assalamualaikum Pictures, Images and Photos

Sunday, August 11, 2013

JIKA ZULHASNAN ENGGAN MEMPERTAHANKAN KETUA BAHAGIAN, SIAPA GALANG GANTINYA?

Oleh Abdul Rahman Hashim

Tan Sri Zulhasnan masih berpengaruh untuk memimpin
UMNO Bahagian Setiawangsa. Manakala Dato' Ahmad Fauzi Zahari
Ahli Parlimen Setiawangsa hanya nak bertanding jawatan Naib Ketua
Pilihan raya umum ke-13 baru sahaja berlalu. Parlimen Setiawangsa kini diwakili oleh Dato' Ahmad Fauzi Zahari setelah beliau menang tipis menewaskan calon PKR dengan majoriti 1390 undi. Tan Sri Zulhasnan Rafique kini bukan lagi Wakil Rakyat di Setiawangsa, namun begitu beliau masih lagi menyandang jawatan Ketua UMNO Bahagian ini yang diterajuinya sejak tahun 2004.
Tidak dapat dijangkakan samada Tan Sri Zulhasnan Rafique masih mahu mempertahankan jawatan tersebut menjelang musim pilihan raya UMNO yang kini sudah pun bermula di peringkat cawangan dan menyusul pula di Peringkat Bahagian pada bulan September sebelum diadakan pemilihan jawatan peringkat tertinggi parti menjelang Oktober nanti.
Mungkin ada kalangan yang menjangkakan Dato' Ahmad Fauzi Zahari, Ahli Parlimen Setiawangsa yang kini menyandang jawatan Naib Ketua Bahagian akan dilonjakkan bertanding jawatan Ketua Bahagian menggantikan Tan Sri Zulhasnan Rafique. Namun tidak semudah yang dijangkakan untuk Fauzi Zahari mampu bersaing dengan Zulhasnan kerana Fauzi Zahari sendiri dilihat masih belum berupaya untuk diangkat dan dijulang menjadi pemimpin nombor satu UMNO Bahagian Setiawangsa.
Di dalam satu pertemuan dengan beliau selepas pilihan raya umum yang lalu, saya sendiri mengajukan soalan kepada Fauzi Zahari tentang jawatan di dalam UMNO yang akan beliau tandingi nanti; beliau menjawab akan mempertahankan jawatan Naib Ketua Bahagian yang beliau sandang hari ini. Menurutnya biarlah jawatan Ketua Bahagian itu disandang oleh Tan Sri Zulhasnan dan tidak terlintas di hatinya untuk merampas jawatan itu selagi Zulhasnan mahu mengekalkan jawatan tersebut.
Padanya tidak menjadi suatu kemestian untuk beliau berbuat demikian walaupun kini bergelar 'Wakil Rakyat'. Pada dirinya biarlah beliau memberikan tumpuan menjaga rakyat manakala urusan UMNO sewajarnya dipertanggungjawabkan kepada Tan Sri Zulhasnan yang masih menjadi Ketua UMNO Bahagian.
Saya menghormati pendirian yang diungkapkan oleh Dato' Ahmad Fauzi Zahari itu; namun begitu saya menjangkakan kedudukannya bukanlah begitu selamat kerana jawatan Naib Ketua Bahagian yang disandangnya hari ini bakal ditentang oleh tokoh yang pernah menewaskannya bagi jawatan Ketua Pemuda Bahagian Wangsa Maju satu ketika dahulu, iaitu Datuk Izudin Ishak.
Datuk Izudin Ishak (Foto Kiri) yang baru sahaja dilantik oleh PM sebagai Pengarah Eksekutif Yayasan Kesejahteraan Bandar di Kementerian Wilayah Persekutuan pada 1 Ogos lalu dikatakan begitu berminat untuk berhadapan sekali lagi dengan Dato' Ahmad Fauzi Zahari walaupun beliau pernah juga tewas bertanding jawatan Naib Ketua Bahagian yang turut ditandingi oleh Dato' Ahmad Fauzi Zahari pada tahun 2008.
Misi Izudin bertanding jawatan Naib Ketua Bahagian kali ini dilihat akan bergandingan dengan Tan Sri Zulhasnan Rafique, itu pun jika Zulhasnan masih mahu mengekalkan jawatan Ketua Bahagian. Namun begitu kemunculan nama Azmi Badarudin, Ketua Pemuda UMNO Bahagian Setiawangsa yang bakal menamatkan era Pemudanya juga dikatakan akan menawarkan diri untuk bertanding bagi jawatan Naib Ketua Bahagian. 

