assalamualaikum Pictures, Images and Photos

Tuesday, January 13, 2009

Muhyiddin Yassin rayu pengundi Kuala Terengganu tidak pandang rupa paras calonnya?

Naib Presiden UMNO yang bakal beradu nasibnya bertanding jawatan Timbalan Presiden UMNO pada Mac 2009 ini, Tan Sri Muhyiddin Yassin (Foto) telah merayu pengundi-pengundi di Kuala Terengganu supaya tidak mengundi calon mengikut rupa paras.
"Selalunya orang kita melihat pada personaliti seseorang dan perwatakan, sehingga melupai soal lain yang perlu dimiliki oleh seseorang pemimpin seperti prestasi dan kebolehan dalam memenuhi hasrat rakyat.
"Calon BN, Datuk Wan Ahmad Farid (foto) seperti orang kata jarang senyum, seperti saya juga. Kadang kala kita merasa terganggu dengan anggapan ini, tanpa mereka melihat kepada soal kebolehan sebenar Wan Ahmad Farid," katanya.
Kenapa sehingga begitu sekali Tan Sri Muhyiddin perlu merayu pengundi supaya jangan melihat rupa paras? Tentunya beliau terpanggil untuk berkata sedemikian, kerana rata-rata masyarakat setempat di Kuala Terengganu dikatakan amat mengenali Datuk Wan Farid sebagai seorang pemimpin UMNO yang kelihatan bermasalah dengan slogan 'Mesra Rakyat' sebagaimana yang terpampang di atas bill board dan juga kain-kain rentang BN.
Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi juga berasa hairan kenapa masyarakat di sini terutamanya ahli-ahli UMNO sendiri yang membesarkan isu Wan Farid sebagai orang sombong, sedangkan menurutnya Wan Farid begitu mesra dengannya ketika beliau mejadi Setiausaha Politik kepada Menteri Keselamatan Dalam Negeri (Pak Lah).
Sebagaimana yang dilaporkan sebelum ini, mantan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad juga merujuk dengan perwatakan calon BN ini yang sombong dan tidak mesra rakyat, sebagai calon pilihan yang sangat buruk?
Sebenarnya Datuk Wan Farid bukannya tidak 'handsome', tetapi beliau tidak memiliki aura sebagai pemimpin yang boleh menandingi kehebatan calon PAS Mohd. Abdul Wahid Endut yang dilihat lebih mesra rakyat, memiliki pula keluhuran budi bahasanya sehingga menguatkan lagi hujah betapa sifat-sifat bangga diri, keceluparan, kesombongan yang ada pada Wan Farid selama ini sedang di modified semata-mata kerana beliau kini sebagai calon pilihan Barisan Nasional.
Sindrom Rupa Paras
Barisan Nasional kini berhadapan dengan sindrom rupa paras yang jarang sekali diketengahkan di dalam kempen-kempen pilihan raya sebelum ini. Karpal Singh (Foto) yang berkerusi roda juga tidak menghadapi masalah rupa paras semasa bertanding di dalam setiap pilihan raya. Begitu juga Mendiang P. Patto daripada DAP yang pernah memenangi kerusi Parlimen Menglembu di Perak juga tidak pernah disentuh tentang rupa parasnya.
Walaupun Karpal Singh dan P. Patto tidak sekacak Datuk Wan Farid, tetapi kedua-duanya tetap menjadi pilihan hati rakyat yang mengundi di kawasan berkenaan. Sesungguhnya sindrom rupa paras yang dimiliki oleh Wan Farid di Kuala Terengganu sedang hangat diperkatakan, sehingga mereka terkeliru bahawa Wan Farid sebenarnya mempunyai rupa paras yang kacak, cuma kekacakannya tidak diserikan dengan keluhuran budi bahasa. Rakyat sudah tidak lagi melihat keceriaan pada wajahnya, kerana mereka diigaukan dengan sikapnya yang dikatakan sombong dan sebagainya.
Wakil Rakyat Macho tapi dibenci rakyat
Sebenarnya bukan Wan Farid sahaja yang sedemikian, malah ada juga di kalangan Wakil Rakyat lain yang kelihatan macho, tetapi lama kelamaan dia dibenci rakyat. Rakyat tidak suka melihat kekayaan seseorang Wakil Rakyat yang melempah ruah, sedangkan rakyat diwakilinya hidup merempat dililit dengan kemiskinan.
Rakyat akan membenci dengan perwatakan Wakil Rakyat yang ada rupa paras seperti ini, tetapi tidak berjiwa rakyat. Kadang-kadang isteri Wakil Rakyat juga menjadi faktor kebencian rakyat terhadap wakil rakyat. Isterinya yang sombong kerana berbangga dengan rupa paras suaminya yang handsome, sehingga terlupa suaminya terkena kutukan hebat angkara sang isterinya yang celupar bahasa, yang over acting dan berlagak ala masalle.
Kita berharap Wan Farid tidaklah seburuk sebagaimana yang disangkakan itu. Biarlah rupa parasnya yang kacak itu sepadan dengan budi bahasa yang dikehendaki untuk seorang yang bergelar Wakil Rakyat kelak.

