| DATO' AHMAD FAUZI ZAHARI BAKAL CALON SETIAWANGSA PRU13 |
| DATO' SRI ZULHASNAN RAFIQUE TIGA PENGGAL MENJADI AHLI PARLIMEN |
Benarkah Dato’ Sri Zulhasnan Rafique tidak akan dicalon
semula mewakili BN dalam PRU13 nanti? Zulhasnan yang mula ditonjolkan sebagai
calon winnable dalam PRU10 pada tahun 1999 menggantikan Datuk Dr Kamal Salih
(kini Tan Sri) telah mewakili Parlimen Wangsa Maju selama sepenggal; sebelum dipindahkan ke kawasan parlimen yang baru iaitu Parlimen Setiawangsa selama dua penggal, pada PRU11 tahun
2004 dan PRU12 tahun 2008.
Nama Dato' Ahmad Fauzi Zahari, Naib Ketua UMNO Bahagian Setiawangsa kini merupakan 'calon menanti' sekiranya Ahli Parlimen yang sedia ada Dato' Sri Zulhasnan Rafique tidak dicalonkan semula. Legasi Zulhasnan yang menang hatrik selama tiga penggal selama ini bakal diteruskan oleh Fauzi Zahari setelah nama beliau dikatakan telah mendapat restu daripada pucuk pimpinan parti untuk bertanding dalam PRU13.
Tanpa memperkecilkan kehebatan calon-calon lain seperti Datuk Seri Halim Samad, Timbalan Ketua UMNO Bahagian Setiawangsa, Puan Hairunnisha Ismail, Ketua Wanita UMNO Bahagian, Azmi Badarudin, Ketua Pemuda UMNO Bahagian dan Seriwani Sabtu, Ketua Puteri UMNO Bahagian; rasanya UMNO Bahagian Setiawangsa yang dipimpin oleh Zulhasnan Rafique tidak mempunyai banyak masalah untuk memberikan laluan meniti kemenangan kepada Fauzi Zahari kali ini.
Sekiranya perkhabaran ini benar, Fauzi Zahari yang pernah mengetuai Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan dan kini menjawat jawatan Setiausaha Kerja BN Wilayah Persekutuan akan berentap dengan Ibrahim Yaacob yang disebut-sebut bakal dicalonkan semula oleh PKR di Setiawangsa.Ibrahim Yaakob yang juga Ketua Staf pejabat Anwar Ibrahim dikatakan tidak disenangi oleh sebahagian daripada penyokong Pakatan Rakyat, terutamanya PAS di Setiawangsa.
![]() | ||
| IBRAHIM YAACOB, CALON PKR |
Menjelang
PRU13 yang pasti diadakan dalam bulan Mac 2013 ini, rasanya kesinambungan
mengekalkan kerusi BN di Parlimen Setiawangsa bukanlah suatu jangkaan yang
mudah diperkatakan, kerana ia banyak bergantung kepada persediaan jentera
pilihan raya di setiap 17 PDM dan 5 lagi Bilik Gerakan dalam P.118 Setiawangsa, terutama yang membabitkan
keyakinan rakyat akar umbi terhadap Barisan Nasional.
Lambakan isu-isu nasional
begitu ketara sekali menghimpit parti-parti yang bertanding menjelang pilihan
raya di kawasan-kawasan bandar seperti di Setiawangsa, berbanding dengan
kawasan-kawasan pedalaman di luar bandar seperti di Pendang, Kedah, di Permatang
Pauh, Pulau Pinang mahupun di Pekan, Pahang.
Isu-isu
seperti kes moral peribadi Anwar Ibrahim di pihak Pakatan Rakyat dan begitu
juga dengan kes moral yang membabitkan Rosmah Mansor yang dilihat bagaikan
liabliti kepada UMNO/BN begitu terkesan di kalangan warga metropolitan kerana
sumber maklumat dan pancaran lasernya begitu pantas menghangatkan cuaca politik
semasa tanahair. Segala himpunan mega rakyat samada di pihak Pakatan Rakyat
mahupun di pihak UMNO/BN semuanya mudah terlekat di hati rakyat kerana semuanya
tertumpu di Kuala Lumpur.