Shuib Ibrahim (Di tengah) berpengaruh dalam Pemuda UMNO Bahagian.
Azmi Badarudin bakal menjadi calon Naib Ketua Bahagian
Sekiranya Tan Sri Zulhasnan Rafique tidak lagi mempertahankan jawatan Ketua Bahagian, ada kemungkinan Shuib Ibrahim, Bendahari UMNO Bahagian Setiawangsa akan dilonjakkan bertanding mengisi kekosongan jawatan tersebut; jika itu terjadi pemerhati politik meramalkan kemungkinan Azmi Badarudin menjadi calon Naib Ketua yang seganding dengan Shuib Ibrahim, bukan lagi Datuk Izudin. Shuib Ibrahim dikatakan begitu intim dengan Azmi dan diramalkan beliau akan beroleh sokongan kuat daripada sebahagian besar Ketua-Ketua Pemuda UMNO Cawangan, ditambah pula dengan sokongan majoriti daripada Puteri UMNO sendiri kepadanya.
Justeru, kekuatan sokongan kepada Dato' Ahmad Fauzi Zahari untuk jawatan Naib Ketua Bahagian dilihat kian menguncup atas faktor sebahagian besar pemimpin-pemimpin UMNO Cawangan yang setia dengan Zulhasnan selama ini dikatakan akan beralih sokongan mereka kepada calon Naib yang pro dengan Shuib Ibrahim. 
Di dalam keadaan yang tertekan untuk mempertahankan jawatan Naib Ketua Bahagian, Dato' Ahmad Fauzi terpaksa mencari jalan untuk memperkukuhkan kedudukannya dengan berbaik sangka dengan beberapa ketua cawangan yang merasakan diri mereka telah disisihkan oleh Fauzi selepas beliau menang pilihan raya umum yang lalu. Golongan ini begitu tegar bersama dengan Datuk Astaman Abdul Aziz dan bahang kekecewaan mereka terhadap Fauzi bakal diterjemahkan menjelang musim pilihan raya UMNO kali ini.
Kalau pun Datuk Astaman akan masuk gelanggang bertanding jawatan Ketua Bahagian kali ini, saya melihat kecenderungan pencacainya tidak berminat untuk menggandingkan nama Fauzi Zahari sebagai calon favourite bagi jawatan Naib Ketua Bahagian berbanding sokongan kuat mereka kepada Datuk Seri Abdul Halim Samad untuk mengekalkan jawatan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Setiawangsa. Persoalannya jika benar mereka tidak mahukan Fauzi Zahari, siapakah galang gantinya?


4 comments:

Anonymous said...

Lari dari topik sikit tapi saya rasa blog ini boleh publish komen saya mengenai perlantikan Abdul Azeez Rahim sebagai pengerusi Tabung Haji.

Saya mintak tolong sangat-sangat dengan kerajaan utk tarik balik watikah perlantikan beliau.

Saya kenal Azeez. Ini kisah hidupnya. Sekolah rendah di SK bukit bintang. sekolah menengah di Sm bukit bintang PJ. GAGAL SRP. Masuk vanto akedemy PJ dan ambil SRP sekali lagi dan gagal SRP sekali lagi sbg pelajar persendirian.

Lepas itu dia kerja di Shah Motel di Pj sebagai pelayan. Sambil tu dia mula jual kereta terpakai di kalangan kawan2 dia. Dulu dia duduk di kg ghandi jln klang lama.

kemudian dia pindah ke rumah panjang dekat sg way. dia buka kedai kereta terpakai di pj. Nama kedai KTA- Kereta Terpakai Azeez.Banyak buat duit bila dia jual kereta kat pensyarah ITM dsb.