8 comments:

Anonymous said...

SALAM ST ,

PENGUNDI JENERASI PERTAMA TELAH MEMBINA KERAJAAN DARI CENGKAMAN PENJAJAH DAN MEMBINA NEGARA MENJADI MAHSHUR .

PENGUNDI JENARASI KEDUA YANG LEBIH TERPELAJAR DARI PENGUNDI JENERASI PERTAMA HARUS MEMBINA NEGARA DENGAN LEBIH HEBAT SEBAGAI TANDA TERIMA KASIH KEPADA JENERASI PERTAMA .

KEKUATAN NEGARA DITANGAN JENARASI PENERUS DIMASA MENDATANG INI HARUS LEBIH FOKUS DARI TERSASAR DARI LANDASAN . MARILAH MEMBINA NEGARA KEAARAH LEBIH SEJAHTERA DAN BUKAN MENCIPTA SUASANA HURU-HARA .

SEKIAN .

Anonymous said...

kalau ikut muka...siapa yg nak undi datuk zulhasnan...muka sombong, perangai angkuh...bini pun 'very the over'...

bg duit jer...kami undi ler ikut 'duit' tu...

Anonymous said...

Saya setuju dengan anda yang komen tu....memang muka Zulhasnan muka org sombong, bini dia macam imelda marcos! Kite ingat PRU13 nanti dia pun kalah kat kawasan die di stwngsa.

Anonymous said...

kalo ko org dah sedar zulhasnan tu dah tak layak dan sombong ngapa ko org pilih die..ko org ni ingat duit je..baru hari ni ko org tahu zulhasnan tu sombong dan lupa diri..pas ni next pemilihan Bahagian dan PU13 ko tahu la apa nak buat..apa le ko org ni takut sgt ngan dia..dia pun mcm ko org juga penah jadi balaci..kalo ko org tak suka ngan zulhasnan jgn le bini dia pun ko org benci..tak baik camtu..kawe

Anonymous said...

teman stuju ngan deme yg antar komen tu.zulhasnan ni mang sombong pun.pilihanraya akan dtg ni nama dia tak ada dlm senarai.kalau bolih ketua bhg pun pilih org lain. setiawangsa ramai tokoh yg lebih baik dari zulhasnan kalau hanya stakat bekas pilot.

Anonymous said...

rupanya ramai yg tak suka DZR ( kalau diwangsa maju DZN )..tapi awak semua benci dia pun kalau hanya stkat cakap belakang tak guna pun..buat penentuan masa pemilihan UMNO 2011 dan PU13..dia tak ada jawatan pun tak kisah sb dah cukup kaya..dia bukan manusia yang bodoh..sebab tu dia jadi menteri.

Anonymous said...

alah, korang semua ni cakap belakang jer berani, letaklah nama kalau berani!

apa yg korang tak dapat? make sure jadi pengundi Setiawangsa kalau nak padam kan dia,kalau setakat pengundi luar, henti kan jer jgn nak jadi batu api.

Dia mmg dah kaya sblm jadi MP lagi... tanya org WM.Bulan2 dapat pun tak TQ lagi....lepas tu nak kencing org sana sini.Sedarlah diri tu.

Ramlan Zaki, pengundi sek10.

Anonymous said...

sdr ramlan zaki..kami tahu awak siapa diblakang zulhasnan..melayu pengampu..kami memang pengundi setiawangsa..tapi bukan kaki ampu mcm awak..kami tahu apa yang awak dah dapat..hati2 jangan sampai pecah rahsia awak..