Memanipulasikan
maklumat dengan tujuan untuk mengaburi pengundi akar umbi di kampung-kampung
pedalaman luar bandar dengan menggunakan propaganda media arus perdana bagaikan
tidak lutsinar kepada warga kota di Kuala Lumpur.
Sebab itu apabila Utusan Malaysia mahupun TV3 dan yang seangkatan dengannya melaporkan Himpunan Kebanglkitan Rakyat anjuran Pakatan Rakyat di Stadium Merdeka kononnya hanya berjumlah 30,000 orang, sedangkan ia lebih berganda daripada itu; begitu juga apabila Perdana Menteri Dato’ Sri Najib Tun Razak yang hanya disambut dalam lingkungan 5,000 orang sekembalinya dari Davos dan juga Palestin, tetapi media arus perdana melaporkannya secara berganda melebihi 10,000 orang; maka warga kota menjadi keliru kerana media alternatif seperti laman-laman blog dan juga laman sosial facebook begitu pantas memaparkan imej yang berbeza seperti yang dilaporkan.
Sebab itu apabila Utusan Malaysia mahupun TV3 dan yang seangkatan dengannya melaporkan Himpunan Kebanglkitan Rakyat anjuran Pakatan Rakyat di Stadium Merdeka kononnya hanya berjumlah 30,000 orang, sedangkan ia lebih berganda daripada itu; begitu juga apabila Perdana Menteri Dato’ Sri Najib Tun Razak yang hanya disambut dalam lingkungan 5,000 orang sekembalinya dari Davos dan juga Palestin, tetapi media arus perdana melaporkannya secara berganda melebihi 10,000 orang; maka warga kota menjadi keliru kerana media alternatif seperti laman-laman blog dan juga laman sosial facebook begitu pantas memaparkan imej yang berbeza seperti yang dilaporkan.
Justeru itu, Parlimen
Setiawangsa tidak dapat mengelakkan diri daripada tempias sedemikian.
Setiawangsa walaupun dianggap kawasan selamat kepada UMNO/BN malah Setiawangsa
juga dikategorikan sebagai ‘zon putih’ berbanding dengan beberapa kawasan
parlimen lain di Wilayah Persekutuan ada yang kelabu malah ada juga yang hitam.
Mungkin
juga Setiawangsa selama ini dianggap putih dan mudah menang kerana kawasan
pilihan raya ini memiliki ‘fix deposit’ pengundi-pengundi pos dari Angkatan
Tentera@ATM dan juga Polis@PDRM yang berlebihan jika dibandingkan dengan kawasan
pilihan raya yang lainnya. Dianggarkan lebih 14,000 pengundi pos terdapat di
dalam P.118 Setiawangsa pada PRU12 2008.
Sebab itu apabila Zulhasnan Rafique
mengalami kekalahan dalam pengiraan jumlah undi mengikut daerah peti-peti undi
dalam PRU12 tahun 2008 yang lepas, namun setelah dicampurkan dengan bilangan
undi pos, jelas memperlihatkan kekurangan undi pada UMNO/BN itu dapat ditampung
dengan kekuatan jumlah undi pos sehingga Zulhasnan daripada UMNO/BN menang
dengan majoriti besar 8,134 undi.
Dalam
PRU12, Dato’ Sri Zulhasnan Rafique daripada UMNO/BN memperolehi 25,489 undi,
berbanding dengan Ibrahim Yaacop daripada PKR yang meraih undi 17,355 undi.
Pengiraan awal di peringkat peti-peti undi pada masa itu, Zulhasnan mengalami
kekurangan lebih kurang 1,800 undi berbanding dengan calon PKR.
Jelas terbukti
wujudnya undi protes yang tidak memihak kepada Zulhasnan walaupun beliau pada
masa itu merupakan seorang Menteri Wilayah Persekutuan dan juga Pengerusi BN
Wilayah Persekutuan. Saya melihat kapasiti beliau sebagai seorang Menteri pada
masa itu tidak patut beliau boleh kalah dengan undi rakyat seperti yang telah diperolehinya.