Masuk politik melalui kenalan di Baling. Dia lahir dan membesar di Petaling Jaya. Emak dia 100% mamak. dia janda 5 anak lelaki. Ayah dia rahim ( 100% mamak) tinggalkan anak2 dia dan kawin lain. ayah dia dulu pernah bawa teksi. pas tu berniaga kedai makan dsb.adik beradik dia nasir, rashid, rahman dan mutalib.

Dia bohong satu dunia yg dia ada MBA dari "Preston" universiti. Tak pernah ambil SPM tahu2 dah "beli" MBA.

Dia kalau baca ni pasti terkejut sbb maklumat ini betul 100%. Dia memang kenal sangat dengan saya.

Anonymous said...

Kenapa kerajaan lantik Azeez Mamak Rahim sebagai Pengerusi Tabung Haji ?

Rukun Islam kelima kepada semua umat Islam di seluruh negara. Menunaikan Haj di tanah suci. Sekarang dengan perlantikan Azeez, siapa ada duit boleh menunaikan Haj, siapa yang tidak dapat bayar duit poket tidak akan dapat pergi.

TABUNG HAJI AKAN JADI EKSKLUSIF SEPERTI KEDAI ROLEX ATAU FERRARI. Rakyat biasa akan mula tolak Tabung Haji dan terpaksa menggunakan kemudahan yang lain untuk menunaikan Haji di tanah suci.

Kuota untuk Tabung Haji akan di pegang oleh Azeez Rahim supaya anak beranak, seluruh UMNO yang dia berhutang kepada boleh di lepaskan dengan memberi PERCUMA kepada mereka menunaikan Haj di tanah suci. Kesucian Agama kita sudah tercemar dengan perlantikan perompak ini sebagai pengerusinya. Bukan Presiden UMNO ini tidak tahu. Mesti dia sudah dapat laporan demi laporan penipuan ahli perniagaan Azeez ini kepada hampir semua pemimpin dalam UMNO dan di luar. Berapa ramai yang sudah terpedaya dengan dia ? Berapa ramai sudah di tipu dia ?

Adakah pemimpin UMNO yang lain hanya akan duduk dan jadi YES MAN seperti dalam pentadbiran Mahathir dan Pak Lah ? Adakah kesucian Haji sudah tidak bermakna lagi kepada teras kepimpinan UMNO sampai melantik seorang penipu perompak sebagai Pengerusi Tabung Haji di terima sebulat suara oleh mereka ?

Jangan sampai UMNO jadi pembangkang selepas Pilihanraya UMUM ke 14.

Anonymous said...

seba tu rakyat bosan dgn Umno/BN, terlalu banyak peyamun,perompak, penipu d dlm nya termasuklah saudara rahman hashim ni.

Unknown said...

saya mengucapkan banyak terimakasih kepada KI HADAK yang telah menolong saya dalam kesulitan,ini tidak pernah terfikirkan dari benak saya kalau nomor yang saya pasang bisa tembus dan ALHAMDULILLAH kini saya sekeluarga sudah bisa melunasi semua hutang2 kami,sebenarnya saya bukan penggemar togel tapi apa boleh buat kondisi yang tidak memunkinkan dan akhirnya saya minta tolong sama KI HADAK dan dengan senang hati beliau mau membantu saya..,ALHAMDULIL LAH nomor yang dikasi KI semuanya bener2 terbukti tembus dan baru kali ini saya menemukan dukun yang jujur,jangan anda takut untuk menhubungiya jika anda ingin mendapatkan nomor yang betul2 tembus seperti saya,silahkan hubungi KI HADAK DI 085=259=457=111 ingat kesempat tidak akan datang untuk yang kedua kalinya dan perlu anda ketahui kalau banyak dukun yang tercantum dalam internet,itu jangan dipercaya kalau bukan nama KI HADAK