parti terbesar umat Melayu di negara ini, dilihat sebagai mencurah air di daun keladi sahaja.
Amat malang sekali apabila melihat mereka yang cintakan bahasa Melayu ini terpaka berpekik di jalanan merintih betapa bahasa ibunda mereka tidak lagi di hati UMNO. UMNO dilihat menjadi serba salah untuk mengembalikan kedaulatan bahasa ibunda Melayu dalam mata pelajaran Matematik dan Sains, sebaliknya UMNO sedang mencari alasan kukuh untuk mempertahankan bahasa penjajah ini menjajahi pemikiran anak-anak kita ini.
Inilah isu-isu kecil yang dijeritkan oleh pencinta bahasa Melayu di kalangan rakyat akar umbi terutamanya orang kampung yang begitu kecewa melihat kegagalan pejuang UMNO yang berkulit sawo matang mengaku sebagai pejuang Melayu tulen, tetapi terkandas dalam memartabatkan bahasanya sendiri. Inilah yang rakyat MARAH dan ia menjadi bahan ejekan yang meranapkan supremasi UMNO terutama di dalam pilihan raya kecil Kuala Terengganu ini.
Seperkara lagi yang menjadi igauan UMNO ketika menghadapi pilihan raya kecil di Kuala Terengganu ini ialah betapa rapuhnya soilidariti UMNO BAHAGIAN KUALA TERENGGANU sendiri yang dipimpin oleh Wan Farid yang dikatakan terlalu banyak musuh di dalam selimut, dan ada pula gunting di dalam lipatan.
Wujudnya kabilah di dalam kepimpinan UMNO Bahagian Kuala Terengganu yang menyaksikan kumpulan yang pro Wan Farid dan kumpulan yang pro dengan Arwah Datuk Razali Ismail telah menjarakkan lagi hubungan berkabilah di dalam UMNO Kuala Terengganu. Rata-rata ternampaknya kelibat tidak berpuas hati pihak tertentu di dalam puak-puak ini yang masih bersengketa sehingga wujudnya 'cah keting' yang mengakibatkan lumpuhnya jentera parti untuk berhadapan dengan hamparan hijau parti PAS yang bijak mengintai peluang ini untuk mencipta kemenangan.
Sudahlah calon BN ini dikatakan oleh Tun Dr. Mahathir sebagai 'Calon benar-benar pilihan yang sangat buruk' , namun memang benar gelagat dan perwatakan Wan Farid yang diminta supaya lebih bersikap mesra rakyat, ternyata beliau benar-benar tidak mampu untuk mengalihkan tanggapan masyarakat tempatan yang melihat dirinya terlalu 'elitis' dan 'egoistik'.
Sememangnya calon pilihan Pak Lah ini tidak menepati selera rakyat di Kuala Terengganu. Kenyataan Pak Lah yang menyebut bahawa Wan Farid bukanlah seorang yang sombong dengan alasan Wan Farid tidak pernah berlaku sombong terhadapnya selama menjadi Setiausaha Politiknya di Kementerian Keselamatan Dalam Negeri, ternyata bahawa pilihan Pak Lah itu telah memakan diri. Dia tidak sombong dengan Pak Lah, tapi dia ada rekod kesombongannya dengan rakyat jelata di kawasannya sendiri.
Pak Lah Tidak Bijak Laksana

Nampaknya Pak Lah tidak terlalu bijak laksana untuk menilai seseorang yang tidak dapat diterima oleh rakyat semata-mata Wan Farid yang dikatakan tidak kelihatan sombong dengan bosnya. Begitu juga betapa Pak Lah tidak mahu menerima andaian banyak pihak yang menyatakan menantunya KJ menjadi punca kebencian rakyat terhadap UMNO. Beliau agak marah dan tersinggung dengan tanggapan ini lalu mempertahankannya sehingga KJ dlihat semakin mue dengan gelagat yang menjadi kebencian rakyat.
Demikianlah gaya di hujung kuasa kepimpinan Pak Lah yang bakal menyerahkan keris ketuanan UMNO (Presiden) kepada penggantinya Najib, yang akan dinobatkan sebagai Presiden UMNO pada 25 Mac nanti.
Tun Dr. Mahathir Mohamad dalam satu kenyataan terbarunya pula menyifatkan keputusan pilihan raya kecil di Kuala Terengganu itu sebagai penolakan rakyat kepada kepimpinan Pak Lah yang telah dianggapnya sebagai pemimpin korup. Beliau juga meramalkan parti BN akan menghadapi kekalahan teruk di dalam pilihan raya akan datang jika Najib yang mengambil alih nanti masih gagal membasmi perbuatan rasuah ini.
MAWE telah memperolehi 32,883 undi, manakala Wan Farid telah menerima 30,252. Calon Bebas pula
Azharudin Mamat hanya mendapat 193 undi sahaja. Kejayaan MAWE dengan majoriti 2,631 undi telah memeranjatkan BN kerana Pak Lah dan Najib telah menunjukkan optimistik masing-masing untuk mengulangi kemenangan Barisan Nasional yang telah dicapai oleh Datuk
Razali Ismail dalam PRU12 yang lalu.Namun begitu impian kedua-dua pemimpin No. 1 dan No. 2 negara itu tidak menjadi kenyataan, kerana rakyat di Kuala terengganu telah menghantar satu mesej yang jelas betapa mereka jelik dengan parti UMNO yang dikatakan oleh Datuk Husam Musa Naib Presiden PAS sebagai parti perasuah yang tidak mampu lagi mempertahankan 'Ketuanan Melayu' yang dilaung-laungkan oleh parti itu selama ini.