Banyak program rakyat yang dijalankan oleh beliau sebelum PRU12, namun usaha
dan kerja kerasnya masih tidak berbaloi apabila majoriti rakyat yang mengundi
tidak memihak kepadanya.Undi pos dianggap telah menyelamat jangka hayat BN di Setiawangsa. Apakah jumlah pengundi di kalangan anggota Polis dan juga Angkatan Tentera yang hanya berbaki sekitar 11,000 orang sekarang ini di Parlimen Setiawangsa memungkinkan BN boleh menang selesa kali ini?
Jika ditanya di kalangan orang-orang kuat UMNO di Setiawangsa, memperlihatkan tahap keyakinan mereka untuk BN mengulangi kemenangan dalam PRU13 ini begitu tinggi. Namun diingatkan UMNO/BN tidak harus terpesona dengan unjuran yang dibuat, kerana pihak Pakatan Rakyat juga mempunyai keyakinan yang sama untuk menumpaskan BN kali ini.
PKR begitu kerap mengadakan program-program mendekati rakyat sejak akhir-akhir ini, malah tahap keceriaan bendera-bendera mereka juga semakin menenggelamkan bendera dacing yang masih kurang kelihatan di lokasi-lokasi strategik. Walaupun saya percaya keadaan ini mungkin akan berubah selepas pembubaran parlimen nanti, namun saya mengharapkan mood untuk menang hendaklah disemarakkan secara berterusan oleh pihak UMNO/BN.
Hendaknya, komponen BN yang lain seperti MCA, MIC dan PPP di Setiawangsa janganlah mereka bersikap dingin untuk menghangatkan gerak kerja menawan hati rakyat yang mereka wakili. Jikalau MCA Parlimen Wangsa Maju dilihat tidak supportive bersama UMNO untuk menawan semula Wangsa Maju dari PKR, maka diharapkan MCA di Parlimen Setiwangsa tidak mengikuti perangai buruk rakan mereka di Wangsa Maju itu.
Pengundi Cina sekitar 35 peratus di kawasan Parlimen Setiawangsa harus digerakkan segera untuk mengekalkan momentum kemenangan BN dalam PRU13. Keraguan terhadap kecenderungan pengundi Cina yang masih tidak memihak kepada MCA bakal merebahkan keyakinan BN untuk mencipta kemenangan yang lebih besar berbanding PRU12 yang lalu.
Manakala kekuatan 56 peratus pengundi Melayu di Setiawangsa bukannya 100 peratus milik UMNO. Pengundi Melayu yang menyokong UMNO dengan pengundi Melayu yang pro PKR dan PAS akan menyaksikan betapa rumitnya untuk menyatukan hati-hati mereka supaya tidak menyokong Pakatan Rakyat. Pertambahan mendadak pengundi-pengundi di kalangan orang muda juga dilihat menjadi faktor untuk memungkinkan mana-mana parti boleh menang dalam pilihan raya kali ini.
Justeru, saya berharap 'Setiawangsa' boleh mengekalkan momentum zon kemenangan kali ini, bukannya terus diulit mimpi yang lesu akibat terlalu selesa untuk menang. Di antara kelesuan yang dialami dengan keselesaan untuk menang di Setiawangsa, jangan sampai ditenggelami dek ombak yang berada di hadapan kita semua. Sindrom politik 'Bangau Oh Bangau' jangan sekali-kali diciplak oleh pencatur politkus UMNO untuk menghancurkan kekuatan yang telah dibina.
Bakal-bakal calon seperti Dato' Ahmad Fauzi Zahari seharusnya memiliki ciri-ciri 'mesra rakyat' dan tidak terlalu mengharapkan kebergantungan dicatur oleh orang lain. Kekuatan syaksiah diri yang dimiliki hendaklah menjadi ikutan yang disenangi oleh rakyat akar umbi bukan untuk dibenci.



No comments:
Post a Comment