![]() |
| Ops Daulat menjejaki saki baki musuh masih berjalan... |
TERKINI: Pada jam 10.34 pagi tadi, Angkatan
Tentera Malaysia telah melaporkan berlakunya serang hendap di kawasan ZL
10, Sungai Nyamuk. Beberapa siri berbalas tembakan telah berlaku menyaksikan 3 musuh telah ditembak mati manakala 2 lagi
cedera.
Difahamkan musuh yang tercedera telah melarikan diri. Seorang anggota
ATM juga telah tercedera ekoran dari pertempuran itu dan telah
dikejarkan ke Hospital Sandakan dengan helikopter PDRM. Dilaporkan bahawa tembak menembak masih berlaku.
Sementara itu Polis berjaya menahan empat suspek yang dipercayai mempunyai kaitan dengan pengganas Sulu selepas menyerbu sebuah rumah di Kampung Bangau-Bangau, di sini awal pagi ini.
Dalam kejadian kira-kira pukul 6 pagi, sepasukan polis dari IPD Semporna telkah menyerbu sebuah rumah selepas menerima aduan penduduk setempat yang memaklumkan terdapat individu disyakiu serpihan anggota kumpulan terbabit.
Bagaimanapun sehingga kini belum ada pengesahan daripada pihak polis berhubung kejadian itu.

No comments:
Post a Comment