![]() |
| YB Senator Datuk Seri Abdul Halim Abd Samad mengangkat sumpah jawatan Ahli Dewan Negara di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara pada 3 November 2014. |
Datuk Seri Abdul Halim Abdul Samad, 74 telah dilantik sebagai Ahli Dewan Negara pada 3 November 2014 yang lalu. Beliau merupakan mantan Ketua Badan Perhubungan Pergerakan Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan yang pertama sejak Kuala Lumpur dijadikan Wilayah Persekutuan pada tahun 1974. Senator Datuk Seri Abdul Halim Abd Samad telah menyandang jawatan Ketua Pemuda UMNO WP dari tahun itu sehingga tahun 1982.
Pelantikan beliau sebagai Senator ini juga merupakan satu penghormatan kepada KUB (M) Berhad kerana Senator Datuk Seri Abdul Halim Abdul Samad adalah Pengerusi kepada syarikat konglemerat milik UMNO ini.
![]() |
| Penulis bersama YB Senator Datuk Seri Abd Halim Abd Samad sempena majlis angkat sumpah jawatan Ahli Dewan Negara, 3 Nov 2014 |
| Penulis (Abdul Rahman Hashim) berucap sebagai Pengerusi Penganjur Majlis Kesyukuran Pelantikan YB Senator Datuk Seri Abdul Halim Samad sebagai Ahli Dewan Negara pada 14 November 2014. |
Pada 14 November lalu, Ikatan Sahabat Setia P.118 telah mengadakan majlis kesyukuran sempena pelantikan beliau sebagai Ahli Dewan Negara. Turut meraikan majlis ini ialah Dato' Ahmad Fauzi Zahari, Ahli Parlimen Setiawangsa, Dato' Jawahar Ali Pengerusi Madrasathul Faridiyah yang juga pemilik rangkaian Restoran Ali Maju.
Ramai tokoh-tokoh dan pemimpin masyarakat dalam kawasan Parlimen Setiawangsa yang turut serta dalam majlis kesyukuran ini, di antara mereka ialah Haji Abdullah Mohamed, Pengerusi Permuafakatan Masjid dan Surau Parlimen Setiawanga (Mapen), Haji Abdullah Abdul Rahman, Pengerusi Masjid Abu Ubaidah Al-Jarrah yang juga Pengerusi Tetap UMNO Bahagian Setiawangsa.
Haji Abdul Razak Karim, Yang Dipertua Gabungan Persatuan Penduduk Perumahan Awam DBKL seluruh Kuala Lumpur juga hadir. Beliau turut menyampaikan ucapan tahniah bagi pihak seluruh Persatuan Penduduk di WP Kuala Lumpur ini. Tokoh pemimpin tempatan yang lain turut bersama di dalam majlis ini ialah Haji Ismail Shaari, Pengerusi MPP Sub Zon 2 Parlimen Setiawangsa, Basarudin, Pengerusi Persatuan Pesara dan Warga Emas (WAMAS), Puan Hairunnisha Ismail, Ketua Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Setiawangsa dan beberapa orang Pengerusi Persatuan Penduduk yang lainnya. Norsiah Kamaruddin, Pengerusi Penyelaras Komuniti 1 Malaysia Peringkat Parlimen Setiawangsa juga kelihatan meraikan majlis ini.
| YB Dato' Ahmad Fauzi Zahari, Ahli Parlimen Setiawangsa menyampaikan ucapan tahniah di atas pelantikan Datuk Seri Abdul Halim Abd Samad sebagai Senator. |
| YB Senator Datuk Seri Abdul Halim Samad menyampaikan ucapan terima kasih kepada sahabat handai yang meraikannya di dalam majlis kesyukuran pelantikan beliau sebagai Ahli Dewan Negara. |
| Upacara memotong kek sempena majlis kesyukuran pelantikan YB Senator Datuk Seri Abdul Halim Samad sebagai Ahli Dewan Negara. |





1 comment:
...
PENTING:
Anak2 Muda Yang Saya Kasihi Sekalian.... Harap Kalian Tidak Percaya Dengan 'Janji2 Manis' Mereka ( PAU 2014 )...
Itu Hanya 'Perangkap' Untuk Menarik Sokongan Anak Muda Yang Sudah Tiada Terutama Di Bandar....
Anak2 Muda Di Dalam Parti Mereka Sendiri Pun Sudah Meragui Parti Mereka.... Cuma Yang Berucap Di Atas Pentas Itu Sahaja Yang 'Syok Sendiri'...
Jadi.. Berhentilah berjuang untuk UMNO...
Jika Kalian Tidak Percayakan Saya....
Kita Tunggu PAU 2015 pada NOV/DEC 2015....
Mereka Akan 'Menyalak' Perkara yang sama.... ( Perjuangan UMNO Busuk Hingga Ke USUS )
Harap Maklum.. TKasih :-D
MAKIN BERAPI - Tu Dia 'PUKULAN MAUT' Buat PAU 2014!
MAKIN BERAPI - Tu Dia 'PUKULAN MAUT' Buat PAU 2014!
MAKIN BERAPI - Tu Dia 'PUKULAN MAUT' Buat PAU 2014!
Post a Comment